Friday, July 30, 2010

dapat certificate



sonoknyeee dapat certificate ^_^ thanx ezzan, mmuahhhhh mmuahhh


terharu sungguh :')

stay BF forever ya (^,^) (^_^)


leh letak sekali dengan fail sijik2 akademik x? ;p

ada lagi satu pressie nak upload, tapi intenet malam ni macam kura-kura siket, sungguh tak berjaya. hihi, jadinye esok la ye upload


3 utas gelang kristal dari ezzanku, suke suke (tangan angkat2 x duduk diam)

^_^

Selamat malam ezzan, selamat malam kawan2 yang disayangi, selamat malam dunia ;)


note : pencarian abah bermula. dimulakan dengan menggugel sekolah2 di terengganu (abahku seorang cikgu), mengambil nombor telefon sekolah dolu2 abah, ambil telefon penjabat pendaftaran dan ambil telefon kementerian pendidikan.

esok ma yang akan telefon2, berdebar2nye~ dup dap dup dap~



Thursday, July 29, 2010

Merah


dd ni selalu terlepas cakap tanpa cakap-siang-pandang-pandang tauuuuu ;p uhuk uhuk


rina : "kuku beli kereta color apa eh?"
dd : "merah"
rina : "kenapa color merah?"
dd : "sebab aku kata aku tak suka color merah, HA HA HA die tu memang suke buat benda yang aku x suka, har har har"
rina : .....
dd : "kite x suke kereta color merah, xtau kenape" *padahal dulu aku pernah je tergila2kan myvi merah
rina : *muke berubah.... "ooooooooooooooooooohhhh"
dd : *muke pucat, gigit jari.. "alamak rina!!! kite lupee laaaa rina pakai kereta merahhhhhhh :O "
rina : ko jangan naik kereta aku lagi!!!!!!!


;P


sebab tu aku prefer sms dari telepon *tetibe.. sebab kalau sms, aku bole berfikir dahulu sebelum menaip ;p

hihihihi


note : tapi selepas nampak kuku pakai kereta merah, aku pun rasa kereta merah adalah cantik. motip?



Wednesday, July 28, 2010

lebih baik anda telefon kalau nak tahu pasal HIV test dan prosedur kahwin


tahukah anda yang saya sudah pening kepala dan tangan sejuk2? hahaha

rilek dd rilek~~ kite kene kool~~~


tahukah anda untuk mendapatkan kepastian tentang prosedur kahwin, kite tidak digalakkan terlalu pasti dengan apa yang kite dengar dan apa yg kite baca di gugel.. tak salah untuk percaya apa yg kite dengar dan baca, tapi bila sampai tempat kejadian, bila apa yang berlaku x sama dengan apa yang kite bayangkan jangan marah melenting2 yaa, uhuk huk

sebab kita perlu ingat, lain orang, lain tempat nikah nya, dan lain kes2 tertentunya.


sebenarnye tentang prosedur kawen, jiran aku cakap macam ni.


1) kursus kawen *dah buat dah
2) buat hiv test
3) pergi pejabat agama ambil borang, isi.
4) pergi masjid tempat kita nikah nanti, jumpe imam buking date nikah dan tunjuk borang yang telah diisi.
5) pergi pejabat agama lagi sekali serahkan borang.


ok tu versi yang aku dengar.


bila aku gugel pulak, banyak versi. especially tang klinik untuk hiv test.

ada yang kata klinik tak sediakan borang, kene beli borang 10ringgit kat pejabat agama, ada yang kata tak payah beli, klinik sediakan semua. wahhhhh mana satu aku nak follow niii~~~~

lagi satu contoh, aku dah bulat2 suara nak buat HIV Test kat klinik kesihatan bandar baru bangi sebab dekat dengan tempat kerja, so tak payahla apply cuti, tambahan pula aku gugel2, ramai yg dok buat kat situ kata ok. bila aku telefon klinik situ aku cakap aku kawen kat KL, leh ke buat kat situ, kakak klinik tu kata boleh, xde masalah.

tup tup mase menggugel aku terbaca satu entry girl ni marah2 sebab...... mase die buat kat klinik kesihatan bandar baru bangi hari tu, memang ramai sangat couple yang datang nak buat HIV test.... tup tupppp disebabkan terlalu ramai yang hadir, nurse sana buat pengumuman yang kit ada 20 jek, so terpaksa pilih pasangan yang bernikah di bangi sahaja. girl tadi pun marah arrr sebab dia yang sampai dulu kan.

bila aku baca tu, pheww~~~ tak nak lah amik risiko. better aku pegi klinik yang ade appoinment, bukan main walk-in. dan better juga aku pegi klinik yang dekat dengan rumah.

last2 aku pun call lah klinik kesihatan setapak. minggu ni dah full appoinment, so aku book laa tarikh sekian sekian.

"saya nak confirmkan dahulu, yang saya duduk di taman melati dan akan berkahwin di taman melati lah, pasangan saya pula orang selangor, boleh ke kami buat hiv test kat setapak? apa yang perlu kami bawa?"

"boleh, tak ada masalah untuk buat hiv test kat sini. beri nama cik dan pasangan cik sekarang. bla bla bla, nanti cik dan pasangan kena bawa salinan IC dan pen, itu sahaja"

"borang2 xperlu bawa?"

"xperlu xperlu, kami sediakan disini"


fuhh~~ kan senangg~~ tepon teruss dan buat appoinment terus. x berani la nak walk in.




lepas dah setel booking HIV test tu, aku pun terfikir pasal prosedur kahwin yang jiran aku duk cakap dan apa yang aku baca.

"huh lebih baik aku call pejabat agama terus, malas laa nak pening2"

aku pun masuk laaa website jais dulu.

lorrrr~~~ boleh donlod je borang kawen ni, huhu xperlu laa nak ulang alik gi pejabat agama kan.


dail no. yang tertera, dan terus rujuk kat sana.

selepas berbual dengan pegawai sana, terus faham 100%.

memang sangat bercanggah dengan apa yang aku duk dengar2. hihi. ye laaa kes aku kan berlainan. kes tiada wali ;P


1) perlu ada salinan IC

2) salinan sijil kursus kawen

3) HIV Test

4) CARI WALIII DAHULUUUUUU KALAUUUUU MASIH HIDUPPPPP, baru boleh proceed dengan borang2. kalau tak jumpeeee, kene bawak mak dan abang dan 2 saksi untuk prosedur wali hakim.

5) dah jumpe wali, bawa wali ke masjid tempat kite akan nikah nanti, dan lengkapkanlah semua borang yang dah download tadi.

6) pasangan kite kene dapatkan surat kebenaran dari pejabat agama tempat dia. surat kebenaran untuk bernikah di luar kawasan.

7) lepas selesai 6 di atas, kepilkan semua borang, dan hantar ke pejabat agama. siapppp


JELAS BUKAN? huhuhuhu naseb baik lah aku telefon, kalau tak, mesti aku terbuat keje banyak kali. in terms of ulang alik ulang alik, haishhh...



sekarang sakit kepala aku, bila pula aku nak pegi tengganu cari ayah kandung ni ;p

hihi


harap2 semua berjalan lancar. Amin :)


Aminn




Tuesday, July 27, 2010

mereka...



di keheningan malam~~ tafakur di kesyahduan~~

hik2 motip bukak entry dengan lagu nasyid? ;p


ok ok nak cerita..


di keheningan petang angin bertiup sepoi2 bahasa...
ibuku seorang surirumah yang sedang tekun membaca suratkhabar di rumah terdengar ketukan pintu perlahan2.. ibuku pun membuka pintu...

seorang budak kecil lelaki muke innocent dalam umur 8 atau 9 tahun macam tu sedang berdiri di depan pintu..


budak lelaki : ciik, derma ciikkk
ma : derma untuk apa ni?
budak lelaki : anak yatim ciikk
ma : yeke ni untuk anak yatim?
budak lelaki : *senyap
ma : dari mana ni?
budak lelaki : sekolah tahfiz.... seremban *xingat da ma cakap nama penuh sekolah
ma : jadi kenapa x pergi sekolah hari ni?
budak lelaki : cikgu suruh mintak derma
ma : habes tak payah belajar ke?
budak lelaki : *senyap
ma : jauh2 datang dari seremban sebab nak minta derma untuk anak yatim?
budak lelaki : ciik derma ciiiiik *muke kesian habis
ma : kee derma untuk sekolah awak?
budak lelaki : ciik derma ciik, ciiik derma ciikkk

note: mak aku memang susah siket nak bg derma huhu, compared to ayah, ayah pemurah siket senang je hulur duit hihi

ma :datang sini naik apa?
budak lelaki : naik van
ma : blok depan dah minta derma dah ke?
budak lelaki : *angguk
ma : dapat banyak x?
budak lelaki : 5 ringgit .... *mak aku sebenarnye kesian dah time ni blok depan yg sebesar besar blok tu, die cume dapat 5 rggt je, mesti pintu yg bukak tu kasi sen sen je kan huhu :(

ma : 5 ringgit je? ermm makcik pun xde duit laa, camnee
budak lelaki : *muke nak nanges. mulut herot2... ciik derma ciiik, ciikkk derma ciikkk, ciik derma ciikk, ciiikk derma ciikkkkk

ma : *xsampai hati dah.. ma pun masuk dalam kejap amik duit.. dan menghulurkan wang kertas padanya..
budak lelaki : *ambil.. terima kasih ciiiik.. dan berlalu pergi
ma : *memanjangkan leher untuk tengok budak tadi berjalan.. ma nampak budak tu tengah kesat2 air mata sambil berjalan...

betul2 menangis dah die :(





sedeynye...


ma : ma bukan apa... dulu ma memang x kesah kasi derma kat budak2 tahfiz yang datang minta derma ni... tapi selepas yang berita kemalangan budak2 tahfiz maut ramai2 tu, ishhhhh xnak lah ma bagi derma lagi.. geram tau.. orang ade sekolah pergilah sekolah, ini nak hantar pergi mintak2 derma pulak.. habes tak payah belajar???

ma geram tau tadi budak tu pergi dua2 blok, tapi berapa ringgit je dia dapat.. naik tangga turun tangga mintak derma.. penatt die tauuu.. cikgu dia x fikir ke?? kesian ma tengok budak tu tadi... tapi ma geram... geram sangatt.. klu ma nampak cikgu die tadi, ma memang nakkk pegi cekiiiikkkk2 jeeee cikgu die



huhu.. terfikir jugak, mak ayah diorang xkesah ke klu dpt tau anak2 diorang kene mintak derma... kesian laa... adoi... :( sekolah diorang tak ada dana ye.. sampai kene suruh pelajar minta derma.. camtu ye... :(





Sunday, July 25, 2010

dah lama x masak



Assalammualaikum :)

hihi masa duduk rumah sewa kat equine dulu bersama aufa, kak fae dan anum, selalu la jugak main masak2.

tapi bile dah balik duduk rumah family ni, waahh memang dah x masak dah. balik2 keje, lauk2 dah ada dah ma masak, wikend lak selalu aku lesap ;p cane tu, hik2

karang kalau dibiarkan lama2, aku lupe pulak camane nak masak karang wuwu.

xbole jadik ni, kene buat sesuatu gak ;P

so pagi tadi bangun awal goreng bihun tuk sarapan.

dalam peti, sayur xde, so mewahkan dengan seafood je la, dan fishball hihi.


huduhnya rupe ;P terlebih kicap, jadi bihun gelap pulak, uhuk uhuk


ermm cedap ;p

ade x org masuk bakul angkat sendiri, ekekeke


note : tapi tak 100% dibuat oleh aku ar, mak aku xdapat nak duduk diam, nak borak jugak dengan aku kat dapur. so sambil tu tangan ma bergerak2 menolong. haishhhh, xpe2 nex time masak bila mak aku tak berkelip2 matanya tengah layan drama filipina kat tv.
ok?



taa~








Saturday, July 24, 2010

tak sempat~



hari ni hari sabtu, gi opis tadi... balik umah after maghrib... aduhhh memang busy lately ni, x tipu huhuhu... keje keje keje... sehinggalah terbaca satu comment ni dari ezzan kat entry rosealley

Blogger Ezzan Yusop said...

awwww....ezan asyik bercakap kan tadi. mcm kimora cewah. hahah. dd kan bz memanjang. nk bg hadiah je pun kene wat appointment. hehe.


auch auchhh tercucuk dadaku haha. nex week eh ezan, kite jumpe petang2 lepas balik keje ekekeke.



bile busy ni... ade beberapa yang tak sempat dibuat... huk huk

1) tak sempat lagi nak try makan GCB mcD.. hehe

2) tak sempat nak pegi cukur jambul baby falisha siang tadi, shee's daughter uwaaaaaa sayangnyeee

3) tak sempat lagi nak wish along muni tahniah sebab dia dah mengandung. omaigod along muni, dd teruja sangatttt tauuu, hihihihi

4) tak sempat lagi nak baca entry hantu kom kom kat blog lisa.. duhhh, entry tu banyak tulisan, kene cari masa untuk baca dengan penuh perasaan.. jap lagi sebelum tidur nak baca.

5) tak sempat lagi nak bagi comment kat entry cameron muni... motip? ;p

6) tak sempat lagiii nak merasa 'sesuatu' dengan kukuuuu... aahhhhhh part ni tension! ;P bila nak ada masa niiiiiiiiiii

7)

8) motip ko sempat pulak taip entry ni? pangg~~



(gambar hiasan)



hrmmm... kuku pernah bertanya pada satu ketika..

"kenapa setiap kali nampak macam awak sorang je busy? orang lain x pun"


HAHAHAHHAAHHAHAHA... gelak kerut kerut dahi.. :'D

jawapanku hanya ada satu... hrmm... iaitu.. time management..

ye ar tengok rakan2 sekerja yang lain kool jek, padahal kerja sama banyak. malahan sistem yang diorang pegang lagi banyaaakkk dari aku pegang.. takde pun kecoh2 busy hihi. aku baru 1, 2 dan terbaru sistem ke3 yang ni dilantik jadik ketua projek, nangesssssss..... akan bertambah laaa busy nangesssssss lagiii


sebab tu kat sini, aku tak pernah salahkan sesiapa kalau busy2 ni hihihihi sebab sedar semua pun berpunca dari sendiri..

ada beberapa sifat aku yang aku rasa perlu ubah dari segi time management. dd take note ya!


1) bile dah BERJAYA solve kan satu masalah koding, aku punye 'berehat' tu kan, amboi2 sangat lah lama. har har har... contohnye pergi menjenguk blog orang lain atau menggugel gambar2 comel. takpun, update blog. kadang2 masa 'berehat' lebih lama dari masa aku solvekan satu koding tu. puk :^ nak ambil mood untuk next koding laaa katakan~~~ ekekeke
ishh x bole xbole teruskan macam ni. aku kene didik diri sendiri untuk pandang jek koding tu sampai muntah. yeh p('o')q hihihii


2) aku tak suka terus bertanya kalau aku rasa ada yang macam tak faham siket atau tak boleh buat. aku suka cuba study sampai faham dan buat sampai dapat jugak, especially tang koding. kat situ ambil masa dah rasanya. mungkin kalau aku terusssss bertanya orang lain tanpa peningkan kepala memaksa diri memikirkan sendiri, mungkin dah jimatkan masa waktu tu. ermmm ye kot


3) kalau dah melekat kat satu masalah koding tu, aku taknak bergerak.. aku nak solve kann jugak sampai dapat!!!! tak dapat, tak mau move ke part/modul lain.. uhuhuuu not gud... time management kene ada dik~~ ye laaaa, kalau dah melekat kat satu isu je, nanti dari segi psikologinye kite akan rasa "wahhh ada banyak lagi yang berderet x siap laa!!!" cuba move jugak dan selesaikan yang senang2 dulu, pastu baru pata balik kat yang x lepas tadi, mungkin lepas tu psikologi berubah "lah siap dah sume, tinggal 1 ni jekkk".

hmmm. aku kene try buat begitu.


3) apa lagi ek, tiga tu je la kot dulu. tiga perkara yang membuatkan masa ku dimakan makan. haishhhhh. dd kene berubah arrrrr





seseorang pernah berkata padaku semalam.

seseorang : "kite rasa dd x sesuai jadi programmer"
dd : "hahaha kenapaaaa??"
seseorang : "sebab kite rasa dd suke bercerita. dd sesuai kerja yang macam bercerita ar"

apakahh?????
kite jadi penulis buku cerita kanak2 bole x rina? eh eh tetibe dah terkeluar nama sebenar 'seseorang'.. ekekekeke

ok, nak tidur suda :) sok plan nak bangun awal nak siapkan kerja dan goreng bihun for brekfes.

sekarang ni asyik taip entry sebelum tido je kan.

so seperti biasa, endingnya...

Selamat malam dunia =)


Assalammualaikum.


note : sebelum tido nak pakai koyok kat kaki jap, nak buang toksin dari badan hihi. beli dari wewe


Thursday, July 22, 2010

quick update



omaigod omaigod sempotnyeee hari ni. phuhh phuhhh phuhh

sungguh tak terkejar rasanya hari ini di ofis. tiba2 jam dah pukul 9 malam tadi, haishhh kene balik rumah jugak... semua gara2 UAT isnin depan, untuk sistem pertama ku di ptm... semput semput huhu

rina : "dd nampak stress hari ni"
wewe : "aku tengok dd rilek jek"

oit weweee, are u sure???? aku rasa muka aku dah cukup kucing dah hari niii.... grrrrr



*****************************************************



oh ya, wedding kawan saya raja nadia sabrina hari tu, x update2 lagi kan.. bukan apa, takde gambar ar.. kalau tengok gambar kat fb org len pun, segan pulak nak pinjam gambar.. haishhhh

nway, my fren shai ada update.. korang baca laa kat sana hehe..

oh ye, hani~ hani nak tengok full dress shai kan?? bole laa lihat di sana ya :D

ho ho shai, pinjam kejap ur entry ye, hik hik..

huhu melihat gambar2 itu, membuatkannnn hati ku rasaaa bertambah2 laaaa suke kat chiffon.. oh~~




*****************************************************



sebelum tidur nak kasi korang sebijik teka teki la... tapi kawan2 saya x boleh jawab... sebab ini jek kot satu2nye teka teki yang saya suka bagi kat kawan2... diorang pun dah hafal jawapan dah..

shhhh...

ok teke teki bermula sekarang.


ada sepasang suami isteri ni. dua2 keje programmer. disebabkan dua2 pun programmer, jadi semua benda diorang nak programkan. semua bendalah termasuk urusan di rumah, perbelanjaan, bla bla, semua pun nak programkan. termasuklahhhhh making anak. hehehe.

dalam program making anak, diorang dah programkan, hanya akan ada 2 anak je yang akan dilahirkan. x boleh lebih.

tup tup lahirlah anak pertama. diorang namakan dia Awaluddin, sebab anak yang terawal.

dan seperti yang diprogramkan, lahirlah pulak anak kedua, tak lama kemudian. disebabkan mengikut program, hanya akan ada 2 anak je, so diorang yakinlah ini anak terakhir.
lalu mereka namakan anak itu Akhiruddin.



dan tiba-tiba...

tak semena-mena..

terrrrrlahir la pulak anak ketiga, tanpa di duga..

soalannya, apakah nama anak ketiga??



ok kalau tahu, tinggal kat comment eh.
:D

clue : nama anak ketiga adalah merujuk kepada kesilapan program diorang hihi


oklah, nak beradu. Selamat malam dunia =)

Assalammualaikum.

Wednesday, July 21, 2010

saya sudah memiliki telekung mini, anda bila lagi? ;P



lihat lihat, saiz beg telekung saya lebih rendah dari bedak silky white yang kecil tu.. hihihi

telekung ini dibeli dari my sengalesttt friend ever, wewe!

so siapa2 nak beli mini telekung bole laa masuk blog dia di alamat

http://jerungdamncool.blogspot.com/

oh abaikan url dia yang macam bukan url orang bisnes... jerung damn cool inda~ hak hak

telekung ni memang muat letak dalam henbeg tau, hihi.



selain itu, wewe juga ada menjual baju sulam yang cantek, telekung, koyok yang tampal kat kaki dan.... ermmm apa lagi ye, korang ushar laa blog dia sendiri hehe..


lihatlah wewe yang begitu bersemangat menjual! haha

wewe~ wewe~ aku doakan bisnes ko berjaya ya.. ko jujur, baik hati, x berkira, jadi mesti dimurahkan rezeki ^_^



ok tu je. bye


note : persoalannya, kalau kat shopping bawak mini telekung ni masuk surau, kalau aku dah keluarkan telekung tu dari mini beg tu, mampukah aku melipat balik kecil2 dan masukkan balik dalam mini beg itu? hahahahaa


:n


shud not be a problem lah.. kain dia senang dilipat =)



hari ni, hari hujan yang rahmat.. ya ya


Assalammualaikum sumeee ;)

pagi tadi susah nak bangun kan?? hujan lebat.... sejuk jeeeee duk bawah selimut tu..

dapat msj dari wewe *aku suke panggil wawa = wewe sekarang


*salin bulat2 sms wewe, shortform tu dia punye keje yeee

wewe : Hjn selebt lebtnye kt umh ak dr kul5 pg td.Hukhuk.Cmne nk g keje ni
dd : tu ar lbt gak ni, haishh.. rempuh jek hak2
wewe : Ak xleh. Mk ak dh tkt bnjr dh ni *seb baiklah aku reti bace shortform ko ni wewe



"ma, awa takut rumah die naik banjir ma"

motip bagitau mak aku pasal wewe takut rumah bajir? aku pun xtau haha



aku bertolak dari umah tak lah lewat sangat rasanya.. ok je... tapi jem die dari jalan gombak, sangat tak boleh di maafkan.. kereta tak bergerak langsung (T_T) sepatutnye pukul 7:15 aku dah kat lebuhraya mahameru dah, tapi kul 7:35 aku masih di jalan gombak.. apakah??? rekod terburuk pernah aku ada... tak apa tak apa, dengan hujan lebat2 tu laaaa aku layan dan menyanyi lagu beautiful lies dalam kereta...

tiba-tiba suara menyanyi ku makin perlahan.. dan berubah kepada lirik "apa asap2 putih ni"..


"eh?"
"kenapa ada asap putih nii.. kereta depan ke... eh kereta depan ok jek??"
"eh dari bonet aku? makkkk *suara tak terkeluar sebab terlalu ketakutan"


pandang kiri pandang kanan semua kereta tengah muke tension sebab tengah stuck kat jem... takkan aku nak berhenti kecemasan dan turun kot???? wahhhh nanti habes aku kena maki dengan kereta2 kat belakang... xnakk xnakkk.. apa nak buat ni.. tangan memang dah macam ais dah sejuk ketakutan....


terus tepon kuku..
alamakk kuku x angkat, musti kuku atas moto ni, hujan lak tu...

wewe.. die kate nak sambung tido pulak td

terus tepon rina-serba-tau-dan-sentiasa-tenang iewww :n haha

dd : "rinaaaaa"
rina : "iyee dd"
dd: "kereta kite ni... tadi kite tengah jem2, hujan lebat.. tiba2 kereta kite kuar asap dari bonet depan... *time ni xtahan, dah sedu sedu dah
rina : "dd janganlaa nanges"
dd : "dd xtau nak buat apee... kiri kanan sume stuck kat jem.. camne ni rinaaaa"
rina : "ooh biasanya klu kereta kuar asap, air xde.. cube dd check temperature ok x?"
dd : "okayyy, cantekkk jeee paras bawah"
rina : "ade bau hangit x?"
dd : "xdeeee pun... cane ni rinaaaaa" *sedu sedu
rina : "biasanya kalau keluar asap dari bonet depan dalam hujan, ada 2 sebab... satu sebab air kereta ko dah takde.. lagi satu sebab... bla bla pemejalwapan... bla bla keluar dah konsep sains aku"
dd : "dd takuttt... cane ni rina"
rina : "klu sebab air xde, dd kene keluar sekarang, isi air dalam radiator.. bawak air kosong atau mineral x"
dd : "ade... takkan dd nak keluar tengah hujan2 lebat ni, haaa nanti orang2 belakang marah dd tambahkan lagi jem"
rina : "nak buat camne, kene keluar jugak laa"
dd : "kalau tak?"
rina : "kalau tak, kereta ko terbakar ar hahhaa" *cessss sempat ko gelak rina?
dd : *makin kuat sedu ... "dd ingat nak jalan siket lg laaa, sampai stesen minyak kat jalan pahang depan tu.. harap2 ok"
rina : "haa ok ok papehal update kat kite eh"


time ni sangat takut ok.... drive sambil sedu sedu takut kereta terbakar... tapi nak jugak sampai ke stesen minyak, nak mintak tulun sesiapa.. tapi kan, yang peliknya kereta sebelah2 atau motor2 sebelah tak tengok pun kereta aku... uikk diorang ni x nampak ke asap? *time ni dah pelik dah..


sampai je stesen minyak, mintak tolong encik bangla tu tengok2kan... cakap kat die kereta keluar asapp... tapi bile dia tengok kereta aku, cantek jekkk xde asap apa2 ;P haishhh aku pun konfius


bile die bukak bonet depan aku tu, hrmm wangi jek bau, xde aura2 hangit pun ;P
die check air sume dan check lain2 gak, pastu dia kata kereta aku ok je, takde msalah..


aik??? tetibe teringat teori rina yang nombor 2 tu, konsep pemejalwapan dalam hujan... uh benarkahh?? kiranya yang kusangkakan tadi tu adalah wap, bukan asap???


tak lama kemudian kuku call.... cerita kat dia... sok sek sok sek.... kuku suruh drive slow2.... dannnn aku pun membawa kereta perlahan2 ke ukm... 'asap' itu masih ada... tapi bila hujan berhenti, 'asap' tu dah tak nampak.... main-main ek...

hmm... sampai ukm pukul 9.... first time merah ni, uhuk.... wewe yang suspect umah die banjir tu pun akhirnya yang sampai dulu... sabo je lahh....


asap mistik betol..


betol ke asap? ke wap? ke geseran dari tayar kereta?
entah, aku pun xpaham

korang tau x?


note : Alhamdulillah, sehingga sekarang ni dah hampir 4 tahun pakai adik kelisaku ini, dia xpernah memberikan apa2 masalah walaupun sekumit... mungkin sebab aku selalu bercakap dengan dia kot ;p




Tuesday, July 20, 2010

dunia baru reunion


yey dah habes tengok Dunia baru reunion kat Gua.com.my! penat cari masa terluang nak tengok 19 episod tu, hehe org lain dah selamat dah..

akhirnyaaa dah tengok, clap clap clap



opie - awat hanggg dah gemukkkkkk... asyik kena buli dengan rakan sekerja jek.. tidak tidakkkk.. opie dulu tak macam ni.. rindu opie dulu yang rock dan punk.. dan cantek, huhu


suzana - dah kawen dengan orang kaya, tapi jadi isteri kedua.. dah berubah dari seksi2 gedik2 jadi alim sangatt, pakai jubah dan purdah tutup bahagian bawah mata.. siriyes tak tau siapa yang lakon watak suzana ni, sebab suara dia bukan suara almy nadia dah... setiap kali nak tunjuk scene suzana ni, mesti scene pakai telekung baru lepas solat.. hehe

madihah - kene buli dengan anak sendiri.. haishhhh


darius - kenapa x pakai muka darius yang dulu???? kenapa pakai muka darius yang lain? dah x ganas dan rambut pacak2 dah... x beshhh.. x suwit dah dengan madihah


tajul - x abes2 dengan otak duit :n

opie marah die pun die rilek jekk "nothing personal".. hooho bes jadik macam dia


anizah - motip buat watak die kene angin ahmar? ho ho herot2 dah mulut anizah


mariah - kembar sariah yang gewdix terkinja2.. ah remove ar watak ni, bole??? lagi suke gedik suzana dulu2


encik azlan bos opie - uh mencik kamu! suke ambil kesempatan atas kebaikan opie.. xsukeeee..

"saya x pernah bg penghormatan org lain untuk basuh baju saya, boxer.. awak jek sy bagi"
"saya x pernah bg orang buang sampah saya, awak je yg dpt peluang tu"

cehhhhhhh


adik natasha hudson xtau nama dia - cantek cantek walaupun ngade2..


adif dan erika - x tau, xmuncul2 lagi



ok tunggu episod seterusnyeee :D ingat kan reunion kat bali.. hampeh tul tajul






tak tidur lagi



Assalammualaikum sumee :)

huhu dah dekat pukul 1... masih tak tidur lagi.. mata melekat membaca 1 blog ini..

http://keretamayat.blogspot.com/

baca baca dan terus membaca... archive2 lamanya ku korek2 dan baca..


bila baca blog2 berilmu macam ni, terfikir juga.. adakah aku terlebih "bercakap" ek selama ni?


haishh..

walaupun esok pagi kerja, tapi mata masih rasa nak membaca lagi ar.. :)


selamat malam dunia =)

Sunday, July 18, 2010

malasnyee


sekarang sekarang ni kannnn, lately ni lahhh.. malasnyeeee nak update blog.. semenjak 2 menjak 3 menjak ni ar, malas betulll... padahal ada je story, huhu..

memang ikut musim betul lah my secret garden ni... hoho

malasnyeee nak create new entry.. aci x?

hoho

see ya :D


(gambar hiasan)
dd dudu, lina dan rossa



note : ada 4 word malas dalam entry ni :n





Saturday, July 17, 2010

gambar2 dari friendster ku



sian tauuuu friendster.... takde orang bukak dahhh..
elleh cakap orang, aku pun sama hihi..
rindu zaman frenster!! ingat tak dulu mula2 ada testimonial.. suke jek baca orang kutuk or puji pasal kite.. ekeke aku pun suke jgak bagi testi kat org len..

tp itu sume dah berlalu~~~~~

xmo lupekan gambar2 yang pernah aku simpan dalam friendster.. nak bawak ke blogspot.. bole?? ;p

berikut adalah beberapa gambar yang aku letak dalam photos di friendster..


suke gambar doremon buat keje ni, hihi



ini dd la ni.. x caye? ;p



profile picture ku di friendster sekian lama



errr (=^_^=)



motip nak comparekan diri dengan hillary duff? ;P
elleeee korang pun penah buat kann kann kann? ;p





gossiping, ekekeke




upm gegirls~~




so kiut lorr mereka berdua!!!





koleksi shincan, hihi




motip kalendar macam ni? ;P




kesiannye kawan aku sorang ni, kene pakse jadi sincan kejap.. hihi
lokasi : koridor blok P3, kolej 12 upm ;p



huhuuu ok laa bye.. korang teruskan lahh dengan fb korang tu.. wuuuuuuu
*tetibe emo ;p




Friday, July 16, 2010

mengimbau surat lama



kelmarin hot chat pagi2 dekat hot fm adalah pasal surat.. haha tak lama kemudian dapat sms dari muni..


muni : hahahaha lawak gile dorang bace kan surat fafau kasi kat mak die 16 tahun dlu hahaha
dd : alaaaa aku kat opis daaa


pastu malam tu bila balik rumah, terus teringat surat2 lama yang aku duk simpan dalam kotak khazanah.. hihi terus rasa nak selongkar balik, nak mengimbau memori masa silam.. wah gitu~


yeahhhhh keluarkannnn sume dariii kotak!!

ini semua adalah surat dari rakan-rakan cbn.. samada aku masih bersekolah di sana, mahupun dah berpindah ke sekolah lain, haha



dari tahun 1997 hingga 1999, saya belajar dekat convent bukit nanas..
tapi tahun 2000 saya pindah ke sekolah kat kuantan pulak.. haishhhh sedey sungguh tinggalkan dorang sehingga asyik play lagu BSB "Show me the meaning of being lonely" dalam bilik sambil mata bengkak2 macam panda.. haha



tapi kat sekolah baru, aku tidak kesunyian, sebab shai dan iza sangat rajin mengepost surat.. hihi.. shai tu siap pos berdozen2 duit syiling untuk aku tepon die kat public fon.. oh so suwitt laaaaa~~~~


banyak gile surat dari shai okeyyy... sekali hantar tebal pulak tu, bole buat buku dah.. ekekeke

kalau nak tengok tulisan shai, klik laa gambar kasi besar. haha mati aku kene kejar dengan shai ni sebab publish surat dia

setiap surat yang dia hantar akan cerita macam2.. pasal sekolah, pasal budak2 tuition haha..
ada surat tu die tulis masa die pergi london.. day 1.. bla bla.. day 2.. bla bla... day 3, bla bla... hahaha dulu kan x de blog ;P



ni kalau sampul bunga2 macam ni, surat dari iza lahh..


kui kui close up siket ;P

haha cakap pasal SUKOM lah, sports day laa hahhaa indahnya fikiran budak kecik!

mati jugak ni kena hempuk ngan iza sebab publish surat die ;P


yang chomeylnyee, diorang ni rajin tau hantar album gamba.. gamba2 the latest diorang, huwaaaa bila dapat kat aku, aku syahdu2 menatap gambar diorang.. sedih! ;P

album shai, haha
shai, byk betul gambar u dalam koleksi i tau, ngeeheeeeee


sports day!! daku tiada~


shai tu, kaset pun banyak die kirim.. kaset lagu2 paling latest.. haha time tu aku layan hitz fm, tapi sampai kuantan, hitz fm x sampai lak signal dia.. terus aku dengar radio muzik, wakakaa... tugas shai ni mengepost laa kaset2 lagu terbaru, hak hak.. tak lah ketinggalan sangat.. hihi



okeh sambung korek2 surat balik...


banyaknyeee surat kiut2!!! masa ni kat cbn la ni, banyak betul main surat kiut2.. hihi

surat-surat chomel..



lorr masa kat sekolah dulu, aku suke green tapi skang x suke pulak green.. nama gelaran pun greeny sampai skang emel aku ada perkataan green.. haha ni WB nye hal lah ni, ada color code masing2... ekekeke...

disebabkan aku greeny... surat pun dapat yang byk green la hahaha..



ini zaman ber'adik2 angkat ni.. hihi
tapi semua pun perempuan okeyy ;n xde nyeee abang angkat ke adik angkat laki ke.. xde xde ;p



whoopsss... sedang selongkar terjumpa ini note.. mengimbau~ oh girl dari sekolah rendah sebelah yang bagi.. hihihi tersengih kejap

oh adik nora, kalau adik jumpa akak sekarang ni, xde nyee beauty lah apa laahhh, makin kembang dengan tak stabilnye dah ni, hahaha lari dari struktur dah ;P


paham tak, kembang yang x stabil?? T_T



sangkut betul aku baca surat2 lama ni haha.... sampai ma biseng2 suruh aku mandi masa selongkar ni..


selongkar lagi.. ho hooo terjumpe kotak kecik.... kotak kecik ni simpan surat2 masa kat mrsm.... hehe..

time itu adalah sangat trend okeyyy dengan surat yang menggunakan watak joe ke sape ntah yang dalam majalah UJANG tu.. stok laki rambut panjang, tajuk cerita "Bersama selamanya" ke apentah... hihi x ingt, tapi memang surat yang ada muka diorang selalu laku..

masa ni, mrsm akan buat perkhidmatan pos surat2 ni antara sesama mrsm...
aku selalu lahhh berkirim surat dengan kawan namanya marleena baizura, dari mrsm taiping.. hihi..


yang note2 kecik colorful tu korang tau kot apa... alaaa yang akan kepilkan sekali dengan Request request tu.. alaaa yang bagi coklat ke bunga kee... kadang2 penerima x tau siapa pengirim... heheeeee


ganas nye tajuk tesis aku n group masa kat mrsm... mengenalpasti mayat tu ;P




ok lahh habes dahhhh.... tutup kotak dah... haha


tapi last sekaliiiii, nak tayang mende alah ni..



oh my~~ shai!!!!!!!!! u ke yang lukis watak2 slamdunk ni???? i lupe laaaaa..

hohoho dulu kita dua sangat minat slamdunk kan!!!! u suke rukawa, i suke mitsui sebab die kental hahaha... tapi sebenarnye dalam hati sorok2 suke sakuragi hanamichi yang kasar dan ganas tapi kiut.... wink^^



note : orang lain penuh simpanan surat2 boipren, aku lakk penuh simpanan surat kawan-kawan ;p kui kui




Thursday, July 15, 2010

terperangkap



petang tadi selepas solat Asar dalam pukul 6:30 kat surau ptm, aku naik laa atas ke tempatku.. tiba-tiba terrr'bau yang mencucuk2 hidung.. peritt.... uh apakah???

sampai je atas kat atas, miss sizuka (bukan nama sebenar) menuju ke arahku sambil berkata "fogging laaaa kat luar... kelabu dahhhh kat luar tak nampak apa2... akak lupaaa pulak emel hari tu kata ada fogging hari rabu"

uh??? ha'aaaahhh laaa dah dapat emel dahhh kata akan ada fogging hari rabu, pukul 6:30 petang... emel tu minta untuk kosongkan bangunan waktu itu... haishhhh siriyes tak ingatttt..

"habes, camnee kakkkk?"
"nak buat camne, kite duduk je lah dalam ni, dah terlambat nak keluar ni"

masuk2 je bahagian aplikasi, ada lagi si shincan dan si ninja (siapa kawan ptm yg dapat teka siapa sincan dan ninja, memang tere) sedang berdiri dengan muka yang tak dapat ditafsirkan.. haha



....
....
miss sizuka dan miss nini (2 orang mangsa fail kena audit dan kena siapkan pembetulan sebelum esok), si shincan (mangsa intenet rumah slow) dan si ninja (mangsa minyak naik 5sen).. 4 orang yang terperangkap sekejap di Bahagian Aplikasi..


kui kui kui..



Wednesday, July 14, 2010

hari ni habesss


phewwww~~
hari pertama untuk audit kepatuhan sirim tamat hari ini.. esok dan lusa ada lagi tapi bahagian lain la..

pagi tadi nak tercabut perut aku, hahaaaa macam2 lahh..
datang2 jek dah kena tegur dengan kakak kakak kenapa pakai purple..
hari ni semua wajib pakai baju rasmi PTM.. tapi disebakan aku baru masuk ptm ni pada 25hb januari hari tu, sah2 laaa aku tak ada lagi baju rasmi tu..
baju rasmi tu color coklat. yang menjadi masalahnye kalau takde baju tu, pakai laa ala2 coklat... tapi hambikk aku pegi pakai tudung purple, baju corak bunga tulip colorful terang2... memang nak kena terajang betol, hehehe..... kamek tak tau nyahhh.. ampun bahhhh

dah lah kena jadik penjaga fail, mula2 tu agak terkejar2 lah.. tapi lepas tu ok jekk ;)

comel jek tengok nota kecil semua di tangan/poket masing2.. haha cuak kalau terserempak dengan orang ISO tu dia akan tanya soalan2 berkaitan ISO.. aku rasa aku dah hafal masa dalam kereta jem jem pagi tadi.. tapi bila sampai ofis, terus lupa sume ;p ekekek

dan yang aku xpaham, dalam berpuluh2 fail yang ada, kenapa orang ISO tu pilih fail aku (T_T) kenapaaa??? kenapaaa???? terusssssss adaaaa ralatt dalam fail tu.... cuaknyeeeeeee masa puan ketua bagi tauuuuu..... aaaaaaaaaaaaa.... tapi bukan kesalahan yang disengajakan, ada satu borang tu x ada pengesahan dari orang sekian2.. mana tau kena jugak pengesahan tu wuwuuwuwuwu.... takpeeee dd takpeee belajar2...

harap2 kesilapan itu x menjejaskan kepurusan keseluruhan yaa..

gud luck korang PTM :)

penatnye rasa today suke2 hati rojakkan bahasa... nite nite ;)




Monday, July 12, 2010

Selamat malam dunia =)



Esok tak sempat nak update blog rasanya.. sedang melengkapi diri, fail projek dan dokumen2 sebagai persediaan menghadapi ISO peringkat kedua hari rabu ni.. yeah

banyak mende nak buat esok.. nak final check2 tarikh kat semua dokumen...nak kumpul balik semua fail dari tangan mereka dan susun2 atas rak lagiii....
haaa nak print2 rajah2 sikettt lagiiii..
printer tu pun kalau bole jerit dia jerit da "woiii aku semput laa woiiii korang duk asyik print macam2 jek hari ni kat akuuu, xkesian ke woiiiiii"


so selamat bekerja ya kawan2 semua untuk hari esok =) kite jumpe di blog pada hari lusa pula ye ;P
eh lusa xbole xbole, lusa
malam bole la kot, see ya!
hik2 esok i invisible..


motip? ;p


nah last sekali nak bagi gambar dd dudu bersama 2 gadis yangg gojessss, shaiii dan sara mmuah mmuah

naseb la ko dd pakai selipar takde heel.. terus nampak rendang, uhuk huk



note : psstt pakai baju bandung yang sulamnya sangat mewah di leher. tapi takde maknanyaaa, dah pakai tudung tutup sulam2 itu, ekekeke



wedding : faeyz kawan ptm



mula2 tengok gambar ni dulu.. hehe

masa ni team building, masuk hutan dengan warga PTM, UKM.. tapi campur sekali ukm kampus KL..

tup tup dapat pulak kawan baru masa team building ni..
nampak tak yang saya bulatkan kuning tu??
haaa tu gambar dd dudu dengan kawan baru nama faizah aka faeyz dari kampus KL..

selepas tu, tak jumpa dah laa, tapi saling ber'add dalam facebook dan ym..
tup tup kad kawen dia sampai rumah, hehe..
oh yaa, ada jumpa lagi faeyz sebenarnya masa kursus open source, dia datang sini, ajak dia lepak kat partitionku hehe.



10 Julai hari tu, wedding faeyz bersama pasangannya yang juga kampus sama..
tahniah ;)


dd of course la pegi kan~~ hehe

kenduri faeyzz dekat Jabatan Pengairan & Saliran, eh betol ke waaakkk??ni tanya kuku
di Ampang



cantekk nyee diaaaaa dengan busana coklat lembut+hijau ^_^


Selamat Pengantin Baru faeyz!!!! semoga kekal ke anak cucu cicit, selama2nya :D




sabtu 10 julai 2010


10:30 pagi : kuku sampai rumah.. dudu masih bersiap. hari ni dating pakai baju kurung dan berkain kain batik, hikhik motip? ;P

11 pagi ++ : berdua ke pejabat pos. renew road tax dan insurans. SUKSESS!!! kakak kaunter tak mention pun pasal perlu bayar saman?? yeyyy bayar saman nex month je la :p

12 kot : pergi ke LRT Pandan Indah, parking kereta kat situ. berdua naik LRT menuju ke Masjid Jamek. nak pergi Masjid India, nak beli barang siket ;P

oh~ besnyee naik LRT berdua. dah lama tak dating dengan menaiki kenderaan awam. hik hik

bole pulak si dudu tumpang handbag dalam beg sandang belakang kuku.. selamberr berjalan dengan sehelai sepinggang di tengah kota, *dahlaa baju kurung kain batik hehe sumpah tak tau apa akan terjadi kalau tetiba terrrrr'pisah dengan kuku di tengah2 orang ramai tu ;p henpon pun tadakkk di tangan haha puk


1 lebih kot : naik lrt balik pandan indan

2 kot : ke kenduri kawen kawan ptm ku, faizah, di Ampang. nanti update kat entry baru ye

3 lebih : survey jalan camne nak ke Dewan Perdana Felda. malam ni perlu hadir wedding di situ.

4 lebih : singgah jusco Wangsa Maju beli beli barang-barang siket.

5 lebih : balik kejap, bersiap siap.

7:50 malam : ke Wedding kawan sekolah ku, Raja Nadia Sabrina. wedding yang sangat ermm... beautiful and cute and glam ;) tapi segan nak kuarkan kamera snap snap, uhukkk

nampak Lisa Surihani, uh comelnyee cam hamster.. rasa nak cubit pipi, ku tahan jua ;P


sempat ambil satu gambar je.. itupun sebab pengantin potong kek bebetul lah sebelah mejaku duduk.. ahaa


nampak tak bayang2 dudu tengah snap pakai henpon? hahaha
nampak tak??



Friday, July 9, 2010

haishhh.. sudah jatuh ditimpa2 pulak tangga

tengah2 fening pasalllll nak bayar renew roadtax dengan insurans, sekali....

pegi gatal check saman kat rilek.com pulak, dan hamik ko!!!! ada 2 saman..


:'O

satu tu speeding.. lagi satu x yah ar tau..
apa kesss aku kene saman speeding kat highway kl-seremban???
ni mesti dah lambat pegi keje pagi2 ni.. haishhhhhhhhh


soalan sekarang pada pembaca2 yang tauu..
MEMANG PERLU SETELKAN SAMAN DULU KE SEBELUM RENEW ROADTAX+INSURANS?????

ADA KES2 TERTENTU TAKKKKK YANG TAK PERLU BAYAR SAMAN DAHULU??


note: hah, xde mood nak tukar font type and color!


haishhhhhhhhhhhhhhhhhhh

borak-borak lagi ;P


note: entry ni ditaip pada pukul 11 malam tadi, tapi di publish pada hari ini pukul 10 pagi.


perasan takk?? perasan takkk dari dulu kan, setiap kali kursus, aku akan buat entry yang ber'point-point macam ni, haha motip? ;P

jom borakk...



1) nak cerita pasal rakanku rina-si-serba-tahu itu lagi.

ade sekali tu kan, kitorang borak2 dalam kereta. lepas tu ada lah suara A bertanya. x ingat lak siapa suara A itu.

perbualan tu lebih kurang macam ni lah. serius x ingat, sebab dah lama.. dialog lebih kurang macam ni arr..

suara A : "kenapa hah kadang2 kalau bawak laju kene saman, kadang2 tak kena saman pun? padahal lalu tempat yang sama je yang ada kamera tu"

rina : "sebab kamera perangkap tu diorang tukar2 tempat"

suara2 lain : "hah?"

rina : "korang ingat diorang banyak duit ke nak letak kamera kat sume tempat untuk speed trap? kamera perangkap tu mahal.. so tak banyak kat malaysia ni.. so dia akan guna kamera tu untuk satu tempoh masa bagi tempat ni, lepas tu tempoh masa lain lak dia akan letak kat tempat lain pulak.. memang ikut nasib ar.."

suara lain : "laaaa yekeeee... rina cane rina tau"

rina : "laaa sebab... *hahahaa xtau rina luluskan ke x nak cite kat blog...



2) siang tadi masa pergi ke upm, kat tol upm, bila sampai jek turn kereta ku, cam biasa aku senyum dan hulurkan lah duit tunai ke kakak tol, tiba-tiba akak tol buka mulut nak bersuara..

kakak tol : "kereta depan tadi suruh saya sampaikan kat awak, dia kata terima kasih"
dd : em??? blur kejap.. ingat balikkk..

ohh hahaha kereta depan tadi ke.... dia salah masuk lane Touch N go.. kesian dia kene mengundur2.. aku nampak dari jauh terus aku berhentikan kereta, supaya bagi dia ruang besar untuk kona ke arah tol tunai barisan ku itu.. lantaklah kereta belakang nak marah ke apaa ;p suka hati aku lah nak benti jauh2... kesian gadis tu, kereta belakang die dah hon2.. dushh!!! aku faham sangatt perasaan dia.. sebab aku pernah kena dulu (^^_)

tapi tak sangka pulak die sangat hargai peluang tu, sehingga menyampaikan ucapan terima kasih melalui kakak tol.. hik2



3) saya kalau nak say thank you kat orang di jalan raya, saya gunakan wiper.. boleh? ;p pemandu lain x paham pun xpe, hak hak

dulu kat oas, suka hai hai kat ezan guna wiper.. bila kat lampu isyarat, saya kat depan, kereta ezzan kat belakang.. lepas tu saya hai kat ezan guna wiper belakang.. pastu ezan balas dengan wiper depan kereta dia, haha sengalll


hari tu masa nak balik, kereta saya kat belakang, kereta rina kat depan.. tak hujan x apa, saya hai rina guna wiper depan... satu kali sahaja... x taulah minah tu paham ke x, saya try n error je... sekaliiiiiiiiiiii wiper belakang die gerak lahhhh... hahahaha dia pahammmm sehhhhhh... die balas haii guna wiper gak, hahaha sengalll, aku suka aku sukaaa...



4) hmm.. saya sedang menunggu bunyi mesej dari seseorang :( uhuk...



5) sekarang saya memang tengah mengamalkan tak mo makan malam.. eh eh jangan ingat aku diet lak, aku tak diet tau, x suka guna istilah diet, hehe.. saje jee x nak makan malam, bole? ;p tapi untuk orang yang macam aku yang kuat makan ni, agak sukar laaa ma dan ayah nak adjust biasakan diri dengan situasi diana-balik-keje-xmo-makan-padahal-dulu-macam-harimau.. macam2 cara lahhh diorang buat untuk goda aku suruh makan.. tsk tsk.. tepis tepis tepis ;P

dan tadi, la ni kul 11:40 malam ni, aku keluar bilek nak dengar lagu yang mak pasang jap.. tiba-tiba ayah bersuara

"diaana. tadi saya tinggal separuh nasi untuk kasi awak makan"
"ayahh... kite x nak makannnnn... org dah cakap dahhh xnak makan" *sambil cubit2 pipi sendiri nak tunjuk signal kat ayah yang saya sudah gemuk
"yalahhh.. janganlah makan banyak2.. makan sikit sajaaa"

*tetap bertegas x nak makan... maaf ayah :'(


(gambar hiasan)



Thursday, July 8, 2010

meh sambung borak



1) hari ahad tu isi minyak dekat Shell Danau Kota. lepas tu perasan minyak sangat lambat turun. hari ni dah hari khamis dah, tapi minyak masih belum melebihi separuh. hebatttt

tiba-tiba teringat perbualan dengan rina-si-serba-tahu hari tu..

rina : "kite suke isi minyak dekat Shell Seksyen 1.. sebab kite perasan minyak dia lambat turun"
dd : "ooo yekee"
rina : "dd cube la isi minyak dan tengok mileage yang boleh digunakan untuk minyak tu"
dd : "dd selalu isi minyak dekat highway jek.. sebab on the way.. eh kalau dah namanya minyak Shell, bukan sama ke setiap tempat? ;p minyak yang sama jugak kan ;P"
rina : "sesetengah tempat kan dd, minyak tu diorang tipu2 tau"
dd : "uikk tipu macammane?"
rina : "ade sesetengah stesen minyak tu dia campurkan minyak dengan air tau"
dd : "huishhh ada ke???"
rina : "ada laa dd.. bila minyak tu campur dengan air, kesannye tak elok untuk kereta"
dd : "ishh ishh"
rina : "lepas tu ada gak stesen minyak yang bagi banyak angin"
dd : *blur tapi paham sebenarnya
dd : "rina... nape rina tau semua ni ekk?"
rina : "sebab... *adalah ceritanya, x tau rina luluskan x aku cite kat blog haha



2) hari ni saya kursus php lagiiiii..... tapi curik2 taip tesis dalam kelas *tapi koding cikgu kat depan saya buat jugak okayyyy... ingatkan cekap dah taip curik2... sekali tiba2 cikgu nombor 2 muncul kat belakang tanpa disedari.. oh tidak!! kantoii!! dan tiba2 cikgu nombor 1 pula muncul dari depan.. dan tiba2 kertas2 ku time time tu jugak jatuh ke lantaii.. dd kantoi berganda2 (T_T)

tapi naseb baik cikgu nombor 2 x marah n suruh je saya teruskan, asalkan paham cikgu nombor 1 ajar di depan.. ngeee


3) waktu break, lepas makan free laju2, saya ke UPM pula, nak hantar latest chapters ke Dr. ingatkan sempat laa sampai balik ke kelas sebelum pukul 230 start kelas... sekaliii sampai fakultiii, x de maknanyaaaaa....

tiba2 jumpe kakak A kann..

dd: pok pek pok pek
akak M : pok pek pok pek
dd : "akak dah kawen kan saya dengar?"
akak M : "dah ada anak sorang dahh"
dd : "haahhh?"


pastu jumpe kakak lain lak.. pok pek pok pek

;p

dan tiba-tiba dalam surau.. macam ku kenal minah ni

dd : "ummu!!"
ummu : "ehh dd buatpee kat sini?"
perbualan berterus terusannn........


tengok2 jam, nak pukul 230 daa (T_T)

pecut keretaaa.... sampai ukm balik dekat2 pukul 3.. padan muka kau masuk kelas lambat


4) apa ek ending cerita orang minyak malam ni?? episod last ni


5) weekend ni saya sangat fully booked.. sabtu je pun ada 2 kenduri kawen kawan.. tapi sabtu malam tu bakal menjadi kenduri paling grand saya pernah pegi.. ke aina fendi yang kawen sponsor hari tu lebih grand ehh?? entahh, yang sabtu ni kot hehe


6) 14hb ni ISO datang, audit.. berdebar2nya.. saya dan uya jadik penjaga fail bahagian.. kena pakai kebaya x? pangg~~~~~~~ langsung xde kene mengena!!!!!! mintak2 xde apa2 masalah yang timbul masa tu, fuhh fuhh~

7) sekarang musim orang tukar layout/template blog ke? hihi. sampai sekarang saya tak pernah tukar lagi background blog ni. hihi suka putih jekk.. header atas ni pun xkan tukar2 sampai bila2, suka sangat dah lisa buatkan. hihi.. tak kan tukar, cumaaa... akan ada blog baru untuk kehidupan lepas kawen karang ;p kire ini blog bujang laaa kirenye ;p sedang mencari2 url yang sesuai lagi ni.

tajuk blog kedua tu akan menjadi "Our Secret Garden" dah.. he he kate berduaaa.. tak pun "My Secret Garden.. chapter 2"... ewahh
url nye mungkin ermm thechapter2.blogspot.com.. boleh? wahiihihihi

duduchapter2.blogspot
chapter2dudu.blogspot
thesecondchapterofduduslife.blogspot.. PANGGGGGG!!!!!!!! yang ni memang nak kna bakar ni hahaaa panjang giler


7) buat masa ni saya suka kerja saya di sini sebab satu hari 2 kali makcik cleaner clearkan tong sampah saya.. bole x gitu ;p oh siapa yang tak suka ruang kerja bersih kan? *winkk




8) sedang feningg pasal duit arghhh.. dengan yurannye lagi.. lepas tu 18hb bulan ni roadtax mati... insurans kene bayar, aaa mana nak cekau duit niiii


korek duit dd, korekk korekk huwarghhhh



Wednesday, July 7, 2010

borak-borak random



hari ni sampai jumaat ada kursus PHP.. memang apply kursus ni sebab dah lupa laaa berapa tahun tinggal entah.. pernah guna php zaman final year projek dulu.. lepas tu ada guna kejap kat Possimo, itupun pakai notepad.. ekekekeke

eh taip entry nak cakap apa eh.. bagi random facts je la eh


1) teringat masa mula2 masuk ptm dulu. awa kata toilet kitorang orang kata ada 'sesuatu'. terus aku x berani guna toilet tu, siap naik tingkat atas kalau nak gi bilek air. last-last malas laah! ..sampai sekarang aku x paham apa maksud awa, hahaaaa awaaa sila bertanggungjawab! ;p


2) saya ada penyakit lupa xbertempat, ishh ishhh.. pernah sekali tu, keluar lunch dengan kawan2 ptm. saya bawak kunci kereta, alih2 naik kereta orang lain pula. saya yang malas nak pegang kunci kereta tumpang kunci tu dalam henbeg kawan yang bernama zyra.

ok.

pukul 5 petang, zyra balik rumah.

ok.

ok.

pukul 7 saya pula nak balik. macam biasa nak keluarkan kunci kereta. ehh??

TIDAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!!!!!


apakah yang berlaku selepas itu? boleh bayangkan tak??? HA HA HAAA gelakkkk sambil menangis :'O


malasnyaa nak cerita ending cerita ni, bole? ;p i benci pada diri sendiri, benci benci~~:P



3) lately ni macam tengah nak kurangkan kegemukan diri sendiri sebab lagi 4 bulan nak kawen. xmo jadik pengantin bulat dan muka besar. tapi saya x mungkin berdiet atau menahan lapar. itu bukan kemahiran saya ya tuan puan. jadi, apa yang saya boleh buat cuma lah, sarapan pagi macam biasa. lepas tu sediakan air soya atas meja. setiap kali lapar, minum soya, burpp terus jadi lapar lite lite. kira bukan tahap kebulur lah. so bila lunch, makan comel2 jek, yang berkuah, macam laksa. (biasanya lunch aku akan makan nasi segunung dengan lauk gemuk)... rasanya laksa kurang siket kot gemuk dari makan nasi. rasanya lah kann, malas nak gugel lah.
petang lapar lagi, minum soya. balik rumah terus x terasa nak makan malam (kalau tak sebelum2 ni balik rumah macam harimau laparnya) ;p gud dd gud dd. tapi lama2 nanti mesti imun dengan soya kan. takpe, kite tukar air lain yang kenyang pula ;P hehe



4) dekat ptm ni, ada kawan nama rina. rina jangan marah, sebab kite nak cakap rina ni unik lah. hohoho first time ada kawan macam rina. hehehehe unik unik :p oh jangan salah faham, bukan kite kate rina pelik, kite kate rina unik. faham takkk???????? *tetibe emo nak suruh dia paham haha.

rina seorang gadis kool yang tidak pernah memiliki handbag seumur hidup. beg yang di bawa ke tempat kerja adalah beg laptop, tapi tak ada laptop pun dalam tu ;n dalam beg laptop tu die isi purse, henpon etc. dia takde perasaan dengan henbeg2 keee kasut2 kee n apa2 la stuff girly2 hehe

dikala kami2 gadis2 berpusu2 membelek2 tudung yang dibawa alice untuk jualan, rina hanya buat dono je. takde perasaan. dia kata dia hanya ada tudung bawal putih jek
dan krim kot. huwaa, i adore u~~ hehe... satu dalam seribu ar~

dia juga ada sepasang brooch je yang dia gemar pakai hari-hari. kalau hilang, dia carik jugak. kena pakai brooch tu jugak. hihi

lepas tu dia jenis alert dengan semua benda. menyampah aku. bole x nak nyampah?? boleh jadi CSI ni beliau.

contohnya, dia tanya dd 10 soalan. seperti 1) hari ni kak hasnah pakai baju color apa? 2) apa num plat kereta kak zai? 3) hari ni si polan si polan tu pakai tudung color apa?? 4) apa num plat moto si fird? dan lain2 soalan...


ok seperti dijangkakan, aku menjawab 10 soalan tu dengan menggaru kepala. 1 pun x dapat jawab. means aku x alert dengan persekitaran, hehe. dush dush pada diri sendiri. ni kalau berlaku kes jenayah aku jadi saksi mahkamah ni, konfem kene jeling dengan peguam, sebab tak ingat apa2 ;P

tapi bila tanya rina balik kan, dia boleh jawab!!!!! oh tidakk!!!! kenapa ko boleh hafal sume plat kereta dan plat moto orang hah?? walaupun individu yang tak rapat, ish ish keliru lah aku dengan ko ni, hehe


kitorang panggil rina kamus bergerak. sebab tanya je apa2, dia mesti boleh jawab. hihi


5) aku tak update blog, tapi kenapa ada 6 online readers? ;p

6) kejap lagi 230 petang ada miting. nak sambung pergi kursus ke nak pergi miting? adoii laaaa..

7) dah perlu ke surau untuk solat Zohor.

bye bye pembaca (^,^)/



(gambar hiasan)

berdasarkan gambar di atas, nampak sangat tak pandai pakai shawl. senget benget macam apentah. memang takkan pakai shawl dahh ;P