Sunday, December 27, 2009

muni, selamat bertunang =)


Assalammualaikum sumee :)


26 disember semalam saye pergi majlis pertunangan my friend si muni kat rumahnyeee dekat2 dengan Giant Batu Caves.. si muni ni bertunang dengan chenta hatinya bernama rizal ;) muni ni dulu, kat upm aku slalu tumpang bilek die nak stadi sebab kat bilek sendiri mesti aku tertido, tapi last2 kat bilek muni pun aku tertidur jugakk hihihi ;p sekarang muni dah dipinang orang, hepi for u dear ;)


owhh meh tengok gambar hantaran, guna bunga color merah hati+ cream(ke putih?), cantekk =)






alaaa gambar sirih junjung lupa nak tangkap ;p
err korang tanak puji gambar yang aku amek ni cantek ke? keh keh keh ;P okie fine, biase je (T_T)


erm takmoo tayang gambar pengantin-tunang xtau nak panggil org yang bertunang ape lagiiii ;p
meh meh tengok gamba mini pelamin dulu.. made by muni sendiri

hik hik ada rumput, nampak x kamu? ;p


owh ya, untuk majlis pertunangan muni ni, my friend ezan yang jadik photographer nyeee, her first job tuu, x saba nak tinguk hasill, mesti cun ah ;)

nak tengok gamba pengantin-tunang ke? xmau tunjuk lagii ;p pangggg~
ini gambar penulis penulis? uweeekk



owh yelaa yelaa gambar pengantin-tunang pulak

pengantin-tunang atas katil

pengantin-tunang atas pelamin

pengantin-tunang bersama penulis

owh muni, love ur baju lace! giler cantekk, pinky pinky my feveret~ cantek ar =)

the hantarans dari 2 pihak..
pihak rizal gune color putih, cantekk dan suci ;)

penat ezan? huhu

penulis suke sangat majlis2 macam ni, sebab bole jumpe kawan2 yang dah lama x jumpe^^

antaranyaaa~~


ciare comeyll^^


jumpe kakyen^^ miss u lots terkenangkan zaman LI dulu

pae yang makin kurus..
dan juga bunge n sany.. terhibur jumpe diorang ;)


haa masa majlis ni kan, tunang si muni, rizal tak datang pun.. sangat tradisional kan, gud gud :)

okaylaa, penulis lapar sangat. nak pergi makan.. nanti kalau nak tengok gambar lagi tunggu laa ezan atau ciare atau muni upload ek.. okiee dadada (' '.)/

nahh gambar terbaikkkk =)


oh p/s ku --> best jugak review pasal pertunangan kawan^^ tapi x dapat nak review pasal acara sarung cincin sebab tak clear dari jauh huk2..
and oh ya, thanx pada muni sekeluarga atas layanan baik dari kalian, dan makanan superb :)

Wednesday, December 23, 2009

Tudung Giveaway Contest


hihi, lately ni macam malas jek nak update blog.. tapi nak join contest jek bole? ;P suka saja apa2 peluang atau kesempatan yang bole dapat barang free hik hik hik adeh gedebushh, macam misae mak sincan pulak dah aku ni... tidakkk tidakkk tak mauu jadi misae ;O


okay, kali ni nak join contest ni.. sile klik banner di bawah..

suke contest ni sebab boleh letak gambar bersama kawan2 :D ngeeheee
lepas tu hadiah nyee boleh dapat tudung Barakah uolsssssss

okay2, jom tengok ape rules die

  • Mesti ada blog ya ya :D
  • Jadi Follower Teratak Comellotte sudahh :D dan add Teratak Comellotte dalam bloglist anda Puan Rien, semua bloglist saya ada dalam http://jirandudu.blogspot.com/, atau klik dekat My Secret Path kat sebelah ni haa
  • Letak banner ini di sidebar blog anda dengan link ke entry ini sudahh :D
  • Buat entri mengenai contest ini sudahh :D
  • Upload satu gambar saat percutian indah anda. tak kira dalam Malaysia ke Luar Malaysia
  • Nyatakan tempat dan tahun anda pergi bercuti. gambar yg menarik,cantik diambil kira
  • Tinggalkan link entri anda di ruang komen sudahh :D
  • Tarikh tutup: 15/01/2010

saya nak letak gambar nii...

percutian indah ku di Bandung bersama rakan-rakan ;)
-November 2009-

masa bergambar ni tengah tunggu makanan dekat Restoran Sapu Lidi.. owhh betul2 rindukan mereka~ walaupun mereka ada didepan mata saya sekarang, saya-tetap-rindukan-mereka-waktu-di-Bandung ngeeee..

inilah percutian paling tenang dan indah yang pernah ku alami^^


oh p/s ku --> oh ya, thanx to zida untuk info contest ni ;)

Monday, December 21, 2009

hijrah


2 Muharam
1431 H..
Alhamdulillah, semoga penghijrahan ini membawa 1001 keberkatan dan di berkati oleh Nya.. Aminn..
:)

heee rasa macam nak cakap sesuatu, tapi tak terkeluar pulakk :D

oklah, Salam Maal Hijrah untuk semua ;)

dadada (^^.)/

Thursday, December 17, 2009

my feveret nasyid song ever!


Debu - Debu Dosa

by Hijjaz


Ke arah mana halanya
Bagi insan yang terleka
Mengejar nikmat dunia
Bagaikan hidup selamanya
Tak peduli dosa noda
Seksa azab neraka
Hidup jauh dari rahmatNya

Terpedaya pada dunia
Pentas ciptaan manusia
Terlupa pada segala
Mengikut nafsu semata
Membiar syaitan beraja
Di hati dan juga jiwa
Mengejar dunia penuh debu dosa

Teguhkanlah iman dalam diri
Moga dikau akan merasai
Betapa indah nikmat Ilahi
Dan yakin kau akan dirahmati

Harus kau percaya dengan pasti
Dunia tidak kekal abadi
Hanya menguji cekalnya hati
Sebagai khalifah yang sejati

Tak perlu kau meragui
Andai teguh keimananmu
Pasti bahagia menanti
Di akhirat yang abadi


Ya Allah, jauhkanlah kami daripada kesalahan dan dosa,
jauhkanlah kami dari segala kejahatan.. Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih dan Maha Penyayang.


oh p/s ku --> nape tah, aku xpenah bosan2 dengar lagu ni dari dulu sampai sekarang ;)

Wednesday, December 16, 2009

pencinta sarung/kotak tisu lawa


huhu dalam banyak2 benda yang boleh di update kat blog ni, tapi aku nak cerita pasal kotak tisu je bole?
ohh cam tak berkualiti jek entry ni.. ahh pedulikan.. hatiku meronta2 nak update blog pasal kotak tisu.. so how.. huk2 ;p

aku adalah seorang pencinta kotak/sarung tisu yang lawa..
kalau masuk lovely lace, usha2 sarung tisu.. tapi mahal nye..
kat Parkson pun suka tengok sarung tisu yang lawa gak.. tak lah mahal sangat, tapi tak murah laa bagi aku ;p

bila ada sarung tisu yang lawa kan, perasaan aku seperti~ nak amik tisu untuk lap2 hidung ke lap2 tangan ke lap2 habuk keee, rasa tenang jeee masa tarik tisu dari kotak yang lawa.. owhh percayalah~
hik2..

hrmm buat masa ni, aku dah ada 3 sarung tisu.. semua aku sayang...


yang pertama

sarung tisu dalam adik kelisaku..
sedap~ rase nak makan je, hihi..
yang ni mak belikan kat Avon


sarung tisu dekat ofis, atas mejaku..
yang ni my friend salwa belikan dekat.. apa ek nama stokis tu, lupe la pulak :D


dan last sekali..
yang ni bukan sarung, tapi kotak tisu.. letak kat bilik..
baru beli dekat Masjid India hari tu masa teman mak beli kain kat Jakel..
cinta pandang pertama dengan kotak tisu ni, 10 ringgit je :D

eh macam buruk jek backround asal tempat kotak tisu ni, dengan komik koyak2 nyee hee.. tukar background japp..

zassss!!
haaaa barulaaaa cun! :D hik

ok ok.. aku tau entry ni membusankan (T_T)tapi aku suke hee... aku berhenti setakat ni dulu ya..

dadada (' '.)/

nah gambar gegar, sekadar gambar hiasan

Monday, December 14, 2009

BLACK & WHITE PHOTO Contest


omg, baru lepas tengok gambar2 peserta
Black & White Photo Contest.. pastu ternganga2 tengok gambar2 diorang yang kool tu!!! naseb laa ko ezan, pening dan rambang mata hahaha

contest ni sangat kool kannnn.. dan satu2nye contest yang aku jumpe ramai lelaki turut serta.. kool!! siap ada yang mengaku beliau bukan gay sebab join contest... hihi
aku sendiri pun sangat suke contest yang ezzan anjurkan ni, memang lain dari yang lain =)


siapa nak join boleh klik kat banner contest atas ni :)

sebenarnya kan, takutlaa nak masukk~ gambar peserta-peserta lain kool kool belaka uh uh..

tapii~ di sebabkan baca 1 entry tu, ada peserta tu cakap dia suka gambar banner contest ni sebab ada gambar stokin, sooo aku rasa nak masuk laaa ;P eh apa kaitan stokin dengan aku nak masuk? hew hew hew~

to my dear darling ezzan, dd join contest ni.. dd hantar gambar ni yuk ;D

seorang gadis tersesat di istana terbiar~

hik.. gud luck to me :D


Sunday, December 13, 2009

siang hari ku di Jengka

taip laju2... nak keluar ni hehe

semalam, 12 disember 2009, aku pergi kenduri kawan mrsm ku, Zalina Zainon kat rumahnye di Jengka, Pahang :)

em jap, nak korek gambar lame ina jap..
tara~
zalina & dd forever =)
oh kenapa aku tepek muke kitorang atas bekground begini ya (' '.)~

ok sambung kesah pasal kenduri..
erm aku pergi Jengka, berdua2an naik keta cikgu fizik ku hehe...

Assalammualaikum, nama saya cikgu Wan Salehaton.. saya mengajar Fizik, dan saya sedang memandu Honda City.. hik2

konvoi ngan lagi satu keta gak.. jipad dan huzmin.. sebelum sampai Jengka, kitorang singgah Temerloh, amik zuin.. RnR kat umah zuin,.. mak nye si zuin hidangkan kuih2 dan minuman air sejuk dan air panas.. burppp kenyang sebelum kenduri~

cikgu wan, zuin dan dd

lepas tu Ajie dan wife nye pulak sampai.. minum2.. terima kasih pakcik dan makcik..
lepas tu kitorang sambung perjalanan..

dekat je temerloh ngan jengka... ina kat Jengka 15..

ok layan gamba ye.

dd kusamnye muka ku, adakah aku perlu calit mekap nex time pergi kenduri?, cikgu wan, Asz cantek tapi makin kurus sebab penat tarik gigi geraham patient, huk2... dan zuin yang masih sama seperti dulu :D

kaco pengantin makan hehe... yang baju biru tu, Sara isteri Ajie

kelas F2, batch 2001 Mrsm Kuantan :)

dari kiri, huzmin Researcher Officer di UKM dan tengah sambung master,
jipad
si programmer/researcher (xingat;p) di MIMOS,
suami ina
muke cam engku emran siket2 hehe,
si pengantin zalina
cikgu fizik di Limbang Sarawak,
Ajie
programmer gak kot ;p,
Sara
wife Ajie,
dd
programmer biase je dan master x abes2,
Asz
doktor gigi,
cikgu Wan
seorang cikgu fizik d mrsm kuantan, dan
Zuin cikgu kimia di Serian Sarawak..

Cikgu Wan, Alhamdulillah, anak2 murid kesayangan cikgu ni menjadik laa jugak, hehe.. terima kasih cikgu sebab jadik cikgu ter'best kat kitorang dulu, hik..

eh ni entry pasal kenduri kawen ke pasal hari guru? ;p hew hew


eerm lepas kenduri ina, Asz jemput datang umah die kat Jengka sebelah.. kitorang gi jap, minum2 makan buah.. pastu balikkkkkkkkkkkkkk.... singgah solat jat kat umah zuin di Temerloh..

okay, nak keluar ni.. sangat x sempat laa nak tukar font color dan tambah border gambar, dan check spelling.. balik nanti laaaa baru buat.. pblish dulu..

to ina dan suami, Selamat Pengantin Baru, moga kekal hingga ke cucu cicit cucut ;) sayang ina selamanya, and you are my friend forever! ^^

dadada (^^.)/


Saturday, December 12, 2009

gambar hitam putih


hai (^^.)/ my friend
ezzan ade buat Black & White Photography Contest.. baru je nak buat entry pasal ni tapi dah berduyun2 peserta masuk contest tu hok hok naik juling mata ku tengok gamba2 yang da boooommm dari peserta2 itu, hi hi tiba-tiba rasa rendah diri nak masuk ;p tapi ezan marah kalau aku cakap camni hahaha

so, apa yang aku buat tadi? erm aku korek gambar2 lama.. lepas tu edit kasi black n white la ape2 yang patut ;) sebenarnye nak cari calon gambar untuk submit ke ezzan, sekalii~~ aikkk banyak pulak yang aku terhitam putih kan, hehe.. seronok laaaa kasi hitam putih, nampak klasik kannn :D dan penuh cerita~ hehehe


misteri tak latar belakang kitorang? heh

hei, zaman 50an dulu pun dah ada komik sincan tau ;p

bangunan lama~ klasik tak? klasik tak?, tapi gaya aku bergambar tak nampak macam klasik pulak, aishhh

sayu pulak aku tengok gambar ni kalau tengok lama2 sambil layan lagu Wajah Kekasih, Siti Nurhaliza.. haha
ya ya, sila muntah sekarang ;n




nak tau sesuatu tak? gambar2 kat atas ni disqualified tau kalau join contest ezan, uwawawawa :'o sebabb.. syarat contest tu kene fokus kat gambar sorang.. ngerti? oh kenapakah kalau gambar aku yang lawa2 jek mesti ada tempelan orang lain? ;p waaaa larikkk larikkkkkkkk kene kejar ngan ramai orang~~


ok fine.. korek korek lagi gambar sorang.. huk huk

nah

kalau laa aku pakai baju kurung cotton time ni mesti sesuai bergambar dengan bot ni kannnn

edit pakai photo funia.. macam x aci jek.. ezan, aci x?

last2 aku hantar gambar ni la kot..hee

takpe takpe, ade masa lagi nak fikir nak hantar gambar mana.. caiyuk2 p('o')q


oh p/s ku --> oh yaaa, ini bukan entry penyertaan Black & White Photgraphy Contest tau, belum pilih gambar lagi pun :)

dadada (^^.)/

Thursday, December 10, 2009

My Secret Path


Hehe lame x update blog ni :D sebab aku tengah membizi meng'create blog baru.. hoho..


bukan blog baru yang ganti blog Secret Garden ni, tapi blog meletakkan link2 :D

url blog ku itu adalah http://jirandudu.blogspot.com/

yang menggunakan tema My Secret Path, hew hew hew gewdixnyee~
;P

sebenarnye kan, dah lama dah fikir nak buat blog khas untuk letak semua link, ala-ala kak vp punye vppinkytouch atau my friend punye ciareterritory, tapi asyik tak ada masa je.. hoho

tapi baru2 ni.. banyak la pulak blog hopping ke blog jual shawls dan blog weddings... lepas tu semua url blog tu aku rasa nak letak kat link blog sekarang ni, tapi arghhh sangat serabut laaa kalau letak semua, uwaaaaa.... itu yang memaksa juga diri untuk create blog baru.. letak laa semua jenis link ko nak letak hehe..

kiranya, tujuan My Secret Path dibangunkan adalah:

1) untuk meletakkan semua jenis link yang aku nak letak tanpa sempadan dan tiada terhad, hehe

2) taknak kasi blog My Secret Garden aku sekarang ni serabut, bersepah dan banyak benda, hee

3) moga-moga dengan kurangnya gadget di blog ku ini, masa untuk meng'load blog ini laju laa siket, huhu sebelum ni ada orang comment kalau nak bukak blog ni, lambat bebeno.. aku pun perasan gak kuh kuh kuh

4) besnyee ade blog baru :D boleh main dengan template ;p hew hew hew

5) nuffnang~ nuffnang~ ;p *oh percayalah ini bukan sebab sebenar :D

hik hik okie itu saja

owh yaa, kalau korang nak jenguk2 Secret Path ku itu, bolehlaa klik kat image laluan rahsia kat sidebar sebelah ni haaa yang title 'My Secret Path' .. heee gewdix nyee~ hew hew hew

errr, tapi My Secret Path tu aku tak abes update lagi tau... sebab dah lupa semua url blog yang aku blog hopping dulu, kih kih kena carik balik..

dadada (^^.)/

Monday, December 7, 2009

congrats to megat and zura




5hb Disember 2009... tarikh yang memeningkan kepala aku sebab banyak sangat jemputan kenduri kawen, huk huk.. pening pening sebab kalau boleh semua kenduri kawan aku nak gi huhu.... tapi apakan daya.. kalau jauh jauh tempat nyaa,memang x dapat laaa nak gi semua huhuhuhuhuhu berlinangan air mata ku~~



"megat, kite rase kite x dapat pergi laa kenduri megat"

"huh (muncung).. tak nak kawan dd seumur hidup!"

ok fineee fineeee (T_T)

5hb Disember 2009.. akhirnyaa aku memilih untuk pergi ke kenduri ofismet ku yang sengalest, megat mortaza :D dekattt Bota nyee Perakk..

ermm konvoi dalam 6 buah kereta.. mesti megat terharu kan ramai sudi datang jauh2 ni hoho baik x kami, baik x :D

kereta kelisa kuu mengangkut aku, ros, ezan dan juga kuku.. (kuku tibe-tibe jadi opismet kejap hihi)

gerak pukul 9:30 pagi, sampai dalam pukul 1:30 tengahari.. lapar gilerrrr... elok elok kitorang sampai megat tengah berarak. wohohoho timing baik punyaaa~~ plan asalnyee nak kacau megat dengan aksi2 kitorang sampai die x bole fokus untuk makan beradab ke atas pelamin ke... tapi huwarkkk kebulur sangat dah perut akuu niii, x de nyee nak kelepet2 tudung jadi bulat semata2 nak buat pengantin terkeluar suara gelak garau nyeeee hihi..

lapaaar.... aku makan memang x de bunyi langsung dah... lapar sangat.. gambar pun xtangkap hihi... nasik+lauk memang sedap gilerrrr.. megat, sape yang masak ek? sedappp arrr ;]""""""

hoho layan laah gambar pengantin dengannn warga OAS yang ramai ni yekk... hihi

amboii ceria nyaaaa megat ;p

gambar ini diambil dari ezan

ramai tak kitorang :D
nanti kalau aku rajen, aku upload gambar kitorang memenuhkan pelamin tu, naseb baik tak roboh hehe

aku purple hari tu, tak ikut tema maroon, hehehe

nisa, linda, umu, haida, rosa, dd dan aida ;)

errr semua gambar ni dari ezan .. aku xtransfer lagi dari kamera sendiri, hihi..

err kepada kawan kelas ku di mrsm, Siti Irwani.. dd mintak maaf tak hadir kenduri kawen wani :( nanti bile2 jumpe dd bagi hadiah kawen ye.. tahniah to wani, hihi x sangka akhirnye berkahwin dengan budak kelas sebelah kite ;P jodoh jodoh =)

to Hisyam, congrats jugak.. mintak maaf x hadir ye hari tu huhu, nanti kite satu family datang rumah untuk melawat ye :) (hisyam x bace kot blog ni hehe)

to pae pupu!!!!!!!! aku rase bersalahhhhh x dating ngan ko :'o i'm soriiiiiiiiiiiiii~ nanti kite jumpee yee bile berpeluang lagi, ataupun aku datang umah ko k :)

to Megat & Zura, tahniah sekali lagi :) untuk ucapan lebih panjang ada dalam kad kawen kitorang kasi hehehehe

Friday, December 4, 2009

Skaf Merah Jambu


Assalammualaikum semuaaa ;)


hihi... ada laa dalam 2 minggu yang lepas, entah camne entah aku tertengok laa rancangan 'Apa Kata Wanita' kat RTM.. kalau nak tau, aku memang suke tengok rancangan2 yang surirumah2 suke tengok nii ;p hew hew.... dulu kann masa sebelum bekerja, fully buat research, duduk kat rumah kan.. semua rancangan surirumah aku tengok.. cakapp jeee rancangan ape hehehe... lepas tu bile kawan2 cerita pasal cerita omputih bersiri, aku nganga sebab x tau hahahaha, tapi naseb baik gak laa aku tau jugak cerita Desperate Housewives dengan Prison Break.. soo tak laa makcik2 sangat aku kan, hehe ;P

okay berbalik pada rancangan 'Apa Kata Wanita' tadi, tengah terlopong dengar topik yang dibincangkan oleh Puan Zamzurina tu.. tiba2 masuk laa bahagian blog pilihan.. blog pilihan untuk rancangan 'Apa Kata Wanita' ialah Skaf Merah Jambu.. jadi, setiap minggu, akan ada laa segmen luahan dan nukilan penulis blog 'Salina' mengenai pengalaman kehidupan yang dilalui beliau... tapi disebabkan Salina ni taknak identiti dia didedahkan, jadi pelakon yang berlakon kat tv watak Salina ni orang lain laaa ;)

mase tengok tu, terus aku online, dan masuk url Skaf Merah Jambu ni... terus bace entry2 die.. wahhh aku terpikatt~~~~ terus follow... lepas klik follow tu, mase refresh, tiba2 follower Skaf Merah Jambu ni meningkat serentak dalam puluh puluh orang camtu.. woww!! ramai rupenyee yang serentak bukak url die mase tengok Apa Kata Wanita tu, hehe

dalam blog Skaf Merah Jambu ni, Salina ni wanita yang bekerjaya, bergaya, dan aku rasa dia cantek laaa orangnya.. tetapi Salina ni ada dilema orang asyik tanya dia bila nak kawen je.. yelaa, dah jodoh kan di tangan Tuhan, kalau belum sampai masanya, nak buat camne kan ;)

aku suka penggunaan bahasa yang kemas macam Salina tulis, ala2 macam kak suri nye tulisan blog la, kemas je :D lepas tu, aku suke baca blog ni sebab die suka guna peribahasa yang sangat kena dengan setiap situasi tu, hahaa bes jekk :D


ok laaa, kalau korang nak baca gak, bukak laaa blog Skaf Merah Jambu ni yek :D tapi jarang update laaa hoho

to kak Salina, i adore u~ ;)

Wednesday, December 2, 2009

Yang ku tahu cinta itu indah

Hai, selamat malam penonton semuaa~
pangg~~ apa masalah aku ni :n

hoho sekarang tengah melayani sebuah lagu yang bertajuk "Yang ku tahu cinta itu indah" nyanyian Afgan feat. Nagita Slavina.. bes.. sedeyy jekkk kalau menghayati bait2 lirik tersebut.. oh oh~

tapi x mo laa tepek lirik lagu ni kat sini.. kang orang salah faham lak, hihihi ;P

pu ku pu ku~ hoho lama tak buat bunyi ni..
puk ku~ puk ku~

hik hik ;p

yo puksi puksi yoo!!
puksi puksi! jom lisa rap bersama ku sambil mencuci toilet macam sincan dan misae buat, puksi puksi!

hoh tadi godek2 folder picture lama2..
korang nak tengok tak zaman kejahilanku dalam photoshop/fireworks dolu2 ?

nah

manjanye i kat telinga kuku~ tapi kenapa 2 pasang kaki ku hilang, hok hok

tak pandai nak edit, tapi nak edit.. booooo kat previous dd ;p


tapi sekarang aku dah pandai edit tauu, kemas laa siket dari dulu, hehe

Yang ku tahu, cinta itu indah^^

dadada (^^.)/

Tuesday, December 1, 2009

genap setahun di OAS


tak sangka semalam genap laah setahun aku di oas..

setahun tuu, hahaha cam x caya jee..
rasa macam baru je semalam aku taip entry "Puteri buah peach mencari kerja" malas nak link entry lame, malas nak cari kat archive hew hew
rasa macam baru je semalam lisa sajes kat aku apply OAS..
rasa macam baru je semalam aku hantar resume kat gra, tibe2 kene panggil untuk teview, tibe2 dapat.. hoh pencarian kerja paling singkat ;p
rasa macam baru je semalam aku masuk hari pertama OAS..

hrm teringat hari pertama aku~ masuk bilik mesyuarat berjumpa dengan lagi 3 orang budak baru.. mereka ialah linda, awa dan akim..

tapi diorang ber3 dah kenal, kawan kat uitm.. aku je laa yang sorang2 budak baru..
masuk senyum2 ngan diorang... masa tu, linda tengah rancak bercerita dengan diorang pasal coursemate diorang bercinta dengan si polan tu..
woii aku curi2 dengar perbualan korang tahuuu ;p hahahahah ingat sampai sekarang ape yang korang borakkan ;P

korang tanya nama aku, aku jawab, pastu korang ber3 sambung gosip lagi ;n
pastu korang tanye aku universiti mana, aku jawab, pastu korang ber3 sambung gosip lagi ;n
pastu korang tanye aku orang mana, aku jawab, pastu korang ber3 sambung gosip lagi ;n
kui kui, aku lak maintain senyum kontrol2 ;P

last2 hari ke2, hari ke3, hari ke4 dan seterusnyaa, aku masuk gang korang, wakaka..
sweet memory laaa kite ber4 asyik together2 jee^^

pastu hari pertama tu, bole pulak salwa sakit perut.... siap kene pergi hospital.. pastu dapat cuti seminggu, hoh spoil tul la ko awa hari pertama bekerja dah kena masuk spital ;P

dah beberapa bulan bekerja, ezan dan umu naik floor aku.. kawanku bertambah hehee... masing2 gila2 kann ;P

pastu kawanku bertambah lagi... especially team ESS hehe.. ayu.. aida.. haida.. oh ayuuu~~~~ rindu sama kamu, kamu rindu padaku enggak? ;p

pastu aku tarik ros dan wawa masuk oas gak, hihi menternak kawan laa aku kat sini ;p kih kih

pahit manis suka duka ku banyak tul kat OAS.. tapi kalau ikutkan mana ada pahit pun hehe.. takat tension2 keje x siap tu kire bukan pahit kan ;p hehehe

hoh dalam ramai2 ni, yang tinggal sekarang cume aku dan ezan je ;n


kesengalan awa akan ku kenang sampai bile2 ;P


umuuuuuni~


makin lama makin rapat dengan ezan.. makin lama makin terserlah keburukanku depan ezan, hahaha :p
aipp ezan! diam diam sudaaa kamu~ ;p


kami berdua yang juga masih setia di sini ;P
setia inda~ haha


gulp~ teringat training yang aku malas nak pegi dulu tu, asyik merungut je ;p hik hik apa kabar laa sir tu sekarang ye ;p