Thursday, March 18, 2010

tutorial : basic - bagaimana nak buat blog?


soalan 2


salam..


dd..tlg ajar aku cmne nk wat blog cantik cam ko nye blog..nk masuk gmbr..sound music.. ngn widget counting date 2..please tau..nk bljr sgt2..
yg m'harap p'tolonganmu..

-miss A-



jawapan


okay, untuk pembaca yang dah ada blog, boleh skip entry ni ye ;P sebab ni tutorial paling basic untuk buat blog, so korang yang dah reti tak payah laa baca, malu laaa i si ketam yang mengajar anak nya berjalan~ ;P siu siu~


1) to miss A, masa ko baca blog aku.. ko nampak tak word "Create blog" kat paling atas?.. haaa klik situ.


2) selepas tu, isi semua maklumat yang diperlukan seperti contoh di bawah.

(klik untuk besarkan)

klik button Continue.

3) Page Name your blog akan dipaparkan. haa masukkanlah nama blog yang diingini dekat Blog Title^^ Contoh kat bawah ni aku letak "Kehidupan si Atsukuru", haa ko lak letak ko letak laaa "diari seorang cikgu" keee, takpun "saya cikgu tinggi" ke atau pun "kesah saya si cikgu garang" ke, hew hew hew ;p

untuk Blog Address (URL) pula : letak laa apa2 nama untuk laman blog ko ye. http://sayabakalberkahwin.blogspot.com ke, hehe. nak tau url tu dah ada orang guna ke tak, ko klik kat Check Availability. kalau dia kata available tu maksudnya, tak ada orang pakai lagi la tu url tersebut ;)

(klik image untuk besarkan)

Klik button Continue.


4) wahhh page Choose a Template dipaparkan^^ apalagi, pilih laa mana2 yang ko suke untuk jadi template blog ko. Klik preview template kalau nak preview lebih terang.

taraaa~ saya pilih template tic tac.


Klik button
Continue.


5) Your blog has been created!! yeayyy :D


klik button Start Blogging. Anda bole mula blogging sekarang ;)


6) kite mulakan dengan post entry pertama.

(klik image untuk besarkan)


dah siap tulis? klik button Publish Post. Lepas tu, klik View Blog.

taraaaa~~~ ;)


7) ok perasan tak layout kat sebelah tu tak berapa nak lawa. ok untuk edit, ko klik dekat link
Customize kat atas page.


8) haa dalam page Layout ni lah ko boleh nak edit2 layout. perasan tak dekat sidebar belah kanan, aku drag gadget About Me ke atas? saje, nak kasi tersusun siket. kalau kat sini (sidebar), ko nak letak gambar ke, link2 ke orang lain ke, klik je Add a Gadget. kalau nak edit tulisan nak kasi Verdana ke tahoma ke atau nak tukar color tulisan, pergi dekat Font and Colors.
dah siap edit semua, klik button Save. siap =)


ok Miss A, aku baru ajar basic ni bagaimana nak buat blog. tapi ko request untuk bagaimana nak buat blog cantek kan. blog aku cantek ke? ;n ok, next entry aku ajar bagaimana nak masukkan gambar, letak template cantek2, sound music dan counting date k :)

selamat mencuba Miss A =) dan yang lain2 yg xde blog lagi ;P

dadada (^^.)/



6 comments:

faizah said...

dd, haaaa yang ni jeeee aku pandai dah, hihihi.

kalau bab2 lain pasal komputer ni aku memang FAIL with flying colors;p hehe

dd dudu said...

{faizah}
hehhee kite tgk lawa jek blog kak long :D tere dah tu :D kite pun buah cempedak di luar pagar lagi ni ;p hew hew

nurnajwa said...

dd nk tanye, mcm mane nk buat box spt "home" "about" dll berfungsi after download dr btemplate?x cantek plak bile dh ade tp x brfungsi...hrp dpt diberi tunjuk ajar...tq

dd dudu said...

{ibu,irfan & ayah}
Ok InsyaAllah nanti, bila ada masa terluang saya buat tutorial ya ^_^

Cimas Tc said...

Dianaaaaaa.... sy tgh create blog using awak nyer tutorial nih..hehe..buta IT la..isk2.. :p

dd dudu said...

{cimas tc}
waaah harap membantu ;D