Wednesday, March 3, 2010

tudung tunang hari itu


dah lama teringin nak buat entry pasal tudung tunang hari tu.. sebab masa tunang hari tu, ramai dok tanya tudung ni beli kat mana.. eh ramai ke? ramai laa kot lebih dari sorang, muahahahaa


tudung ni saya tempah dengan Koleksi Vispera ..
hehe entry ini memang khas untukk puan vispera kite^^
hello kak hawa~ ;P

himpunan manik2 lace di atas awning, cantek tak =)
sorilaaa uolssss, i terpaksa plastikkan muka i sebab berminyak sangat muka masa ni,dah petang2, takut mencacatkan gambar tudung, uhuk



ok, konsep vispera ni, tudung yang kite nak, tak ada lagi jual gantung2 dalam kedai atau kite scroll blog vispera dan pilih2 nak tudung mana lepas tu bagi kod tudung tu kat kak vispera, lepas tu bayar online, lepas tu kak vispera pos tudung tu, haha bukan begitu tauu~ bukan bukan~

tetapi, kite tempah kat kak vispera.. then dia akan tanya nak color apa dan dia akan request nak perca kain kita, supaya dia boleh sesuaikan dengan tema kita. macam kes saya hari tu, kak vispera kata dia tak pernah buat color pink. saya ni pergi request pink pulak. so masa jumpa tu, mak saya bagi kain perca baju tunang saya, then kak vispera pergi cari kain tudung tu dulu untuk samakan dengan baju saya.. lepas tu baru dia start jahit.. faham x faham x?

lepas tu, masa kak vispera dah siap jahit, dia 3G, "diana, okay tak macam ni? nak tambah manik lagi x?" hehehee

note : tak pernah kenal kak vispera, first time jumpe masa bagi kain perca tu lah

lepas dah betol2 siap, tibalah masa untuk mengambilnya.. tapi masa tu kak vispera baru pindah Taman Maluri, so ada problem siketlaa dari segi nak jumpa kat mana tu since kak vispera tak familiar lagi dengan kawasan area situ, so last2, kak vispera naik putra datang Taman melati, dan saya ambil dia angkut balik rumah ;p sebab kak vispera kata nak ajar saya macam mana nak pakai tudung tu dengan betul.

so masa kat rumah saya, kak vispera ajar..

1) ikat sanggul tinggi yang betol supaya bila pakai tudung nampak lagi cantek, dan sesuai dengan corak veil... curlastt kann kakak jual tudung datang rumah ajar buat sanggul~ ;p suka sangat dengan pengetahuan sanggul tu, sebab tak pernah tau cane nak buat sanggul yang cantek hoho.. rupa2nya kene ikat rambut dengan shawl atau tuala kecik, baru jadik sanggul bulat dan tinggi ;)

2) lepas tu kak vispera ajar kalau nak pakai tudung tu nak nampak awning cantek terletak kene pakai ketat seketat2nyaaaaaa.

3) kak vispera ajar selempang tudung tu. memang cantekkkkk, tak pernah tau care selempang yang macam tu, memang bulat lahhh scallop kat depan ;p


huhu masa kak vispera ajar tu memang cantek, semua jadi laa.. sebab kak vispera andamnyee.. tapi dihari kejadian, bila buat sendiri.. adeh, sekian terima kasih, tak kemas sangat sebab tangan tak seni (T_T) naseb baik ada kawan2 yang tolong2 hee ;)

see muka berminyak lagi..
xpe, tengok tudung je tau ;p


ok tu je nak cerita.. berpuas hati dengan tudung vispera ni, lebih2 lagi dengan sesi konsultation kak vispera ni secara tak rasmi hehe.. kite pun rasa selesa =)

ingat masa nikah nanti nak guna tudung bawal putih biasa tapi nak kak vispera tambah manik lace kat tepi2 tudung bawah boleh? ;) tak nak pakai awning, nanti suami takleh cium dahi ;p heeeheee gataiii

ok dadada (^^)/

kata mutiara : saya selalu percaya dengan hati atau instinct saya tentang siapa yang boleh dipercayai, siapa yang tidak. jadi sepanjang urusan tunang hari tu, saya tak mengamalkan konsep mendesak, sebab nak orang selesa dengan kita, harap2 masa persiapan kawen nanti, instinct saya betol lagi :)

13 comments:

JIVEBUMZ said...

memang cantik tudung tu!~
akak nak cuba tempah lah...
seswai dengan awak pink kaler!

dd dudu said...

{jivebums}
hehe, klu akak nak tempah, akak bukak website kak vispera lepas tu emel la ;)

yekee, makasih kak jibam^^

a Y u said...

mmg cantik..
ayu tak pernah pakai tudung ade awning sbb rs cam huduh jer muke nnti..
tp time sanding nnti,t'igin plak nk pakai..
kena cr yg betul2 sesuai ngn muke..(^_^)

dd dudu said...

{ayu}
hehe betol2, kadang2 awning sangat mempengaruhi mukaaa, muke sy ni kadang2 nampak muke gemuk kdg2 nampak muke kurus, disebabkan bentuk awning tu lah ;P

surney hasniey said...

cantik2...aku nak tanya aritu pasal tudung tu...tapi asyik terlupa je... ;p

dd gatai...(^,^)

faizah said...

hihi sangat cantek tudung tuu,,,, sesuai dengan dd yang cantek jugak.

oooo gatal ye kamu sekarang ;p hehe

dd dudu said...

{surney}
hehe nak tanye pape lagi x :D

{faizah}
waaah gitu ;P

gatai x gatai x , haha

JIVEBUMZ said...

dd dudu,
akak dah try kol vispera tapi tak angkat plak dah sms tadi tgu jap lagi kalo ade feedback..hihi

tak sabar nak tempat coz dok terbayagn2 gambar dudu mase tunang aritu cantik loh! hihi

dd dudu said...

{jivebums}
hoo yekeeee, kak hawa tak dengar fon kot hehe, sy baru lepas msj die kate akak ade contact die, nanti kak hawa reply la kot, hehe

alaa kakk jibam, akak pakai kang mesti lagi cantek, meletup (^o^)

Hunny Bunny said...

can i know how much the price for that tudung?

dd dudu said...

{hani}
rm 150 hani :)

nia said...

tudung tunang awkk ouh gojes.. brape price?

ctj4mme said...

hi

awak sewakan x tudung and veil tunang awk ni? cantik la...