Saturday, August 14, 2010

Pertemuan di bulan Ramadhan


camne nak mula ek..

hehe..

Alhamdulillah, hari ini 3 Ramadhan,di awal pagi, aku berjumpe dengan ayah kandungku sendiri.. after 26 years *pernah jumpe sekali je masa kecil, tp mana ingat..

masa first time nampak kelibat abah tadi, aku macam "wooo jelmaan abang".. hi hi patutla abang aku marah sangat, muka diorang sama rupenye ;p ekekeke tapi abah kurus lagi laa dari abang, lepas tu nampak tua dah siket2, huhu

mula2, aku diam je tadi masa pertemuan tu, aku dengar je lahh bila ayah dan ma borak2 dengan abah.. abah tanye aku seketul, aku jawab seketul. yang bikin meriahnye of kos laaa ayah aku kan, dengan aksi comel tak dengar tak dengar nye tu kan ;p


tapi lama2 tu, aku macam ok dah, dah berani siket tanya2 soalan huhu.

- abah merupakan seorang cikgu sejarah dan BM di sebuah sekolah kat terengganu.
- abah ada kereta waja *wah boleh tahan kan. oh tapi abah datang sini naik bas ar, sorang2. huhu

- rupe2nye aku ada 6 adik beradik belah sana. dan yang sulung itu umurnya 24 tahun, belajar di UUM. whattt??? beza 2 tahun jek dengan aku? ooo my guccii~~
InsyaAllah masa aku nikah nanti diorang semua hadir. walaweeeeh~~ dan yang konfem datang adalah nenek dan adik beradik abah. diorang memang dah lama sangat nak jumpe ma, abang dan aku. huhu.

majlis pernikahan aku nanti bakal menjadi sebuah drama keluarga? ;p


tadi kat masjid uruskan semua dokumen nikah, abah pun dah sign borang sebagai wali.
hoho dapat tok kadi yang best. suka pulak aku.. kukuuuu, awak mesti suka~ ;p tuan haji tu cam ok jek, hihi.

dokumen semua lengkap tadi kecuali tiada surat nikah ibu bapa. ngeee


"ibubapa dah bercerai. surat nikah dah diambil pejabat agama, camne?"

"kalau macam tu perlukan surat cerai lah"

"ibu bapa dah berkawen lain, surat cerai dah diambil pejabat agama, camne?"

"kalau macam tu perlukan akuan sumpah mengatakan yang ibubapa pernah bernikah dan nordianah adalah anak kandung... macam ni saya ajar buat ayat.. saya (nama bapa,IC) pernah berkahwin dengan (nama ibu,IC) pada (tarikh nikah) dan telah bercerai. (nama anak, IC) adalah anak kandung kami yang kedua, dan saya adalah wali yang sah."

time tu muka aku kerut2 jugak lah kan mana pulak nak cari pesuruhjaya sumpah area gombak ni, dan camne nak ingat ayat-ayat tadi.

"jangan risau, ini semua mudah je... jangan fikir susah.. bla bla.. dekat gombak ada satu pesuruhjaya tu, bla bla.. nanti diorang akan ajar buat ayat masa nak tulis akuan sumpah tu, bla bla.. dokumen nordianah ni dah lengkap semua, kecuali satu ni je, lepas dah dapat akuan sumpah tu, tunggu borang dari belah laki, dan boleh hantar terus ke pejabat agama"

hehe aku pegang ayat tu.. nak kawen sebenarnye mudah je, chillax okay chillax~~


dah booking masjid tu untuk nikah pukul 10 pagi pada 20/11/2010 (sabtu).. oh kawan2~ aku nikah pagi, dan sanding hari yang sama tau.. hihi..

Tuan Haji siap cakap "nanti awak nikah kat masjid ni lah.. kat dalam tu, nanti kita pasang laah lampu spotlight sume.. cantekkk"

haha kerlass ustaz~ sporting gitu.



nway tadi ajak abah singgah umah kejap. suruh abah mandi2 dulu. yang comelnye, ayah lah.. dah jadi macam penunjuk muzium, semangat pulak tu. duk tunjuk2 gamba konvo kitorang yang tergantung.

ayah : "ini gambar feruz"
abah : "oh ini feruz, lain beno muka dia dengan waktu kecil"

ayah : "ini gambar diana, ambil sijil dengan sultan selangor.. eh ni, apa panggil, sijil ka?"
ma : "ijazah laaa"
ayah : "oh sijazah sijazah. diana amik sijazah"

huhu -____-


itu belum kesah dalam kereta lagi. ayah buat aksi comel kat trefik lite lampu merah.


ayah : "haiyaaaa ada nyamuk dalam kereta"

(ayah buka pintu kereta tengah2 jalan nak kasi nyamuk keluar) *bukak besar2 okayyyyy
(ayah tutup pintu kereta sebab ingat nyamuk dah keluar)


ayah : "eh ada lagi kaa nyamuk"

(ayah buka pintu kereta semula nak kasi nyamuk keluar)
(ayah tutup pintu kereta sebab ingat nyamuk dah keluar)


ayah : "eh ada lagi kaa nyamuk"

(ayah buka pintu kereta semula nak kasi nyamuk keluar)
(ayah tutup pintu kereta sebab ingat nyamuk dah keluar)


diana : "ayahhhhhhh.. malulaaa kereta belakang tengok ayah duk main buka pintu tutup pintu tengah2 jalan ni"
abah : "benci benooo dia pada nyamuk... kelakar laaa dia"

-___- tengok, abah aku pun cakap ayah aku kelakar. huk huk

i know i know, sesiapa yang jumpe ayah memang akan suka kat ayah punya, huhu aku tau abah suka ayah. abah pun cakap tadi dia tak sangka ayah ok dengan dia. abah menyenangi sifat ayah. sifat ayah membuatkan abah tak rasa kekok. thanx ayah. sebab ayah asyik buat kelakar laa, diana pun ikut tak kekok sangat jugak dengan abah.


ayah aku selalu nak lari2, nak pegi beli barang laaa apa laaaa ada je excuse dia nak kasi kitorang bertiga ke apentah. xtau laaa kan, tapi ayah kate nak beli barang nak kasi abah bawak balik tengganu.

tapi abah duk tarik je ayah jangan pegi mana2.

ada satu masa tu abah cakap
"ayah diana ni baikk.. buat abah hormat dia.. sebab tu laa dia hormat abah balik.. "

hmm, betul juga.. ayah aku memang akan baik kalau orang hormat dia... tapi kalau orang pandang rendah kat ayah atau pijak2 kepala ayah, ayah memang tak akan jadi baik ;p


nway pertemuan tadi tak lama. sebab abah dah beli tiket bas balik tengganu pukul 1 tengahari. kitorang hantar abah sampai stesen bas putra.

masa datang tadi, abah ada bagi seplastik keropok dari tengganu. masa balik pula, ayah bagi macam2 makanan ke abah, kuikui.

dan sebelum berpisah,

aku salam tangan abah..
abah cium dahi aku..

then abah peluk ayah rapat2..
lepas tu abah cium dahi ayah kuat2..

dan aku lihat, abah tak mendongakkan kepala selepas itu. abah terus berlalu, berjalan dengan muka yang tertunduk. aku tak tau apa yang sedang bermain dalam fikiran abah waktu itu.. aku sendiri rasa sedih sangat waktu tu :'(

kemudian aku sms cakap "abah jalan baik2... diana minta maaf atas segala kekurangan sepanjang pertemuan tadi"

beberapa jam kemudian, abah reply "ABAH SAYANG DIANA, MAMA DAN ABANG.."


:'(

i know :'( yang dah berlaku dah la kan, past is past.. aku sendiri tak tau nak maafkan apa sebab aku sendiri tak pernah rasa marah kan...


dan kini.. aku di rumah.. aku dah mula ada perasaan rindu pada ayah kandung sendiri... betul lah, perasaan sebelum berjumpa dan selepas berjumpa sangat lain.. sebelum berjumpa, aku tak penah rasa rindu pun.. *abang selalu risau aku akan lembut hati.. ya, aku memang lembut hati.. nak buat camne huhu..



note : aku lihat gaya abahku seorang yang mempunyai perwatakan yang disegani *xreti nak eksplain. mungkin sebab dia seorang cikgu~


29 comments:

Debutante Avenue said...

=) whatever it is, dia tetap your ayah kandung.

however, the real father figure will always be your ayah as he raise you up. and mould you into what you've become today. nothing can change that.

u should count your blessings then, you finally have 2 fathers loving you =)

Debutante Avenue said...

ches lupe nak logout. Ni neko

dd dudu said...

{shai}
haha tau dah neko^^

ermm thanx shai :) *speechless

SlashDot said...

feeling je baca.. huhuhu.. wah ada banyak adikkk.. best la.. ko lebih sorang adik dr aku.. :))

marinahunny said...

huuuu menitik2 air mata baca n3 nih..bagusnye ayah dd, pandai wat klakar so xde rasa segan2...

marinahunny said...

akak ada risik2 dgn sorang blogger(dia ex-student seklah abah dd0. dia ckp abah dd tu cikgu disiplin ..

w.a.n.n.o.r.f.a.d.z.l.i.n.a said...

sedih bila baca entri ni..menangis kot...huhu. Sebenarnya kisah hidup kita hampir sama.huhu..

Tp btol la kata org...buruk mana pun abah, dia tetap abah kita.

hanabira said...

dd..so touching..believe it or not,aku bace n3 ni sambil teresak2..plus aku xdpt g kenduri ko nnt..aku harap ade keajaiban berlaku yg membolehkan aku p kenduri kawen ko..:(

Sya Sakura said...

waa awk buat sy nangis pagi2.. heheh..

Tp walau ape pon, dia tetap ayah awk.. perkara lepas biarlah lepas.. semoga pasni sentiasa happy je.. heheh :)

Btw, ustaz tu sgt rock! Sportingnye siap cadangkan letak spotlight.. heheh..

nurul azida ahmad said...

tahniah dd. alhamdulillah, dah settle dah. bergenang gak la bc, smbl dgr lagu kat page dd ni. aiyayai~
20112010 ek? cntk tarikh. hihihihi

lina said...

TAhniah dd...best kan ada dua ayah....mmg sedih baca n3 kali ni siap nangis lagi...lepas ni senang la nak pi ganu ada ayah kat sana...jauh di sudut hati dia mmg rindu sgt dgn kalian semua.

Tukang cerita said...

macam yg lain....
akak pun nangis baca entry ni...
anyway, nanti bleh kot ajak kuku hanimun kat tganu...bleh kenal dgn lebih rapat ngan abah dd kot.....

~nnati anniversary kita lebih kurang sama....
akak nikah malam 19/11...kenduri 20/11...... hihihihiiii
:)

♥S@R@♥ said...

sedih la..sob..sob.. sebab sara dah xada ayah..abg yg akan jadi wali..

semoga majlis dd berjalan dgn selamat..

dd dudu said...

{slashdot}
eh fird, total aku ada 7 adik beradik ar klu campur abang kandung aku hehe.. campur aku jadi 8, erkk


{marinahunny}
apaaaaaaaaaaaaaaaaa??????????
abah cikgu displinnnnnnnnnnn???????????

iyeekeeeee

ho hoo

lagi, kak marina dpt info apa ek hehe


{wan norfadzlina}
iyeekeeee, dd xtau pulak kisah cik hampirkesitu lebih kurang

huhu


{hanabira}
hana hapuskan lah air matamu~ aku xberniat nak buat ko sedey hana... huhu

aku pun harap keajaiban berlaku, adik ipar ko tukar tarikh keee huhu jahatnye aku

really need u here :'(


{sya sakura}
thanx sya sakura :)

ha'ahhh ustaz tu tau kot muda mudi sekarang nak nikah pun nak shot lawa klu ambil gamba, ekekeke


{zida}
ehh?? 20112010.. baru pasan hahahahah sengal takkk dd

20112010, hrmmm nice~ ;p

thanx zida :)
oh lagu ni memang touching gitu ;p love dis song veryyyy muchhhh


{lina}
thanx kak lina, Alhamdulillah untuk segalanya :)

{tukang cerita}
hehe tu ar, leh ar balik kampung abah lepas ni klu xde aral melintang :)


akak jangan nangis ya, pujuk pujuk akak, hehee

waaa tarikh anniversary kite lebey kurang ar^^


{sara}
iyekeee sara, xpe xpe besyukur sara ada abg kan :)

jgn sedey2 yee sara~~

Ezzan Yusop said...

dddddd......i cried noks reading ur entry. xpe xpe nanti kta berbuka sama2 u pujuk i ok spy x sedih. ceh tetibe.

dd dudu said...

{ezang}
hehe makasih ezang ;)

surney hasniey said...

aku pun sedih bila baca entry ni, terus teringat ko pernah cerita pasal kisah silam keluarga ko... :(

manusia berubah, past is past...setiap orang ada buat kesilapan. walau apapun yang pernah terjadi dulu, abah ko tetap ayah kandung ko...yang pasti dia masih ingat dan sayang ko. semua yang berlaku sebelum ni hanya dugaan dalam perjalanan hidup ko je kat dunia ni...ko pun dah mula rindu dgn abah ko kan? hehe. :)

mungkin sebelum ni abah ko pernah rasa bersalah, tapi aku rasa skang ni abah ko dah bahagia bila tengok korang dah ada keluarga yang sempurna...(^,^)

dd ada ramai adik rupanya, aku ada sorang adik je ni, mana aci...hik3.

dd dudu said...

{surney}
huhu thanx seni :)

oh kann, ramai giler adik aku, hew hew hew hew hew

rosealley said...

touchingnyaaa, sob sob

dd dudu said...

{roseally}
huhu

tp dd da ok da :D

nieza rawi said...

no word =(...
sedih ar bc entry ni..
papa pun dh leh kawen dah,, heheheeeee.. (sikit lagi)
nice date :: 20112010 ::

pestisid said...

dd motip i nangess???dah tak ganas dah..dah tak ganas dahhhh!!

serius sedih..
dan gembira..

bagus sangat Pakcik Rasul kan...saya suka dia...waaahh ramainye adik badik kandung ko...semua skali 8!!!tahniah dudu..

harap pasni ko dpt mulakan kehidupan 2 keluarga yg best..and ko patut bangga ade 2 ayah yg syg ko..

dd dudu said...

{kak nieza}
heheee leh kawen da ;p

hrmm 20112010 ;)

{pestisid}
uolssss x ganas daaa~ haha
pok pok pujuk koo

tu ar, sy syg ayah sangat ;)

kerlassss kann ade 2 ayah, hik2

lot rt152 said...

feelingla bace.. menitis..

dd dudu said...

{lot rt152}
kak zai bukan kat opis ke ;p

cronyz said...

sob sob sob...
sedih bc ni..seb bek jerung sblh x nmpk aku mengesat hingus ni..huk huk huk....

dd dudu said...

{cronyz}
xkantoi lagu blog ni ngan jerung? ;p

cronyz said...

jerung sejak ramadhan ni, baik je dia..terharu aku...ckp pon sopan santun, no kutuk2..berkat puasa...aminnn

dd dudu said...

{cronyz}
kalaulahh jerung baca comment ko ni, pasti die berasa terharu :')