Showing posts with label bandung 2010. Show all posts
Showing posts with label bandung 2010. Show all posts

Thursday, May 6, 2010

bandung 2010 - balik dahhh. habisss


30 Mei 2010

- nak balik Malaysia dah. flight pukul 6:10 pagi. pukul 4 pagi kitorang bertolak ke airport.

ruang menunggu


oklah, habis cerita pasal Bandung ye. sorii kalau dah muak hehe.

di kesempatan ini saya nak kalungkan penghargaan pada ezzan dan idzuan. sebab banyak tangkap gambar sepanjang kami di Bandung. suka sangat ada banyak gambar candid. memang suke sangat!!!!! korang memang photographer yang hebat dan berbakatlah!! walawehhh




thanx kuku, rosa dan haida sebab jalan2 dengan kite :) happy sangat


bye semuaa :)

note : lepas ni, ciare bolehlaa bukak blog aku semula. dia kuarantin melihat blog ku sebab die tak bole dengar atau lihat pasal Bandung. kui kui comel jek kawan aku ni punye simptom pregnant. siu siu~




bandung 2010 - hari kelima



29 April 2010

hari terakhir untuk bershopping.

- di mulakan dengan kedai jam dahulu.

- lepas tu pergi kedai dvd. cetak rompak la. boleh dapat dengan harga 5000 rp bersamaan RM 1.80. murah, memang rugi tak beli. diorang seronok membeli. aku tengok aje. hehe. yelah tu. asalnye memang tengok aje, sekali last2 ternampak dvd tajuk cerita "Princess". cerita fantasi. tiba-tiba terambil dan tiba-tiba terbagi kat kuku. lalu kuku mengeluh "haihh kidss ~(',')~ ".. haha nak buat macam mana aku ni lagi suke tengok cerita mengarut dari cerita benar.

- masuk kedai jam lain pulak. ros happy tunang tersayang belikan jam ori untuk hantaran, hik2. eh tak apa kan tulis ni?


- keluar masuk kedai tas tangan.

- masuk Istana Sepatu. sekali terjumpa sepatu emas yang aku suke ('o') .. tapi tak ada size. dang!!

- masuk Istana Sepatu yang lain pulak. nasik baik banyak branch. jumpa sepatu emas yang sama. tak ada size jugak jugak. dang dang!!


tapi ezzan jumpe kasut feveret die. cheese cake tul *wahh tiba-tiba dengki


muke ezzan happy giler dapat sepatu, aiskem dan kupon fries mcD free. suke la tu ;P



rasanya rossa dah terlampau gembira, sehingga tak larat nak senyum dah hik2.


- aip aip sepatu emas dd tak jumpa lagi ni, camne ni :o last-last pekerja Istana Sepatu tu suruh kitorang try pergi ke Dunia Sepatu. kat sana mungkin ada sepatu emasku. suka betul aku nama-nama kedai diorang ni, hik. sangat fantasi.


- dekat Dunia Sepatu, dari jauh nampak kuku senyum2 dah. yessssss ada size untuk sepatu emas ku, yey yey!


- habis part kasut. pergi Toko 3 pulak. pergi sekali lagi. kejap je ni.

- jalan-jalan di Supermal. shopping baru. banyak giler kedai jam. ushar jam kat sana. seronok sangat *winkk ^^ .. lunch. cuci mata tengok butik2. masuk jonas photo. jonas photo ni banyak branch. shopping siket lagi.


- pergi Pasar Baru sekali lagi. kuku nak beli telekung lagi. aku pun sama nak beli kasi kakngah cousinku. ezzan pun ushar henbeg lagi kat sana.



- balik hotel solat jap.

- pergi Jonas Photo sebelah hotel sekali lagi. ehem ehem dekat sini lah aku beli hadiah untuk contest 30,000th visitor. hik hik. geram tengok barang2 yang dijual. sangat kreatif mereka ni. rugi-rugi tak beli untuk diri sendiri banyak2.

- lepas tu, makan lewat petang di Amanda Brownies. dan borong sedikit brownies untuk buat balik ke Malaysia.


- dah malam. waktu-waktu terakhir nak pergi FO mana-mana yang sempat. dalam kereta kitorang bising main game entah pape ciptaan aku dengan ezan haha. sabar je la eh jefry. jangan risau, bumbung kereta takkan tercabut punye, hak hak.


- sempat berjalan di FO Heritage saja.


- penutup adalah makan di Restoran Sederhana. hrmm pembuka hari tu pun Restoran Sederhana gak hee.

- habesssss hari kelima


note : terhibur kat sana tengok kuku suke bahan Haida. heheeee kesian haida, dia ingatkan dah tak ada megat, selamat lah dia tak kene bahan, tapi~~ ha ha nasiblah haida ;p hak hak




Wednesday, May 5, 2010

bandung 2010 - hari keempat, makan di Punchlut

- pulang dari Pasar Baru, jefry kata nak bawak kitorang makan kat satu tempat tinggi yang boleh tengok Bandung dari atas. wahh kami teruja. tapi jefry singgah hotel dulu. kitorang kena ambil jaket. dingin katanya di atas.


- nama tempat makan tu adalah Punchlut. sungguh mencabar naik kereta ke atas. lalu kawasan2 perumahan yang sempit dan curam. aku rasa kalau aku bawak kereta manual tu mesti tak sampai-sampai, tapi kereta tu menurun ke belakang. kui kui failed.


- sampai puncak, memang dingin. hujan renyai-renyai pulak tu. menambahkan lagi kedinginan.

inilah tempatnya. tinggi bukan? nampak tak cahaya-cahaya dari Bandung nunn dibawah sana?

lina kalau ikut ni mesti gayat. hehe


kami di puncak. wahh kitorang macam duduk atas karpet terbang pulak ;p

motip?




tempat masak.
tiba-tiba rasa nak feel black n white. sebab tempat makan dia ala zaman dolu-dolu.



nasik merah



sambal belacan super pedas. sampai aku terdiam terus masa makan. pedassssssss.
hilang terus dingin, hik2


makanan kampung


- kesimpulannye aku nak rekomen pada siapa-siapa yang pergi Bandung, silalah minta supir bawak ke Punchlut ni. makanan yang sangat murah, sedap dan sambil-sambil makan boleh la tengok view Bandung dari atas. tapi perlu ingat, sini bukan tempat makan mewah tau. ala-ala kampung jek. makan pun duduk bersila/bersimpuh, tak ada kerusi. tapi saya sukaa~~


- nak dating pun boleh. romantik gak.

"sayang~~ itu bangunan apa ya syg~"
"yang mana yangg~"
"yang ituuuu, yang ada lampu tuu~"
"mana satu.. semua pun ada lampu sayang~"

erkk pangg~~~ dialog entah pape rekaan sendiri.

okie habisss hari keempat.


bandung 2010 - hari keempat, pasar baru



- selepas sarapan pagi sementara tunggu jefry sampai, kitorang jalan kaki ke Jonas Photo, sebelah je Progo Hotel. jadi giler kejap di Jonas Photo. sesiapa yang masuk sini memang akan teruja. gambar yang ditangkap memang superb, dan frame gambar yang dijual sangat uhhh xtaulah nak gambarkan camane. terbeli juga barang siket kat Jonas Photo ni. dan berniat nak singgah lagi sebelum pulang ke Malaysia... kata jiran sebelah hotel kan kan ;p


- jefry sampai, kitorang pun pergi Pasar Baru. memang dah peruntukkan sehari di Pasar Baru. tapi masih rasa x cukup masa sebab dia tutup pukul 5 petang.



kebaya sulam





baju kurung sulam. upss terbeli color peach untuk diri sendiri. hehe



telekung




lace.


dekat lantai 2, sangat banyak kedai lace. lepas tu die suke sarung lace cantik2 dekat patung. dari jauh aku dah terpesona. tapi masa tu aku lebih utamakan barang yang orang kirim.
kuku tunjuk lace putih pun aku kate hold dulu. huhu. selagi tak setel barang orang, selagi tu aku tak lega untuk beli barang sendiri. last-last tak sempat nak ushar kain lace. Pasar Baru tutup pukul 5 petang huk2.



saya betul-betul perlukan sehari lagi untuk ushar kain lace di semua kedai lace yang ada kat Pasar Baru tu. huhu pergi 5 hari pun tak cukup kan, sabo je la ;P




cotton



aku suka kain pink kat atas ni. tapi tak beli pun, sebab nak lari dari pink, hehe.. lari lari~~ *tapi sebenarnya, teringat-teringat jugak, aduh camne ni ;p


beli sehelai kain untuk ibu tersayang di Pasar Baru ni =)


beli handbag juga di Pasar Baru bila nak balik tu. ezzan la ni ;p eh tiba-tiba ezan kena. haha


- pukul 5, Pasar Baru nak tutup. kitorang solat dulu kat atas bumbung. *eh solat atas bumbung? ;p .. lepas tu tangkap2 gambar atas bumbung.


ezzan, rosa, haida, dd dudu


- lepas tu, kitorang pergi... erm next entry la eh.. rasa nak asingkan cerita.. hihi.. bye bye


note : gambar2 di atas ni adalah dari ezzan dan idzuan. idzuan ada blog tak ye?







Tuesday, May 4, 2010

kedai-kedai di pasar baru


wahhh plagiat sungguh tiru tajuk entry ezzan.


sebenarnye nak suruh korang baca kat SINI

betul-betul apa yang ezan cakap tu, betul-betul. kedai-kedai itu bes. setuju-setuju. hehehe

* nampak sangat malas nak update, link blog orang jek, hik


note : saya sangat suke FO FO FO FO di Bandung. geram. rasa tak puas selagi tak pergi kesemua FO yang wujud di sana.









bandung 2010 - hari ketiga, jakarta



27 April 2010

- hari ni memang dah plan satu hari nak pergi Jakarta je. jadi, pagi2 sebelum bertolak, sarapan kenyang2 kat hotel. sebab perjalanan yang agak jauh.

brekfes di hotel berpinggan-pinggan ;P nak alas perut takut lapar dalam kereta


- sampai jakarta pukul~ erm x ingat. tapi tengahari dah la. perjalanan lama gile, 3 jam lebih kot. sebab kitorang pergi hari bekerja kan. sesak sungguh. luar biasa punya sesak.


- makan. dan shopping di Tanah Abang.

eh tak ingat pun memori ada pegang beg merah ni ;p



ezan nak tulung kirakan ke? ;p



cantek2 telekung kat sana. tapi tak beli pun untuk diri sendiri, macam dah banyak telekung kat rumah hihi.



tengah cari telekung yang orang kirim. konfius.
"nak beli ke tidak nak beli ke tidak".
"huhu macam ni ke yang dia nak ek?
"




di mana ada kedai henbeg, di situ ada ezzan. percayalah



oh ya, dekat Tanah Abang ni, aku ada suka satu kedai. kedai kasut, dan setiap kasut tu akan dipadankan dengan clutch yang bersesuaian. cantik sangat. tapi lupa nak ambil gambar ;p
erm erm sesiapa nak beli barang hantaran untuk perempuan, kat sini sesuai laaa (^_^) cantek sangattt padanan kasut dan clutch2 itu^^ bukan kasut atau clutch biasa2 tau. tapi yang ada blink2 nampak mewah. memang sesuai benor lah untuk buat hantaran kawen dan juga sesuai untuk pakai pergi dinner.

huishh rugi rugi tak ambil gambar kedai ni untuk rujukan orang lain.


- kitorang shopping kejap je kat Tanah Abang ni. pukul 3 lebih nak balik dah la, x nak laaa stay sampai malam. sebab takut orang balik dari kerja jadi lagi jem yang menakutkan. kesimpulannya, Jakarta ni sesuai pergi untuk lebih dari sehari. kalau sehari je memang tak cukuplah dengan keadaan kesesakannya yang melampau.


- pulang ke Bandung. sampai dah gelap dah. sampai2 je Bandung kitorang sambung shopping lagi, dekat FO FO yang ada. hehe


lama jugak aku sangkut kat donatello ni. ehee.



ni kat mana eh korang? siriyes aku tak ingat.
ehem ehem ni lah baju yang aku beli semalam di Bandung. saya suka sangat baju ni. sungguhhh sedap di pakai. labuh pun labuh ^_^ aaaaaaa nak beli lagiii~~~ anyone yang pegi Bandung belikan boleh? nak pesan color grey pulak. wahhh sempat tu~


- penutup hari ketiga. makan dan minum di Java Bean Cafe.

spageti tuna milik ezzan atau kuku

habiss hari ketiga.



Monday, May 3, 2010

bandung 2010 - hari kedua


26 April 2010

- bangun pagi-pagi, pakai cantek2, nak pergi Kawah Putih. tapi dapat berita tanah runtuh pulak. aduh frust tertiarap aku. tak ada rezeki la melawat tempat cantik.

- berjalan-jalan di Cibaduyut. tempat jual banyak barang2 buatan leather asli. betul2 asli tau. kalau nak beli barang hantaran lelaki, kat sini sesuai la ;P


rosa, dd dudu, haida


- sempat cekau sehelai baju untuk saya di Cibaduyut ni. baju ni akan pakai pada keesokkannya ;p nex entry korang tengoklah saya pakai baju apa. beli jugak t-shirt untuk abang.


- selepas itu menyejukkan mata di Taman Hutan Raya, sebagai pengganti Kawah Putih. perjalanan yang agak jauh sampai tertidur2 saya dalam kereta, alih2 bukak mata dah sampai di kawasan tinggi.


trailer cerita seram akan datang di TV3.

tajuk drama : Misteri Empat Sekawan di Hutan Raya.

wahh~



bakal pengantin bulan 6 ini sempat di pre-wedding photoshoot oleh ezan

ros sangat comel pakai skirt kembang-boleh-swirl2 gitu, heee



diorang photoshoot di depan. saya syok sendiri di belakang disamping yang sudi melayan kuikui




inilah air terjun itu. kotor lah. huhu


- sampai di air terjun, makan jagung bakar. alas perut.

- lepas tu dah hujan renyai2. keluar lah kami dari hutan itu dengan bersusah payah sebab naik jalan berbukit yang curam. nak surender dah suruh kuku jalan je laahhh tinggalkan daku kat belakang, xpe2. hujan pun hujan lah. tapi tak berjaya. hoho.


note : saya kuat apabila memakai baju yang bersesuaian je. kalau dah pakai cun2 pink-pink tak adanya nak kuat ber'jungle trekking. otomatik jadik lembik. hehe



bye bye Taman Hutan Raya. kami pasti tidak akan datang lagi.


- dalam hujan-hujan tu, kami dibawa pergi ke Kampung Daun. tempat yang cantek untuk makan. sepanjang perjalanan ke Kampung Daun tu, mata kami dihidangkan dengan bunga-bunga segar atas bukit. *pengsan. rasa nak jerit je "stopp!! nak bergambar dengan bunga jap!" tapi tak terkeluar pun suara itu. kof kof kof


inilah Kampung Daun tempat lunch kami. gambar di ambil dari website dia sendiri.



sedap giler okayyy



- petang, pergi Toko Tiga pulak. tempat jeans murah. saya sempat belikan wallet untuk ayah di sini.


- malam, merayau2 di Paris Van Java. akhir sekali, makan larut malam di BCM. tempat makan feel ala2 Bintang Walk atau Bangsar.

kat Kolumpo tak berani makan tempat2 macam ni. tapi kat Bandung selamba jek. hrmm tak tau lah kenapa kan


okayy habesssss hari kedua :)


bandung 2010 - hari pertama


note : cerita laju2 je boleh?


25 April 2010


- flight dari Malaysia pukul 9:30 pagi. kali ni kami tak terlepas flight. gud gud.




- sampai Bandung waktu tengahari. terus pergi jalan2 di pasar Minggu. kerlassss kann sampai2 terus shopping. dan aku sempat merembat sehelai baju sejuk kait color purple. harga nya 30,000 rupiah, bersamaan RM 10++.



pasar minggu di siang hari


awaakkk~ nak aiskem durian~

note: aiskrim durian dia letak durian betul2 dalam cup tu dan juga letak coklat, sedappp

- kemudian, lunch dahulu di Restoran Sederhana. rindu nak makan ikan gurame bakar.



- check in di Hotel Progo. masih hotel yang sama seperti dulu.

- dah solat semua, keluar jalan2 di Cihampelas. alaaaa tempat yang ada Superman, Batman, catwoman tu. kat sini aku tak beli apa2. tapi kalau tempat ni digantikan dengan patung2 Snow White, Cinderella, atau apa2 princess confirm aku beli barang. waahhh gitu~

- jalan2 sekitar Cihampelas tu. cari kamar kecil. tengok siket2 persembahan pentas orang lompat2 menari2. ramai betol penonton, uh ketepi ketepi. lepas tu minum petang di JCo.. bagi peminat2 JCo, kat sana terlalu banyak JCo sampai dah muak nak tengok. hihi. merata2 ada JCo.

- dah malam. jalan2 di BIP. Bandung Indah Plaza. cuci2 mata.

- lepak kat warung DU-21 sebagai penutup hari pertama. makan spageti.


habisss hari pertama :)




Sunday, May 2, 2010

nantikan kesah bandung kami


nah kasi gambar cover album Bandung 2010 dulu =)


cantek tak gambar ni? cantek kan, hehe dari kiri adalah kuku, rosa, ezzan, haida dan dd dudu.. idzuan tiada dalam gambar sebab dia tukang tangkapnya..


saya sudah pulang dari bandung.. dimana di sana saya cuma fikir "lepas ni nak makan kat mana ek?" .. "nak order apa ek?"... "lepas ni nak shopping kat mana ek?" .. "nak beli yang mana satu ni?"..
huhu hidup yang sangat senang lenang kan dengan berfikiran begitu sahaja :D

tapi sekarang saya sudah pulang ke alam realiti, esok kene kerja sob sob sob...

hey lina, jefry sudah 2 kali tanya perihal kamu.. "kenapa lina tak datang sekali?" *sila translate ke bahasa indonesia, saya dah lupa hehe...

oh ya, semalam saya keluar dengan kuku pergi kenduri kawen tqah kawan upm dan BBQ ofismets.. dalam kereta tu saya call lah haida... hrmm tak ada orang angkat.. telefon rosa.. huisshh kesian giler dengar suara dia dah takde.. suara tertinggal kat bandung ke ape.. hik2.. rosa tak sehat sakit tekak, batuk, demam sekali kot... lepas tu saya call ezzan.. langsung sepatah kata dia saya x dengar..

"bung.... ezzan... mam ni.... lubungg, bungg... mam.."

erkkk


ok


ketiga2 kawan saya tidak sehat apabila pulang dari bandung.. haida orang pertama tak sehat rasanya.. get well soon korang.. saya pun tak sehat jugak, tapi bukan demam ke ape, tapi jerawat naik giler kat muka sampai rasa malu nak keluar rumah berhadapan dengan orang ramai ;p rasa nak buat kesimpulan lahh, jerawat ku naik selepas pergi ke cibaduyut, Bandung pada hari kedua... Cibaduyut ni tempat barang2 kulit asli.. betul2 tepi jalan, debu2 kota semua naik menghinggapi pengunjung2.. dan hinggap juga di pipi ku, ehehee... sebab malam tu jugaklaaahh haida tak sehat dan jerawat2 tersembunyi naik kat mukaku, owhhh~~~
Bold


ok lahhh, nantikan kisah kami di Bandung ya.. itupun kalau rajin lah nak update.. tak janji ahh ;p tapi korang boleh laa bace di blog ezzan ni, dia dah update =)




Sunday, April 25, 2010

bye bye saya pergi bandung jap ye


saya pergi Bandung kejap ye kawan2.. wahh kejap laa sangat, padahal seminggu ;p


jadinya saya x tengok blog selama seminggu.. korang nak ngumpat saya kat ruangan comment pun saya takkan tahu selama seminggu, hik hik adeke yang nak ngumpat aku? enable kan comment moderation karang ;p

walaupun saya tiada, tapi ada lah entry siket2 yang dah auto publish, he he he

bukaklah blog saya pukul 7:55 AM.. hari apa, entah tak sure sebab tak buat lagi masa tengah menaip entry ni ;P


-gambar bandung 2009-

dari kiri, idzuan tunang rosa, lina mukagarang tapi makan mamee, rosa tunang idzuan motip ulang?, dd dudu , ezan yang pegang bahu dd saje nak cakap, nanti org ingat kuku yg pegang bahuku, dan kuku yang botak sekali lagi

klik sini kalau nak baca trip 2009


untuk kali kedua pergi ni, masih orang yang sama, bezanya watak lina dah tak ada. digantikan dengan watak haida. linaaa, gonna miss u :( siapa yang nak tolong aku pilihkan barang2 untuk makcik2 kalau ko xde :( wahhh statement yang perlu membuatkan aku lari sekarang~

tapi serius, tak best pergi trip tanpa lina :(


ok lah bye bye korang, Selamat maju jaya di dalam semua bidang, wahh gitu~~