Monday, May 3, 2010

bandung 2010 - hari kedua


26 April 2010

- bangun pagi-pagi, pakai cantek2, nak pergi Kawah Putih. tapi dapat berita tanah runtuh pulak. aduh frust tertiarap aku. tak ada rezeki la melawat tempat cantik.

- berjalan-jalan di Cibaduyut. tempat jual banyak barang2 buatan leather asli. betul2 asli tau. kalau nak beli barang hantaran lelaki, kat sini sesuai la ;P


rosa, dd dudu, haida


- sempat cekau sehelai baju untuk saya di Cibaduyut ni. baju ni akan pakai pada keesokkannya ;p nex entry korang tengoklah saya pakai baju apa. beli jugak t-shirt untuk abang.


- selepas itu menyejukkan mata di Taman Hutan Raya, sebagai pengganti Kawah Putih. perjalanan yang agak jauh sampai tertidur2 saya dalam kereta, alih2 bukak mata dah sampai di kawasan tinggi.


trailer cerita seram akan datang di TV3.

tajuk drama : Misteri Empat Sekawan di Hutan Raya.

wahh~



bakal pengantin bulan 6 ini sempat di pre-wedding photoshoot oleh ezan

ros sangat comel pakai skirt kembang-boleh-swirl2 gitu, heee



diorang photoshoot di depan. saya syok sendiri di belakang disamping yang sudi melayan kuikui




inilah air terjun itu. kotor lah. huhu


- sampai di air terjun, makan jagung bakar. alas perut.

- lepas tu dah hujan renyai2. keluar lah kami dari hutan itu dengan bersusah payah sebab naik jalan berbukit yang curam. nak surender dah suruh kuku jalan je laahhh tinggalkan daku kat belakang, xpe2. hujan pun hujan lah. tapi tak berjaya. hoho.


note : saya kuat apabila memakai baju yang bersesuaian je. kalau dah pakai cun2 pink-pink tak adanya nak kuat ber'jungle trekking. otomatik jadik lembik. hehe



bye bye Taman Hutan Raya. kami pasti tidak akan datang lagi.


- dalam hujan-hujan tu, kami dibawa pergi ke Kampung Daun. tempat yang cantek untuk makan. sepanjang perjalanan ke Kampung Daun tu, mata kami dihidangkan dengan bunga-bunga segar atas bukit. *pengsan. rasa nak jerit je "stopp!! nak bergambar dengan bunga jap!" tapi tak terkeluar pun suara itu. kof kof kof


inilah Kampung Daun tempat lunch kami. gambar di ambil dari website dia sendiri.



sedap giler okayyy



- petang, pergi Toko Tiga pulak. tempat jeans murah. saya sempat belikan wallet untuk ayah di sini.


- malam, merayau2 di Paris Van Java. akhir sekali, makan larut malam di BCM. tempat makan feel ala2 Bintang Walk atau Bangsar.

kat Kolumpo tak berani makan tempat2 macam ni. tapi kat Bandung selamba jek. hrmm tak tau lah kenapa kan


okayy habesssss hari kedua :)


2 comments:

noname said...

sebab di bandung kte jutawan...
..

..

.

wakakakaa ;P

dd dudu said...

{noname}
hrmm mungkinnn *sambil garu2 dagu yang x gatal