Wednesday, May 19, 2010

tentang fotografi kahwin


dah lama teringin nak cakap pasal ni.. then semalam baca entry ezzan yang ini, terus rasa nak cakap sekarang juga.. haha

walaupun tarikh kawen aku agak lama lagi, tapi yelah kan.. bile kite pergi majlis kawen orang lain, atau tengok gambar2 kawen orang lain mesti terfikir untuk diri sendiri juga nanti nak yang macammana bla bla..

sedutan dari ayat ezan..

"here were times i feel like gambar candid sebenarnya lebih cantik berbanding gambar yang berposing sebab semuanya real. real true emotions, real actions. tidak berpura-pura. something that is so pure that you can't fake it."


ha'ah ezzan, dd setuju sangat :)

kat bawah ni antara beberapa point yang saya rasa saya nak dan saya tak nak. oh ya, mungkin kalau baca ni, akan ada yang anggap aku x sporting ke ape ke ;p xpe, xkesah ;p hehehe


1) masa saya kawen nanti, saya nak banyak2 gambar candid.. tak perlu lah berposing bagai, kecuali gambar2 penting cam dengan famili atau dengan rakan-rakan tu, mestilah kena pandang kamera jugak kan :)


2) gambar baring2 atas katil dengan pengantin lelaki saya TAK NAK haha.. bukan apa, segan lah ;p awal-awal ni dah cakap segan, keh keh. eh tapi tapi, kawan-kawan yang dah kawen ada gambar atas katil tu jangan lah amik hati pulak. bukan saya kata tak lawa, tapi saya je ni haa, konfem rasa segan.. anggaplah saya tak sporting heheheheh..

photographer saya nanti sila take note ye! kau paksa kitorang baring2 atas katil, siap ko, you're fired ;p


3) sebenarnye kan.. erm ermm.. gambar peluk2 kat pelamin pun saya taknak, uwaaaaa :'O eh jap, statement ni akan membuatkan orang nak lempang saya x eh? hehe
yelah, kata gambar kahwin, tapi taknak peluk2 ;p alaaa peluk2 kat tempat lain laa, x mo lah depan camera, uhuk uhuk.. ye saya tau saya tak sporting. siu siu~~


alaa kalau pegang2 tangan macam ni dah cukup sweet dah bagi saya..
bole laa photographer, eh eh? tak yah peluk2 dakap2 eh eh?

mau aku dengan kuku gelak guling2 kat pelamin karang kalau kena suruh peluk2, tih tih



4) saya kurang berkenan dengan gambar yang jadi melengkung atau bulat kebelakang. alah tak reti la nak eksplen. tapi banyak je saya perasan gambar kahwin macam tu. kire hasilnya gambar tu tak tegaklah. tapi dia melengkung ke belakang. mungkin bagi sesetengah orang atau photographer itu sendiri, itu adalah kreatif. tapi saya peninglah tengok gambar melengkung2 ni. ada je contoh gambar, tapi saya taknak letak kat sinilah, kecil hati watak-watak terbabit karang, hehe.

note tambah : gambar melengkung ni disebut fish eye.



5) kurang berkenan juga dengan gambar pengantin yang di'edit jadi ramai2 dalam satu gambar. dia duplicate orang yang sama. paham x ek? kire dalam satu gambar yang sama, pengantin tu tengah berdirilah, tengah duduk la tengah pandang tempat lain lah. adakah itu artistik namanya? err..
saya tak bole nak letak contoh ni. takut photographer berkaitan marah, hihi.

note : aku suka edit macam tu jugak, tapi no no no no untuk gambar kahwin. ^_^



6) tak suke gambar yang di edit. bukan edit untuk kasi lawa tapi edit tepek2 letak pengantin atas dunia fantasi laaa atas langit la apa la. itu saya pun reti buat haha... tapi bukan untuk gambar kahwin ar. nak gambar natural sudah. seee? saya tak sporting bukan ;p



7) kesimpulannye, tak de la susah mana pun nak faham apa yang saya nak. saya cuma nak 'natural', itu sahaja. wahh gitu~~ sebab saya rasa saya tak pandai posing. tak pandai senyum buat-buat. huduh kalau saya sengaja senyum. konfem ah gambar jadi buruk kalau saya dipaksa posing atau disuruh senyum! terutama kalau disuruh posing peluk dengan pasangan. kekok makk kekoookk~~~ jadi, lebih baik 'natural' aje hehe. nak posing boleh, tapi posing versi 'natural', yang senang nak dibuat. err paham x? ke korang dah pening? hehehe


suke gambar atas bangku. tak pandang camera pun suwit hihi


pandang camera tapi natural aje, x kekok2 pun ;)



eh gambar bangku lagi? kenape dengan aku ni? ;p



aku pun tak paham kenapa gambar keempat masih bangku ;p



pangggg~~~~!



cantekk =)


rupe2nye aku suka gambar yang tak payah pandang camera, ooo~~ :)


aku adalah save beberapa link photographer kat jirandudu aku. tapi tak pilih mana-mana pun. aku serahkan hal ni kat kuku je untuk buat pilihan dan deal dengan photographer kemudian-kemudian. tapi dah beritahu laa kat kuku syarat2 yang aku nak macam kat atas ni. kuku pun ok je, *winkkk (^_^)


oklah, akhir sekali, nah nak tunjuk header satu photolog ni. header dia guna konsep macam Desperate Housewives punye gambar :'D comel~ haha




note : perlu ingat, kecantikan gambar adalah subjektif. entry ini cuma pandangan saya saja. tak berkaitan dengan gambar lain cantik ke tidak, ok? :)


10 comments:

Rohani Hashim said...

gambar yg mcm fish eye tuh kan...hehhe hany pon tak sokaaa...


eh nyebuk lak ko, ko dah lepas laaa

dd dudu said...

{hany}
haaaaa betul betull!!!! yg melengkung tu namanya fish eye! thanx hany!

hahaaa xpeeeee

dd dudu said...

{ciare}
suke sgt ezan tangkap gambar! tapi mase aku kawen x laaa, aku nak muliakan dia sebagai tetamu aku, wahhh gitu ;p

EZANNNN tulun dd n keri cari photographer macam ezan bole! ;P

huk huk xlengkap laa gambar puteri 7 tanpa ciare nanti :'(


haha ko suke keee, xpeeee xkesahhhh, kan subjektif mende ni :D

Ezzan Yusop said...

saya, shaidatul ezzan tidak akan sekali-kali menjadi photographer semasa kawan rapat saya nak kahwin. kerana mak pun nak melaram noks. xkuasa nak peluh2 pegang kamera sana sini. hehehehe!

tolong? hmm...candid syndrome nak? ;p

dd dudu said...

{ezzan}
err nak tanya tapi malu, errr errr
candid syndrome tu apa ek, nama photolog ke? hihi

Ezzan Yusop said...

candid syndrome tu one of the most well-known photography company. kenal saiful nang? die lah org kuat candid syndrome.

ezzan mmg suka sgt hasil kerja dia. ;)

Ezzan Yusop said...

oh ye lupe nak cakap my fave wedding photog

1) Fuad Candid Syndrome - http://blog.fuadtopa.com/

2) Anna-Rina - http://www.anna-rina.com/

Seri Mas Nurwani said...

seri pun tak suka yang edit banyak2.tak best.

hasil kerja candid syndrome cantik:)

dd dudu said...

{ezzan}
oh dah gugel candid syndrome td. cantek ahhhh, die ade gak wat fish eye, tp xde masalah di mata dd. haha die kene org yang betol2 pandai tangkap n objek yg di ambil tu sesuai kot :D paham takk pahammm takkkkkkkkkkkkkkkkkk :D


ezzan, cantek ah gamba2 fuad tu. i like~~~~~~~~~~

yg anna-rina tu byk wedding chinese n indian ekk


{seri}
hehe sama lah kita ;)

dd dudu said...

eh dd pasan salah satu gambar header yang dgunakan oleh fuadtopa adalah muka wafa, isteri azmil kawan kheri, ehh~~