Tuesday, May 18, 2010

tentang abang saya


dulu..
abang saya pernah berkata..
kalau dia suka seseorang tu, dia tak berminat untuk bercinta, dia nak kahwin terus.
masa saya dengar tu, saya rasa macam wahh sucinyaa percintaan~


abang dah masuk umur 29 tahun dah..
kadang2 ma tanya jugak "dah ada yang punya ke"
setiap kali ma tanya macam tu, mesti abang diam je.. senyum je..
mulut ada emas lah katakan, gelaran ayah untuk abang.. hik hik
kadang-kadang abg jawab juga "belum la ma"..



dan akhirnya..
..
..
..

beberapa minggu yang lepas,
ma dapat panggilan dari abang..
mengatakan "abang dah suka seseorang"..
ma terkejut sampai demam..
aku pun terkejut..
terus rasa macam "waaahh siapa gadis bertuah tuu yang berjaya mengetuk emas di dalam mulut abang ku~"


abang gelarkan diri sendiri feruz bila cakap dengan ma..
"feruz suka tengok dia.. dah lama feruz perhatikan dia kat tempat kerja.. dia mesra dengan semua orang.. dia senyum dengan semua orang tak kira orang tu siapa.. feruz suka, tapi feruz tak cakap... baru2 ni, baru feruz berani cakap dengan dia selepas kitorang rakan-rakan kerja selalu bermain badminton sama2.. tapi, kitorang tak pernah lagi keluar dating berdua."


hmm, macam tu rupanya :)


akhirnya pada Ahad yang lepas pada 1816 Mei 2010, kami sekeluarga pun pergi ke Skudai Johor ke rumah keluarga gadis untuk merisik bagi pihak abang.

nama dia kak shira.


dari kiri adalah dd dudu, ayah, abangku-botak-Nazar-katanya, ana, ma, makcik ruby, ibu kak shira, eh kuku pun ada? ;p , ayahcik dan bapa kak shira. depan tu 2 budak kecik hasan dan husin.



ibuku menyarung cincin risik ke jari kak shira.


kak shira bakal kakak ipar saya :)


alang-alang bertunang sekali je lah ;)


Alhamdulillah, sesi merisik dan suai kenal antara 2 keluarga berjalan dengan sangat lancar. penuh dengan gelak ketawa. ada sahaja yang mencuit hati, haha. moga ikatan 2 keluarga ni terjalin untuk selama-lamanya, Amin :)


saya sayang abang saya.



13 comments:

SUHAIDA said...

so sweet...

Ezzan Yusop said...

bertuah bakal kakak ipar dd. dpt emas. ;p

nape muka kheri dgn muka abg didi cm lebih kurang. cewah. hehehe!

dd dudu said...

{ASAM KEPING}
hai asam keping :)

{ezzan}
hahaha dapat emas mulut ;p

erkk, sebab dua2 kepala bulat kot ;p

rosealley said...

wah, sucinye jugak!!mesti nak betul2 bercinta pas kawen kan, heee

rosealley said...

dudu, hari ni 18 Mei, ahad lepas tu 16 Mei tau

dd dudu said...

{rosalley}
aku tulis 18 mei ke? hahaha puk2, dah tukar dah, seb baik ko perasan ngeee :D

erm begitulah, nak bercinta lepas kawen la tu,katanya start 0-0

heheee ;p

faizah said...

dd, susah nak cari lelaki yang terus nak kahwin bila suka seseorang, sangat suwitt;p

kesian ma ko sampai demam2,hehe....

dd dudu said...

{faizah}
hehe begitulah ;p

oh ya, ibuku demam kesyukuran

;P

noname said...

waah terus dapat 8hit ;P kenapa mcm skem je ayat2 ;P shih3

Anonymous said...

semoga dd n abg live happily ever after;)

dd dudu said...

{noname}
shih3~ ikut musim ;p

{red}
you too~~~ hehe

mun-e said...

mesti org yg search keyword "muni dan abg dd" tu dulu akhirnya dah tahu kebenaran.. bahawa muni dan abg dd mmg takde ape ape.

hahahaha.

congratz dd nak dpt kakak ipar :P

mun-e said...

eh lupa nak tanye.. nanti kawen serentak ke? hihi