Monday, March 29, 2010

my dream wedding - alam semulajadi



dream wedding? ahaaaa, adakah terlalu awal untuk aku membicarakan topik ini? hrmm sedangkan saya akan kawen dalam masa 8 bulan lagi.. hihi but time flies so fast rite? tik tok tik tok tik tok~

sebenarnya kannn.. dream wedding saya sejak dahulu kala lagi, saya memang nak kahwin dalam keadaan alam semulajadi.. beberapa orang kawan saya tau yang saya tak akan kawen dalam dewan atau apa-apa tempat yang tertutup.. hehe saya suka outdoor.. even kawan2 baru kat ukm pun dah makin mengenali saya, yang kalau makan, saya tak suka duduk bahagian dalam ;p saya akan carik jugak meja yang dekat luar, panas pun panas lahh~~ sebab saya lebih suka matahari, berbanding terperap di dalam satu tempat tertutup dan segala jenis bau mak nenek lauk atau bau2an lain akan di hasilkan dalam keadaan tertutup itu, hehe... padahal kat luar ada orang smoking, lagi teruk kan? tapi saya selalu terfikir, kalau ada orang ter'merokok kat dalam tempat tertutup, mau lemas sayaa asap tak keluar2, hok hok... saya rimas, saya lemas...

tapi bergantung pada keadaan jugaklaah, kalau tempat makan outdoor tu sebelah pembinaan bangunan atau sebelah jalan raya yang asap kereta berkepul2 atau sebelah longkang busuk, agak2laahh, saya pun tak nakkkk, lari dulu, har har har... kalau tempat makan yang ber'aircond yang melarang orang hisap rokok dalam tu pun ok bagi saya, tak de masalah pun sebenarnya =)

even kalau datang pagi2 ke ofis kannn, instead ambil jalan utama ke UKM, saya lebih suka lalu jalan Bangi lama yang dekat2 Teras Jernang, lalu pusing2 kat sebelah hutan, jauh pun jauh lah, tapi sangat mendamaikan tiap-tiap pagi2 lalu kawasan semulajadi yang hijau-hijau (^_^)


ok berbalik pada kisah dream wedding.. erm tapi terpulang lah pada individu masing2... saya pergi kenduri orang lain yang kat dewan pun ok jek,tak ada masalah.. saya suka, saya adore... tapi saya ni je haa yang pelik, tak mau buat dalam dewan padahal lebih senang dalam dewan... kan? =)


1) ok pernah berangan nak kawen di tepian pantai, seperti begini..

oh sungguh nyaman~
lepas tu angin kuat, habis terbang veil ;p hik2



alaaa letak gambar contoh pantai je, jangan risau saya tau laah ini bukan kenduri orang kita:)



tapi kan, mana pulak aku nak cekauu pantai kat KL ni oiitt~~ haha..


2) pernah juga rasa ingin berkahwin di taman..



dan saya pernah berurusan dengan seorang kakak tu, dia wedding planner untuk Taman Botani.. saya sangat berminat, sebab boleh dapat pakej garden-wedding yang tak sampai 20,000... murah bukan untuk garden wedding? lalu saya mengadakan perbincangan super serius dengan keluargaku dan juga dengan kheri... diorang ok je, tapi melalui perbincangan itu juga, setelah bincang betul2 dan fikir logik itu ini, hrmm saya tak meneruskan niat saya itu.. sebab pakej 19,000 tu itu tak termasuk photographer, kad kawen, door gift dan benda2 kecik yang lain... dan dalam pakej 19,000 itu jugak ada benda2 yang saya tak perlukan.. boleh je nak berunding dan buang2 apa yang saya taknak dalam pakej tu, tapi tak apalah.. kena fikir kerugian kita, dan juga kene fikir kesenangan orang ramai, jiran tetangga yang nak datang majlis kita jugak kan =) lagi pun selagi ada cara untuk cut costs, kite stay pada cara itu, untuk lebih jimat kan kan?... huhu serius, dalam bab2 ni, saya memang kena gunakan akal, tak boleh gunakan hati sangat, winkkk^^



3) pernah jugak teringin nak kawen dekat FRIM, macam maya karin kawen.. waah wahh memang semulajadi sungguh~~~

waahh kehijauan nya ~(^_^)~
mau aku takmo balik kalau kawen kat sini, hihi..


tapi dah korek2 dah tanya sewa tapak FRIM berapa, oh agak mahal~ sampai saya lupa berapa harganya, hik hik saya ingat 'mahal' jek sampai tak mau save harganya dalam minda ku ;p siu siu siu~~

sudahnya? saya kahwin di rumah aja karang.. pasang beberapa buah kanopi, haaaaa outdoor dah laa tu ;P jimat pun jimat, hik hik..


next entry, saya mau cerita pasal color feveret ku untuk wedding theme.. stay tune yo ;)


13 comments:

Atiqah Adnan said...

nice.. actually me too.. suka sangat wedding outdoor.. bestt kalau dewan masa untuk lepak sangat limit kan..? kalau kat rumah sendiri boleh lepak n terima tetamu sampai malam.. hee~

gOod luck my sweetie dd!

ur wedding theme tak pink mesti purple kan..? huuu~ pepandai je i..

dd dudu said...

{atiqah adnan}
kan kan kannn, betolll~ kite sama lah hihi


thanx tqa dearie :d

ahaaaaa nak tau apakah wedding theme feveret saya, tungguuu selepas inii~ ;p siu siu siu~

dd dudu said...

{nak jawab comment muni dalam sms sebelum orang lain comment ;p}

20k tu memang lah mahal yang oiii, tapi kan aku dah kate dalam entry, murah untuk garden-wedding..

tapi untuk kenduri biasa memanglah mahal, sebab tu kitorang decide tak teruskan ;p buat kat rumah aja


got it? got it? :D

faizah said...

dd, garden wedding memang sangat cantek...aku pun suka... ;p


cuma aku rasa akan ada masalah kalau time tu tiba2 hujan.hehe (ni mak aku selalu fikir masa kenduri aku dulu)

aku rasa tema ko mesti warna lembut, contohnya soft pink ke, krim kee... etc. betol tak betol tak?

dd dudu said...

{faizah}
cantek kan hehehee, tapi makan cost laaaa uhuuuu nangeshhh


betolllll :'D camne laa klu hujannn :'D


jawapannyaaa~ tungguuuuuu di entry selepas iniii :D ngeee

Xara said...

kat kl ada pantai la. Pantai Dalam. :D

dd dudu said...

{xara}
kak suri :n
kak suri :n

xpelah dimaafkan sebab besday kak suri ;p hepi besday kak suri :D

marinahunny said...

8 bulan lagi bulan 12 kan? jgn lupa jmput akak ye psl hujung thn biasa akak cuti pjg...huhuhu jemput jgn x jemput..hahaha

dd dudu said...

{kak marinahunny}
akak, saya kire bulan 8 dari skang bukan 11 ke? :P


hehe bulan 11 laa, ujung bulan

hoh musti! saya musti jemput akak punyaaa ('o') kena datang tauu~~~~~

marinahunny said...

oowh bulan 11 ye..insyaallah kalu keadaan mengizinkan..bgtau tarikh awal2 ye..senang akak exjas cuti utk adikku yg comel ni.. :-)

dd dudu said...

{kak marina}
hik2 InsyaAllah akan saya beritahu bila sudah tiba masanya (^_^)

mun-e said...

erk nape ade nama ku? :P

betul la tu nnt jiran2 susah nak dtg. mcm aku, pernah terfikir nak buat kat skolah mak ku :P ade bumbung besarrrr and open air.. besh tapi fikirkan nanti org ssh nak dtg sbb sekolah itu dalam kem tentera bile org nak masuk kena soal siasat dulu.. hoho.. tak bole tak bole

kang asalnya nak jimat sbb tu buat kat situ terus jadi betul2 jimat (sbb xramai dtg) huhuhu.

dd dudu said...

{mune}
kannnn :'D terus xde org nak dtg ;p org takut g taman ;p elok2 bajet 1000 yg dtg 500 jek hehehehe

comelnyaaaa nak kawen dalam sekolah, teeheeee

cam yoshinaga cikgu sincan kawen kat tadika hehehe

kat kl ni kat mana ek lg yg ada bumbung tp open air selain kampung pengantin? aku berminat laa hoho