Thursday, March 4, 2010

sudah simpan semua barang tunang hari tu



yang ni pun dah lama nak update, tapi tak update update ;P ok ok update sikalang. cerita pasal lebihan-lebihan dan peninggalan barang masa my E-Day sebulan yang lepas. tapi macam malas nak bercerita, letak caption kat gambar je ok?



haha lebihan-lebihan bunga buat hantaran hari tu tidaklah ku buang, tapi ku letak-letak kan semua tu dalam bakul hantaran tunang dari belah kuku ;P lepas tu letak atas kepala katil jadi hiasan hee.
disebabkan tangan ku tidak seni, jadiii bunga2 ini tidak boleh dipanggil gubahan bunga ye. harap maklum. longgokan bunga mungkin? tsk



baju tunang yang dijahit oleh ibuku sendiri, dan tudung vispera ku letakkan dalam kotak. rumah saya banyak kotak comel2, suka buat koleksi hehe. jangan tanya kenapa aku tak plastikkan baju itu dan gantung dalam almari? saje nak poyo haha. kotak ni aku letak kat satu sudut, nanti 20 tahun kemudian (atau lebih) baru aku keluarkan balik. nak paksa anak gadis ku pakai baju ni masa tunang atau merisik, haha ibu yang kejam. heiii~ tak sentimental value ke hah, nenek yang jahit baju nii tauuuu. tapi bila fikir-fikir takut outdated sangat, kesian anak gadisku pula. oklaa takpe2, nak pakai untuk persembahan sekolah masa Hari Anugerah Cemerlang pun takpela. kot-kot dapat watak puteri ke. wuwuwu



gambar2 tunang ku print sendiri dan tepek sendiri. lepas tu senyum-senyum sendiri. hik. gambar cover akan ditukar ye, tak mau pakai gambar ni. nak tukar.
ada gak percubaan meletak lebihan renda hantaran color pink hari tu kat cover album ni, tapi sumpah buruk. rasa nak tampar muka sendiri laju2 jek sebab boleh terfikir idea itu. uhuk. rasanya album ni dihasilkan cantik dengan keadaan semulajadi dia lah. pu~





haha bunga tangan dah jadik hiasan je. bunga tangan belah kanan yang berdiri tu, lina buatkan. tapi last2 tak guna sebab color baju dah lembut kan, kena pakai bunga yang color gelap siket. bunga belah kiri yang color pink gelap tu bunga tangan yang digunakan masa my E-Day tu la kan. lina pilihkan bunga daisy, so adorable. saya berjaya buat sendiri walaupun tangkai die senget2 kalau ada orang perasan haha. masa buat tu asyik jerit "linaaa!" "linaaa!" hik, tension tak lina.




bakul buat isi goodies masa E-Day tu sekarang dah jadi tempat letak tudung ber'awning :'D
kesian bakul. hik


ok dadada (^^_)/


-Tamat cerita tunang-


8 comments:

Ezzan Yusop said...

aippp biarlah gmbr itu jadi cover. cun apa. cewah!

dd dudu said...

{ezang}
haaa yekeee :D

*hik mangsa-mudah-terpengaruh

Diarihatiku1976 said...

aa kejap je masa berlalu kan...

dd dudu said...

{diarihatiku1976}
em em begitulah :)

Ezzan Yusop said...

mestilah yeee...sbb ezan yg snap. kehkeh!

dd dudu said...

{ezzan}
keh keh keh ;n

JIVEBUMZ said...

tak kira nak cakap jugak dudu ciut sangat mase E-day tu! neway tahniahhhh

kalo akak tak bukak blog dudu sampai ke sudah tak tau awak dah tunang hihi

dd dudu said...

{jivebums}
blushing (o^^o)

;P

hehe yeke kak, auch, takpe nanti sy kawen musti war war kann, dan harus jemput kak jibam (^o^)