Showing posts with label kelas dd dudu. Show all posts
Showing posts with label kelas dd dudu. Show all posts

Friday, July 2, 2010

tutorial : nak letak lagu dalam blog


soalan feveret yang saya perasan orang tanya kat chatbox saya adalah camne nak letak lagu dalam blog? ok bak kata muni, kesian tengok aku reply jawapan dalam chatbox yang sempit tu lalu die suruh aku create account formspring untuk senang jawab2 soalan, haha motip dedahkan hal murni?? aku cakap kat murni aku fikir dulu, sebab tak reti jaga banyak account, twitter pun xde. hehe sengal x jawapan ;p last2 terfikir ah apakata kalau aku buat tutorial jek terus ;p


hihihi


perasan tak kalau bukak blog saya ada lagu Suara Ku Berharap dari Luna Maya. automatik dia play, xyah tekan play dulu. hehe itu cara kejam untuk memaksa pembaca mendengar lagu dendangan blog kite ye ;p kekekeke


banyak je web yang available untuk kite copy code lagu die, sebelum ni pun saya pakai yang lain, tapi entah leceh pulak, tiba-tiba kene bayar lah, kene register baru lah, lagu dah expired lah, xpaham i~


so, sekarang saya pakai http://www.mainmusik.com/. ini web indonesia rasanya, tapi banyak jek lagu dalam ni.


tutorial bermula sekarang.

1) bukak laman http://www.mainmusik.com/


klik gambar untuk paparan lebih besar



2) Taip dekat ruangan Music Search, korang nak lagu apa. sebagai contoh, saya nak lagu cerita Full House. hehe


dah taip nak lagu apa, klik button Music Search



3) okeh sekarang senarai lagu-lagu Full House pun keluar. pilihlah nak lagu apa.


I think I love you~~~ hmm hmm~~


klik lagu tu.


4) selepas klik tadi, dengar dulu, keluar x lagu tu. dah confirm memang nak pakai lagu tu, copy embedded code dalam kotak Embed tu.




5) dah copy? ok, sekarang paste dalam blog kite. dekat gadget Layout --> Html

tukar juga height dan width untuk selaraskan dengan size sidebar kite. macam saya, saya tukar width = 200, height = 50



6) Klik button SAVE, siap!!!! :D sekarang blog anda tidak kesunyian lagi, wahh gitu~~~ ^_^


hik hik nak tutorial apa lagi ek? ;P




Monday, March 22, 2010

tutorial: Show Related Stories Under Each Post


soalan tutorial seterusnya adalah dari kak M lagi ya ;)

soalan

lg 1 nk tnya, cmne nk wat previous n3 yg ada kaitan dgn n3 bru yg kita post..yg kat bwh tu..

jawapan

hik hik, mula-mula..

1) klik pada Link Within bawah post saya. atau pergi terus pada http://www.linkwithin.com/learn pun boleh ;)


2) dah masuk laman itu, isi ruangan-ruangan kosong itu :D



3) dan akhir sekali, ikut saja arahan yang diberi. lepas tu siap :D


dapat tak kak? :D


Selamat mencuba bagi pencuba-pencuba ;)


Friday, March 19, 2010

tutorial - nak letak template blog yang cantik?


tutorial lagiii~~~ maaf ye, harap memahami kandungan blog ni skang, sebab aku betul2 tengah nak tulung kawan ni :) dia seorang cikgu komputer, dan dijangkakan bila bukak sekolah next week, budak2 akan tanya dia pasal soalan blog. sebab tu aku ajar beriya ni, hoho. dan, kalau tutorial ni pun membantu pembaca lain, saya berasa sangat happy =)

ok soalan miss A seterusnya, bagaimana nak letak template cantek2 kat dalam blog?
senang jek zaman sekarang ni kalau gugel, memang banyak free templates yang lawa2 available. kadanga2 sampai rambang mata :D

ok kalau nak memudahkan tutorial kite sekarang, apa kata bukak link ini.


1) dalam blog beliau, dia ada senaraikan banyak link ke blogger templates.


2) pilih je mana2 link. sebagai contoh saya ambil url http://www.bloggertemplatesfree.com/ la ye.



3) pilihlah template yang disukai :D ataupun kalau nak lebih mudah, pilih ikut Categories.



4) dah pilih Category, pilih template pula ;)



5) template yang diklik dipaparkan. boleh lah download sekarang. kemudian, right click --> Extract file itu



6) kemudian, di blog anda, pergi pada Layout --> Edit Html. dan Browse file yang dah di download dan dah di extract tadi. pastikan pilih file yang .xml punye ye.



7) klik button Upload ye =)


kalau keluar mende2 alah ni, saya pilih keep widgets jek :)


8) View blog, dan taraaaaaa ;)

template baru atsukuru^^ waah very the girly gitu ;p hew hew hew


chaiyuk2 :D


ok itu je. chaiyuk miss A, dan selamat mencuba bagi yang baru nak mencuba :)



Thursday, March 18, 2010

tutorial : basic - nak letak daisypath dalam blog


(sambungan tutorial sebelum ni..)

Miss A juga bertanya bagaimana nak letak daisy path dalam blog?


1) klik pada daisypath dalam blog saya



2) laman daisypath akan dipaparkan. klik Create



3) aik, laman tadi dipaparkan balik ;p sekarang, pilih la mana2 ticker yang sesuai. macam saya, saya nak count dah berapa lama saya bertunang, so pilihlah ticker Anniversary ;P



4) pilih ticker format. kalau format full, panjang siket lah size daisypath ni, kalau mini, kecik je la. tapi kalau nak letak kat sidebar, amik yang mini punya sudah. muat2 =) dah pilih, klik Next.



5) lepas tu follow je la eh steps nya. dan klik next next.






6) copy code yang diberi



7) buka Layout, dan Add a Gadget, pilih HTML/JavaScript



8) paste code tadi ke dalam Content. klik Save.



9) yeayyyyyy siap :D



hehe senang je kan? miss A mesti boleh buat kan :D chaiyuk2 ko \(^o^)/

miss A, kalau ko nak add songs dalam blog pun, macam ni gak cara dia. ko klik jek kat kotak lagu kat blog aku tuh, nanti kat web dia ko follow je steps. bila dah siap karang, dia akan bagi code, ko copy je code tu dalam gadget HTML/JavaScript yang baru, macam daisypath tadi. ok ;)

Selamat mencuba. dadada (^^.)/


tutorial : basic - nak letak gambar dalam blog?


(sambungan tutorial sebelum ni..)


comelkan tutorial ni? cuma nak ajar paling basic, letak gambar kat sidebar blog jek ;p yang dah tere tu, tak yah baca tauu, segann laaa ^^

okie miss A yang comel,

sebagai contoh, kite nak upload gambar tedi bear comel ni ke dalam sidebar.


1) mula-mula pergi pada Customize --> Layout



2) Add a Gadget



3) pilih gadget Picture



4) upload lah gambar tedi bear tadi. dan klik button Save.



4) View Blog anda untuk melihat hasilnya :D

taraaa~ comel bukan :D

;P

tutorial : basic - bagaimana nak buat blog?


soalan 2


salam..


dd..tlg ajar aku cmne nk wat blog cantik cam ko nye blog..nk masuk gmbr..sound music.. ngn widget counting date 2..please tau..nk bljr sgt2..
yg m'harap p'tolonganmu..

-miss A-



jawapan


okay, untuk pembaca yang dah ada blog, boleh skip entry ni ye ;P sebab ni tutorial paling basic untuk buat blog, so korang yang dah reti tak payah laa baca, malu laaa i si ketam yang mengajar anak nya berjalan~ ;P siu siu~


1) to miss A, masa ko baca blog aku.. ko nampak tak word "Create blog" kat paling atas?.. haaa klik situ.


2) selepas tu, isi semua maklumat yang diperlukan seperti contoh di bawah.

(klik untuk besarkan)

klik button Continue.

3) Page Name your blog akan dipaparkan. haa masukkanlah nama blog yang diingini dekat Blog Title^^ Contoh kat bawah ni aku letak "Kehidupan si Atsukuru", haa ko lak letak ko letak laaa "diari seorang cikgu" keee, takpun "saya cikgu tinggi" ke atau pun "kesah saya si cikgu garang" ke, hew hew hew ;p

untuk Blog Address (URL) pula : letak laa apa2 nama untuk laman blog ko ye. http://sayabakalberkahwin.blogspot.com ke, hehe. nak tau url tu dah ada orang guna ke tak, ko klik kat Check Availability. kalau dia kata available tu maksudnya, tak ada orang pakai lagi la tu url tersebut ;)

(klik image untuk besarkan)

Klik button Continue.


4) wahhh page Choose a Template dipaparkan^^ apalagi, pilih laa mana2 yang ko suke untuk jadi template blog ko. Klik preview template kalau nak preview lebih terang.

taraaa~ saya pilih template tic tac.


Klik button
Continue.


5) Your blog has been created!! yeayyy :D


klik button Start Blogging. Anda bole mula blogging sekarang ;)


6) kite mulakan dengan post entry pertama.

(klik image untuk besarkan)


dah siap tulis? klik button Publish Post. Lepas tu, klik View Blog.

taraaaa~~~ ;)


7) ok perasan tak layout kat sebelah tu tak berapa nak lawa. ok untuk edit, ko klik dekat link
Customize kat atas page.


8) haa dalam page Layout ni lah ko boleh nak edit2 layout. perasan tak dekat sidebar belah kanan, aku drag gadget About Me ke atas? saje, nak kasi tersusun siket. kalau kat sini (sidebar), ko nak letak gambar ke, link2 ke orang lain ke, klik je Add a Gadget. kalau nak edit tulisan nak kasi Verdana ke tahoma ke atau nak tukar color tulisan, pergi dekat Font and Colors.
dah siap edit semua, klik button Save. siap =)


ok Miss A, aku baru ajar basic ni bagaimana nak buat blog. tapi ko request untuk bagaimana nak buat blog cantek kan. blog aku cantek ke? ;n ok, next entry aku ajar bagaimana nak masukkan gambar, letak template cantek2, sound music dan counting date k :)

selamat mencuba Miss A =) dan yang lain2 yg xde blog lagi ;P

dadada (^^.)/



Wednesday, March 17, 2010

tutorial : bagaimana nak buat blog ada link sahaja?


Salam semuaa :) hehe honestly blog saya ni bukan lah blog tutorial.. means tak pernah buat entry tutorial pun, sebab rasanya blog2 lain dah ramai buat, dan mereka lebih cekap dan pandai2. saya ni biasa2 aja, wahh rendah diri gitu, pangg~~ ;p

tapi kalau ada kawan2 blogger tanya soalan, apa salahnye kite share kan :) kite mulakan dengan soalan pertama dari kak M, hehe


"salam dd dudu, cmne nk wat page ni penuh dgn link..??"



note : "page ni" adalah merangkap blog saya lagi satu -->
http://jirandudu.blogspot.com/

ok jom scroll ke bawah ;)


1) mula-mula, pergi ke Layout --> Edit Html

2) selamatkan lah template asal akak dulu dengan klik pada Download Full Template. yelaa kot2 lain kali nak pakai template asal ni lagi ke ;P



3) dah save template tadi?ok kite mula sekarang



4) pergi pada Layout --> Page Elements. sekarang, kosongkan semua gadget yang ada pada sidebar. contohnya nak remove Followers. klik Edit pada gadget Followers, dan klik button Remove.



sebelum sidebar dikosongkan.



selepas sidebar dikosongkan.



5) ok selepas sidebar kosong, nak masukkan link Blog List, klik Add a Gadget, dan pilih Blog Lists. alaaa, akak tau dah kan camane, hehe saje je saya ni ;p




6) ok siap untuk sidebar. sidebar sekarang dah ada Blog List sahaja. takde dah gadget lain.



7) gunakan cara yang sama jugak untuk bawah header dan footer.


8) tapi, kalau saya, saya tak letak blog list kat bawah header dan footer. macam tak kemas nanti. contohnya begini.

tak kemas bukan? atas header ada Blog List, bawah footer pun ada, tengah2 pulak ada ruangan post. macam serabut sedikit. erm tapi terpulang laa pada kreativiti masing2 kan ;)


9) ok cuba kalau kite remove Blog List bawah header.


dan ini hasilnya tanpa blog list bawah header.


10) still tak cantik jugak sebab footer tu backgound color kelabu, dan ada ruangan post di tengah2 ;P apakata kita buang ruangan post tu dan remove Blog List dari footer?

bagaimana? begini caranya..


11) pergi kembali pada Edit Html tadi, dan klik check pada



12) untuk memudahkan "pengubahsuaian" koding, akak copy semua (button Ctrl + A) code dan paste dalam notepad.



13) Find perkataan "main-wrapper" (button Ctrl + F)



14) dah jumpe. kite nak start remove sebahagian html code.

15) buang code dari

<b:widget id="'Blog1'" locked="'true'" title="'Blog" type="'Blog'">

<b:includable id="'nextprev'">

scrollllll dan saaampaaaiiilaaaaaaaaahhhhh kee

</b:includable>

</b:widget>


haaa delete semua, sampai code dia jadi macam ni


haa betol-betol sebelum <div id="'sidebar-wrapper'">


16) sekarang main-wrapper yang dahulunya mengandungi ruangan post, sudah kosong sekarang. kite nak gantikan main-wrapper yang kosong itu dengan Blog List. cara saya, adalah meng'copy code dari footer ke ruangan post ini. hehe faham tak faham tak ;p


17) Find perkataan "footer-wrapper" dalam notepad tadi.


18) dah jumpe, jom start meng'copy.

copy dari

<b:widget id="'BlogList2'" locked="'false'" title="'My" type="'BlogList'">

<b:includable id="'main'">

sampailah ke

</b:includable>

</b:widget>


19) paste ke dalam main-wrapper tadi




19) selepas copy, kite nak tukar nama widget id Blog List dalam main-wrapper kepada nama lain. supaya tak keliru.

tukar dari
<b:widget id = 'BlogList2'.... kepada <b:widget id = 'BlogList3'...


yela, BlogList2 tu footer punya. sekarang kita buat nama baru untuk Blog List main, iaitu BlogList3.


20) ok siap!! sekarang boleh copy semua code dari notepad tadi, kembali ke template html semula.


21) klik button preview, kalau nak preview dahulu. klik button Save Template dan mulalah View Blog anda semula ;)


upss, tak sempurna lagi rupanya ;p kenelah remove Blog List dari footer dahulu, baru nampak cantek :) kemudian add Blog List baru dekat ruangan utama.


hoho, siap.



22) sekarang terpulang pada individu masing2 laa untuk cantekkan lagi blog ni. kalau nak kemas, bahagikan Blog List ni ikut kategori la. Add je gadget Blog List baru, dan tukar title. macam ni



ok, sekarang betul-betul siap^^ Blog Atsukuru dah jadik blog pautan2 ke link lain, yeyyy \(^^)/

oh yaaa, Blog Atsukuru ni sekadar blog untuk buat tutorial je tau, takdenyee nak update2 kat sini. huhu, create blog semata2 untuk tutorial ;P


*******************************************

kak M, faham tak ye tutorial kite ni? huhu kite tak pandai mengajar sangat sebenarnye ;) eheeee


uh uh, untuk semua, maaflah ye kalau tutorial ni ada kekurangan atau terlebih complicated. sebab saya edit koding yang ni ikut kepala sendiri, tak tau lah kalau ada cara lebih senang atau memang dah ade ready-made punye template, saya pun tak tau, sebab memang tak merujuk pada mana-mana blog atau website atau menggugel langsung, hihi malas. memang ikut suka hati je ni, asalkan jadi ;P dan sekarang saya share apa yang saya dah buat, itu je. =)


Ya Allah, panjangnyaaa entry ni. ade ke orang sanggup tengok sampai habes ni? sob sob.


ok lah, Selamat mencuba =)

bye bye.