Showing posts with label borak-borak. Show all posts
Showing posts with label borak-borak. Show all posts

Friday, November 12, 2010

lemau dan lembab sedikit



aku sangat sukakan hujan.. terutama semasa memandu di waktu pagi.. Subhanallah.. kenikmatan sungguh... memang takkan ngantuk punye.. tetapi pagi ni rasa x bes la.. sebab sampai ofis lewat.. pukul 8:20 login.. what the~~~~~~
lewatnye :(
dah la sampai2 dengan payung pink dan tudung tak berapa nak betul, ada orang tegur "ko macam makcik2".. cis kuang ajo..

lepas tu dah laa lewat, rasa lembab2.. walaupun dah pakai payung, tetap kene tempias hujan dari parking ke ofis.. kain jadi basah dan lembab, stokin jadi basah. iewww!!!! kaki pun basah dan lembab, dah bukak stokin, ganti dengan stokin simpanan di ofis, tapi tetap rasa tak selesa. kaki kecut2 sampai sekarang
crying


tak suke lembap ;p kalau lah aku ada kain extra, mau aku tukar kain sekarang jugak. kalau ada seluar tidur ni pun mau aku tukar kejap ni ;p gi sidai kain jap ;p pakai baju kurung dengan seluar tidur dalam ofis, motip ;p



sedang buat kerja tadi, rina bagi link lagu Right Here Waiting For You, Richard Marx. oh sesuai sangat dengar waktu2 hujan ni... oh bunga2 nye rasa^^ ketenangan^^

dan sekarang rina sedang gigih mengumpul lagu2 romance dalam satu album. bagus rina bagus.. nanti aku curik tau. kekekeke

angel



oh tadi bukak emel ptm, pastu gelak2 ngan satu emel ni.. tajuk die inovasi.. ermm dlm byk2 gambar yang ada, aku nak tepek 5 gambar ni je lah.. hehe yg lain gelak sorang2 kecik2 di depan pc.. hik2


kalau aku pakaikan payung kat kuali astro belakang umah macam ni, berkesan x ek ;p



ahahahaha kelakanye :'D




gigih tak, sambil memandu sambil tarik2 tali hee hee



ade x org dengki tarik sehelai buku hee hee



ahahahaha!!



hari tu gi fakulti ada appoinment dengan Dr. masrah.. ok dah semua chapters ku, tinggal nak compile dan bukukan saja tesis ;) lepas masukkan chapters tu dalam envelop, dengan rasa takut2, aku keluarkan kad kawen... sambil sengih2... *siriyes takut nak cakap hahahahhahahahaah

"Dr.. saya nak kawen.. " *grin.. sambil dup dap dup dap tunggu respon Dr.

.....

"sekarang awak nak siapkan tesis awak ke awak nak kawen?"

gulp. *takutnye ;p


gulp. "Dr.. heehee.. saya cuti seminggu lepas kawen saya x pergi honeymoon pun tau... saya dah mintak kebenaran bakal suami saya, saya nak siapkan tesis ni dalam masa cuti seminggu tu.. dia ok je"


"yelah tu"

"betol Dr.... saya honeymoon bulan 1 nanti"

*Dr. senyum..

uhuk ;p


uhuk lagi ;p



hari tu dah kene nasihat panjang2 ngan Dr. taufik.


uhuk lagi lagi ;p




lepas bagi kad kat Dr. dan kirim jugak kad Dr. Gee.. aku pegi round satu bangunan baru tu nak edarkan kad kawen.. Dr. taufik, Dr.Salmi, Dr. Saadah.. tapi semua pintu berkunci.. dah kau pergi waktu lunch of course la kan ;p terus masuk kan kad ke dalam pigeon hole..

ummu pun xde kat meja die.. terpaksa tinggalkan atas meja.. hehe


oklah korang, nak buat kerja ni. semangat2. sambil layan lagu Richard Marx tadi.


tataaaa
wave



ttym yuk.




Thursday, October 28, 2010

jap ek blog



jap ek blog.. busy busy.. gatal tangan dah nak update blog, tapi nak kene selesaikan beberapa hal dulu.. huwarghhh mengantuk sudaa.. tahan tahan, letak mancis kat mata, letak mancis kat mata t___t

gambar hiasan hari ini adalah gambar 4 dari puteri 7. tahun bile ni x ingat laaa..


dari kiri : puan ateh, CIK dd, puan ciare dan puan ja.

saje je nak besarkan CIK tu ;p kekekeke


oh ciare~ kurusnyeee~ hik2


lariiiikk


oklah bye, ttym.

oh sebut ttym, teringat rancangan Paris Hilton's My New Bff dah abes. dah ada pemenangnye. ok laaa brittany menang dari si palsu si palsu yang lain. alaa lepas ni busan daaa xde cerita tv yang aku tunggu.. kalau x, harapkan cite desperate housewives ngan paris ni je laa yang bole buat aku excited sekali dalam seminggu. uhuk uhuk.. cerita apa kat tv x amek kesah sangat daa..

lagi suke layan video yang korang share kat fb ;p layan petang2 kat ofis pastu gelak sorang2, siapa dengar suara aku gelak naseb ar ;p

har har har haraaammmm... uh tingat haida oas..

ok ok bye.




Tuesday, September 21, 2010

pernah x korang malu sendiri2?



korang pernah tak terbuat sesuatu dan tersipu2 malu sendiri2, hihihihi padahal orang lain xtau pun.. sendiri rasa maluu ;p

hihi

macam aku, pernah jugak ;P


1) bila nak gosok gigi, baru perasan yang aku picit pencuci muka safi tadi ke atas berus gigi ku.. dush dush.. malu betul haha *padahal nak malu dengan siapa punnnn dalam bilek air tu


2) tercari2 anak tudung sebab nak pakai. dah lewat sangat nii nak pegi kerja tapi xjumpe jugak anak tudung ni. sampai tahap bengang marah2 dah. "tadi aku letak anak tuduung kat atas meja ni, mana diaaa niii.. bengong betul laa... eeeeiihh time aku nak cepat laaaa dieee buat hal hilang, time aku ada masa tak nak pulak dia buat hal, pok pek pok pek pok pek"

sekali bile terpandang cermin

....

anak tudung itu tersegam indah atas kepalaku, cume tak ikat je lagi. DANGG DANGG DANGG!!!

ha ha haaa bengang betul. aku dah pakai rupenya. malu nyee~~~ tersipu2 sebab tadi bengang sangat kan dengan anak tudung yang x bersalah tu kan. hihi


3) tengah drive, brooommm masuk ke dalam ruangan parking Carefour. "aikkk, Carefour blackout ke? gelapppp jekkkk.. xpenah2 macam ni.. uh camnee nak cari parking ni"

beberapa saat kemudian.. lerrrr..

aku masih pakai spek hitam rupenye, ekekeke. rase nak sepak diri sendiri laju2 jek ;p

disaat aku tanggal jek spek itam dari mata ku, terus terang benderang jek parking Carefour tu. oh blackout konon. kakakakaka. malunye malunyeeee



4) baru berlaku hari ini haha. kat ofis tadi. database aku ada masalah so nak call lah seseorang yang boleh selesaikan masalah aku ni.

"hello, bole saya cakap dengan zaidi?"
"ye saya"
"diana ni dari bahagian aplikasi"
"ok"
"ni haaa table saya yang hari tu macam dah kena locked lagi laa"
"hahhh??"
"table saya hari tu, kk10fkhidmat tuuuu"
"hahhh??"
"ingat tak hari tu saya ada buat aduan pasal table smk kene locked? hari ni jadi lagi sekali" *stress nyee die niii x ingat pulak. tau takkkk table aku kena lockedd????
"saya tak faham laah, ape table2 ni?"
"yang bercakap ni zaidi kann??" *bengang tapi suara masih berhemah
"ye saya"
"database saya keluar error record is locked, macam error hari tu.. alaa hari tuuu"
"errrrr tak fahamlaahhh"
"ni zaidi kann?" *ko nak main2 ke ni? T_T bengangnyee akuuu T_T
"ye zaidi dari unit latihan"

*gulp. Unit latihann??????? ehhhh?
"oh ok.. saya salah extension ni, maaf ye, terima kasih"

terus letak.


diam seketika. berhibernasi seketika.. hentikan masa dunia ini sementara waktu.. aku besarkan telinga aku, ada tak dengar bunyi orang gelak2 sebab terdengar perbualan aku tadi?

siu~

siu~

siu~

angin berlalu pergi.. tapi tiada dengar suara gelak atau bisikan2 pun..

ok konfem tiada orang dengar.. aku selamat.. aku selamat...


masih berhibernasi.. pause kejap dunia ni..

dan beberapa saat lepas tu..

berbisik2 di dalam hati "aaaa malunyeee akuu!!!!! aku nak cakap dengan zaidi database, kenapa aku pegi call zaidi unit latihan pulak, aaaaaaaaaaa malunyeeee!!" *padahal zaidi unit latihan tu xkenal pun aku siapa hok2


huhuuuuu setelah menghentikan dunia ni beberapa minit, ambil nafas baru call zaidi yang betul..hehe... itulahh kesannye bila main tulis jek extension dan nama tanpa letak die unit/jabatan mana kat sticky note.. hik2