Showing posts with label housemates lama. Show all posts
Showing posts with label housemates lama. Show all posts

Sunday, September 27, 2009

kuku pulang ke sarang, dan kakak aufa dah kahwin

hoho lately ni aku rase malas jek nak taip entry panjang2, itu yang taip title panjang tu, dengan harapan isi entry pendek pun x ape, keh keh keh ;p

dengan ini di umumkan bahawasanya, kuku bukan lagi orang JB yeay ;) di ulangi, bukan lagi orang JB, dan tidak lagi bekerja di JB, ngerti?? Selamat Tinggal Bandar Pulai Jaya, selamat tinggal UTM, selamat tinggal JB, tataaaaaaa (' '.)/
hik2 kheri rilex ajek, aku pulak yang lebih2 sayonara ;p siu siu siu~~


of course aku yang lebih2, sebab lepas ni kalau ade ape2 hal nak ajak kuku teman tak payah tunggu die balik KL hehe, alwayz available oh~~ bile perlukan kuku, call ajek ;p macam call delivery mcD ;p hik hik lariiiiii~~~ lariii~~~

kuku lapor diri kat JPA 29hb ni.. tak tau laa die posting mana.. lisa, jaga kuku baik2 tauu, gadis2 gomen mesti cun2 belaka kan~ dah laa pakai kasut tinggi hitam awwww~~ tergugat saya yang pakai selipar leper aje pergi keje, huk huk~~

eh aku kene lari tak eh dengan statement di atas ;p jalan laju2 cukup laa ;p jalann~~ jalannn~~~


tamat sudah kisah kuku pulang ke sarang
kini kisah kami pergi ke tanjung karang

2 rangkap kat atas ni pantun tau sebenarnye.. ape? x macam pantun punn?? biarlaa ;P


26hb semalam, kakak aufa (housemate lama saya) sudah di ijabkabulkan dengan suaminya... saya dan kuku di jemput hadir.. jadiiii bergeraklaah kami ke Tanjung Karang, Kuala Selangor.. hoh baru aku tau Tanjung Karang tu jauh sebenarnye.. pu~~~



sepanjang perjalanan tu, mata kami di hidangkan dengan kehijauan estet.. lepas tu, saya suke laa kann masa lalu lereng2 bukit, kiri kanan hijau.. macam Cameron pulak.. eh cantek laaaa, sangat suke.. macam orang jakun dah jadinyee saya ni.. tapi masa cerita kat aufa, aufa katee "dd!!! tak suke laaa lalu situ, peningggg~" ;p


masa sampai rumah aufa, dah ade dah kawan2 aufa, yang bernama shazana dan zie, kawan upm gak ni ;) aufa cantek berselendang purple hehe

sampai2, makan2, borak2, gelak2, jumpe pengantin, tangkap gambar, itu ini itu ini lepas tu beransur la nak pulang

aufa, dd, kak nadra, shazana dan zie


zie, sha, dd dan aufa

lepas tu, kitorang berempat pulang konvoi bersama2 hihi..

jumpe aufa jadik rindu kat aufa huhu.. lepas ni kite tunggu turn aufa pulak yek ;p


Friday, September 11, 2009

berbuka dengan housemates lamaku

ermm semalam kann saya pergi rumah sewa lama dekat equine, untuk berbuka bersama2 Aufa dan Kak fae yang dirinduiiiiii^^

lama sangat tak jumpe dorang sejak saya duduk dengan family, huk huk


sebelum sampai umah, sempat jugaklaa kami ber3 membeli2 makanan2 dekat mini-bazar dekat2 dengan umah doranggg..

hoo sampai2 aje, mule2 terkejut sebab banyak sangat perabot baru kat umah tu berbanding masa saya duduk rumah tu dulu.. dah macam rumah orang kaweh dah ;P

lepas tu, dan dan sampai terus berpeluk-pelukan dengan aufa dan kak fae, hikkk cam 10 tahun xjumpe ajekk ;p owhh linda dan haida pun saya bawa jugaa sekali, hehe biaselaaa saya memang suke bawa pakej ;p kalau tak kuku , musti kawan2, hik hik

ho ho ho naseb baik kak fae x kene kejutan lektrik dengan perangai dan aksi2 linda hahahahahaha, aufa memang dah kenal linda sebab dah 2 kali jumpe, tapi kak fae baru first time, naseb baik kak fae x pengsan bangun balik tengok ke'hyper'an linda ;p terus kak fae kate "linda ni macam adik i laa~"

siu siu siu~



borak2.. gelak2.. sengih2.. borak lagi, gelak lagiiiii.. pastu hidang2
taraaaa~~~

sedapnye air bandung feveretku :]" hihi ni part kuih2 aje ni, sebab snap gambar ni pukul 7:05,awal lagi ;p erm 3 bungkus roti john, nasik dagang dan ayam goreng rempah ade kat tepi2, x bukak bungkusan lagi.. sedapnyee nasik dagang lauk ikan tongkol :]" pastu ratah ayam goreng, ratah kerak2, sedappppp


lepas berbuka tu, kitorang sempat tengok cerita melayu kat Prima tajuk "Kalimah Syahada".. elly mazlein berlakon..

ade part tu, suami dia sedih sangat sebab isteri die kene rogol dengan pak abu.. sedih sangatt, sampai tahap die sakit kaki.. (rupa-rupanya nyawanya nak ditarik)

suami : muna.. abang sakit kaki
muna : abang sakit kaki bang? mari muna urutkan kaki abang (gaya risau)

suami : "Dia dah naik atas~"

muna : abang cakap apa ni banggggggg~ apa yang ada kat atas~ (dah mula teresak-esak)
suami : "tadi Dia kat kaki.. lepas tu Dia naik kat perut.. sekarang Dia kat perut"
muna : abanggg~~~~
(lepas tu letak tangan die kat perut suami)
muna : ha'ah laa bangggg~~~~~~ kerasnya perut abang niiiiiiiiiiiii~~ abang jangan tinggalkan muna banggggg~ muna ada abang seorang jeeeeeee~~~ (bertambah kuat teresak2)

suami : selepas ni, Dia akan naik ke jantung..

muna : ampunkan dosa muna banggg~
suami : muna isteri yang paling baikkk


(lepas tu, suami die pun mengucap dua Kalimah Syahadah dan tarik 1 nafas dan senyap...)


ermm gambar kitorang semalam tak ada laaa sebab fizikal masing2 x sesuai untuk di ambil gambar ;P
korek2 gambar lama kat laptop, jumpelaaaa satu wallpaper ni... bersama housemates... mase tu umur ku menginjak ke 23 tahun, hihi ^^v


dari kanan(untuk gambar paling kanan), kak fae yang maintain kurus hehe, aufa yang sekarang dah pakai gigi besi, dan anum yang dah duduk rumah orang kahwin sob sob.. yang baju putih tu, bakal housemate saya :p PANGGG~~~~~ (siap ade spring bunyik panggg ni)

owhh saya rindu la pulak suasana duduk rumah sewa bersama kawan2 (^o^)

oh p/s ku --> atas ni gambar lama tauu, umur ku sekarang bukan 23 lagi hihihihi