Showing posts with label spa. Show all posts
Showing posts with label spa. Show all posts

Friday, October 15, 2010

tengahari yang segar


hehe hari ni kan jumaat, lunch lama kann..
so menggunakan masa yang lama ni untuk pergi buat facial dekat Seputeh Kapas.

tadi try Crystal Peeling, instead of normal facial, hehe.

lama sangat muka ku dibelai2 oleh gadis seputeh kapas yang baik hati tadi. hik2
dalam 1 jam ++ laa... sampai tertido2 aku jadinye tanpa disedari.. motip??

paling aku suke adalah part vakum muka dengan part cucuk2 nak kasi keluar isi2 dalam tu.. jerawat ke white head entah, xtau lah nak panggil apa... orang kata sakit kannn, tapi aku suke, puasssssss... ibarat rasa "picit lagi dik, kuarkan die kuarkan dieee!!!!! yessssssss!!!!"


muahaha poyo gile kedidi kedudu.


paling lama part hidung tadi ;p teliti betul gadis itu, suke suke.


tapi bila habes facial tadi, keluar dengan berkeyakinan jek, x nampak pun muka merah2.. sebab dia kasi sapu fondation dulu kot..

aku ingat lagi dulu pernah buat facial kat serdang, malu gile nak jalan balik rumah sebab muka jadi merah2 die cucuk2 muke kita kan... lepas tu bole pulak hosmet aku tu drive bawak aku gi jusco. rasa nak tembak je hosmet aku tu, hahahaha malu okayyy..

kire bagus laa dia sapu fondation dulu sebelum kite keluar mengadap dunia realiti. xde laaa orang terkejut tgk muka merah2 kite kan ;p



muke selepas facial

eh ape, xnampak gambar?? memanglaa, x transfer lagi dari henpon ;p xde kabel ;p




oh ini sedikit info pasal Crystal Peeling. copy dari Seputeh Kapas



Crystal Peeling

Crystal peeling, also known as microdermabrasion is one of the most effective treatments available today that have been tested and proven to show visible results in repairing skin damages. This treatment stimulates the basal cell layers to build new, functional skin cells. These new skin cells move upwards to the skin surface to replace the scarred and damaged tissue. Hence, skin cell renewal and regeneration is thus achieved.

How does Crystal Peeling benefit you?
  • Immediate, visible results.
  • Exfoliate dead skin cells and stimulates new, functional skin cells.
  • Improved skin tone and appearance as local blood micro-circulation is stimulated.
  • Repair skin damages such as scarring (caused by acne, burning, etc.), wrinkles, skin aging, age spots, pigmentation, sun damages, enlarged pores and so forth.
  • Skin rejuvenation is further enhanced as the new, functional skin cells absorb beauty and anti-aging creams far more effectively.


fuuu sangat2 segar~
lepas tu kene urut siket kat bahu dan kepala. phewwwww x terkataaa~~~~~~~~
masa nak balik tu, cik Aishah owner yang baik bagi minum teh wangi. bertambah segar~~~ hai aishah ;)

okiee sekarang saya mahu pergi solat Zohor. lepas tu nak pegi UAT sistem orang len. ttym ;)


note : tadi pergi facial sorang2, so xde teman makan. lapar pulak sekarang




Sunday, August 29, 2010

pergi ke Seputeh Kapas Spa



Sehari selepas setelkan borang nikah kat JAWI, saya pergi memanjakan diri di Spa pulak. haha perlu ke? motip??

dah buat appoinment awal2 dengan Seputeh Kapas.

oh ya, Seputeh Kapas ni terletak kat Sungai Merab, Bangi. gila jauh tak aku datang dari Gombak ke Sg.Merab ni? haha

entahla, kat area rumah ada jek banyak spa, tapi tak tau ok ke tidak, dan harga mereka jauh lebih mahal dari harga di Seputeh Kapas huhu. so tak boleh salahkan saya yang sanggup drive jauh2 ni ;p haha

lagi satu, tau pasal Seputeh Kapas ni lepas baca blog B2B ni, cik saya dah kawen. so lepas baca entry dia, tu yang tau Seputeh Kapas ni ok. hee kredit to her.


nway, korang jangan ingat saya buat bridal package lak, hehe belum lagi ar, itu lepas raya karang bila dah dekat tarikh nye ;p semalam amik pajek RM 90. heheheee

klik ar link ini kalau nak tau pakej apa yang Rm 90 tu hee ;p


hahahaha.

dah tengok?? murah kan. servis dia pun ok :) kalau dekat2 rumah aku kan, harga dia mahu dekat rm200 camtu. huishhh.



ambil juga normal facial sebelum balik tu, oh~~ sungguh nyaman~~ betul la, die buang whitehead kite pakai vacum, hehe.

nex time datang nak try buat crystal peeling pulak ;)
slimming nye pakej pun ada, nakk nakk~~ *lempang. sume pun ko nak ye



datang pukul 12 tengahari. balik pukul 3. hehe lama gile berada dalam banglo ini ;p

Sebuah banglo di Sg. Merab yang diubahsuai menjadi sebuah spa di tingkat atas, butik ditingkat bawah.
oh model itu adalah ibuku, join buat facial gak. heee



hee keluar dari Spa, berjalan dengan penuh keyakinan dan feeling cun cun ;P *poyo la katakan


tapi sebenarnye kan, balik tu aku jadi haus gilerrrrr. semua akibat sauna, segala peluh dah dikeluarkan. sepatutnye selepas sauna, kite kene minum balik untuk ganti air yang dah dikeluarkan. tapi disebabkan sedang berpuasa, soooo~~~~~~~ dunia ini bagaikan berputar~ uhuk

lesson untuk diri sendiri : jangan buat sauna semasa berpuasa, hehe


waktu berbuka puasa di rumah, puas hati bole minum bergelas2 air tembikai.

gluk gluk gluk. puasssssssss





ok lah, kawan2, korang berminat tak nak ber'spa kat sini? untuk kawan2 rapatku, kalau berminat, nak ajak aku, aku on jek untuk pergi bersama2, ok ;)


untuk baca details pasal service spa ni, korang bolehlaa baca kat entry cik mau kawen ni. bulat2 die terangkan, hehe sebab tu aku tak terangkan dah, info yang die beri dah cukup dah, korang leh baca dan tengok gamba ;)


daaaa~~



note : balik rumah menjerit lepas timbang, berat tak sampai 50kg. apakah yang berlakuu?? takkan berat aku turun 3kg masa puasa kot?? huhu tak percayalah. takkan sebab sauna tadi kot? *lempang. agak2 lah weh


entah. 3kg air kot yang hilang, bukan lemak. sob sob. sebab tengok muke, masih kembung seperti sediakala. uhuk
. takpe, raya nanti mesti naik balik . nyampah nyampah. wuwuuwuwu