skip to main |
skip to sidebar
perbualan biasa2 3 sahabat pejabat. hehe x yah baca pun x pe k ;p saje rasa nak bercerita dengan diari ni malam2 ni, sementara tunggu pukul 11:30 malam, nak tengok Paris Hilton's My new BFF.
perbualan sewaktu jalan lenggang kangkung balik dari cafe.
dudu : "tau tak, kite dah x berani dah nak parking kat tepi jalan situ. semalam kak shikin kata dulu pernah je ade kes kereta staf kene clamp sebab parking kat situ"
wawa : "ha ah semalam kak shikin ada cakap"
rina-serba-tau : "laaa memang laa. tapi kalau hari biasa ko parking kat situ x kena clamp kot. melainkan ko parking masa ada event dan jalan tengah jem gile. haa memanglaa guard tu clamp keta kot.
dudu : "oooooo"
rina-serba-tau : "tapi ok pe kalau kena clamp. confirm punyalah kereta ko xkan kena curik"
dudu : "haha banyakk laaa ko!" motipp??
wawa : "hahaha dengan dd dd pun xbole nak bukak kereta tu hahaha"
dudu, rina dan wewe : *giggling kekekekeke
Assalammualaikum sumeee ;)
pagi tadi susah nak bangun kan?? hujan lebat.... sejuk jeeeee duk bawah selimut tu..
dapat msj dari wewe *aku suke panggil wawa = wewe sekarang
*salin bulat2 sms wewe, shortform tu dia punye keje yeee
wewe : Hjn selebt lebtnye kt umh ak dr kul5 pg td.Hukhuk.Cmne nk g keje ni
dd : tu ar lbt gak ni, haishh.. rempuh jek hak2
wewe : Ak xleh. Mk ak dh tkt bnjr dh ni *seb baiklah aku reti bace shortform ko ni wewe
"ma, awa takut rumah die naik banjir ma"
motip bagitau mak aku pasal wewe takut rumah bajir? aku pun xtau haha
aku bertolak dari umah tak lah lewat sangat rasanya.. ok je... tapi jem die dari jalan gombak, sangat tak boleh di maafkan.. kereta tak bergerak langsung (T_T) sepatutnye pukul 7:15 aku dah kat lebuhraya mahameru dah, tapi kul 7:35 aku masih di jalan gombak.. apakah??? rekod terburuk pernah aku ada... tak apa tak apa, dengan hujan lebat2 tu laaaa aku layan dan menyanyi lagu beautiful lies dalam kereta...
tiba-tiba suara menyanyi ku makin perlahan.. dan berubah kepada lirik "apa asap2 putih ni"..
"eh?"
"kenapa ada asap putih nii.. kereta depan ke... eh kereta depan ok jek??"
"eh dari bonet aku? makkkk *suara tak terkeluar sebab terlalu ketakutan"
pandang kiri pandang kanan semua kereta tengah muke tension sebab tengah stuck kat jem... takkan aku nak berhenti kecemasan dan turun kot???? wahhhh nanti habes aku kena maki dengan kereta2 kat belakang... xnakk xnakkk.. apa nak buat ni.. tangan memang dah macam ais dah sejuk ketakutan....
terus tepon kuku..
alamakk kuku x angkat, musti kuku atas moto ni, hujan lak tu...
wewe.. die kate nak sambung tido pulak td
terus tepon rina-serba-tau-dan-sentiasa-tenang iewww :n haha
dd : "rinaaaaa"
rina : "iyee dd"
dd: "kereta kite ni... tadi kite tengah jem2, hujan lebat.. tiba2 kereta kite kuar asap dari bonet depan... *time ni xtahan, dah sedu sedu dah
rina : "dd janganlaa nanges"
dd : "dd xtau nak buat apee... kiri kanan sume stuck kat jem.. camne ni rinaaaa"
rina : "ooh biasanya klu kereta kuar asap, air xde.. cube dd check temperature ok x?"
dd : "okayyy, cantekkk jeee paras bawah"
rina : "ade bau hangit x?"
dd : "xdeeee pun... cane ni rinaaaaa" *sedu sedu
rina : "biasanya kalau keluar asap dari bonet depan dalam hujan, ada 2 sebab... satu sebab air kereta ko dah takde.. lagi satu sebab... bla bla pemejalwapan... bla bla keluar dah konsep sains aku"
dd : "dd takuttt... cane ni rina"
rina : "klu sebab air xde, dd kene keluar sekarang, isi air dalam radiator.. bawak air kosong atau mineral x"
dd : "ade... takkan dd nak keluar tengah hujan2 lebat ni, haaa nanti orang2 belakang marah dd tambahkan lagi jem"
rina : "nak buat camne, kene keluar jugak laa"
dd : "kalau tak?"
rina : "kalau tak, kereta ko terbakar ar hahhaa" *cessss sempat ko gelak rina?
dd : *makin kuat sedu ... "dd ingat nak jalan siket lg laaa, sampai stesen minyak kat jalan pahang depan tu.. harap2 ok"
rina : "haa ok ok papehal update kat kite eh"
time ni sangat takut ok.... drive sambil sedu sedu takut kereta terbakar... tapi nak jugak sampai ke stesen minyak, nak mintak tulun sesiapa.. tapi kan, yang peliknya kereta sebelah2 atau motor2 sebelah tak tengok pun kereta aku... uikk diorang ni x nampak ke asap? *time ni dah pelik dah..
sampai je stesen minyak, mintak tolong encik bangla tu tengok2kan... cakap kat die kereta keluar asapp... tapi bile dia tengok kereta aku, cantek jekkk xde asap apa2 ;P haishhh aku pun konfius
bile die bukak bonet depan aku tu, hrmm wangi jek bau, xde aura2 hangit pun ;P
die check air sume dan check lain2 gak, pastu dia kata kereta aku ok je, takde msalah..
aik??? tetibe teringat teori rina yang nombor 2 tu, konsep pemejalwapan dalam hujan... uh benarkahh?? kiranya yang kusangkakan tadi tu adalah wap, bukan asap???
tak lama kemudian kuku call.... cerita kat dia... sok sek sok sek.... kuku suruh drive slow2.... dannnn aku pun membawa kereta perlahan2 ke ukm... 'asap' itu masih ada... tapi bila hujan berhenti, 'asap' tu dah tak nampak.... main-main ek...
hmm... sampai ukm pukul 9.... first time merah ni, uhuk.... wewe yang suspect umah die banjir tu pun akhirnya yang sampai dulu... sabo je lahh....
asap mistik betol..
betol ke asap? ke wap? ke geseran dari tayar kereta?
entah, aku pun xpaham
korang tau x?
note : Alhamdulillah, sehingga sekarang ni dah hampir 4 tahun pakai adik kelisaku ini, dia xpernah memberikan apa2 masalah walaupun sekumit... mungkin sebab aku selalu bercakap dengan dia kot ;p
tak tau nak cakap camne.. terharu sebenarnye.. kawan baik ku rossa dah berkahwin :') dengan idzuan, kawan kitorang2 jugak :)
percintaan universiti berakhir dengan pernikahan pada 11 Jun 2010 ;)
siu siu~
ros rosss rossss sayang kat ko sesangat :']
sanggup ni amik cuti hari jumaat untuk pergi ke Machang Kelantan demi rossa tersayang ;p dan sekarang adalah hari ahad, aku berada di ofis sebab kene siapkan kerja yang tertangguh xdtg hari jumaat hari tu ;p har har har demi kawan baik, demi demiii~~~~~~
rossa~~ ko dah kawen daaa...... uhuk uhuk
di atas sebab2 yang tak dapat di elakkan, saya terlepas momen2 penting di waktu idzuan lafaz nikah.. oh sedih sangat :'(
masa sampai rumah ros, ros dah sah menjadi isteri idzuan.. x sempat nak tgk muke ros berdebar2 dup dap dup dap tunggu lafaz itu, blushing2, sebak2... wuwuwu
lebih menyedihkan bile dah selesai semua tu, masa salam2 peluk2 ros cakap "dd, aku cari ko.. ko xde"
uwaaaa :'(
ahh x kire, nak suruh jugak idzuan ulang tayang balikk momen itu :p
ayu nye kawan saya ni :) rosa x pakai veil pun, pakai tudung siti yang nice :)
kitorang in pink! tengah nak tangkap gambar, ezan call pulak.. cubit ezan ;p
*cian ezan xdpt tengok ros nikah
depan : dd dudu muka lebar, rossa, wawa
belakang : hana dan lina
waah hana puteri 7 pun datang, suke sangattttt sebab dah lama tak jumpe kawan aku yang sorang ni =D
yang kelakanye suami hana, peja dah jadik macam 2nd photographer pernikahan ni.. di mana2 akan muncul peja dan kamera muncungnya, dan sangat cekap :D hahaha sangat sporting.. kitorang terhibur
saya kawan ros. kuku pun kawan ros. ^_^
banyak sungguh memori kitorang, kann ros~~ kan kuku~~ pegi jalan mana2 pun sama2 :)
aduhh tiba-tiba dah rasa merindui ros yang bujang :'(
*hehe poyo, padahal selalu jek idzuan join sama, takde beza pun ;p
ros sangat cantik. artis kelantan katakann~~~
macam enggang dan pipit jadinye dah gambar ni, uhuk ;p
yangg pentinggg.... mereka sangat happy waktu bernikah, hahahaha
sengih memanjanggg :B
congratsss koraaangggggg =)
hehe mula kenal mereka di zaman upm. satu course, Software Engineering. kenal izuan dulu sebab die jadi cikgu kelas tambahan kitorang malam2. cikgu yang garang, ekekekeke... mula rapat dengan rossa sewaktu praktikal kat Kolej Islam, semester 4. bertambah rapat bila kitorang amik 'M' sama2 =) dan makin rapat.. makin rapat... =)
habesssss kisah pernikahan mereka.
di mana kitorang bermalam ek?

Kat siniiii..... Desa Permai Rest House, Machang Kelantan.
satu bilik Rm 70 :) seronok sangat bermalam dengan lina dan wawa ^_^
ok habess entry ini.. tunggu cerita perkahwinan mereka yang sangat meriah pula :)
dan last sekali..
hehe.. gelap.. :p
note : tudung pink kat atas ni menjadi tudung feveret sy skang, hihi dari Ratu, beli masa less 70% :B
hoh selepas raya pun ada cita-cita ek ;perr korang perasan tak dah lama aku x sebut perkataan 'tesis'?siu siu siu~
owhh tesis masih hidup sebenarnya, cuma aku jek yang tak sentuh-sentuh :'P
jadiii~~ azam saya selepas Raya adalah untuk memberi konsentrasi yang penuh untuk menyiapkan tesis pada setiap weekend!!!!!!!!!!!!!! banyak ni tanda seru, betapa serius nye sayaSetiap weekend saya, saya akan melepak di library dari pagi sampai petang.. itu azam saya ;oharap2 tidak menjadi angan2 minah jenin ;oatau pun bagaikan melepaskan batuk di tangga ;oataupun hangat2 taik ayam ;oataupun baling batu sembunyi tangan ;o eh yang ni tak, hihiSaya harus siapkan tesis sebelum bulan Disember! yehhh!!kalau tidakkk~~~ petir akan berdentum huk huk.. kalau tidakkk~~~ duit akan melayang lagi untuk bayar semester depan lorrr~~ uwaaa~nak sebut chaiyuk2 tapi nanti laa lepas raya baru sebut, hihihito ros, lina dan wawa... mari kita bersama2 berazam menyiapkan tesis dan menghabiskan master kita selepas raya, jommm :D kenape mesti selepas raya ;n hee
gambar lama.. dd, ros dan lina di fsktm, upm ;)
Assalammualaikum kawan2 upm, nak bergosip jap :)wan roslina dan siti hernazura sekarang kerja sama opis dengan aku (^^)v, tp dorang floor lain, xsame dengan aku huk huk... hari ni hari ke-4 diorang di sini hihigambar wawa dalam kamera ros yg xtransfer lg hok hokok laa, sekarang kan musim malas menaip aku...
taip laju2, taaaa (' '.)/
okie trivia ini ditujukan kepada rakan-rakan UPM ku je la yukkcuba teka siapa mereka berdua ini? :D
lokasi : tangga opis ku hahahaha