Showing posts with label ma. Show all posts
Showing posts with label ma. Show all posts

Sunday, October 17, 2010

cuci kambing



malam ni nak cerita pasal ayah dan ma.. hehe

bahasa ayah aku ni tak berapa sama dengan bahasa kite2 tau.. kalau nak kasi ayah faham, kene sebut ayah punye "bahasa"...

tapi biasanya, mak aku je lah yang faham "bahasa" ayah aku ni..
contoh :

garfu = ayah sebut "keropo"

penipu
= ayah sebut "pentipu"

rehat
= ayah sebut "saya mahu lepak sekian" *kerlaaass ayah aku sebut lepak

lina = ayah panggil "budak kuala pilah" *lina, aku pun xtahu sejak bile ayah aku tukar nama ko dari budak kuala lipis ke budak kuala pilah, konfius aku sejak bile ko dah tukar negeri tempat tinggal




dan macam2 lagi laaa, nak ingat sume malam ni xdapat laa ;p


selain ituu, untuk kasi ayah faham, ma juga selalu sebut..
pencuci muka = "cuci muka".. *'pen..' dihilangkan
Italic
pencuci muka Syurah = "cuci muka susu kambing"



tapi entah macammana semalam kan... masa kat Giant, ma nak bagitau ayah yang pencuci muka Syurah ada dijual dalam Gurdian tu.. ayah pulak jalan cepat ke dalam.. so dengan kelam kelibut nyeee, mak aku jerit cepat2

"cuci kambing ada kat dalam!!!"


erk.. cuci kambing?

..

..

wakakakakakaka!!!!!!!! :'D
sejak bile Gurdian ada perkhidmatan cuci kambing nii :'D


kot ye pun mak aku nak tersebut cepat2... tapi kenape mesti jadi cuci kambing :'D

aduh aduhhhh senak perut... dan dan aku gelak time tu berdiri sambil pegang2 perut... ayah aku pun join gelakkk gakk hahahahahahaaaaa


kelaka....



ok habes kesah cuci kambing..


semalam hari sabtu memang lepak dengan ma ayah je... hari ni hari ahad, hari bersama kuku pulak.. shopping barang2 kawen siket. hehe... bes besss, suke suke soping ngan kuku.. sebab die melayan aku punye cerewet part color.. kesahnyeee color yg aku nak tu susah siket nak cari untuk beberapa item barang kawen ni.. warna yang ala2 ada gak, tapi tak mo, nak yang macam tu gak..

takut gak kalau die cakap "ish budak ni, warna ni kan lebih kurang, amik ni je laaaaa.. nak cari sampai bile?" ... phewww~~~~ naseb baik dia x ada cakap camtu, tapi duk layan dan carikan je, and bagi idea2... suke suke.. ^^

endingnye.. tak beli pun sume tu ;p uhuk nak color tu jugak


layannnn~~


ayah ma bincang hal rumahtangga ;p ekekkee


Sunday, September 5, 2010

Ampang Park



minggu lepas, masa kuar dengan kuku, belikan laa ayah baju raya dekat Ampang Park. Honestly saya x reti beli baju melayu, xtau yang macam mana ok, so bile si muni recommend satu kedai ni, saya pun terus ar pegi kedai tu. x ushar tempat lain pun ;p terus pilih color purple dan rasa2 kain sedap, ambil saiz M terus bayar. ayah saiz M baju2 dia, biasanya.



bila balik rumah tu, suruh ayah try, alamakkkk besar pulakkk... tapi naseb baik ayah ku yang cerewet bole suka baju melayu tu, hehe. thanx muni, recommend kedai ni ;)


so disebabkan baju itu besar, memang niat nak pergi balik ar kedai tu nak tukar saiz.

nak dijadikan cerita~~~ resit baju tu terhilang laaa pulakk~~ aku ingat sangatttt aku masukan resit tu dalam purse.tapi entah, mungkin die terselit dgn duit dan terjatuh kot, ahuk ahuk.


aku pun gigih laa gugel nama butik tu, Emmer Zecna nama butik tu, untuk cari num tipon nak tipon. dah jumpa, suruh mak yang kol ;p bole? ;p

auntie cina yang baik tu yang angkat.


ma : "hello.. semalam saya punya anak, ada datang kedai u. satu lelaki satu perempuan" *tetibe kuku jadik anak ma pulak kan, ekekeke "diorang beli baju melayu kasi ayah diorang punya"

auntie : "ya.. beli baju color apa"

ma : "color purple"

auntie : "oh itu dua org kaa... yang laki itu tinggi kan.. ya ya saya ingat.. baju corak timbul separuh yaa"

ma : "haa betol betol.. baju itu besar laa, mau tukar bole ka? tapi resit sudah hilang"

auntie : "bole bole.. mau tukar saiz apa"

ma : "saiz S, adaka"

auntie : "kijap aaa... saya cari..."

....


auntie : "hello, ada ada saiz S"

ma : "awak simpankan bole? nanti sabtu anak saya datang ambil"

auntie : "bole bole.. saya simpankan untuk awak yaa" *baik gile auntie ni!! muniiii, betol laaa!!!



so petang sabtu semalam, aku pergi laa Ampang Park, angkut ma ayah sekali. naik kereta. on the way ke Ampang Park tu, keje ayah asyik bercakapp jekkk ;p suke sangat kot dapat keluar, har har har


"itu tokey ampang park aaaa, saya punya kawan dulu oo.. dia duduk sebelah rumah saya.... haiyooo die maaanyakkkk miskin ooo.. dia punya bapakkk ar, manyakkk suka tengok bola sepak... lu tau takk macam mana bapak dia mati?? bapak dia tengokk bola, jerit jerit, gelak gelakk... dia tengah gelak gelak aaaaaaaaa, tiba tiba dia mati.... mati masa gelak oooooo"


errkk.. ayah..ok :n


"haiyoooo dia punya umur aa lebih kurang umur saya... lu tengok ar, dari miskin tangan tak ada apa2... sekarang dia boleeehh ada ampang park, ampang point.... dia punya otak, haiyoooo manyaakkkk pandai oo.. sikalang sudah kaya.."


hok hok, aku iyekan aje..


so sesampainye di butik itu, terus jumpe auntie tu.
"auntie ingat saya lagi x?" *gedik

"ingatt ingatt, saya sudah simpan itu baju"

terus auntie pergi ke bilik tepi tu, ambil baju saiz S yang dah digantung siap2 terasing dari koleksi lain.. wahhh amanahnyaa :O aku suke laa peniaga macam ni :O


lepas tu, ayah kan chinese, die pun cing cong cing congg laaa ngan auntie tu.... sonok ar tu jumpe geng cina.. hik2


dah try dalam fitting room, ok, baju tu ok saiz ayah.

pastuuu sebelum balik, jalan2 laaaa kat dalam soping tu dulu.


hari tu masa dengan kuku, kitorang ternampak satu kedai baju kawen, dan kitorang dua2 terpikat dengan satu jubah beads color pink, sesuai untuk wedding. memang cantek gilerrrrrrrrrr, eclusive giler.

time tu, uncle india tu tengah nak display kan baju tu,kitorang tengok je la, x tanya apa2 pun.


then teringat2 pulak jubah tu. so alang2, cari laa lagi sekali butik tu, masuk.. dan terus tanya pasal jubah beads color pink yang sangat menawan tu.

"uncle, baju ni berapa ya"
"dua ribu"

gulp. pecah rekod, aku tanya harga baju di jawab dengan angka "ribu". *pengsan sebentar.

"sewa boleh ke"
"boleh, satu ribu"

gulp. xpelaaa


hik2

tapi percayalah, butik itu adalah butik yang paling buat aku teruja. baju pengantin yang sangat exclusive, lain dari yang lain. kilauan batu pada baju2 dalam kedai tu buat kite tak jemu melihat. terlaluuuuu menawan. nama butik tu De Couture. dia ada juga butik di Taman Tun, Aanchal Wedding Gallery. sebelum aku balik, die tunjukkan gambar2 artis yang pernah pakai jahitan dia. dia tunjuk gambar siti Nurhaliza pakai baju dia, uhuk.


ok, habes kisah Ampang Park.

semalam berbuka di Teppanyaki, makan nasi dengan chicken chop



bye ;)

Monday, August 2, 2010

sabtu dan ahad



sabtu 31 julai 2010 bangun awal2. sarapan roti canai dengan ma ayah lepas tu pergi servis kereta.

selalu ayah yang pergi serviskan. tapi kali ni nak ikutlah, kalau tak, sampai bile2 pun aku xtau dik kelisaku perlu servis di mana. oh ya, aku x servis kat perodua. mahal lahh ;P
ayah suka servis kat sini (tak tau nama kedai haha) tapi agak tersorok laa tempat dia dekat area setapak. agak terkesima masa sampai situ, rasa macam "ayah aku bawak dik kelisa pegi servis tempat macam ni?" hoh tetibe terbayangkan cerita wrong turn, yang makan2 orang tu, heh motip? ;p





ayahku duduk.


eh tumbang dah? ;p


menggaru2 siket. hehe


kan aku dah kata, ayahku comel ekeke.


selalunye tempat lain kalu servis mesti ayah x tido punye. tarak percaya sama itu olang bukak2. ayah akan dok perhatikan jek orang bukak2 keta tu, tahan mata walaupun mengantuk. tapi sebab ayah dah biasa kat sini, tu yang selamba badak je tido.
dah percaya dengan kejujuran, amanah dan integriti.

total servis adalah rm 50 je. hehe sebab bawak sendiri minyak hitam lebihan2 sebelum ni ;p



lepasss servis, pergi butik kawen pulak. saya menggunakan khidmat Orange Bridal Boutique. bakat muda lagi ni, hehe.




tapi malas nak cite pasal baju kawen bole x? nak cerita bila dah ada hasil atau post wedding preparation karang. sebab aku ni selalu bertukar2 fikiran ;p so rasa malas nak cerita sesuatu yang belum wujud hehehe




lepas tu jalan2.



balik rumah lepak2, rehat2. pukul 530 pergi Kampung Padang Balang, melawat baby Falisha, baby nye kepada my dearest frennnn sheereen :D


petang yang damai sebab berjumpe dengan bb comel.

hello falisha~~ mmuah muuahhxx

berbual dengan shee macam2.

berbual dengan mama shee juga, yang dah lama x jumpe. dulu masa zaman sekolah, selalu naik keta mama shee.



ahad 1 ogos pula adalah pagi2 pergi ke Pameran Pengantin di Jusco Au Setiawangsa dengan kuku, ma dan ayah. tapi yang jalan2 kat booth cume kuku, ku, dan ma ku. ayahku gi jalan2 cari kuih bulan. sabo je lah


tapi booth sangat sedikit. tak jumpa apa2 pun yang berkenan.

so makan2, ma ayah nak balik. then dudu dan kuku chowww pergi jalan conlay, ada pameran Kerja Kawen. ok ar kat situ usha2 kad kawen.


me love kad kawen putih. xmo color lain. tapi x booking ape2 pun lagi, maseh nak mengushar.


balik petang tu lepak mcD dengan kuku, listkan senarai kawan2.


hehe berhelai2 nama kawan2...



tiada penutup..


Tuesday, July 27, 2010

mereka...



di keheningan malam~~ tafakur di kesyahduan~~

hik2 motip bukak entry dengan lagu nasyid? ;p


ok ok nak cerita..


di keheningan petang angin bertiup sepoi2 bahasa...
ibuku seorang surirumah yang sedang tekun membaca suratkhabar di rumah terdengar ketukan pintu perlahan2.. ibuku pun membuka pintu...

seorang budak kecil lelaki muke innocent dalam umur 8 atau 9 tahun macam tu sedang berdiri di depan pintu..


budak lelaki : ciik, derma ciikkk
ma : derma untuk apa ni?
budak lelaki : anak yatim ciikk
ma : yeke ni untuk anak yatim?
budak lelaki : *senyap
ma : dari mana ni?
budak lelaki : sekolah tahfiz.... seremban *xingat da ma cakap nama penuh sekolah
ma : jadi kenapa x pergi sekolah hari ni?
budak lelaki : cikgu suruh mintak derma
ma : habes tak payah belajar ke?
budak lelaki : *senyap
ma : jauh2 datang dari seremban sebab nak minta derma untuk anak yatim?
budak lelaki : ciik derma ciiiiik *muke kesian habis
ma : kee derma untuk sekolah awak?
budak lelaki : ciik derma ciik, ciiik derma ciikkk

note: mak aku memang susah siket nak bg derma huhu, compared to ayah, ayah pemurah siket senang je hulur duit hihi

ma :datang sini naik apa?
budak lelaki : naik van
ma : blok depan dah minta derma dah ke?
budak lelaki : *angguk
ma : dapat banyak x?
budak lelaki : 5 ringgit .... *mak aku sebenarnye kesian dah time ni blok depan yg sebesar besar blok tu, die cume dapat 5 rggt je, mesti pintu yg bukak tu kasi sen sen je kan huhu :(

ma : 5 ringgit je? ermm makcik pun xde duit laa, camnee
budak lelaki : *muke nak nanges. mulut herot2... ciik derma ciiik, ciikkk derma ciikkk, ciik derma ciikk, ciiikk derma ciikkkkk

ma : *xsampai hati dah.. ma pun masuk dalam kejap amik duit.. dan menghulurkan wang kertas padanya..
budak lelaki : *ambil.. terima kasih ciiiik.. dan berlalu pergi
ma : *memanjangkan leher untuk tengok budak tadi berjalan.. ma nampak budak tu tengah kesat2 air mata sambil berjalan...

betul2 menangis dah die :(





sedeynye...


ma : ma bukan apa... dulu ma memang x kesah kasi derma kat budak2 tahfiz yang datang minta derma ni... tapi selepas yang berita kemalangan budak2 tahfiz maut ramai2 tu, ishhhhh xnak lah ma bagi derma lagi.. geram tau.. orang ade sekolah pergilah sekolah, ini nak hantar pergi mintak2 derma pulak.. habes tak payah belajar???

ma geram tau tadi budak tu pergi dua2 blok, tapi berapa ringgit je dia dapat.. naik tangga turun tangga mintak derma.. penatt die tauuu.. cikgu dia x fikir ke?? kesian ma tengok budak tu tadi... tapi ma geram... geram sangatt.. klu ma nampak cikgu die tadi, ma memang nakkk pegi cekiiiikkkk2 jeeee cikgu die



huhu.. terfikir jugak, mak ayah diorang xkesah ke klu dpt tau anak2 diorang kene mintak derma... kesian laa... adoi... :( sekolah diorang tak ada dana ye.. sampai kene suruh pelajar minta derma.. camtu ye... :(





Friday, April 9, 2010

tak dengar


semalam kann, balik kerja pukul 6++... sampai-sampai je rumah, lina ada kat rumah bersama ma ayah ku.. oh lina itu, semenjak dia ada kereta, kaki dia memang panjang siket ;p haha..

lepas tu, aku dengan lina makan2 sambil tengok diari AF yang entah hape2 tu.. lepas tu lina cerita masa aku tak ada, ayah tanya...


note : masa kejadian, aku baru lepas sms ma cakap aku dah kat sungai besi.


ayah : diana mana??
lina : diana dekat sungai besi
ayah : apaaaa??
lina : dianaa dekat sungai besiiii (volume up 1)
ayah : apaaaaaa???
lina : sungaiii besiiiiiiiii (volume up lagi)
ayah : apaaaaaa???
lina : sungaiii besiiiiiiiiiiiiii (volume up up up)

ayah : apaaa?? naik teksiiiii??!! (muka cemas)lina : bukannnn bukannnnn!!! suuunnngaaaaiiiiii beeeesiiiiiiiiii (volume highest)
ayah : haiyooo.. saya tarak dengarr lorrr


ekekekeke, aku gelak pegang2 perut masa dengar lina cerita ;p kesian ayah cemas ingat aku naik teksi balik kerja ;p




beberapa minit kemudian....


ayah nak makan bubur ayam mcD yang ayah beli siang-siang tadi.. tapi dah biarkan lama sangat bubur tu, dah siap mandi solat semua baru nak makan.. aku ada lah kat situ tengah ulang alik ulang alik..

ayah : haiyaaa bubur ini sudah jadik macam nasi lorr
diana : apaaaaa??? bubur sudahh basiiiiii??? (muka cemas)
ayah : bukann... bukan basi.. tapi sudah jadi macam nasii


*lepas tu dengar lina dan mak aku gelak terkekek2... ma siap cakap "tu lahh! gelakkan ayah lagi"


ngeeeeee.... itulah padahnyaaa.. kui kui kui..

Monday, March 15, 2010

muka saya kalau di'botox kan?


fuhh simpang malaikat laa tajuk tuu~~


eheeee nak tengok tak muka ku kalau di karikatur kan? (betul ke ejaan karikatur haha)

taraaa~~

ma dan saya


bibir mungil, pipi tegang, hik hik dah macam rupa botox pun ada ;P


di mana saya dapat gambar ni? hehe ceritanya, petang semalam saya dan ma pergi pameran kahwin kat PWTC.. saje je laa kan nak ushar2.. seronok sangat sebab dapat mengumpul pamplet (aku x reti eja uwaa!)... semua booth aku amik pamplet.. haha dah macam apa dah rupe aku yang sungguh beriya melilau mencari pamplet di setiap meja booth ;P ma pulak sungguh kekenyangan sebab duk pergi try kebanyakan sampel katering kat sana.. haha biasalah mak, nak yang terbaikkkk ;p

tapi semalam survey2 jek, tak ada pulak aku booking apa2.. walaupun banyak giler promotion murah2, especially promosi kad kawen yang murah + free beratus2 door gift box + 2 banner, tapi aku berjaya buat bodo jek hehe... xpe2, nanti2 mesti ada pameran kawen lagi kan :)

masa dah nak balik tu, ter'lalu laa kat satu booth yang ada orang lukis2 karikatur tu. tiba-tiba ma kata ma nak pulak. haha comel. yela2 ma, baiklah. ramai yang duduk kat situ pasangan lelaki dan perempuan, tetapi kami pasangan ibu dan anak :P

lukisan hitam putih satu kepala : RM 10
lukisan dengan warna satu kepala : RM 20

total 2 kepala kitorang : RM 40

mahalnyaaa (T_T)
takpe takpe, yang penting sentimental value. ewah.

pelukis tu ada laman web dia, tapi aku lupa pulak ape nama die ;p o o o.. eh o ape ek? o l y kot... err....


sudahnya aku sampai rumah pukul 7:30 malam. waktu Maghrib dah. kepulangan kami disambut dengan suara ayah "manyak lamaa lu olang pegi.. saya ingatkan diana sudah kawin kat sana"

oh~


Wednesday, January 13, 2010

nak makan kat mana ni? (anak yang pening)


entry lepas aku ada cakap pasal nak makan sempena besday ma kann kann ;)


ayah : lu mana mau makan, lu cakap sajaa saya belanja, lu pilih itu lestoran
ma : saya nak makan kat Restoran Ayam Kampung
ayah : haiyaaa Ayam Kampung ka? kita makan itu lestoran cina laaaa.. ambil yang mahal-mahal siket
ma : tak mau laaa.. asyik makan situ saja.. kata besday saya, saya pilih.. saya mau Restoran Ayam Kampung jugak..
ayah : haiyaaaa.. lu butut2 mau ayam kampung kaa.. mana ada kampung kat sini.. manyak tipu itu lestoran.. lu tarak tau kaaaa diolang kasi cucuk itu ayam 3 hari kasi dia kurus macam ayam kampung.. lu tarak tau ka? yeke? ayah tipu ek
ma : yelaaa yelaaa, restoran cina pun restoran cina laaa (T_T)


ngeee sian ibuku ;p xpe laa maaa, nanti kite bawak balik nasik lauk ayam kampung kasi ma ek ;)

oh ya nama restoran tu, de' Templer kat melati utama.. Restoran chinese muslim


oh p/s ku --> kesimpulannye, siapa punye besday ni ;p

dadada (^^)/

Monday, January 11, 2010

selamat hari jadi ibuku


Selamat hari jadi ibuku yang ke ...... tett ;p saje nak menjaga hati ma walaupun ma tak baca blog ini hew hew


11 januari, tarikh hari jadi ibuku sama dengan siti nurhaliza dan juga kaklong
Selamat Hari Jadi kaklong dah wish dah kat blog kaklong
Selamat Hari Jadi siti nurhaliza~ eh?

oh oh selalunya aku meraikan hari jadi ma bersama2 pada tarikh tersebut.maksudnya makan sama2.
tapi tahun ni gatal nak buat ma terkejut. hee
aku order cheese cake kat fun muffin.
lepas tu minta tulun kak fara (tuan punye fun muffin) deliver kat ma dekat rumah.
baik kak fara ni tau, dia tak pernah kenakan aku cod charge walaupun kami tidak ada apa2 ikatan, cuma aku suke order kek dengan dia je :)
kesian kak fara dengan nak pergi kerja lagi, nak hantar kek ke rumah lagi kene panjat tingkat 2 lak tu oh~.. huhu sayang lebih laa kak fara..
dah lah cantek, pandai buat kek pulak tu, oh adik mencemburuimu~~
oh oh ini bukan bodek ye namanya sebab kak fara tak baca pun blog aku ni ho ho..

kebetulan pagi tadi aku keluar memang awal, pukul 7 camtu.. lepas tu dalam pukul 8:05 pagi dapat sms dari kak fara

"SLM..MISSION DAH SETTLE..SIAN MAK AWAK TKJUT. HEHE."

yess berjaya buat ma terkejut! ;p

tadi balik kerja sampai2 rumah, cheese cake dah berlobang laa heee, snap je la apa yang ada kih kuh kih

esok nak balik kerja awal tau.. sebab nak balik makan2 raikan besday ma :)

dadada (^^)/


-insan yang paling ku sayang-
-insan yang paling sayangkan aku-
-insan yang tak mungkin ku hidup tanpanya-

Friday, November 27, 2009

Hari Raya Qurban


waaa besnyee korang yang balik kampung tu, mesti meriah kan ;) aku beraya di rumah ajaaa.. ma masak nasi tomato.. sedap, my favourite ;) jiran lak ada kasi ketupat palas dengan rendang ayam dan daging.. aku usik rendang ayam aje la, daging tak makan hehehe


hari ni kawasan rumah aku tak buat qurban lagi.. esok baru buat.. hoho, leh laa skodeng2 esok.. cam tahun lepas aku turun jugaklaaa ngan mak.. tapi tahun ni, skodeng dari jauh aje kot ;P

ma ade cerita.. semalam ma dengan ayah naik motor pergi beli2 barang dapur untuk masak nasi tomato.. mase balik rumah, serentak pula sampai dengan lori2 yang bawak lembu ke sini.... ayah boleh pulak terpegun kejap kat atas motor, tak terus parking moto, tapi ayah tengok dengan penuh asyik diorang bawak turun lembu2 tu.. sambil ayah menggeleng2 kepala...

"haiyaa manyak kesian itu lembu.. tak sampai hati saya"

ma jawab laaa
"tak boleh kesian kat lembu itu.. kalau kesian nanti tak bole makan"

pastu ayah jawab
"tak paa la.. saya tak nak makan.. saya kesian"

ma pun naik la rumah.. ma fikir nanti kat rumah ma terang2kan lagi kat ayah nape x bole kesian bla bla (setiap tahun memang akan ada adegan2 ini huk2)

dah lama tu, ma perasan ayah tak naik2 jugak.. ma jenguk laa keluar, laaaaa ayah nyee masih terpegun kat atas motor tu sambil masih menggeleng2 kepala... bila lembu tu terjatuh sebab diorang tarik kuat sangat, lagi laju gelengan ayah..

huhu..

"oh ayahku~ lembu-lembu itu rasa gembira tau kerana dipilih menjadi korban ibadah kepada ALLAh SWT~"


note : ayah ku saudara baru Islam.. dan kami sama2 masih dalam proses pendidikan, termasuk diriku juga walaupun aku bukan saudara baru :)


hoho tadi baca jurnal pasal Raya Haji.. nak share laa dekat blog ni ;)

Hari raya Aidul Adha juga dikenali dengan Hari Raya Haji kerana di dalam bulan itu juga diperintahkan umat Islam yang berkemampuan untuk menunaikan Haji ke Baitullahil Haram. Hari raya Aidul Adha juga disebut Hari Raya Qurban kerana ianya mengingatkan kita kepada peristiwa perintah qurban Nabi Ibrahim ke atas anaknya Nabi Ismail di dalam menunaikan perintah Allah s.w.t dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s menjalani perintah Allah s.w.t yang disebutkan di dalam surah As Saffat, ayat 102 - 103:


"Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata : "Hai anakku, Sesungguhnya aku melihat di dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu." Ia menjawab : Hai ayahku ! kerjakanlah apa yang perintahkan kepadamu, Insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar."

dipetik dari sini

Sunday, November 22, 2009

makan dekat Studio Cafe


hari nii hariii sabtuuuu **itu pun nak bagitau ke ;n


siang tadii lunch sama ma ayah kuuu dekat Studio Cafe, cafe kepunyaan zahid AF.. hehe saje2 nak tryy..
cafe ni terletak kat bangunan seberang Carefour Wangsa Maju.. ermmm cafe ni die sederet dengan restoran Cheng Ho, milik Amy Search.. tapi bezanyaa masa aku makan kat Cheng Ho dulu, amy search ade, ma siap tangkap gambar lagi dengan amy search pastu mms kat semua adik badiknyee, kui kui kui ibuku~.. kat Studio Cafe tadi pulak, zahid xde, xberpeluang laa ma nak mms kat adik badiknyee hihihi..

"yanaa, kalau jap lagi zahid datang, tangkap kan gambar ma dengan zahid ek"
"yelaaa"

hok hok..

menu


inilaa deko deko deko dalam studio cafe~ tapi kitorang duk luar ajek, hehe saje nak menikmati angin original... erm kool laahh deko deko nyee~~ cube korang klik gambar atas ni untuk nampak besar siket... yang frame2 besar tu kan, die letak gambar artis yang pernah buat performance kat Studio Cafe ni... cam yuna, zahid sendiri, nita**ehem ehem mustilaa kann, band Hujan, Jatt dan siapa ek lagi sorang, xperasan... lepas tu frame2 kecik kat belakang tu gambar2 zahid, gambar dengan peminat bla bla...

lepas tu, nampak x frame baju tu? zahid letak gak barang2 pemberian artis ke studio cafe ni.. cam dalam gambar atas tu, ade baju stacy yang lip lap lip lap.. ade shawl pemberian yuna.. lepas tu adalah yang xde dalam gambar ni, macam seluar jeans nita**kelakanyee frame kan seluar jeans :p, ade topi fara fauzana dan lain-lain laah..


aku selalu rasa ayah ku comel.. comelnyee ayah~


air bandung cincau ku & air kedondong ma

mee bandung yang dah diusik hehe, kuahnye sangat pekat

hee heee buang tebiat ke aku ni,balik dari bandung asyik nak order mee bandung dan air bandung jee, padahal katt bandung x wujud pun mee bandung ni dan air bandung, kui kui

erm ayah order char kue teow.. ma lak order nasi goreng za8...
aku nak cakap nasi goreng za8 mavelessssss, sedappp gilerr... nasi goreng yang ada 2 ketul ayam goreng yang rangup garing2 dan ada papadom.. ma pun duk puji2 sedap sedap sedap... hoh nex time kalau datang cni aku nak order nasi goreng za8 :D

tapi x sempat laa nak amik gambar nasi goreng za8, dah kene ngapppp ;P em try gugel tadi, hoho rupe2nyee memang ramai yang memuji nasi goreng za8 ;) bace2 komen,akhirnyee lupe nak cari image nasi goreng za8, haha so korang gi laa sendiri nanti ek dan order nasi goreng za8 ;P

ooh harga nasi goreng za8, aku x ingat rm 8.90 ke rm 10.90, hik hik...
air bandung ku rm4.50... yang lain2 x ingatt laaa.. sowiiiiiiii :D


Monday, September 14, 2009

this is so random

hai kawan-kawan, dah shopping raya? :)
saya bershopping sabtu dan ahad semalam berturut2, sampai rasa nak tercabut dah kaki nii, hok hok..

owh surprisingly, baju raya saya tahun ni color kuning :D tak pernah2 dibuat saya hihik..akhirnyaa lari dari color yang senada dengan pink, sukeeeeee ;) tak sabar nak raya makan sedap2 =)

saya shopping dengan mak dan lagi sorang anak tiri keluarga saya (terus kene pang dengan insan tersebut, free-free panggil anak tiri) hik hik



asyik letak gambar senyum jek, nah kasi gambar serius sikit




tapi, macam tak lengkap pulak gambar tanpa senyuman =) hihi


lina ni kawan baik saya.. die tidur rumah saya 2 malam.. tetapi dari dulu sampai sekarang saya tak puas hati kenapa ayah saya panggil dia "adik" ;n sedangkan umur lina sebaya saya ;n

"adik, makan ni dik"
"adik mau makan apa"

mana aciiiii

('o')
<| |>

oh p/s ku --> kalau fikir kelakar, hihi ayah panggil lina adik mungkin sebab ayah rase perbezaan umur ayah dengan lina tak jauh beza kot, hihihihihihi lariiii lariiii dari linaaa~~~~~ lariii~~


alamak.. rindunye pada sambal sotong ma (yang ada telur dalam sotong).. urgghh :]"" apsal eh aku ni suke sangat makan sotong.. jangan jadik sutun suda, ho ho~ ;P

Tuesday, August 4, 2009

siriyes sedih~

sekarang pukul 10:13 pm..
suasana sekarang tengah biseng dan riuh dalam ofis sebab semua tengah main kuiz facebook "artis jelmaan anda" dan "artis mana kakak anda"..
rupe2nyeee Maya Karin tu jelmaan aku... (ya sila muntah beramai2)
tapi kenape jawapannye bukan Fazura ek? sob sob...

ermm keje aku x siap lagi.. lepas tu pagi tadi OS aku corrupt, xbole detect hard disk... x sempat bekap ape2 pun tadi.. tapi nasib baik kebetulan semalam aku ade buat bekap satu module Vehicle Reservation kat hard disk cik lutfi.... lepas tu module Training aku sempat subversion kan ke server.... cumeeee ade satu use case tu x sempat nak subversion kan sebab tengah buat... banyak gak dah buat, 30% dah tau progress wuuuu...

so~~ ape kejadahnyee aku buat entry ni?

kejadahnyee esok cik shahir nak review and testing...
itu bermakna aku kene buat balik keje aku yang dah hilang tadi..
itu bermakna.. aku kene laa check-in opis malam ni uwaa waaa waaaa :'O

so~~ ape kejadahnyaa aku sedih2? cam x biase stay ofis haha~

kejadahnye adalah aku lupe bawak bekal baju2...
x de duit dah laa nak beli baju kat mydin lagi ;p
lebih2 lagi ma msj cakap ma masak sambal sotong kegemaranku...

aku ape lagii..
tik tik tik tik berfikir... dannnn~~~~~
berdesuuuuppppp balik gombak time2 tu jugak~~~~~~
putrajaya--->gombak dah macam putrajaya--->sungai merab dah bagi aku hihi....
tapiiii aku berjanji kat opismets akan kuu pulang ke opis semulaaa setelah makan dan kemas baju2...
dan lebih tragis, ezan bagi kunci kereta nye padaku untuk letak dalam henbegku sebagai jaminan aku akan datang balik =n fine ezan finee~~~ ;n

sampai rumah... kemas2 baju... makan nasi+sambal sotong++++ sambil teman ma bukak puase.. lepas tu kemas2 lagi.. mandi (buncit sudaaa mandi lepas makan)...

lepas tu... :'(


saat paling memilukan.. pukul 8:30 malam..
aku perlu pulang semula ke opis...
ayahku terkebil2 matanya tengok anaknye dah bersiap2 nak keluar balik...
tapi ayah seperti faham mase aku cakap kat telinga ayah yang aku kene gi keje balik.. ayah angguk2.. "lu jalan baik2 ar.. bawak keleta slow2... jangan lupa bukak lampu aa"..
waaaaaaaaaaa syahdunyeee :'O

ma pulak asyik peluk2 aku je, cam cakap "siannye anak ma ni, keje susah2 cari duit"
waaaaaaa :'O
"yana x payah laa pegi"
"x bole maaa, kunci ezzan dalam henbeg kite ni, nanti ezan x bole balik pulak esok"
"alaaaa yana cakap je yana sakit perut xbole datang"..
huk huk...
bayangkan camne aku nak keluar dengan perasaan sedih itu...
sedeynyeeeee hati iniiii~~~ :'(

tapi masa aku dah berjalan sambil byebye.. sempat ma gelakkan aku dari jauh sebab perasan aku hanya berseluar sukan saje ke opis..
wuwuwu

rindunye aku kat rumah sekarang :'(
kalau ezan xletak kunci keta die dalam henbeg aku, musti aku x balik2 opis dah ;p hik

ezan.. kamu sungguh pandai main psikologi ye =n
thanx anyway =P

koranggg team ESS, chaiyuk2 yeerr p('o')q

Friday, May 15, 2009

saya sangat sayang mak dan ayah saya

perbualan ini berlaku apabila pulang ke terengganu semalam, di mana saya memang mengantuk tahap gam uhu, dan terpakse merelakan ayah saya membawa kereta itu.. nway kitorang dah lame xbenarkan ayah bawak kereta semenjak keluar hospital hari tu..

ma : 120 dah tu, turun siketttt, jangan tekan minyak lagi
ayah : aiyaaa! sudah 120 ke? manyak slow saya rasa

**********

ma : 130???? sini 110 sajaaa!! turun sikettttttt
ayah : aiyaa sudah 13o kaa? manyak slow saya rasa

**********

ayah : awak tengokk, itu keleta kecik(kereta iswara) sudah potong sayaaa(kereta kelisa)
ma : kereta siapa yang kecik sekarang?? siapaaa siapaaaa??

**********

ayah : sayaa rasa mau masuk ofis balik laaa jadi driver balikk
ma : amboiiii~~~ baru kasi can siket pegang stereng, sudah angan2 mau masuk keje balikk.. xboleh xbolehhhhh

**********

ma : sudahh 140???????? (kereta bergegar sebab mak terlalu marah)
ayah : yalaaa, yalaaa saya kasi sloww, tengok2 saya tak tekan minyak lagi.. tengok sudah turun...
ma : (merajuk)

x lame kemudian...

ayah : ha ha ha ha haaaa lori gas pun sudah potong sayaa :'D awak suda puas ati kaaa :'D
ma : (diam..)

ayah : ha ha ha haaaaaa van JKR pun sudah potong sayaa :'D awakk suda puas ati kaaa :'D
ma : (diam..)

kelaka giler :'p

**********
ma : hujan lebat ni, diana mau bawak.. kasik laaa die bawakk.. kerusi ada gam keee, melekat sangat sampai x mau bangunnn dari kerusiii tuuuu.. sudaah sudaah, kasi diana bawak pulak

ayah : diana bawak manyak slow laa... tengok, saya bole bawak laaa.. tengok tengok, saya nampakk niii

**********

ma : slow sikettt, kereta kat depan tu~
ayah : haiyaa.. mulut awak macam polis trafik laaa..

wakakakaka :'D

siriyes comel ;p hik hik sian ayah aku dah lame xpegang stereng, dah jadik cam gian nak bawak kereta... hee lain kali xmo dah bagi ayah bawak, asalnya nak bg sekejap jekk, tapii last2 ayahnye terus melekat kat kerusi tuuu xmo kasi aku bawak dahh ;n

Sunday, May 10, 2009

aaaaa dah pukul 3:18 pagi?

saya dapat tag award dari ofismetku~ zida~

Peraturan nak jawab tag ni ialah:


1. Copy badge "2009 Cute's 3logger Award" untuk diletakkan di blog anda.
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
zida yang kasi award ni.. die ofismet saya... die comel.. saya suke cucuk pipi die.. zida ade saga.. zida hosmet nye si ayu apple.. sekian terima kaseh ;p


3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag)

okaaayyyy

- suke ribon

-
suke bunga


- selalu bersyukur sebab dari dulu sampai sekarang asyik dapat kawan yang baik2 jek.. aku seorang yang mudah terpengaruh hehe kalau kawan buat tu, aku suke ikut ape die buat ;P kalau buat yang x baik, takut aku ikut gak hoho.. kat CBN dapat kawan yang baik2 gak, shai, iza dan shee.. dorang x de pun pengaruh aku yg tak baik tak baik..

masuk mrsm, kawan yg baik2 gak, selalu ajak aku solat berjemaah kat surau kuikui, tapi solat subuh kat surau masih x dapat diselamatkan ;p

masuk matrik, laaa dapat rumet yg baik2 gakk, diorang selalu kejut aku solat kalau aku tidur, bile aku kekenyangan cam ular sawa selepas berbuka tahap xleh berjalan, dorang tetap ajak aku g terawih sampai aku "yelaaa yelaaa"...


masuk upm, jangan cakaplaa.. awal2 semester aku paling jahat kot, pakai baju macam x cukup kain.. ;P 1 gang dengan hana yang tudung labuh bulat.. kawan ngan ateh yang selalu sembahyang lama.. kawan ngan ja, ciare, lina yang pakai tudung pin depan atau selempang secare menutupi dada ;p biku pun baik gak ;p
lepas tu lame2 tetibe aku pun kadang2 ikut pakai tudung pin kat depan lak ;p baju pun makin cukup kain dah ;p lame2 tetibe pakai baju kurung lak ;p kadang-kadang je la tapi ;P hehe, pastu dapat boipren pun yang alahai~^^ ;p


zaman bekerja masuk opis oas ni.. laa mereka baik2 gak ;p dak pompuan baik, dak laki baik, bos2 pun baik2 belaka~ ;p

so, bile aku nak jadik jahat ni? paaaang~~ pukul diri sendiri hahaha memain jek laa ;n

sangat bersyukur laaa environment saya selama umur 25 tahun^^ busuk2 hati punya olang pun tarak.. Alhamdulillah, sayang kamu semua, mmuahhhx =)

p/s -->
anyway saya masih terlalu banyak kekurangan, dan masih dalam proses berubah menjadi seseorang yang lebin baik, doakan saya :)


-
selalu makan x abes.. lepas tu risau apakah hukuman yang akan saya terima apabila saya mati nanti sebab selalu membazir makanan? :( saya cuba berubah saya cubaa~~


-
ayah saya sampai sekarang x reti sebut garpu ;p die sebut 'gerpo' (kalau dgr bunyi macam kerpok) he he he comel2 ;P


- arghh minggu lepas masa mak saya dan ayah saya pergi ke klinik telinga di jalan silang, ade orang buat ayah saya marah arghhhh, mase mak cite tu, saya pun jadi marah pada org tersebut.. beng**ng tul

-
saya x suke pakai minyak angin dan bau minyak angin.. kalau sakit perut atau perut masuk angin selalu buat dekk je, xsuke sapu2 minyak angin.. tetapi selepas terbeli losyen mustajab pati halia color hijau dari lina, aku dah rajin pakai bile sakit perut atau masuk angin.. sebab losyen kan senang ;p makasih lina~


p/s -->
sape2 nak beli losyen tu contact la lina ye hehehe


-
dr. taufik suruh aku sambung pHD untuk jadik lecturer sebab dah alang2 aku terjebak dalam bidang research ni kan.. tapi bile fikir2 aku xmaulaa jadi lecturer, sebab aku seorang yang suke bercakap bile ade mood sahaja ;p kalau xde mud, aku xsuke bercakap ;p jadi lecturer kena selalu bercakap, di dewan kuliah lagi, student datang bilek lagi.. semua pun bercakap yang kene 'berfikir'.. so xmau laa jadi lecturer.. nak jadik cikgu tuition jek hihihi


- tadi aku tergelak sorang2 sebab teringat hari jumaat hari tu.. linda membuat keje sambil menyanyi dengan sepenuh hati.. mase tu die nyanyi lagu siti nurhaliza 'Ya Maulai'.. time tu opis senyap je kecuali dengar suare linda yang menyanyi dengan penuh perasaan tu laaa.. sekali part chorus, suare linda tenggelam sebab xsampai kot, tetibe ezan pulak yang menyahut chorus tu menyanyi dengan penuh perasaan jugak :D kelaaakaaaa gilerrrrrrrrr wa cakap time tuuuu~~~

-
mase tengok konsert af tadi jugak aku tergelak sorang2 sebab teringat kesah awa tarik kedua2 belah telinga luqman dengan kuat sekali sebab bengang giler luqman kenekan die, wahahahaha lawak lawak sebijik cam aksi misae mak nye si sincan pusing2kan kepala sincan ha ha ha haaaaa


eh alamak, dah 10 dah? huhu~~

4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog.
ermm rasenye ramai dah dapat award ni dan cerita pasal fakta diri sendiri kan, so dengan ini saya menjadi penutup tag ini ;p ampun wokk

makasih ek zida, kasi kite award ;)

akhir kata..
Selamat Hari Ibu ma =)


insan yang saya paling sayang di dunia ini adalah mak saya.. terima kasih sebab menjadi ma yang paling penyayang =) dan pe'risau' ;p he hee heee

Wednesday, February 4, 2009

rutin baru hidupku

rumah ku yg baru adalah di hospital sunway ;) pagi tadi datang keje pun dari sunway - putrajaya :)
xmau balik umah sebab xde sape kat umah

erm tibe2 aku dah tau ape itu federal highway ape itu LDP huhuhu selame ni xpenah tau jalan selain umah ke --> upm/putrajaya kui kui
thanx to kuku yang on phone sepanjang perjalanan (sambil bermain zuma =n) sebab nak tunjuk jalan :D sape suh jadik johorian (xmau sebut jb'rian) kannnn dah xleh teman ;p

mase cuti hari tu mak ngan aku shift siang jaga ayah, abg lak shift malam jaga ayah.. tapi bile dah hari keje ni, ikut suke2 shift kecuali mak yang xnak balik umah dah, nak setia duk dekat ngan ayah huhuhu tapi rasenye minggu ni aku xbalik umah kot, balik keje terus g spital teman mak :)

abang~ kalau balik umah basuhkan baju2 ek ;p hihi


oh tidak dilupakan, kak rachel yang balik dari indonesia semata2 nak jaga ayah gak hari2 di waktu siang, jadik peneman ma gak :)

oooohhh nak tengok gamba x?

tempat konon2 membuat tesis.. eh tapi siap laa dalam 2 perenggan hehehe taip satu ayat, pegi ke katil ayah tengok ayah, taip satu ayat pegi ke katil ayah kasi minum air, taip satu ayat pegi ke katil ayah untuk urut kaki nyee dan kepalanyaaa hee~~~

tempat rehat ma dan abang bile berjaga.. sofa ni magic sangat, dalam sofa ni ade katil :o percayalah :o

tengok tv yukk :) baru2 ni je bukak tv, sebelum2 ni masa ayah sakit yg teruk xbukak pun tv ni hee

percume gambar poyo haha.. tempat betol2kan tudung ;p

ibuku, isteri yang setia menunggu di tepi suaminya :) hihi

Sunday, January 11, 2009

hujung minggu ku bersama keluarga

tauu takkk kereta ku dah dapat balik, yeayyyy sangat seronok dapat adik kelisa balik yang sudah sembuh dari kecederaan \(^^)/
erm wikend ni sangat tenang, sebab xperlu bekerja cam minggu2 lepas.. waaaaah rase cam dah lame x spend time ngan ma dan ayah.. hehe keluarga saya dua tiga kerat jek, tapi sy sangat sayang mereka^^

sabtu hari tu, nak servis kereta kat perodua selayang, lepas tu ayah n ma nak pegi tesco selayang.. so alang2 kitorang 3 pergi servis kereta bersame2 ;p

kelisa ku yang dah sembuh =)

ibuku yang rajin membace.. hoh dahi ku yg selalu kerut2 tu ikut genetik mak saya la ni =P hehhheheh

ayahku yang sedang tekun melihat, takut bebeno pekerja2 tu mencurik dan menukar barang2 kereta itu hihi tapi ctu ok, mmg xde lagi berlaku macam itu :)

selepas servis keta tu kann, patut pegi tesco selayang, tp sebab saye salah masuk simpang heheheheh xjadi pegi sbb klu nak pusing mmg jauh giler sebab tgh jem giler... jadiknyeee kitorang melepak die restoran JOM BALI kat carefour wangsa maju jek hohoho

eh hari ni kann 11 Januari besday mak saya, hepi besday to youu~~
ermm disebabkan dah ade gaji pertama ni, saye hadiahkan sehelai baju dari butik nur idaman ngan sebijik kek, taraaa~~


lepas tu ayah pulak belanja makan dekat memori corner

hehehe sebenanye aku malas dah nak update littlefoodfarm tu, biarlaa die kat sane sorang2 eh, aku xpandai laa update blog2 makanan ni.. tepek jek sume kat sini sudaaaa kann kann ;p hehheheeheh

kat bawah ni adelah dekorasi2 die yang ala2 kampung gitu :)
hehee last sekali toilet die toilet papan, nak g toilet pun kene turun tangga papan heheheh (itupun nak cite kan, panggg ;p)

hepi besday ma :)

Sunday, November 9, 2008

hari ini hari ahad

pukul 8:45 am..

tok tok tok~ bunyi pintu bilik di ketuk

"dianaaaaaa bangunnn jom pegi makan roti canai"

bukak kelopak mate sebelah..

"okaaaaaaaaaayy"

berus gigi cuci muka pakai baju tudung sumee, ayuh makan roti canai yukkkk ;)
erm makan roti canai kat kedai roti canai kat gombak setia tuh kat simpang masuk selepas ong tai kim tu hehe xreti nak eksplen katne, sape duk sini tau kot ;p hew
makan makan minum minum bace bace suratkabar borak borak sengih sengih siket pastu balik la hehe

eh taaakk g pasar gombak jap

ayah nye beli ikan ayam, yg anaknyee g tinjau2 tudung n beli 2 helai hehehe sempat tu ;p bile laaa nak blaja care2 beli ikan ayam di pasar ni haihhh ~(',')~

pastuh balikkk~~~~
tgk melodi..
pastuh skang kat dpn si laptop konon2 nak wat keje sbb nex week kene present dpn supervisor committee, tp jap jap menulis blog jap hehe
sekian terima kaseh ;p

p/s--> inilah kesah biase2 dr seorang rakyat biase (^_^)v