Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Monday, September 6, 2010

spageti goreng dan nasi ayam



Salam, selamat berpuasa.

tak de mood ni.. tapi takde mood pun, nak letak jugak gamba makanan.. penat2 snap kan.


semalam saya buat spageti goreng.

alamak ter'oily sedikit.
sayur pun malas nak keluar rumah beli. so kosong je la.
tapi sedap. aroma bawang putih dan udang menusuk di hidung.
bole x nak sombong kata makanan sendiri sedap? ish pukul kan dd ni.





ma pulak buat nasik ayam, ayam kicap digoreng sampai rangup. gelap jadinya, nampak x.
sedapnye nasik ayam.


abang dan kak shira balik rumah semalam.


ok lah. bye
huh


Tuesday, August 31, 2010

deep fried sotong



Salam hari merdeka untuk sume (^_^)

tapi semalam tak sempat aku nak layan bunge api dari tingkap umah, dah tertido pukul 10 malam, hik2.

hari ni nak cakap pasal deep fried sotong. kalau pergi kedai kan, jarang dapat jumpe sotong goreng yang menepati tekak ku.

tapi sotong goreng yang dekat de'Templer (chinese muslim restaurant), Melati Utama ni sedap. semalam berbuka kat situ.


sedap, crunchy2 gitu. sos die pun sedap sangattttttt.


nak tanya nak tanya~
siapa ada resipi atau link ke resipi sotong goreng tepung yang bess??
hehe kongsi laa dengan saya ;p
bukan taknak gugel, tapi x tau yang mana betul2 sedap. nak recommended punye hehe.

ciare~~ ciare~ ko musti ada kannn..
hehe tetibe ciare ;p




Monday, August 30, 2010

oh happy happy day



semalam hari minggu duduk rumah.. so cakap kat mak "ma tak yah laa masak hari ni.. ma jahit je eh.. biar kite masak.. ma duduk je okeh, jgn masuk dapur"

hik2

so semalam berbuka puasa dengan masakan-tanpa-rasa-dahulu-huhu.

chicken spageti.
thanx wewe bagi resipi n bawak dd beli bahan2 kat psaraya Bintang, warta. *Bangi ni memang xde pasaraya bes2 siket ke ek

tak letak mushroom, ganti dengan fishball hik2.

ayah dan ma makan bertambah. suke suke

oh happy happy day~




buat backup nasi goreng sosej cili padi.
takut ma dan ayah tak reti makan spageti.

sekali diorang makan sepinggan jek nasi goreng ni. sebab duk bertambah2 makan spageti td.
wahh western rupenyee mak ayah aku ni~~
penat je riso mak ayah xreti makan spageti ;p


oh happy happy day~




jemput-jemput udang.
dalam dia ada udang yang dah potong2 kecik.

oh jangan tanya kenapa jemput2 udang aku rupe macam nugget??
aku pun xtau.

tapi tak sangka ayah yang xboleh makan udang sebab gatal, jadi suke dengan 'nugget udang' ni.
garing di luar, empuk di dalam hehe.
last2 licin, jadi tak cukup sebab ayah tersuke pulak ;p



oh happy happy day~~

(^_^)


-tiada penutup-



Sunday, August 29, 2010

Berbuka puasa di Jom Bali



ayah nak sangat berbuka puasa di Jom Bali, Carefour Wangsa Maju. lalu, saya pun menurut lah perintah. oh percuma lina semasa berbuka ni ya.



yang ni lah yang ayah nak sangat makan. feveret beliau.Fried Kungfu.


dan juga aiskem. feveret ayah gak.
alamak, sori arrr xsempat amik gamba, dah ngappp separuh.
nway, saya tak abes makan aiskem ni sebab dah kenyang, bagi ayah untuk habeskan.
hehe ayah makan 2 mangkuk aiskem, ish ish ;p



saya dan lina punya nasi goreng belacan. tapi dah tak umpphhh macam mula2 dulu la. mungkin sebab dia goreng banyak2 sekali kot untuk buka puasa?



nasi goreng tadi includes ayam goreng huhu.



sirap longan.




gambar2 lain ada, tapi tetibe dah takde dalam henpon ku. nyampah tauu... oh henpon sony ku~~ kenapa folder pictures ku selalu kejap ada kejap xde? kakak tak nak sayang kau dah la macam ni. takkan merajuk kot kakak berminat ngan LG Lolipop? huhu


rindu kat henset L'amour ku :'( susahnye kalau dah terlalu sayang walaupun benda itu bukan orang. L'amour :'(
L'amour :'(


konfem bertambah merajuk lagi henset sony ku lepas ni sebab aku duk sebut2 ex aku. huh




Tuesday, August 24, 2010

cukup


nasi + ikan sardin goreng feveret + telur dadar bercili + kicap

+

sambal ikan bilis goreng

+

sup sayur


cukup!! aku tidak perlukan yang lain lagi. cukup hanya ini~~~~~~~

even kalau hanya makan nasi dengan sambal ikan bilis pun sudah cukup buat ku selera.

urghh nikmat sungguh menu berbuka puasa semalam.



Monday, August 23, 2010

lala



jom makan lala sewaktu berbuka~ hehe



tumis halia untuk kasi hilang apa2 rasa yang tak bes, tumis bawang, masukkan cili kering yang dah blend. bila cili dah betul2 masak merah2 menyala yang sangat cantek masukkan cili padi nak kasi pedas giler. masukkan asam jawa, garam, gula, belacan. dan last sekali masukkan lala. tuang air masak siket. tutup lala sampai sampai masak menggelegak2 dan keluar aroma2 yang meruntun jiwa. siappp


lepas tu makan la isi lala tu, dan hisap2 sambal kat kulit/cengkerang lala itu. urghhh puasssss



hehe motipppp???

note : makan lala masa berbuka semalam, hee

Sunday, August 22, 2010

berbuka puasa di cheng ho


hari sabtu hari tu abang n kak shira belanja berbuka puasa di Cheng Ho. motip abang aku ni asyik Cheng Ho memanjang? hoh memang peminat setia Amy Search betul ;P

masa bulan puasa ni, Cheng Ho ada buat bufet.
untuk dewasa : RM 42.90
untuk kanak2 : RM 20 ++ . lupe ;p

kene buat reservation awal2. lepas tu kene berada di Cheng Ho by pukul 7.

ok gambar2 kat bawah kemah ni, abang yang amikkan sebab aku segan, ekekeke.

makanan sume letak kat luar. penduduk, eh tetamu eh pelanggan duduk kat bahagian dalam.



stall nasi dan lauk.






stall ABC.



stall telur, ulam, kerabu, crab meat soup.



stall BBQ.


stall pencuci mulut.



stall kue teow goreng, roti jala.


stall minuman. tp gambar x penuh, abang la ni.



makanan yang sempat di ambil gambar....

bakar2.


udang masak apantah


2 ni je la yg sempat ambik gambar ;p yang lain xsempat hihi


apa yang ku makan........


kue teow goreng. sedap gilossss


nasik siket sahaja dengan lauk. lepas tu dok ratah2 udang bakar. udang bakar sangat sedap.


kek.


ABC


dan last sekali... adalah yang aku duk ulang2 refill dan hirup dengan kenikmatan.

ini bukan sharkfin. tapi crab meat soup. aaaaaa feveret feveret feveret!!!



gambar penulis bersama keluarga.. ;p

dd dudu dan ma.


maaflah pada peminat2 ayahku, tak berjaya amik gamba depan ayah ;P


lepas asyik hirup crab meat soup jek, terus pancit dah.
huhuhu xlarat laa makan bufet~~ kadang2 rasa rugi jek amik bufet, perut ada limit ;P



note : saya ingatkan bufet RM 42 tu akan ada banyak giler food, tp cam tak banyak je. huhu sori Cheng Ho


Saturday, August 21, 2010

sahur ku pagi tadi


nasi goreng adalah umpan untuk ku bersahur dengan laju. hehe kalau nasi putih, susah siket nak telan ;P kesimpulannye selalu makan nasi goreng kalau nak bersahur. huhu

nasi goreng, telur mata kerbau, teh o panas dan buah tembikai.



note : nasi goreng kosong pun x apa, asalkan nasi goreng ;P



Friday, August 20, 2010

berbuka puasa 9 Ramadhan 1431



semalam abang dan kak shira balik rumah. diorang kan duduk jb kan, so balik rumah sempena bulan puasa ni lah.

so semalam macam biasa, makan di rumah saja, makan masakan ibu.

tapi yang ni bukan masakan ibu ;p abang/ayah beli di bazar.




ma masakkan tom yam-feveret-abang-selamanya. *feveret saya jugak, tapi pedas gila sebab abang suke pedas gile
ada sayur2 + ayam + sotong + udang _ fishball




haa yang ini ikan-steam-resipi-ayah-tapi-ma-masak-feveret-saya-selamanya.
memang sedap sangat. dulu ayah saya rajin masak masakan chinese, tapi skg dah tak masak dah, so resipi tu turun kat mak la.




ikan goreng. pun sedap.
oh kitorang memang keluarga ikan ;p ayam kurang siket dalam keluarga ni. hehe
dulu duduk perkampungan nelayan laa katakannn~~~ ;P




ok gambar nasi, air kelapa, air tebu, dan agar-agar bermacam versi lupa nak snap.

ahuk ahuk




note : belum pernah pegi bazar Ramadhan lagi tahun ni. huk2

note 2 : cian ma, saya boleh tulun dia masak weekend saja. weekdays xsempat. huhu



Monday, August 16, 2010

sup tulang, ikan sembilang sambal cili api



petang-petang di bulan puasa, kalau terbau sup tulang masakan ibu, memang sungguh meruntun jiwa.

lepas tu, campur pula dengan bau ikan sembilang goreng + sambal cili api.

inilah yang berlaku semalam. tak tahan wehhh~~~~~~~


akhirnyaaa bila azan berkumandang..... tak pandang kuih2, murtabak dan lauk lain dah.

akhirnya aku dapat kau!! arghhhh nikmat gile menu berbuka puasa semalam. sup tulang secukup rasa yang dikayakan dengan kentang.

sambil taip sambil meleleh air liur :]""



akhirnya aku dapat kau juga!!
ikan sembilang yang digoreng sampaiiiii garing segaring2nyaaaa, rangup serangup2nyaaa sehingga tulangnya bole di gigit, uhh~~~~

nasi yang wangi digaul dengan sambal cili api. *pengsan

ibuku tak suka gaul sambal dengan ikan, nanti dah tak rangup ;p


aaaaa ma~ ada lagi tak ek lauk ni kat umah untuk buka petang ni? huhu






Sunday, July 25, 2010

dah lama x masak



Assalammualaikum :)

hihi masa duduk rumah sewa kat equine dulu bersama aufa, kak fae dan anum, selalu la jugak main masak2.

tapi bile dah balik duduk rumah family ni, waahh memang dah x masak dah. balik2 keje, lauk2 dah ada dah ma masak, wikend lak selalu aku lesap ;p cane tu, hik2

karang kalau dibiarkan lama2, aku lupe pulak camane nak masak karang wuwu.

xbole jadik ni, kene buat sesuatu gak ;P

so pagi tadi bangun awal goreng bihun tuk sarapan.

dalam peti, sayur xde, so mewahkan dengan seafood je la, dan fishball hihi.


huduhnya rupe ;P terlebih kicap, jadi bihun gelap pulak, uhuk uhuk


ermm cedap ;p

ade x org masuk bakul angkat sendiri, ekekeke


note : tapi tak 100% dibuat oleh aku ar, mak aku xdapat nak duduk diam, nak borak jugak dengan aku kat dapur. so sambil tu tangan ma bergerak2 menolong. haishhhh, xpe2 nex time masak bila mak aku tak berkelip2 matanya tengah layan drama filipina kat tv.
ok?



taa~








Tuesday, April 27, 2010

breakfast hari khamis paling di tunggu


aku selalu tak sabar menunggu ketibaan pagi khamis, sebab dapat makan mee rebus yang sangat sedap dekat fakulti kejuruteraan, ukm.. dekat jek dengan PTM.. salwa lah ni yang perkenalkan..


kenapa hari khamis? tak tau.. lain hari lain menu dia.. hari jumaat = mee bandung, hari khamis = mee rebus.. hari isnin = mee jawa.. hari selasa dan rabu aku lupa lah



inilah dia mee rebus yang mampu membuatkan aku membuat muka ketat kalau tak dapat pergi fakulti kejut hari khamis hik tipu, xdelah ketat sangat


dahulu kala, aku selalu pelik tengok orang makan mee berkuah untuk sarapan pagi2 ;p sangat tak boleh di terima oleh akalku, tekakku dan perutku ;p

tapi kini berbeza, aku dah jadi golongan itu, wahhh~~

dan dahulu kala juga, aku tak pernah pun suka makan mee rebus. tak sedap pun, pekat semacam jek.. tapi keadaan berbeza bila aku mengenali mee rebus kejut wahh suke2 ati jek bagi nama mee rebus kejut.. kuah nya rasa lengkap segala rasa bila masuk ke dalam segenap mulut ku.. wahhh~~

:]"


Monday, February 8, 2010

harus singgah bila pulang ke kampung


setiap kali pulang ke kampung kecuali hari raya, saya n family mesti singgah satu kedai ni. nama dia kedai "maksu dan paksu'... kedai makan ni ada semua jenis goreng2 makanan laut, lepas tu ada sata, dan macam2 lahh...

kedai "maksu dan paksu" ni atas siket dari Kampung Tanjung Lumpur Kuantan, tapi dekat2 nak masuk simpang Kampung Peramu.. wahhh bole jadik duta kampung di Kuantan tak saya? ;p hew hew


tapi dalam gambar ni, saya snap gambar makanan feveret saya je laa ehh ;p hehe... paling suka ikan kembung panas2 dengan udang goreng panas2 cecah sos... pehhh~~ tak perlu nasik nasik dahh~ ihiiiiii







entry ni taip laju2 masa lunch time di opis ;p dadada (^^.)/


note: get well soon ciare .. 10x dah kot aku wish ko yang sama, tak kire, get well soon ciare, rehat baik2

Sunday, November 22, 2009

makan dekat Studio Cafe


hari nii hariii sabtuuuu **itu pun nak bagitau ke ;n


siang tadii lunch sama ma ayah kuuu dekat Studio Cafe, cafe kepunyaan zahid AF.. hehe saje2 nak tryy..
cafe ni terletak kat bangunan seberang Carefour Wangsa Maju.. ermmm cafe ni die sederet dengan restoran Cheng Ho, milik Amy Search.. tapi bezanyaa masa aku makan kat Cheng Ho dulu, amy search ade, ma siap tangkap gambar lagi dengan amy search pastu mms kat semua adik badiknyee, kui kui kui ibuku~.. kat Studio Cafe tadi pulak, zahid xde, xberpeluang laa ma nak mms kat adik badiknyee hihihi..

"yanaa, kalau jap lagi zahid datang, tangkap kan gambar ma dengan zahid ek"
"yelaaa"

hok hok..

menu


inilaa deko deko deko dalam studio cafe~ tapi kitorang duk luar ajek, hehe saje nak menikmati angin original... erm kool laahh deko deko nyee~~ cube korang klik gambar atas ni untuk nampak besar siket... yang frame2 besar tu kan, die letak gambar artis yang pernah buat performance kat Studio Cafe ni... cam yuna, zahid sendiri, nita**ehem ehem mustilaa kann, band Hujan, Jatt dan siapa ek lagi sorang, xperasan... lepas tu frame2 kecik kat belakang tu gambar2 zahid, gambar dengan peminat bla bla...

lepas tu, nampak x frame baju tu? zahid letak gak barang2 pemberian artis ke studio cafe ni.. cam dalam gambar atas tu, ade baju stacy yang lip lap lip lap.. ade shawl pemberian yuna.. lepas tu adalah yang xde dalam gambar ni, macam seluar jeans nita**kelakanyee frame kan seluar jeans :p, ade topi fara fauzana dan lain-lain laah..


aku selalu rasa ayah ku comel.. comelnyee ayah~


air bandung cincau ku & air kedondong ma

mee bandung yang dah diusik hehe, kuahnye sangat pekat

hee heee buang tebiat ke aku ni,balik dari bandung asyik nak order mee bandung dan air bandung jee, padahal katt bandung x wujud pun mee bandung ni dan air bandung, kui kui

erm ayah order char kue teow.. ma lak order nasi goreng za8...
aku nak cakap nasi goreng za8 mavelessssss, sedappp gilerr... nasi goreng yang ada 2 ketul ayam goreng yang rangup garing2 dan ada papadom.. ma pun duk puji2 sedap sedap sedap... hoh nex time kalau datang cni aku nak order nasi goreng za8 :D

tapi x sempat laa nak amik gambar nasi goreng za8, dah kene ngapppp ;P em try gugel tadi, hoho rupe2nyee memang ramai yang memuji nasi goreng za8 ;) bace2 komen,akhirnyee lupe nak cari image nasi goreng za8, haha so korang gi laa sendiri nanti ek dan order nasi goreng za8 ;P

ooh harga nasi goreng za8, aku x ingat rm 8.90 ke rm 10.90, hik hik...
air bandung ku rm4.50... yang lain2 x ingatt laaa.. sowiiiiiiii :D