Showing posts with label research. Show all posts
Showing posts with label research. Show all posts

Thursday, October 7, 2010

err xde pape pun entry ni :B



xde benda pun nak cerita hari ni sebenarnye.. nak borak2 random je.. heee cerita campur2



Dialog 1

tanpa diduga aku telah dilantik masuk dalam AJK Biro Komersil PTM.. presiden biro tu bida untuk dapatkan aku dengan harga rm200.. pangg~~!! hehe tipu jek.

hari tu meeting, banyak laa perancangan aktiviti biro ni kan.. tapi yang paling menarik minat aku adalah idea wewe, nak buat jualan Hari Istimewa. contoh : Friendship Day. masa hari istimewa ni kita akan buat jualan yang ambil2 request si polan ni nak kasi bunga/candy/gift kat si polan tu. kire kitorang yang akan uruskan laa.. alaa macam zaman sekolah dulu.. tapi bezanyaaa, kalau dulu kite yang beri gift atau dapat gift misteri tu kan, tapi kali ni aku bersama ajk biro yang akan jadi orang tengah tu heeheee

so tadi borak2 laa dengan si R dan si C

si D : "si R, bessss nanti biro kitorang akan buat request2 macam zaman sekolah dulu... nanti masa nak jadi posmen hantar bunga/gift, aku nak bawak bakul comel2 bunga2 riben2 ar, kuikui jadi gadis bakul" *lepas tu si D gelak gile, siriyes lawak, poyo gile si D tu..

si R dan si C : *gelak2 ngutuk si D

si D : "beslaaaaa.. sebab apa tau?? nanti biro kitorang boleh tau sume rahsia.. siapa yang bagi gift kat siapa.. siapa yang minat siapa.. hahahaa"

si C : " ko tengoklaa R, si D ni die ingat ni macam zaman2 sekolah dulu... oii tu zaman sekolah dulu ada laaa minat2 macam tu.. sekarang kat sini mana ada... dah tua2 laa semua.. nanti mesti kak N bagi ke suami dia.. En. S bagi ke wife die.."

si R : "haa ahh betulll"

si D : *gelak nak keluar air mata. motip korang perlu bagi contoh suami bagi isteri kat ptm ni? :'D tua sangat tauuu korang ni.. nyampahhh


kui kui... tapi entah2 kene reject idea ni dengan presiden kelab masa miting besar esok. hihi



Dialog 2

*si D tengah berjalan dari partition menuju ke partition kak H.. tetibe kak H bersuara tanpa di duga..

kak H : "dd leklok berjalan tu.. tinggal lagi sebulan je lagi ni haa nak kawen. hati-hati siket"'
si D : ('__') *terkejut saya


Dialog 3

si C : "si D, nanti blog chapter 2 ko mesti boring kan.. macam makcik2...eei busannye"
si D : "kuang ajoooo koo"



ok habess.... hehe sume pun dialog xde motif.. ;P




oh semalam korek2 gambar kat laptop, terjumpa gambar masa zaman buat research dulu..
tetibe rindu pulak kat diorang, hehe. rindu zaman tu.. zaman pegi conference, boleh jalan2 dengan kawan2. *tapi x rindu research

@ The Mines Beach Resort & Spa



The
3rd Malaysian Software Engineering Conference



rindu korang!!!! :D





Monday, March 22, 2010

Perpustakaan Negara, dan dah lama tak dating.


I am miss strong~
but maybe I am wrong~

hik hik motif asyik terngiang-ngiang lagu Hunny Madu ni?
;P


ok mulakan cerita... erm semenjak beberapa menjak ni, setiap wikend mesti aku duduk di perpustakaan negara. study dan menyiapkan apa yang perlu disiapkan. hik hik. library ni dah macam jadik rumah kedua aku pulak waktu weekend. dia bukak pukul 10 pagi sampai 7 malam kalau hari sabtu. Ahad lak sampai pukul 6 petang.

ermmm disebabkan aku sombong tak nak bergaul dengan orang, aku tak suka duduk kat meja banyak2 kat luar tu, aku suka ambil bilik karel. hehe xdelahh ;p bukan sebab taknak bergaul, tapi rata-rata yang datang tu budak-budak sekolah yang baru nak up. mesti ade assignment macam aku sekolah2 dulu kene cari buku pasal Mat Kilau, Dato' Bahaman ke Rentap ke, kan kan kan? haha jadinyaa, aku pun bosan laahh kalau orang library tu asyik dok ingat aku budak sekolah jek ;p padahal aku dah besar okayyyyy~~~ kalau duduk dalam bilik sorang2, nampak siket kedewasaan, ewaahh ;p lagi satu, kat dalam tu ade byk extension untuk pasang laptop ke, lampu meja ke, ape2 je lah lagi, ermm pastu, nak tinggal barang kejap nak gi toilet pun, tak delah gusar sangat kan =)

bayaran untuk bilik karel 4 jam = RM 2. tapi disebabkan aku suka duduk sepanjang hari, kenelah bayar RM 4. aku selalu nak booking bilik paling hujung (boleh nampak pemandangan luar, kalau hujan aaahhh indahnyaa~~), tapi selalu tak dapat. mesti ada org lain yang datang lebih awal dari aku, uh benci beliau.. last2 dapat bilik second hujung je. dah macam bilik aku pulak balik2 muka aku yang duduk bilek tu hehe. takpe, akan ku usahakan untuk datang lebih awal lain kali supaya dapat membolot bilik hujung yang ada pemandangan tu :D


ok, so far, aku sangat berpuas hati dengan perkhidmatan national library ni. memang sangat puas hati, terutamanya dari segi layanan staf die. terbaik~

beberapa fakta tentang national library kalau ade sesiapa yang berminat nak lepak2 kat sini, atau study, atau buat kerja.

1) ada wireless free. laju pulak tu

2) bukak setiap hari kecuali hari isnin. cafe pun bukak sabtu ahad. so, tak payah risau pasal makan.

3) memang banyak budak2 yang datang library. budak2 kecil pun ramai yang datang tanpa jagaan mak ayah. rumah diorang dekat2 situ kot. diorang datang kebanyakannya sebab nak main game atau tengok video hehe. ada banyak komputer dalam library tu. tapi tak ada kerusi kalau kat floor bawah. budak-budak suke main game kat situ sambil berdiri. haiiihh kids~~ ;P

4) suke tengok staf layan budak-budak. baik je. pernah aku duduk dekat floor Hipermedia, kakak staf tu melayan je budak india sorang tu yang asyik nak tengok cerita pontianak je. kalau aku, tah tah dah hilang sabar dah jadi pontianak terus ;p haha

5) floor 4 = Hipermedia, tempat yang boleh main game atau tengok movie.

6) pernah sekali laptop aku tak dapat wireless, aku duduk dekat floor multi media tu. nak guna PC. sekali PC PC yang ada kat situ tak boleh save atau allow kan thumb drive. last2 kakak kat kaunter tu, suruh aku guna PC dekat kaunter. oh sungguh baik. kalau orang buat baik dengan aku, memang sampai bile2 pun aku akan ingat hehe. dah macam receptionist lak aku kalau duduk di kaunter ;p

7) penjaga parking yang sangat membantu. memang diorang akan bantu gile2 bab-bab parking ni. faham-fahamlah, ramai yang datang library kan. parking pun limited. tapi diorang akan guide kite. betul , aku sungguh selesa dengan layanan itu.

ok, tu je buat masa ni. tahniah laa perpustakaan negara, sebab dah dapat pujian dari aku hihi.


ermm, kepada kawan-kawan, maaf sangat sampai bulan 6 ni memang saya tersangat busy. memang tak dapat laa nak keluar jalan2 kalau kawan-kawan ajak di waktu weekend. melainkan jalan2 yang tiket flight dah beli ;p hahahah sempat tu. lepas tu kan, dah lama saya tak dating ngan kuku, sob sob. movies? tak de tak de, uwaaa. selaluu jumpe kuku pun bersebab je, macam masa dia ambil kat seremban dulu, lepas tu masa jumpe puteri 7 die join sekali. tu je la, adehh..

mintak pengertian semua yaaaaa. nanti lepas bulan jun, kite enjoyyyy (^^.)/


note: aku lebih suka perpustakaan negara, dari perpustakaan UPM. heehee jangan maraa upm~
;p


Tuesday, January 19, 2010

akibat dah lama tak pergi fakulti


situasi 1


pagi tadi jumpa Dr. masrah setelah hampir setahun kot aku tak jumpe Dr.
teruk tak aku? hoho...
aku start bekerja di oas bulan 12 2008, lepas tu hanya sekali jek kot aku jumpe Dr., lepas tu tak jumpe2 dah.. selalu contact dengan emel jek.. tadi jumpa untuk discuss pasal beberapa chapter tesis yang aku dah hantar kat Dr.

setelah hampir setahun kemudian...
masuk je pintu bilek Dr.

dd : Assalammualaikum Dr. sambil tersengih2
Dr. : Waalaikumussalam.. haa masuklaahh.. haa kamu dah kahwin dah??

gulpppp! arrrrkkk!!! hok hok
batuk batuk, soalan itu menampakkan sangat aku dah lama tak jumpa Dr. ;p hak hak hambik aku sebijik


Situasi 2

tengah makan2 dengan haida kat cafe fakulti.. tiba2 nampak seorang seperti yang ku kenali.. omg Dr. Taufik!!! alamak sorok sorok!! malunya dah lama tak ada progress research!! malunyaa dah lama tak datang jumpa!! tapi alamak nak sorok muka tak sempat dah ni, aaaaa tiba-tiba dr. taufik pandang meja ni!! aaaaa!!

Dr. Taufik : haa diana, apa khabar? sihat? camne tesis? dah hantar?
dd : errrr saya baru jumpa dr. masrah tadi, discuss draft thesis yang saya dah hantar siket.. tak siap habes lagi..
Dr. Taufik : hmm.. semalam saya search nama kamu.. lepas tu terjumpa blog kamu.. kamu dah bertunang ek? 16 haribulan 1 2010.. tahniahh

dangggg!!!!!!!
adakah akibat aku menghilangkan diri terlalu lama, sehingga supervisor ku sendiri terpaksa menjejaki ku melalui google? (T_T)


note : terserempak dengan Pn. Salmi gak.. sukeeeee :D

Thursday, April 16, 2009

12 jun oh 12 jun

(taip laju2)

sekarang adalah waktu kritikal ku!
12 jun adalah tarikh akhir untuk menghantar tesis
aku even belum hantar draft ke supervisor lagi untuk di semak
aku sekarang tengah bercuti sampai minggu depan, untuk siapkan draft
aaahhh sangat kritikal!!
chaiyuk dd chaiyuk

dd boleh ('o')/

dd apaaaa????

dd b.o.l.e.h \('o')/

makan dan tidur tidak lagi penting! ah tipu, makan masih penting! yang lain2 x penting daaaa :o

semangat atsukuru!
p('o')q

(publish laju2)

Thursday, September 18, 2008

research oooooo researchhh

hadoooii dudu oooiiii sempat siap ke idaaaakkk nii dudu oooiiiiiiiiiiiii

p/s --> oopss note nyaa bunyik tensi tapi gambo nyaaa senyumm hepii cam proudly present gtu hehe puk

Wednesday, August 27, 2008

atsukuru!

dd!!!!
chaiyuk2 wat research!!
siapkan tesis sem ni jugakkk!!!!
berusahalahh!!!
semangat seperti atsukuruuuuuu panas panas panas :0

kurangkan blogging, kurangkan bace blog2 or len, jangan tgk forum artis lg , jgn tgk tv online luna fantasiku lg! kurangkan searching and donloding sume pun kurangkannn yukkk :o

mase mengejar dr belakang!!


berusaha p('o')q


semangat atsukuru ('o')/ panas panas panas :O

atskuru ('o')/ panas panas panas! :O

emph!!! p('o')q

Sunday, July 13, 2008

...

i'm bored...
do the same thing every single day...
alone.. in my working room...



p/s-->hm tp xbaik cakap camtu kan.... master research ni musti bergune jugak one day.. keep it up gal...make ur own happiness..
okie..hm

Sunday, June 8, 2008

tulunnnnn

haii awakk
shuh shuh shuh saya x nak diganggu skang

apa yg awak rasa skang?
saya sgt takut dan x tenang

kenapa awak takut dan xtenang?
sbb saye takut nak prizent rabu ni kat konferens langkawi

kenapa awak takut nak prizen?
bole x saya cakap yg tu diluar kemampuan saya... saya takut prizen dpn org ramai laaa.. ziffiii taaakuttt sangaaatttt ~(' ')~ (aksi gaya zizan)

apa yg jadi punca awak tetiba jadi begini?
sbb tadi saya bukak website kmice tuh, participant die ade dr taiwan, korea, jepun n india... takut laaa kalau dorang tanye soklan pelik2 kat saya.. macammanaa

awak dah prepare belum sampai takut sangat ni?

dah laa kott.. hafal tu hafal ni tp takut bile depan dorang tetibe sume pun jadik lupaaa

jadiii apa yg awak buat tuk tenangkan diri sendiri?
saya menyanyi lagu dangdut amelina dr tadi

iyee?? dah solat hajat belum tuk tenangkan fikiran?
dahh.. skang ni dah di kire ok n tenang cket ni tau berbanding tadi2

apa keajaiban yg awak tunggu?
ooohh keajaiban ye.. saya harap participants selain ros dan lina sume x jadik datang sbb ade hal hahahha saya sgt jahat puk puk :^

ha ah laa awak ni jahat nyeeee
yeee saya tauu kan saya dah kate td =n

awak masih nyanyi lagu dangdut?
taakk dahh.. saya tgh dengar jek skang

nape dangdut?
xtauu

ooohh.. awak ade nak cakap ape2 lg?
xdee laa... awak yg sebok2 tanye saye dr td

ok .. saya cume nak nasehatkan awk jgn kalut2 sgt laa... wat rilek jekk.. nanti prizen xpayah laa pakai spek, xdelaa awak nampak muke org2 tuh.. lepass tuhh saya tau awak bole buat... baikkkk punyaaaaaaaaa (dgn gaya zizan lagi)..awak berusaha yaaaa!!
baiklah2.. terime kaceh bebanyak yaa