Showing posts with label library. Show all posts
Showing posts with label library. Show all posts

Monday, March 22, 2010

Perpustakaan Negara, dan dah lama tak dating.


I am miss strong~
but maybe I am wrong~

hik hik motif asyik terngiang-ngiang lagu Hunny Madu ni?
;P


ok mulakan cerita... erm semenjak beberapa menjak ni, setiap wikend mesti aku duduk di perpustakaan negara. study dan menyiapkan apa yang perlu disiapkan. hik hik. library ni dah macam jadik rumah kedua aku pulak waktu weekend. dia bukak pukul 10 pagi sampai 7 malam kalau hari sabtu. Ahad lak sampai pukul 6 petang.

ermmm disebabkan aku sombong tak nak bergaul dengan orang, aku tak suka duduk kat meja banyak2 kat luar tu, aku suka ambil bilik karel. hehe xdelahh ;p bukan sebab taknak bergaul, tapi rata-rata yang datang tu budak-budak sekolah yang baru nak up. mesti ade assignment macam aku sekolah2 dulu kene cari buku pasal Mat Kilau, Dato' Bahaman ke Rentap ke, kan kan kan? haha jadinyaa, aku pun bosan laahh kalau orang library tu asyik dok ingat aku budak sekolah jek ;p padahal aku dah besar okayyyyy~~~ kalau duduk dalam bilik sorang2, nampak siket kedewasaan, ewaahh ;p lagi satu, kat dalam tu ade byk extension untuk pasang laptop ke, lampu meja ke, ape2 je lah lagi, ermm pastu, nak tinggal barang kejap nak gi toilet pun, tak delah gusar sangat kan =)

bayaran untuk bilik karel 4 jam = RM 2. tapi disebabkan aku suka duduk sepanjang hari, kenelah bayar RM 4. aku selalu nak booking bilik paling hujung (boleh nampak pemandangan luar, kalau hujan aaahhh indahnyaa~~), tapi selalu tak dapat. mesti ada org lain yang datang lebih awal dari aku, uh benci beliau.. last2 dapat bilik second hujung je. dah macam bilik aku pulak balik2 muka aku yang duduk bilek tu hehe. takpe, akan ku usahakan untuk datang lebih awal lain kali supaya dapat membolot bilik hujung yang ada pemandangan tu :D


ok, so far, aku sangat berpuas hati dengan perkhidmatan national library ni. memang sangat puas hati, terutamanya dari segi layanan staf die. terbaik~

beberapa fakta tentang national library kalau ade sesiapa yang berminat nak lepak2 kat sini, atau study, atau buat kerja.

1) ada wireless free. laju pulak tu

2) bukak setiap hari kecuali hari isnin. cafe pun bukak sabtu ahad. so, tak payah risau pasal makan.

3) memang banyak budak2 yang datang library. budak2 kecil pun ramai yang datang tanpa jagaan mak ayah. rumah diorang dekat2 situ kot. diorang datang kebanyakannya sebab nak main game atau tengok video hehe. ada banyak komputer dalam library tu. tapi tak ada kerusi kalau kat floor bawah. budak-budak suke main game kat situ sambil berdiri. haiiihh kids~~ ;P

4) suke tengok staf layan budak-budak. baik je. pernah aku duduk dekat floor Hipermedia, kakak staf tu melayan je budak india sorang tu yang asyik nak tengok cerita pontianak je. kalau aku, tah tah dah hilang sabar dah jadi pontianak terus ;p haha

5) floor 4 = Hipermedia, tempat yang boleh main game atau tengok movie.

6) pernah sekali laptop aku tak dapat wireless, aku duduk dekat floor multi media tu. nak guna PC. sekali PC PC yang ada kat situ tak boleh save atau allow kan thumb drive. last2 kakak kat kaunter tu, suruh aku guna PC dekat kaunter. oh sungguh baik. kalau orang buat baik dengan aku, memang sampai bile2 pun aku akan ingat hehe. dah macam receptionist lak aku kalau duduk di kaunter ;p

7) penjaga parking yang sangat membantu. memang diorang akan bantu gile2 bab-bab parking ni. faham-fahamlah, ramai yang datang library kan. parking pun limited. tapi diorang akan guide kite. betul , aku sungguh selesa dengan layanan itu.

ok, tu je buat masa ni. tahniah laa perpustakaan negara, sebab dah dapat pujian dari aku hihi.


ermm, kepada kawan-kawan, maaf sangat sampai bulan 6 ni memang saya tersangat busy. memang tak dapat laa nak keluar jalan2 kalau kawan-kawan ajak di waktu weekend. melainkan jalan2 yang tiket flight dah beli ;p hahahah sempat tu. lepas tu kan, dah lama saya tak dating ngan kuku, sob sob. movies? tak de tak de, uwaaa. selaluu jumpe kuku pun bersebab je, macam masa dia ambil kat seremban dulu, lepas tu masa jumpe puteri 7 die join sekali. tu je la, adehh..

mintak pengertian semua yaaaaa. nanti lepas bulan jun, kite enjoyyyy (^^.)/


note: aku lebih suka perpustakaan negara, dari perpustakaan UPM. heehee jangan maraa upm~
;p


Tuesday, June 16, 2009

semua tentang malas

aku dah makin malas nak blogging la huhu.. cane ek... yg kesah kat library hari tu pun, ade 2 hari aku tergantung ;p huhu ade gak laa nak cite hari ke-3, aku brekpes banyak, 2 pinggan. 1 pinggan laksam, lagi satu pinggan nasik goreng... ade jek gambar, tapi malas nak upload.. malas nak tulis caption... lepas tu ade gak nak cite hari ke-4, aku ade teman di library, iaitu rossa... tp aku malas nak update, malas nak upload gambar, malas nak taip...
hoh tengok tengok tengok~, dalam 1 perenggan ni je pun aku dah bole cite tentang 2 hari, oh betapa malas nye saya~


waah rindunye saya pada awal2 berblogging dulu.. suke cerita tentang apa yang suka, walaupun fantasi~~ dan saya sangat excited berblogging ;p

tetibe aku x malas untuk upload gambar ni, ceh

dah laa, malas nak pk ayat seterusnye.. bye (' '.)/

ps/ --> eh tesis aku? untuk yg bertanya, honestly, aku x siap lg 1 chapter.. iaitu chapter Results and Discussion... x sempat nak submit, it's okay... at least aku berpuas hati sebab aku buat betul2, xde cincai2.. xpelaa x sempat pun.. nak buat camne.. n'way nak mintak maaf kat Dr. masrah, Dr. taufik, ibu bapa saya, saya dah kecewakan kamu semua...

duit simpanan ku melayang lagi untuk yuran..
so pathetic~












-aku yang malas-

Sunday, June 14, 2009

4 hari seorang student biasa, pu~ (samb..)

9 jun 2009

hari ni hari ke2 aku pegi library... keluar dekat2 pukul 9, jalan pun mmg x jem langsung la kan, lancar jek.. sekaliiiii tup tup jem dlm upm sendiri! nyampah aku, bukan ape, sbb guard dah makin strict... die cek satu2 kereta.. kereta dah panjang giler macam ular dah, uhuuu mencik2 buang masa, tapi yelaaaa2 kite kene laa paham tugas mereka kan ;)

hari ni xde mengimbau kenangan sangat ;p sampai2, parking terus g brekpes dulu.. lone ranger lagikk (T_T).. xpe2, sekali sekala, lagipun dorang yang kat ctu bukan kenal aku pown, xkesah pownn ;P hehe

pastu naik laa atas bukak beg.. keluarkan laptop... keluarkan charger.. eh charger?? charger laptop maneeeee?????????? :'O aaaaa terus aku terduduk... camne leh lupe nak bawak charger laptop nii wuwuwuwuwuwu :'o hampa giler aku, datang jauh2 dari gombak ke library upm, sekali charger yg penting tu ko tertinggalll???oh my~~~

siap tanye kakak kaunter lagi, ade x perkhidmatan menge'cas laptop... seperti yg di jangka, die jawab "tiada la dik", uhuuuu hampa~~~

dalam sedey2 tu, aku still buat keje gak la... pastu kuku msj kate "jangan bukak lagu, bukak Ms word je, nanti bole bertahan lama siket bateri tu"... eh "Ms Word"? tinggg~~~ keluar mentol kat kepala aku, terus aku tersenyum :))))))
ihiiiii baru aku teringat yang aku cume perlukan Ms Word jek untuk keje aku ni... yang jurnal semua aku dah print out... jadiiii, x semestinyee kene gune laptop aku saje kan untuk buat keje? :D pc lain pun ade Ms Word gak :D

lalu, aku pun turun laa untuk register pc library :D problem solved :D buatlaa keje aku di lab PC library hehe, seb baik aku x terfikir nak balik rumah ;P


x lama kemudian, dpt msj dr rossa msj gtau die kat fakulti, ajak aku makan :D yeayyy ade kawan tetibe :D pastuh g ar makan dgn minah ros ni, lepas tu aku ajak die gi library sekali hehe, yeayy ros nak :D

aku kalau ngan die memang pantang jumpe, mmg nak bergambar je laa kerje kitorang 2 ni ;p hahaha

gemuknyee :(

aku suke gamba rossa yang ni ;)

gambar2 rossa di library yg lain, bole lihat di sini ;) gamba aku ade tp xmo tepek.. sebab aku sendiri seram tengok kegemukan melampau aku di dalam gambar tersebut.. ahh lepas ni baju yg aku pakai hari ni di'reject, xmo pakai lagi ;p salahkan baju tetibe ;n hik

erm ros lepak kat library sampai pukul 4 kot... aku stay sampai kul 6, pastu kriukk kriukk perut laparr... memang nak balik dah pun, tp rasenye x leh tahan sampai umah ;p takut hilang pertimbangan pulak tgh jalan hehehe

lalu, aku pun parking kejap kat fakulti medik yang lama tu, pastu beli singgit2 kat SS, pastu makan laa di sini~~

tempat mkn ni dekat pintu kecik nak keluar ke SS ;) ohoo lone ranger lagi~

okieee taaa~~ ;)

4 hari seorang student biasa, pu~

Assalammualaikum sumee ;) chann!! ;D lame x jumpe ;p

ihiii, last week bercuti jap.. sebab nak selesaikan misi seorang student master yang x habes2 ;p (ah x mau aku sebut nama objek itu lg walaupun si muni dah kasi name kat objek tersebut ;p) eheeee~

saya cuti seminggu, 4 hari saya lepak library, dan hari ke-5 tu saya kene balik kampung pulak =)

korang busan x ? kalau agak2 tgh busan x yahlaa bace kesah busan aku yang seterusnye ni ek, kang bertambah2 lak busan ;p hehehehe


8 jun 2009

tahniah! anda masuk dalam kategori x bosan ;P

uhuuu hari ni hari isnin... sampai je library dalam pukul 9 tu, terus parking tepi library.. dann~~~ aaaa ternampak pulak view ini~~

aku rindukan kawan2 puteri 7 ku :'( rindukan zaman masa degree :'( laluan ini mengingatkan aku, kitorang tengah sama2 berjalan ke kelas kenegaraan... huk2 dan bus stop yang tersorok tepi jalan nun tu, mengingatkan aku peristiwa kitorang tarik menarik mase naik bas hahahaha xkering gusi kalau imbau banyak kali pown ;P

gambar lama ni aku amik kat entry ini ;)

dan untuk mengetahui kesah2 puteri 7 sila laa klik pada tag puteri 7 ;p

ok ok sapu lah air mata mu dd ;p sekarang dah tahun 2009 ok! 3 tahun dah berlalu yang oii ;)

hari ini yang pentingnyaa kite nak siapkan misiiiii (^^.)/
giler nampak berat aku punye "beg mata", agak huduh di situ sob sob

chaiyuk dd dudu chaiyuk, semangat atsukuru p('o')q
hehe hari pertama aku dah semangat giler dah hik hik, xpandang kiri kanan, x ushar orang, fokus fokus ;P cume kadang2 tu laaa berfikir lama sangat haiihhh~~~ x pikap kate kan~ ;P

tapi sempat snap gambar ;p poyoww~ haha

erm tapi kan cuti2 semester pun, still ramai gak orang kat library.. diorang ni mangsa cam aku kot, siapakan tes.... ep ep ep, xnak sebut :p

oh oh hari ini aku sangat lone ranger ok.. makan pun sengsorang jek, sob sob sob~ seb baik ade tempat makan sebelah library tu.. oh lina, kenapalaa x cakap awal2, nasik goreng kampung kat ctu sedap~~ hari ke4 baru aku tau, itu pun sebab rosa yang gtau, puk puk

lepas tu dah dekat2 pukul 6++, ade orang tu duk msj2 aku suh balik, aku pun balik laaa ;p hihihi lagipun lapar ekceli ;P

ma~~ kite dah balik~~ lapoo~~ ;P