Showing posts with label wedding card. Show all posts
Showing posts with label wedding card. Show all posts

Friday, November 19, 2010

kad kawen saya. jemputlaa datang 20.11.2010 ^^




Assalammualaikum kawan2 dan semua pembaca My Secret Garden,


Alhamdulillah dengan izin Allah....

saya diana/dd dudu ingin menjemput kalian semua ke kenduri kawen saya pada 20.11.2010.

dekat Gombak Setia, KL je, hehe.


nanti bagi alamat ye, emel ke greenrose_dd@yahoo.com

kawan2 yang dekat @ PTM tak payah laa bagi alamat hee.. tu by hand je ;n


erm espeseli untuk semua kawan2 blogger.. yang selama ni menemani saya di kala saya gembira atau sedih.. di kala saya runsing, korang bagi comment yang menggembirakan, di kala saya gembira korang bagi comment yang gembira juga... saya hargai semua itu.. walaupun kite tak pernah berjumpe, tapi rasa sangat dekat walaupun cume di alam maya.. untuk silent reader *wahh ade ke? , saya tetap rasa dekat dengan kamu walaupun saya tak kenal siapa kamu :)


jadi, saya berharap sangat korang dapat datang di hari istimewa saya nanti, boleh laa saya kenal semua kawan2 maya ni :)


sob sob tiba-tiba terharu.. nak nanges nak nanges, uwaaa :'o

Alhamdulillah, sepanjang kenal anda semua, tidak pernah ada lagi comment jahat yang muncul di ruangan comment atau chat box.. kerna yang rapat2 dengan saya mesti tahu, kalau sedikit/secubit/secalit saya kene kutuk atau caci, pasti saya susah nak bangun balik.. saya lemah orang nye... Alhamdulillah, korang semua baik2 :') syukur sangatt... sungguh terharu..


tibe-tibe panjang pulak kan entry ni, padahal nak jemput kawen je.. hee


saya sayang kamu semua :) jemputlaah datang ke majlis saya nanti ya, tema adalah color ivory/krim/putih gading.. tapi tak de lah wajib hee saje je cakap ;P

jangan lupa emel ye :) greenrose_dd@yahoo.com .. kalau tak emel, nanti saya cari korang. muahahaha ada x orang main paksa2 jemput, haha



note : Blog My Secret Garden akan beroperasi sehingga 19.11.2010 sahaja.. InsyaAllah selepas itu end of my chapter 1, welcome chapter 2 ;) and... gudbye My Secret Garden..

oh suspen x bunyi ;p



Thursday, September 30, 2010

kad kawen purple dan tarikh cantek


huhu suke sangat kad kawen shai ni. my taste my taste. eh purple dia purpe lawa tau, masuk dalam gambar aku dah jadi purple lain pulak, hihi.


belah luar


belah dalam


x silap saya, shai kata hari tu dia tempah kad kawen ni kat jakarta. benar kot.



shai kawen 9.10.10.
rilek je shai tak amik 10.10.10. ekekeke

ramai sangat laa yang amik 10.10.10... cantek kata mereka.


(^,^) v <----- tiada perasaan dengan tarikh cantek hehe. main belasah aje bab2 tarikh ni.



hari tu pegi masjid jumpe tok kadi, nak bagi borang kelulusan nikah.
tok kadi pun bukak laa komputer nak letak nama saya konfirm dalam table excel yang bertarikh 20.11.10.

lepas tu tok kadi cakap "haa baguslaah, awak sorang je yang nikah masa ni"

"yeke ustaz? kire tak de kongsi2 eh? besnyee"

"iye... saya tengah pening ni ramai sangat nak nikah 10/10/10 kat masjid ni.. 7 pasangan nak nikah tarikh tu.. dan 4 pasangan dari 7 tu nak jugak pukul 10 pagi.. 10/10/10 pukul 10 pagi... terpaksa lahh diorang nikah serentak... tapi tak boleh laa nak lafaz serentak pukul 10 pagi"


kekeke comelnyeee pasangan yang nak 10/10/10 dan masa pukul 10 pagi jugak. hihihihihi (=^_^=)

10/10/10 pukul 10:10:10 am taknak? ;p hehe memain jek. dd berlari perlahan2~~ iyahhh iyahhh jangan kejar dd laju2 ye~~ iyaah iyahh




note : apasal laa terngiang2 lagu iklan - makan cream-O di waktu pagi~~ makan cream-O di waktu petang~~
sambil terbayang kakak baju putih tu menari2 dalam supermarket dan kat rumah dengan anak2 sambil pegang biskut cream-O tu.. aaaa tidakkkk hapuskan bayangan ituu




Wednesday, August 18, 2010

dah tempah kad kawen


Assalammualaikum dan Salam Ramadhan.


hari ahad hari tu, jalan2 dengan kuku pulak. ishh berjalan aje aku kan wikend bulan puasa ni ;p

kitorang pergi Hentian Kajang nak tempah kad kawen dekat kadkahwinku.com

kat sana je kot bnyak design yang kene kat mata bile ushar online. hihi


sampai sana, mula lah memilih2 kad.

"erm xmo la yang ni waak, macam kad raya jek"

"xmo yang ni, macam kad birthday jek"

"xmo yang ni, macam brochure jek"

"yang ni x mo gak macam kupon hari kantin jek" *muahahaha. bertabahla ye kuku dengan dudu yang byk songeh ni~


dan akhirnya, kitorang jumpa satu kad kawen yang kene dengan selera kitorang berdua. oh ya, kad kawen kitorang sekalikan jek dalam 1 kad, sebab ramai kawan2 ku, kawan2 kuku jugak ;p so xyahlaa buat 2 versi hihi.


ambil yang 60sen punya. ada je yang terminat dengan kad seringgit lebih, tapi xpelaaa, kene berfikir secara rasional, ekekeke.

hrmm best survey kad dengan kuku, walaupun die cerewet-part2-yang-aku-rasa-tak-perlu-sampai-aku-rasa-nak-kecikkan-mata(-__-) tapi dia suka ambil kira apa yang dudu nak. *wink^^


gambar hiasan je ni. betulll, gambar hiasan je, percayalah ;P



nak tau kad kawen kitorang camne, tungguu~~ bile dah siap karang hehe.



note : ramai gile tempah dengan kadkahwinku.com. sehinggakan tak berjaya nak dapat kad tu sebelum raya huhu. melepass mak aku nak edarkan kad kawen waktu raya kat sedara2 di terengganu. uhuk. nak buat camnee~~ sebab bile tanya kedai lain, diorang jawab 2 minggu siap, sbb tu kitorang ingat sume kedai kad kawen 2 minggu leh siap. tak sangka lak kat kadkahwinku.com ni sesak dengan tempahan ;p dijangkakakn siap 1 oktober T_T kerlass~~~

moral of value : tempah laa sebulan awal ;p

note 2 : bile pergi kedai kad kawen, terus rasa macam nak tukar keje buat bisnes kad kawen jek. huhu sukeee bergelumang dengan kad2 cantik dan riben~~~~





Monday, August 9, 2010

taste kad kahwinku



sebenarnye citarasaku untuk kad kawen simpel je, x susah pun ;p aku cuma suka asalkan dia plain white/ivory and ada emboss emboss siket, cukuplaa^_^

macam ini~~

simple plain white + gold font + embosssource : here




plain white + grey font + emboss

source : here


suke dah macam 2 kat atas ni.
saya tak suka kad kawen yang colorful dan macam kad raya ;p hehe


TETAPIIIII!!!

dengan peredaran zaman yang canggih ni kan, tipulah kalau aku kata tak tergoda dengan kad kawen yang letak riben kan. hehehe dah namanya aku ni pencinta riben kan ;p


canteknyee =) betullll suke sangat~~~

source : here





white card + white ribbon, nice :)

source : here




white + green ribbon, sweet :)

source : here



white + black... smart, tapi aku tak suke hitam, cane ;p

source : here



actually, walaupun aku sangat suka kad kawen color putih, aku tak ada lah menolak color lain terus tau. contohnya color gold. bagi aku selain, kad putih, gold juga cantek untuk menggambarkan wedding. rasa macam ekslusif gitu~ hehe

kebetulan, kuku pun suka kad warna gold =)

source : here



gabungan kad putih cream + riben warna gold, memang tidak menghampakan =)

source : here

kesimpulannye, aku tak kesah laaah kalau kad kawen ku nanti plain white macam gambar yang mula2 kat atas, atau ada riben, atau color gold. asalkan harganya affordable ;)


senarai link kad kahwin yang aku dah lihat

1) Kad Kahwin Jentayu

2) KadKahwinku.com

3) lh-creative

4) Vision Greeting

5) Gedung Kad Kahwin


ok bye.