Thursday, September 30, 2010

kad kawen purple dan tarikh cantek


huhu suke sangat kad kawen shai ni. my taste my taste. eh purple dia purpe lawa tau, masuk dalam gambar aku dah jadi purple lain pulak, hihi.


belah luar


belah dalam


x silap saya, shai kata hari tu dia tempah kad kawen ni kat jakarta. benar kot.



shai kawen 9.10.10.
rilek je shai tak amik 10.10.10. ekekeke

ramai sangat laa yang amik 10.10.10... cantek kata mereka.


(^,^) v <----- tiada perasaan dengan tarikh cantek hehe. main belasah aje bab2 tarikh ni.



hari tu pegi masjid jumpe tok kadi, nak bagi borang kelulusan nikah.
tok kadi pun bukak laa komputer nak letak nama saya konfirm dalam table excel yang bertarikh 20.11.10.

lepas tu tok kadi cakap "haa baguslaah, awak sorang je yang nikah masa ni"

"yeke ustaz? kire tak de kongsi2 eh? besnyee"

"iye... saya tengah pening ni ramai sangat nak nikah 10/10/10 kat masjid ni.. 7 pasangan nak nikah tarikh tu.. dan 4 pasangan dari 7 tu nak jugak pukul 10 pagi.. 10/10/10 pukul 10 pagi... terpaksa lahh diorang nikah serentak... tapi tak boleh laa nak lafaz serentak pukul 10 pagi"


kekeke comelnyeee pasangan yang nak 10/10/10 dan masa pukul 10 pagi jugak. hihihihihi (=^_^=)

10/10/10 pukul 10:10:10 am taknak? ;p hehe memain jek. dd berlari perlahan2~~ iyahhh iyahhh jangan kejar dd laju2 ye~~ iyaah iyahh




note : apasal laa terngiang2 lagu iklan - makan cream-O di waktu pagi~~ makan cream-O di waktu petang~~
sambil terbayang kakak baju putih tu menari2 dalam supermarket dan kat rumah dengan anak2 sambil pegang biskut cream-O tu.. aaaa tidakkkk hapuskan bayangan ituu




15 comments:

rosealley said...

aku pun xpk sangat pasal tarikh, heee, xsure nape,

owh, xsuka iklan cream-o tu, huhuuuu

cantik kad shai tu:)

dd dudu said...

{rosealley}
samalaa kite hihihi

owhh ko perasan iklan tu :O tulun hapuskannn bayangan menari2 itu dari otakku, ahuk ahuk


cantekk kan ;)

ZARA said...

alaaaa.... i bukan pilih sebab tarikh cantek! i kahwin 1.1.11 sbb tu mark 4 years since we first met which is also the day we fell in love.

-_-

HONEST!

dd dudu said...

{zara}
hihi xpelaa dear, setiap orang mesti ada sebab kan kenapa pilih tarikh sekian2 ;)

at least u ingat tarikh first day korang jumpe, n kebetulan tarikh tu sangat mudah diingati+cantek.

sy ni tarikh first day jumpe pun xingat (--_") sengal x, sigh~


hehe ;p

iedayah said...

btul tu dear..rmi gile kawen on that day..xtau nk g mn dlu..agagga

kucincomey said...

tarikh tu mmg cantik..
ayah saya memule aritu nak buat tarikh 10/10/10.. nikah pada 9/10/2010 sbb 9/10 tu my besday.. hehehe..

tapi sbb byk perkara yg tak dpt dielakkan, terpaksa tukar ke tarikh lain..

lagi pulak 9/10 berada di genting sbb kene kursus.. huhuhu..

marinahunny said...

obses pd tarikh plak diorang ni..tarikh dd pun ok juga, xyah berebutr dgn org lain..

marinahunny said...

eh dd nikah masjid mana ye? pakcik botak tnya ni.. :)

lina said...

dd.. tarikh ko cantik la 20112010 ;p

aku pun suke sgt kad shai. simple n cantik :)

~ ReD ~ said...

knpa x 20hb 10 2010?heheh..kn 20102010 tuuu..ngeh3..

seminggu sbelum majlis dd, kazen kita bnikah.. seb bek..kalau x, x dpt la g mjlis dd (kalau djemput la)


Review Filem Magika : Filem Muzikal Yang Menghiburkan

nurul azida ahmad said...

haa rupernyer tarikh dd pun cantik 20112010
nikah siang ke mlm? nikah mlm pukul 20:11 ok gek. hihihi

no seng nak igt kot kalau tarikh cntk2 ni..

pestisid said...

date kawin aku yg x best tu pon siap ade 4 pasangan serentak..tak ke haru aku kene nunggu sbb tok imam ckp aku peserta ke 4..motip tok imam panggil peserta? nanges...

Ogy said...

20 hb 11 tu besday mak akak..ngeee

rosealley said...

peserta lisa???cam peserta rancangan ape jek, haha

dd dudu said...

{iedayah}
turutan xpe iedayah, yg penting dapat gi sume ;p

{kucincomey}
ooo yekeee, habes tarikh kawen kucin bile :)


{kak marinahunny}
kat masjid depan laluan putra taman melati-terminal gombak. akak tau x area situ? klu xtau, nannti dd terangkan lebih detail


{lina}
klu ko xcakp pasal 20112010, smpi ke sudah aku xperasan T_T

wahhhh cantek tanpa disedari :D like like :D


;p



{red}
mestilaaaa kite jemput linda. pangg~~~~ tunggu tau dd bagi kaad kawen. linda mesti kene dtg :O


{zida}
motip nikah kul 20:11? *nangesss


hahaaa


{lisa pestisid}
lisa izinkan saya nak gelak kejap. peserta? eekekekkekee peserta.... hik hik....

*xleh cover ar, nak gelak jugakkkk


adehhh


{kak ogy}
laa yekeee kak gee, hihihi kebetulannnnn ;D


{rosa}
peserta, kui kui :'p