Wednesday, September 29, 2010

kebaikan perkahwinan, ho ho



Assalammualaikum sumeee ;) jom senyum sambil membuat kerja, hehe

hari ni saya nak cakap pasal perkahwinan. hehe nak tahu taakkk, saya sukeeee sangatt tengok orang kawen.. tengok orang buat persiapan kawen, tengok pasangan sweet selepas berkahwin.. sume2 laaa pasal kawen.. dan lebih2 laggiiii kalau perkahwinan ituu membawa perubahan kepada kehidupan, winkk^^


dekat sekeliling aku ni, aku ada perasan 2 orang yang berubah habesssss selepas berkahwin. dan ia sangat menyejukkan hati aku, hihi.



contoh yang pertama

jiran aku. nama dirahsiakan. gadis ni lagi muda dari aku tauu, tapi dari zaman sekolah dia sukaaaa buat halll, taknak pergi sekolah, suka lepak2, jadi awek motor, pastu mak ayah dia risau kemain mengenangkan perangai liar gadis ini. yelahh, malam2 selalu tak balik. buat apa haa kat luar? selalu dengar dia kena marah dengan parents dia. lebih2 lagi bila balik pukul 3 4 pagi sedang membonceng motor laki2, pakai skirt pendek, rambut perang, pakai seksi2.

tup tup dapat tau dia bercinta dengan geng motor dia, nak kahwin. oh my~~ mak ayah dia bagi la kan nak kawen.

selepas kawen tu, MasyaAllah, aku sukee sangattttttt perubahan mendadak gadis itu. tak ada keluar2 malam lah (yelahh dah suami dia ada kat rumah).. diorang pasangan suami isteri tolong parents dia berniaga.. oh suwit sangat~~ tengok cara gadis tu bercakap dengan mertua pun, lembut jek, sejukk hatii sangatt... sebab sebelum kahwin tu, dia kalau cakap dengan orang cam nak gaduh jek.. dengan aku pun pernah masa kecik2 dulu, suke cari gadoh ngan aku tau, uhuk uhuk ;p


tak lama kemudian, dia mengandung, sekarang dia dah ada anak laaa, anak perempuan yang sangat comel... kehidupan dia dah sempurna, ada suami yang baik, ada anak yang comel, ada bisnes mak ayah die yang dia tolong2... selalu petang2 nampak dia tengah jalan2 dengan anak comel die tu, uh sukeeee... kadang2 singgah depan rumah aku, borak2 dengan ibuku.. kehidupan yang sangat berbeda dengan dahulu kala..


see, sekelip mataa seseorang boleh berubah. bukan seorang je, dengan suami dia pun sekali berubah. betapa tanggungjawab dalam perkahwinan itu boleh merubah seseorang^^


***********************************************


contoh yang kedua

abang aku!!!!!!!!! diulangi, abang kandungku!!!!!!

hahahaha

excited sangat ni nak cerita.

kalau nak tahu, dahulu kan abang aku ni jenis cold person. aku pernah tulis kat blog rasanya ayah aku suke panggil abang aku "ada emas dalam mulut"... sebab nak dengar abang aku bercakap bukan main susahhh.... memang macam dalam ada emas dalam mulut.. kalau bercakap pun, cold je laa.. cakap dengan tiada nada dan tiada perasaan -____- bole bayangkan tak??

kalau dia nak bagi aku barang ke hadiah ke, pun tanpa perasaan.

"nah..." dan beransur pergi dengan muka tanpa nada.
motip? xpaham aku, ni bagi ke suruh pegangkan ni? kekeke


kalau bercakap pun, kadang2 bunyi macam marah. konfius aku, ni marah ke bercakap ni? hik2.


tapi sekali abang aku senyum, semua pun boleh cair, sweet sangat orang yang jarang senyum tiba-tiba senyum.


kesimpulannye abang jenis yang berada dalam dunianye sendiri je lah. dia tak minat hari raya, tak minat nak jumpa orang, tak minat nak jumpa saudara mara. dia lebih berminat duduk dalam bilek baca novel pembunuhan. kui kui, tak pun baca komik, tak pun tengok bola. sebut "goll..." pun tanpa perasaan -____-



tetapi itu semua dahulu..

selepas hadirnya seorang gadis bernama kak syira, dan tak menyempat2 bercinta abang aku terus pergi nikah dengan dia.. oh totally berubah.. abang berubahhh habesssss


sampai aku dengan ma macam "abang ke ni? -____-"


- abang kini seorang yang sangat periang

- bila balik rumah, keje dia bercakap jeee cerita itu ini itu iniii.. aku pulak yang letak jawatan mulut becok, jadi pendiam... kuh kuh kuh

- emas dah keluar dari mulut abang kot. sangat rajin telefon ma. sebelum kahwin selalu call ma jugak, tapi waktu tunggu order makanan sampai je. tapi sekarang makin kerap la.. kadang2 kak syira yang call.

- sangat suke jumpe orang. masa hari raya hari tu, dia bawak kak syira merata pergi jumpe mak2 sedara kesayangan untuk kenalkan kak syira kat diorang. masa kat tengganu pun, abang pergi jumpe semua saudara mara, hihi. kecualii tuuuutttt ;p

- ketawa beriya2 bila tengok tv, hehe.

- dah tidak cold lagi. depan kitorang (mak ayah aku), abang selamba jek loving2 dengan kak syira. aku x kesah pun, cume macam "abang aku ke ni? gosok2 mata" kui kui.... comel nyee abang... main suap2 kak syira depan kitorang, peluk2 sayang depan kitorang, belai2 kepala kak syira depan kitorang. hihihi xpe abangku, teruskan teruskan ;p


untung kak syira dapat abang.. u know, seseorang yang peribadinya macam abang yang selama ni hidup dalam dunianye sendiri bile dia dah jumpa partner, dia akan terlalu sayang dan caring sampai bile2 :)


so sweet^^
yang penting ma sangat gembira tengok abang gembira dan riang :)



ok habessssss


-tengok orang lain tunang aku pun mood tunang, hehe-
sila abaikan background belakang yang buruk ;p




14 comments:

rinakawandudu said...

dud on ym...

aku ade teori nak cite kt ko pasal kebaikan perkahwinan...

dd dudu said...

{rinakawandudu}
siapa dud? ;p

okieee jap, tengah gangguan capaian intenet ni, xleh sign in

Neko said...

dai, ntahpape u cerita pasal ur bro, sakit perut i bace "suke dok dalam bilik baca novel pembunuhan" ahahhahahahaha saiko gile deskripsi

marinahunny said...

hahahhahaha kena kawen cpt2 tau..rugiiiiii..

noname said...

oh kte dua nti akan menjadi yg opposite ya, siapkan minda anda.. ;P

dd dudu said...

{neko}
kann, misteri betul abang i dulu ;p


{marinahunny}
sebulan lebih lagi, hehe

ermm (=^_^=)


{noname}
alaaa takutnyee ;p

iedayah said...

alhamdulillah perubahan yang baik..dear...xsbr rsnye nk kawen..gatai2 mood menyerang..hihihi

dd dudu said...

{iedayah}
hihiihi iedayah x lama lagi tu ;p

mun-e said...

"gangguan capaian intenet"

bahasa jiwa bangsa betul ;p

dd dudu said...

{muni}
muni ko ngejek aku salah eja ekkk

dd dudu said...

kopok mony betol laa ;p

Anonymous said...

alhamdulillah la minah n mamat tu berubah jadi baik n btanggungjawab lepas kawen..

Makanan Aka-Ala Fear Factor [Asia]. Ada Beranikah Anda Makan?

rosealley said...

sweet heeeee, suka baca cite abang ko tu, bercinta lepas kawen kaaan, heee, macam novel!

dd dudu said...

{red}
aminnn :)

hehe
hai linda, pekaba :D


{ros}
novel pembunuhan ;p
kekeke memain jek

;p