Thursday, September 9, 2010

teman wawa mencari tudung sekitar bangi



- 09/09/2010.. khamis.. sehari sebelum raya -


huhu hari ni ada lagi ke orang nak baca blog aku? semua pun da balik kampung kan kan. uhuk uhuk xpela, cakap sorang2 pun xpela, wuu..

selasa hari tu, 3 hari sebelum raya, wawa nak cari tudung untuk sesuaikan dengan baju raya dia color merah kuning.

aku pun teman lah, hehe leh cuci2 mata, kot2 ada berkenan jugak ke ;p


mula2 kitorang pergi Rumah Tudung, ala yang dekat2 Redwok tu.

kat sini banyak tudung saiz besar, patutlah kak nurul, kak ipah pergi sini.

tapi yang dipamerkan siket aja, mungkin rumah tudung ni banyak bekalkan kat penjual lain kot, xtau la.



tak jumpa yang sesuai dengan color baju awa, so kitorang pun naik kereta ke kedai tudung lain.


yihaaa ke Ratu pulak. Ratu ni seberang CIMB bangi.

hihi selalu aku pergi Ratu kat Wangsa Maju, first time pergi Ratu Bangi.




sama je konsep dengan Ratu Wangsa Maju, yang rm35 letak kat luar hehe.

banyak gak yang cantek2, tapi aku tahan laa godaan, huhu tak bole ikut kehendak sangat, nanti duit habes, wuu.



masih tak jumpe tudung wawa,

last2 kitorang pergi kedai tudung seberangnye pulak. betul2 laaa sebelah CIMB.


Fareeda.

ingatkan dia jual tudung2 yang harganya wujud lah rm50 kan, sekali masuk, gulp telan air liur.
Rm 100 lebih, ada jugak RM 80 lebih.

tudung yang dijual kebanyakannye adalah chiffon. sebab tu kot harga ehem ehem hehe.


kitorang pun keluar la balik.


frust wawa.

tapi dah dekat habes waktu lunch, nak dekat kul 2 dah. so pencarian bersambung esok.




keesokkan harinya..

cari tudung di Warta Bangi sahaja..


banyak giler booth jual tudung..
aku main try sarung2 je, lepas tu letak balik ;p
uhuk uhuk tahan dd tahan tahan.


dah la ada plan nak beli purse baru color pink, yang kecil siket dari purse sekarang yang gedabak sangat, menyukarkan pembawaan dan pembukaan. heh ;n

sebab tu bertabahlaa wahai dd menyimpan duit ;p



kesimpulannye, wawa x jumpe jugak tudung warna yang dicari.
kesian wawa


hari ni wawa cuti, kalau takk, mesti aku bole teman ko pergi Ariani, Hajaba dan mana2 kedai tudung la kat Bangi ni.

banyak betul kedai tudung di bangi, hee.
sukee




1 comment:

Anonymous said...

salam,saya pun baru jer mencari tudung di Bandar Baru Bangi. Pencarian yg berbaloi. Terjumpa satu butik tudung Shazzmin Collection di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi. Berdekatan dengan sup urat keting. Tudung cantik dan berkualiti dan harga berpatutan. Cubalah ke Shazzmin Collection Seksyen 7 BBB. ;)