Tuesday, August 11, 2009

puteri buah peach melawat Istana Kellie

Assalammualaikum :)

korang penah pergi tak Kellie's Castle? yang dekat batu gajah, perak tu? yang duduk kat perak atau uitm perak musti pernah pergi kan ;p
ermm penah bace tak kesah di sebalik Kellie's Castle tu? hihi hari ni aku gugel pasal Kellie's Castle, dan sekarang aku nak share laa dengan korang kann ;p
hik dulu2 kat sekolah aku tak suke subjek sejarah, sekarang aku macam suke lak sejarah2 ni hehhehe..


Istana Kellie atau Kellie's Castle (sebutannye bukan kellie's castel ye, auchh) adalah istana zaman kolonial yang dibina antara 1909 hingga 1926 oleh seorang hartawan yang kaya raya dari Scotland, bernama Wiliam Kellie Smith. Kirenye Kellie ni datang dari Scotland tahun 1890, lepas tu die jumpe kawan kat Malaysia nama Alma Baker,dan jadilah rakan perniagaan die.

Tak lama kemudian, Kellie ni bawak isteri die, Agnes dari Scotland datang Malaysia, lepas lahirkan anak semua2, Kellie ni nak sangat binakan istana untuk isteri die, dan die mintak untuk bina istana ni atas tanah kawan die tadi yang juga pemilik estet, Alma Baker.

Petikan dari Utusan --> Sekiranya Taj Mahal dibina oleh Shah Jehan sebagai tanda cinta ke atas isterinya, Mumtaz Mahal, Istana Kellie juga dibina atas tujuan yang sama.Mahligai itu merupakan lambang cinta Smith kepada isterinya, Agnes yang turut berasal dari Scotland.

Kellie minat sangat dengan budaya Hindu, jadi die nak Kellie's Castle ni di bina mengikut rekabentuk India. Batu-bata, lantai dan tenaga kerja semuanya di bawak dari Madras, India.

Bangunan ni setinggi 6 tingkat, mempunyai 24 bilik dan sebuah terowong bawah tanah yang menghubungkan istana ni dengan kawasan estet berhampiran.. Selain itu, Istana Kellie merupakan yang pertama sekali menggunakan lif yang menghubungkan dari tingkat bawah ke tingkat paling atas, tapi sebenarnye lif tu tak sempat nak sampai ke Malaysia lagi. sebab pembinaannye tergendala... istana ni tak dapat disiapkan.. tragedi buruk berlaku.. pekerja2 nye diserang wabak Spanish flu yang merebak selepas Perang Dunia kat Europe.. ramai yang terkorban.. dicampur pula dengan Perang Dunia Kedua, dan akhirnye membantutkan usaha pembinaannya..

Tak lama kemudian, Kellie mati disebabkan penyakit Pneumonia, isteri nye sangat sedih dengan kematian suami tersayangnya, lalu mengemaskan barang2 nye dan pulang ke negara asalnye, Scotland.. sad ending huh.. Kellie's Castle pun dah dijual ke British Company, Harrisons and Crosfield.

Walaupun tidak sempat siap, Istana Kellie akan terus diingati sebagai legenda impian dan mahligai ni kini menjadi daya tarikan pelancong dan tempat bersejarah. Istana ini juga pernah digunakan dalam filem Anna and the King (ooo baru aku tau yo).

Disebalik istana yang berdiri kukuh ni, kisah-kisah misteri istana ini juga dijadikan tumpuan. sebab ade dikalangan penduduk di sekitar istana itu pernah melihat lembaga misteri di dalam dan sekitarnya. Penemuan ganjil menyerupai seekor beruang di batang pokok batai atau dagang juga menambahkan lagi misteri....




wohohoooo panjangnyee entry~~ ups kenape tibe2 aku cerita pasal Kellie's Castle yek? ;p

hee sebabb.. hari tu mase pergi ke kenduri kawanku, Sheereen di Batu Gajah, saya dan kuku singgah melawat Kellie's Castle ;)

nak masuk sini kene bayar 4 ringgit yo..



Kellie's Castle yang tersegam indah di atas bukit


dekat pintu masuk je, die dah letak artikel ni.. terus aku rase miysteryness~


kak tukang cerita pun mestilaa kene bergambar kan ;p
berbaju kenduri ke Kellie's Castle hehe
(uh uh mangsa bahu baju jatuh, letak span, lepas tu hasilnye bahu jadik lebar giler macam orang dulu2 wuwuwu)



waduhhh panas dong~~


sebelum masuk dalam istana tu.. kitorang jalan2 kat luar dulu.. lepas tu dari jauh dah ternampak pokok yang ade bentuk beruang tu..

nampak x beruang timbul kat pokok tu?

okie kasi close-up siket
ucapkan Subhanallah


lepas tu... kami pun menuju masuk ke dalam istana Kellie

pandangan istana dari sisi
**baru upload


he's my empangan ;p (bila situasi aku nak nanges je, kuku akan berkata ".... meh kite letak tangan bawah mata awak jadi empangan" hihi, elok2 aku nak nangis terus x jadi nanges sebab kelaka ;p hik hik)


koridor~

lepas tu nampak artikel ni..
huwarkkk!! ;O aku yang semangat2 nak masuk tadi terus luntur semangat wuuuu (o_o)

lepas tu, takut dah nak explore sangat.. tangkap gambar siket secara laju2.. wuu

bilek makan

ke bilek simpanan arak, bawah tanah... tapi sumpah aku takut nak turun ;p hihi tangkap gamba pun laju2.. lepas tu x berani tgk gambar ni malam2 hehe

pemandangan di luar Kellie's Castle


buat video klip jap lagu nasyid kontemporari ;p
hik hik

(gemuk dan lebarnye bahu ku~~ sob sob)


lepas tu aku memang dah x berani naik floor atas ke ape ke... berlegar2 kat bahagian luar je la hik..

hai nama saya khairi! hobi saya adalah menangkap gambar bunga

eh mane pulak pergi gambar bunga raya yang kuku tangkap tu ek.. aishhh..
erm nanti nak mintak kat kuku balik..

dan gambar terakhir..
video klip lagu nasyid kotemporari lagi
hik

ok laaa tu jer gambar2 yang rajin untuk di upload..dan sekian laah kesah Kellie's Castle dari kak tukang cerita.. hehe.. untuk gambar2 sheereen kawen, tunggu aku dapat gambar yang lawa2 dulu yuk..

oh~ inilah entry terpanjang yang penah aku hasilkan~ tapi aku suke entry ni :D


-puteri buah peach-

19 comments:

::mE uMmU:: said...

tkot!!tkot!!kalo umu la kn, nmpk article 'misteri koridor' tu, sumpah xsmpt nk amik2 gmbr dh...trus lariiiiii...wuwuwuwuwu

dd dudu said...

{si ummu}
hihi kite takut gak, tapi tah mane tah datangnye keberanian itu hik hik

mun-e said...

"miysteryness"-- perkataan ape ni? :p

aku dan emak dan intan pon dah masuk dah kellie's castle ni. mmg seramm.. aku masuk tempat arak tuh. bilik tido sume pon masuk. pastu ade tangga rahsia pon masuk gak. berani x?? ;p

tp tak nampak pon pokok beruang itu.. huhuhu.

nanti g jemput intan nak masuk lagi ah ;p

mun-e said...

oh saje nak bagitau. batu gajah ialah kampung RR.

hahaha. nak jugak bagitau =D

rosealley said...

kellie's castel ek??heheee, konfem xnak g cna, hehe, scaryy

mun-e said...

orang perak memang besh! tapi sebenarnya die lahir di johor.. kekekeke.

eh eh ni blog dd rupenya ;p tp xpela isi ade kena mengena ngan entry kan kan?

panggg~~ ;p

dd dudu said...

waahhh dorang berchatting d entry ku indaa~~~

{mun-e}
mysteryness tu ibarat cam sukahatiness laa hew hew hew

waah beraninyeee muniiiii masuk sume celah kawasan tu ;o

pokok beruang kat luar, sebelah kiri istana ni hee.. nanti aku upload gamba sebelah kiri istana ni ekk

{mun-e}
=n
oo RR batu gajah ekkkkkkk
hee leh ar wat kenduri kawen kat kellie's castle nnanti, garden wedding hi hi

{ciare}
yaa aku paham.. ibarat aku duk gombak tapi xpenah pergi rumah Pak Ali yang terkenal sebab x gunekan paku tuk dirikan umah tu, hik hik

wahh musti sebab aku posing2 jadik bes kann muahahaha gelak x sedar diri

{ciare}
aku reply comment yg ko ke3 dekat comment ku yg ke2 hehe...

ooh yekeee ade versi lain nye cite ke.. erm versi penduduk kampung kot hik, ermm aku bace kat wikipedia plus blog2 lain plus utusan hehehe

{rosealley}
kellie's castel ek? panggg~~~ laju2 sebab auchkan aku hik

{mun-e}
oo lahir kat johor ke beliau..
hoh xpe, cam x biase comment dan chat tanpe kaitan, sila laaa (T_T)

;p

azimask said...

tak nah g sini walau pun orang PERAK!!!
hihih
takot...
spooky..
so rasa tanak g...
hhhuhuhuhu

noname said...

mana ada spooky ;P biasa ah ;p

dd dudu said...

{mimie azim}
heheheh rugi laa camtu ;p gi laa singgah jap, bawak ramai2 orang xde laa takut sangat k ;)

tetibe dd dudu jadik penasihat pelancongan lak ;p

{noname}
elleeee ;p mentang2 kool ;p

Cik Seni said...

penah lalu masa nak gi kenduri kawen kak siti kat perak setahun yang lalu..

nak pegi tapi masa mencemburui kami...huu..

kalo gi perak lagi, nak gi ah sana..(^,^)

dd dudu said...

{surney hasniey}

hasni g laaa ;)
mari mengenali tempat sejarah negara kita ;p haha

lina said...

dd, arituh mase nak g kawen ciare aku ngan din ade plan nk gi cni. tapi skali ikut jalan lain mase balik, xdpt nk g. huhu

dd dudu said...

{lina}
lorr yekeee, klu x ko dah g la kan ;)

hik

weh lina, lame x dgr kabar ko, pu~~

bizi yg amat ek kat tmpt keje

lina said...

owh xde la bz.. cume 2-3 ari opis xde internet connection. pastu aku asek meeting sajork ;p

suke la tgk ko pakai baju kaler purple ;p

Faizah_Haris said...

wahhh tak penah g laa....menarikk gak ekk....nak g nak g....hehehe

dd dudu said...

{lina}
ooh seswai ke aku ngn purple ;p

{faizah haris}
g tau nanti ;)

Anonymous said...

hoh patutla x sempat singgah Chemor Castle!!

ja_di_atas_tujuh

dd dudu said...

{anonymous aka ja}
uwaa jaa, kitorang sampa bt gajah kul 12, dah masuk kenduri dah, pastu segan giler sebab awal, n orang pun xde lg.. pastu kitorang kuar balik.. nak isi mase setengah jam++, tu yg pata balik siket ke kellys tu huk huk... lepas tu bile kat kenduri tu balik petang lakk.. x sempat dahh nak g chemor, walaupun da plan ngn keri awal2, klu sempat nak melawat adam, sepraisss

huuuuu ampunkan kamiii jaaa~~
sob sob sob