Monday, August 17, 2009

sheereen nisa'

saya ada kawan rapat, namanye sheereen nisa'..
kalau korang ade bace entry sebelum ni tau la kot yg aku ada gang WB kat sekolah CBN dulu..
shee..
kawan ku yang paling comel ;)
tapi kawan2 yang lain pun comel gak ;p jangan majuk aaaa ;p

shee..
teringat mase dulu, shee ni asalnye sekolah St. Mary.. lepas tu mase form 2 pindah ke CBN..
aku n the gang niat jahat laa kan mase first day shee, nak buli die siket hehehe...
terus lantik die jadik penolong ketua kelas hahaha..
sian shee..
tapi shee kool jek ;p
last last... jadik rapat giler pulak dengan die.. sabar je laaa...

shee..
kawan yang sangat baik hati..
memang baik hati..
memang baik hati..
sampai x tercerita pulak ape yang baiknyee ;p tapi shee memang antara kawan aku yang memiliki hati yang bersih laa huk huk melambung nye pujian, tapi aku cakap berdasarkan hati ku sendiri.. diam2 aku pun, memerhati orang tau ;p
=)

sheee..
kawan yang memang truly pinky..
memang ramai yang suke pink, tapi tiada siapa2 yang boleh lawan ke'pinky'an shee ni..
hahahahah..
sampai satu sekolah dulu tau shee is pinky.. pinky is shee..
semua barang2 die kecuali baju sekolah atau ape2 yang kene mengikut peraturan, adalah berwarna pink! haishh nak letak gambar lame2 x bole lorrrr ;p paham2 laa kan heheh

shee..
suke menghargai kawan2nye dan buat kawannye hepi..
sebelum aku meminati shin can.. aku suke doremon..
setiap kali shee pergi hadyai ngan family die, musti shee bawak balik barang2 doremon untuk ku.. hik hik so suwit..
lepas tu aku pun melompat2 kegumbiraan bawah pokok kemboja ;p (leh bayangkan x ;p)

haihh kami berempat memang rapat la...
pergi tuition pun memang x bole berenggang..
selalu pulak tu lepak rumah shee... hik hik..

erm bile aku pindah sekolah, aku xlupe untuk merisik kabar dorang ni.. lagipun reporter (shai) selalu repot itu ini hehe...
aku tau shee jadik prefect sekolah.. (musti prefect yg comel sebab she mane reti marah org ;p)..
aku tau shee bercintun dengan seseorang bername izwan dari St. John.. hehe
aku tau shee jadik ketua cheerleaders untuk rumah Pauline.. hik
sume2 pun tau la..
lagipun kitorang setiap tahun, xpenah lupe untuk wish besday sesama sendiri.. sampai laa sekarang =)

lepas tu, bile aku masuk UPM.. shee masuk uitm pulak.. amik accountancy..
lepas tu, part 3, shee sambung kat london.. hebat laa shee!

erm penah tengok kat fesbuk shee... terus rase nak menangis tengok gambar nii..

sampai ke london die ingat gang WB.. huk huk of course laa, klu aku pun ingat ;p pang laju2 ;p DAI = aku laa (DIANA --> DAYANA --> DAY --> DAI)
erm ye kot salahsilah nama aku jadik camtu hehe...

dan akhir sekali kisah nye shee, shee akhirnyaa berkahwin dengan putera hatinye, cinta sekolah nyaaa, iaitu izwan.. hik hik tahniah tau both of u, bertahun2 tuuuuuu bercinta, akhirnye ke jinjang pelamin... aaaa suwiitt^^


yang hari tu aku pergi batu gajah tu, sebab kenduri Shee laaa.. sanggup tau datang dari KL demi kawannku yang sorang ni^^

kad kawen shee maintain cute n pink :D

dari ku untukmu, shee~

Arena Square, Batu Gajah.
aku suke tempat ni, open air tetapi berbumbung dan besaaarr :D
(gambar kredit to shima)


pelamin comel yang ada unsur2 pink ;P
oh very the shee laaa pelamin ni, x serabut n nice :D

bersama shackey buddies yg hadir (iza, shima, zarith)


mase shee masuk, haha comel giler2,diiringi kompang dan suara budak2 comel :D

x sempat amik gambar banyak, curik dari fesbuk shima xpe x

oh gojesnye shee

tapi ada 1 gambar yang sempat amik bersama shee..
tengah gelak besar, buruk giler oh saya

congrats sheee on your beautiful wedding^^

erm pada 15 hb 8 pulak, kenduri shee dekat belah e1, kat padang lalang, sentul.. ke gombak? erm lebey kurang la hik hik.. tapi saya x dapat g.. huk hukk... tadi bukak fesbuk dan sempat laa amik gambar2 shee yang orang lain tag kat die... kredit to all (^^)v

si gojes shee dan shai yang masih seri tunang ;p
(shai, tumpang curi gamba u ek)

iza pun ade ;) sheee, u look stunning =)

hehe ;p congrats again ek shee n e1 =)
wishing you a wonderful beginning, and love to last a lifetime (^^)v

shee, dai sayanggggg shee selalu, dan sampai bile2 =)

oklah,
i'm happyy \(^o^)/

dadada (' '.)/


Saturday, August 15, 2009

mari hilangkan lingkaran hitam


apa itu lingkaran hitam? atau kantung mata? atau eye bag?


lihat contoh gambar gadis di sebelah..
nampak x dot dot sempadan color putih tu?
nampak x bawah mata atas dot dot putih tu, tone color die sangat berbeza(kehitaman gitu) dengan tone color di bawah dot2 putih.. klik ar gambar tu bagi besar kalau rajin..

ok nampak dah kan
hik hik

mata gadis di atas jadi macam ni sebab macam2 sebab.. tapi disebabkan tajuk entry ini adalah Cara2 untuk hilangkan kantung mata, bukannye punca2 terjadinya kantung mata.. jadi x yah laa cite sangat kan hihi... yela2 baiklah2, salah satu puncanye ialah sebab tidur yang x menentu ;n ok? ;n

disebabkan menyampah habis dengan lingkaran hitam tersebut, dah rase macam tahap penuaan melampau.. mari kita hapuskan die... sila bace steps di bawah dengan diiringi lagu Lenka, ape2 lagu pun bole.. kasi mud sedikit.. hew~

STEP 1

beli Garnier Light-Brightening Eye Roll-on kat Watsons atau Gurdians atau kat mana2 laa.. dengan harga rm24.90..



STEP 2

sapu laa kat bawah kedua2 mata anda.. dengan gaya circular motion kat bawah mata.. lepas tu sambung dengan one stroke atas mata pulak..

ikut arah anak panah merah, ok


STEP 3

buat sekali lagi macam tadi jugak, tapi dalam arah yang bertentangan pulak k k k

eh tetibe model bertukar wajah ;n


STEP 4

last kali... just tap tap kat around mata tu dengan lembutnyee

sebenarnye, nak pakai jari pun bole ;p

ok siap!
mata pun dah fresh2 siket gituuu
dan dlm mase 14 hari, yang lingkaran hitam tu InsyaAllah makin cerah laa sedikit kann
dalam masa 21 hari pula, lingkaran hitam akan berkurangan sebanyak 11-12%..
nanti hari ke 21, aku tengok ek jadik ke x hihi (pakai pun skip2 ade hati 21 hari gitu;p)

ok lah, sekiannnnn
selamat mencubaa

dadada (' '.)/

oh p/s ku --> instructions ni amik kat youtube

Wednesday, August 12, 2009

singing the blues~

yeay dah pakaikan baju biru untuk lappy ku (^^)v


2 ketul biru untuk adik kelisaku ;)

oh ps ku --> so, siapa kata dd asyik color pink jek ;p


Tuesday, August 11, 2009

puteri buah peach melawat Istana Kellie

Assalammualaikum :)

korang penah pergi tak Kellie's Castle? yang dekat batu gajah, perak tu? yang duduk kat perak atau uitm perak musti pernah pergi kan ;p
ermm penah bace tak kesah di sebalik Kellie's Castle tu? hihi hari ni aku gugel pasal Kellie's Castle, dan sekarang aku nak share laa dengan korang kann ;p
hik dulu2 kat sekolah aku tak suke subjek sejarah, sekarang aku macam suke lak sejarah2 ni hehhehe..


Istana Kellie atau Kellie's Castle (sebutannye bukan kellie's castel ye, auchh) adalah istana zaman kolonial yang dibina antara 1909 hingga 1926 oleh seorang hartawan yang kaya raya dari Scotland, bernama Wiliam Kellie Smith. Kirenye Kellie ni datang dari Scotland tahun 1890, lepas tu die jumpe kawan kat Malaysia nama Alma Baker,dan jadilah rakan perniagaan die.

Tak lama kemudian, Kellie ni bawak isteri die, Agnes dari Scotland datang Malaysia, lepas lahirkan anak semua2, Kellie ni nak sangat binakan istana untuk isteri die, dan die mintak untuk bina istana ni atas tanah kawan die tadi yang juga pemilik estet, Alma Baker.

Petikan dari Utusan --> Sekiranya Taj Mahal dibina oleh Shah Jehan sebagai tanda cinta ke atas isterinya, Mumtaz Mahal, Istana Kellie juga dibina atas tujuan yang sama.Mahligai itu merupakan lambang cinta Smith kepada isterinya, Agnes yang turut berasal dari Scotland.

Kellie minat sangat dengan budaya Hindu, jadi die nak Kellie's Castle ni di bina mengikut rekabentuk India. Batu-bata, lantai dan tenaga kerja semuanya di bawak dari Madras, India.

Bangunan ni setinggi 6 tingkat, mempunyai 24 bilik dan sebuah terowong bawah tanah yang menghubungkan istana ni dengan kawasan estet berhampiran.. Selain itu, Istana Kellie merupakan yang pertama sekali menggunakan lif yang menghubungkan dari tingkat bawah ke tingkat paling atas, tapi sebenarnye lif tu tak sempat nak sampai ke Malaysia lagi. sebab pembinaannye tergendala... istana ni tak dapat disiapkan.. tragedi buruk berlaku.. pekerja2 nye diserang wabak Spanish flu yang merebak selepas Perang Dunia kat Europe.. ramai yang terkorban.. dicampur pula dengan Perang Dunia Kedua, dan akhirnye membantutkan usaha pembinaannya..

Tak lama kemudian, Kellie mati disebabkan penyakit Pneumonia, isteri nye sangat sedih dengan kematian suami tersayangnya, lalu mengemaskan barang2 nye dan pulang ke negara asalnye, Scotland.. sad ending huh.. Kellie's Castle pun dah dijual ke British Company, Harrisons and Crosfield.

Walaupun tidak sempat siap, Istana Kellie akan terus diingati sebagai legenda impian dan mahligai ni kini menjadi daya tarikan pelancong dan tempat bersejarah. Istana ini juga pernah digunakan dalam filem Anna and the King (ooo baru aku tau yo).

Disebalik istana yang berdiri kukuh ni, kisah-kisah misteri istana ini juga dijadikan tumpuan. sebab ade dikalangan penduduk di sekitar istana itu pernah melihat lembaga misteri di dalam dan sekitarnya. Penemuan ganjil menyerupai seekor beruang di batang pokok batai atau dagang juga menambahkan lagi misteri....




wohohoooo panjangnyee entry~~ ups kenape tibe2 aku cerita pasal Kellie's Castle yek? ;p

hee sebabb.. hari tu mase pergi ke kenduri kawanku, Sheereen di Batu Gajah, saya dan kuku singgah melawat Kellie's Castle ;)

nak masuk sini kene bayar 4 ringgit yo..



Kellie's Castle yang tersegam indah di atas bukit


dekat pintu masuk je, die dah letak artikel ni.. terus aku rase miysteryness~


kak tukang cerita pun mestilaa kene bergambar kan ;p
berbaju kenduri ke Kellie's Castle hehe
(uh uh mangsa bahu baju jatuh, letak span, lepas tu hasilnye bahu jadik lebar giler macam orang dulu2 wuwuwu)



waduhhh panas dong~~


sebelum masuk dalam istana tu.. kitorang jalan2 kat luar dulu.. lepas tu dari jauh dah ternampak pokok yang ade bentuk beruang tu..

nampak x beruang timbul kat pokok tu?

okie kasi close-up siket
ucapkan Subhanallah


lepas tu... kami pun menuju masuk ke dalam istana Kellie

pandangan istana dari sisi
**baru upload


he's my empangan ;p (bila situasi aku nak nanges je, kuku akan berkata ".... meh kite letak tangan bawah mata awak jadi empangan" hihi, elok2 aku nak nangis terus x jadi nanges sebab kelaka ;p hik hik)


koridor~

lepas tu nampak artikel ni..
huwarkkk!! ;O aku yang semangat2 nak masuk tadi terus luntur semangat wuuuu (o_o)

lepas tu, takut dah nak explore sangat.. tangkap gambar siket secara laju2.. wuu

bilek makan

ke bilek simpanan arak, bawah tanah... tapi sumpah aku takut nak turun ;p hihi tangkap gamba pun laju2.. lepas tu x berani tgk gambar ni malam2 hehe

pemandangan di luar Kellie's Castle


buat video klip jap lagu nasyid kontemporari ;p
hik hik

(gemuk dan lebarnye bahu ku~~ sob sob)


lepas tu aku memang dah x berani naik floor atas ke ape ke... berlegar2 kat bahagian luar je la hik..

hai nama saya khairi! hobi saya adalah menangkap gambar bunga

eh mane pulak pergi gambar bunga raya yang kuku tangkap tu ek.. aishhh..
erm nanti nak mintak kat kuku balik..

dan gambar terakhir..
video klip lagu nasyid kotemporari lagi
hik

ok laaa tu jer gambar2 yang rajin untuk di upload..dan sekian laah kesah Kellie's Castle dari kak tukang cerita.. hehe.. untuk gambar2 sheereen kawen, tunggu aku dapat gambar yang lawa2 dulu yuk..

oh~ inilah entry terpanjang yang penah aku hasilkan~ tapi aku suke entry ni :D


-puteri buah peach-

Putrajaya Floria 2009


heeeeeeee


xde laaaa

aku x pergi pun Putrajaya Floria 2009 ;P

kalau tajuk sekian2 x semestinyaa die nak cerita pasal die nak pergi sekian2 kan?? kan??

so kalau tajuk aku "Putrajaya Floria 2009" x semestinye aku dah pergi sana baru boleh letak tajuk "Putrajaya Floria 2009" kan kan..

dd, ape masalah ko? =n

(gedebuk gedebuk gedebuk, kene tumbuk laju2 dengan ramai orang)

okiee well ha'ah aku x pergi pun putrajaya floria 2009 walaupun aku suke bunge.. mase x mengizinkan lah.. kalau ade mase terlebih nak jek aku pergi hok hok

tapi tadi tertengok entry zida pulak dahh.. terus camm ermm~~~ errrmm~~ ermmm~~ hikk ;p

jadinyeeee aku nak update gambar2 yang aku pergi mase 2008 punye yo.. Putrajaya 2008 yo.. asyik terperam jek dalam laptop aku kan, meh sini kasik udara lebih siket kat gambar2 tersebut ;P

2008 yekk... okiee aku mengaku bahawasanya aku pergi bersama nek muni dan pak kuku yo..

huwaah matilaa aku kene "how dare u!" sebab letak gambar ni ;o
lariiii lariiiiii dari nek muni dan pak kuku


nak tengok gambar aku berbahagia bersama bunga2 tercinta x?

dup dap dup dap

taraaaa~~~~~ ;P

tolongggglah klik untuk besarkan dan melihat kebahagiaan ku^^
;P



duduk duduk ;P

rajin nyee nek muni ;p


percubaan kuku menangkap gambarku dari bawah bunga, tapi malangnya aku tersangatlah comot yo ;p



sebenarnye aku lebih suke bunge2 kat luar tu, tapi perhiasan2 yang kat dalam ni pun layan kan ajer ;)


okiee lastt..
munii wat ape tu~~ ;p


okie nak tido sudaaa, dadadada (' '.)/

-puteri buah peach ;) -

Thursday, August 6, 2009

smiling flower ;P

erm pagi tadi kan aku cam lemah2 jiwa dan raga sedikit kan ;P
lepas tu kat ofis pun cam xbanyak cakap..
cam malas2 jekk nak bersosial hik.. sampai ezan tegur "dd nape cam x semangat jek"..


ooh memang x semangat...

biaselaaa, ade musim2 tertentu, mud datang dan pergi hehehe ;P

kuku pun suruh aku minum kopi kasi cergas siket.. tp kate x de mud kan, x berusaha pun untuk mencari kopi ;P heheheh

tetibe tengaharii tu ade bunyik mms masuk... Pa pa pa pa~~~


bukak2... owww dari kuku..

bukak lagi..
hik..


tersenyum laaa jugak sayaaa ^^




*uh agak kijam di sini ;n




senyuuumm (^________^)

thanx awaaak ^o^


dadadada (^^.)/

-puteri buah peach-