Showing posts with label birthday kuku. Show all posts
Showing posts with label birthday kuku. Show all posts

Wednesday, August 18, 2010

berbuka puasa di Nando's



belanja kuku berbuka puasa di Nando's sempena birthday dia. pheww~~ akhirnya dapat jugak belanja makan, susahhhh gilerrrrr nak belanjaaa dia, xcaye tanye rina.. eh tetibe rina masuk topik ;p ..adeee jeeeee alasan diaa ishhhh. dah jauh hati jauh hati haaa baru laaaa nak terima ;p


muke orang puas hati dapat belanja tunang makan. ngeheee (grin)



muka orang yang takde perasaan dengan birthday sendiri ;p
kat fb pun letak tarikh besday tipu. puk!



kitorang datang Nando's pukul 6 petang. hehe giler awal. duk laa melepek kat situ sampai waktu berbuka. tapi xpe, ok macam ni, sebab kul 7:20 dorang dah bawak makanan letak kat meja. barulaa besss bole berbuka terus xyah tunggu lagi :D


so sementara tunggu waktu berbuka tu, kuku pegi edit2 kad kawen kitorang. orang kadkahwinku.com emel artwork softcopy smlm sebelum dicetak. so kitorang kene check bebetul laaaa sebelum diorang cetak.



tibalah masa berbuka puasa :D

saya punya.
1/4 chicken with meditteranean rice + old style chips. hehe suke sangat sebab kentang die lembut.




kuku punya.
1/4 chicken with mediterranean rice + peri chips.



dudu punye Banana Bonanza with Ice-cream.



Chocolate Mud Pie with Ice-cream. *xsempat ambil gamba, curi dari gugel
ganti kek untuk birthday kuku hehe.


urghh kenyang gilerr


awaaak, terima kasih bagi kite belanja awak makan^^

...


masa balik tu, kuku kata nak bagi something.

taraa~



erk. keliru aku. siapa punya besday ni? kenapa aku pulak yang dapat hadiah masa besday dia?
ahuk ahuk ahuk




Sunday, August 23, 2009

Japanese Village, Bukit Tinggi


mase pergi Bukit Tinggi hari tu, Japanese Village adalah tempat yang paling aku suke ;) rase nak datang lagi jekk lain kali ;p erm sedikit fakta tentang Japanese Village ni, cedok2 dari
sini


The Japanese Village at Berjaya Hills is the first of its kind outside Japan that is situated in an authentic Zen-like environment. It is set 3,500 feet above sea level among the lush rainforest hilltops. The serenity of the surroundings provide a certain calmness to all who visit as the cool air and calm ambience envelop the senses.

The spirit of Japanese culture flows along the scenic footpaths, pebbled garden, waterfalls, koi ponds and the rest stops within serene forest setting. The beauty of the Japanese Village is perhaps in the expert craftsmanship that was provided by renowned Japanese designers so that the authenticity is maintained. The garden was planned and designed by renowned Japanese architect, Mr Kaio Ariizumi and built by a team of 22 skilled craftsmen from Japan.

mase sampai2 jek kat KampungJepun ni, kite akan lalu footpaths yang panjang jugaklaa tapi x bosan, sebab kiri kanan scene die cantek hihi

sampailaaa jumpee "Koi Ponds" nii ;)



besar gak ikan2 jepun ni (yeke ikan jepun?), kadang2 meloncat tiba-tiba

ikan yang xde kawan2

tapi, air die x bape cantek sangat laa, x cukup terjaga kowtt

lepas tuuu, dekat2 dengan Koi Ponds ni, ade laa mini waterfalls, hik sukeeeee, sebab cantek pemandangan situu ;)


wohohoohoho ;D



okiee jalan2 lagii.. lepas tu whoaaaa jumpaaa Japanese Tea House :D
ku tertarik :D

lepas tu auntie jepun tu offer pakai kimono, tapi kene sewa 20 ringgit laa, aku pun naaaaakkk jeeee \(^o^)/ *hik besday siapa la ni ;n

gambar bawah ni mase auntie tu tulun pakaikan kimono, hoho


yang dah siap pakai kimono pulak .. taraaaa

ku memilih kimono purple, cantek tak ;)


waiting for someone~~
hik poyo di situ
adeh,kacau la beg bunge2 tu

gadis tembam jepun yang jatuh cinta dengan jejaka melayu
heeeee pang~
(at lasssttt ade gambar kuku! itupun sebab auntie jepun tu beriya2 nak tangkap gambar kitorang hik hik)

jalan langkah kicik-kicik

berhenti untuk bergambar hihi

luv this pic :D

:)

time ni, aku rase muka aku cam nenek jepun yang berdiri depan rumah nye sambil tunggu cucunya pulang, hoho~

okiee habes gambar verangan jadik gadis jepun yang memakai kimono :D jom teruskan perjalanan~

yang ini adalah waiting home.. erm aku pun xtau japanese waiting home tu apa, huhu x dapat nak bagi fakta, tapi dalam die kecik aje, ade tempat duduk siket.. mule2 dari jauh aku ingat kann toilet, hok hok

jalan lagi.. nampak Tatami Spa.. tapi kene book dulu baru bole masuk.. hoho xpelaa ;p

jalan lagi... nampak Ume Tatame Suite..


ini sebenarnyee rumah ala2 jepun.. so sesiapa yang teringin nak rase bagaimana rasanya tidur dalam rumah jepun, bole laa tempah.. rate die mahal gak xsilap aku, RM 2800 sekali dengan breakfast... waah (o_o) anda mahu? ;p

dalam die camni
hohoho~

ok laaa tu je kot kisah perjalanan ku di dalam Japanese Village :)
kisah Bukit Tinggi tamat di sini..

-the end-


selamat berpuasa tau korang :) jangan buat2 ter'makan ;p hihi

dadada (' '.)/


Botanical Garden, Bukit Tinggi


Botanical garden ni terletak jauh sedikit dari Colmar Tropicale tetapi dekat jek dengan Perkampungan Jepun (jap2, nanti aku update pasal perkampungan jepun ya ;p)..


sesiapa yang suke kehijauan dan bunge2, musti suke datang sini.. tapi akan kuciwa sedikit kot sebab daun daun dan bunga die macam banyak lubang2 laa, dah kene makan ulat ke ape.. hermm macam x terjaga siket.. kenapa yaaaa~~ perlukan pekerja tambahan kaa~~ meh saya volunteer hihi~

kehijauan~~ (photo atas ni di gugel di sini)

di sebalik daun2 (ikut aje laa cakap photographernyee ;p)

di sebalik bunga pulak, hik

mukee hepi^^v
haihh semua pun muka sendiri ;P
besday sapaaa la nii yek sebenarnye ;n


bunge pelik.. ke x pelik ek bagi korang? pu~

ermm sekejapan aje kami di Botanical Garden ni, sebab nampah path turun bawah nii, tapiii~~ cam x nampak orang pun turun bawah~~ ataupun diorang dah turun tapi dahh jauuuhhh ke sanee~~ x mo laa turun~~

gambar ini di ambil di sini

kitorang pun pata laa balik, tempat yg ramai orang siket hehe, sambung bergambar yee ;p

purple di tengah kehijauan.. bes gak buat wallpaper ni =) hew hew


lepas ni aku akan tunjuk Japanese Village pulak ;)
dadada (' '.)/

Saturday, August 22, 2009

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi

Colmar Tropicale terletak di Berjaya Hills, Bukit Tinggi.. ketinggiannye adalah 2.600 feet above sea level.. yang uniknya, adalah, Colmar Tropicale di inspirasikan oleh 16th Century Colmar Village di Alsace, France. Architecture nye yang sangat cantik, historically-design, dan hiasan2 yang digunakan dalam Colmar Tropicale ini akan menimbulkan European feel zaman dolu2 pada pengunjung2 ;)

kalau nak jalan2 kat sini memang best samada jalan sorang2, jalan dengan kawan, dengan kawan2 atau dengan family.. kalau stay sampai malam, lagi banyaklaa kan aktiviti yang ada macam lively street entertainment dan stage performances dari local dan foreign artistes.

ok sekarang jom bosan kan diri anda dengan melihat gambar2 gembira ku di sana.. hoo~~ jauh dari segala jenis kesibukan~~ sangat senang hati^^



jom masuk ;)

sangat hepiiii, tengok angsa ni^^ bersar lak tu hoho~ lepas tu tengok ikan n the gang berpusing2 dalam air, mereka happy saya pun happy^^

saya umur 25 tahun x penah menjejakkan kaki ke overseas~ heh
jadii haruslah bergambar poyo2 di sini ;p
cam kat luar negara punye street x? ;p
pangg~


mase tengah bergambar ni, suasana diiringi lagu soparno france, hik hik memang naik feel~ ;p

berminat betul dengan semua jenis tingkap kat sane ;) hihi

besarnyeeee :O

iyahhh yahhh jalan lagi, jalannn ;o

di sebalik tembok2


waaah memang hepi laa sayaa (^o^)
hok ni besday siapa sebenarnye ni ;n

gambar kuku? huk kuku x suke bergambar, gambar berdua pun susah nak dapat tau, tsk tsk..

oh secare kesimpulannye, aku suke jek Colmar Tropicale ni.. tapi kuku cam x berape minat ;p ho ho~ aku lak cam berminat jek nak bermalam kat sini nex time dengan family, dan amik feel french di waktu2 malam hehe.. ini contoh bilek yang aku gugel, oh sangat ceria kann


hehe ^^v

birthday kuku

hepi besday to kuku (17 ogos) :D

erm tahun ni, aku x de belanja makan ke apee..
tp pujuk2 kuku untuk pegi ke bukit tinggi hehe.. (dah dekat setengah tahun kot aku ajak)
mule2 dulu kuku refused "ishh tak naklaa bawak anak dara org jauh2"
lepas tu, baru2 ni aku menyanyi2 lagi kat telinga die, last2 baru die cam "awak nak g ke"..
he he he cam besday aku pulak ;p hik hik

mak bagi pergi, mak kate "dekat je tu, ma dulu pun penah sampai tapi x masuk, siap pata balik ke kl sebab ayah kata mahal masuk kene bayar 10 ringgit"
hek hek ;p
"tapi jangan bermalam kat sana tauuu"
of course ma, kami bukan pasangan berkahwin, kami berkawan saja ;n
"jangan balik malam"
bisa di atur :D

dan akhirnyee, memang sekajapan je pun kitorang pergi.. bertolak pukul 10++ pagi, pukul 1++ kitorang balik, kul 2++ da sampai KL dah, tengah pening nak tengok movie ape hew hew hew

bukit tinggi, bentong tu adalah 45 minit saja dari gombak ;) tapi jadik sejam sebab kitorang mencari perkampungan jepun dulu hihi

best pergi weekdays, ramai orang jugak tetapi tidak crowded seperti hari wikend ;)


makanan yang di bawa adalah x banyak, (kalau aku bangun lagi awal mungkin la kot aku bole masak lagi banyak2 hik2, mungkin ;p) tapi sangat seronok tengok makanan licin botak cin (^o^)v

sandwich sardin yang diletakkan kentang (aku kan giler kentang ;p)


yeay licinnn \(^^)/


macaroni goreng, first time aku buat seumur hidup aku.. sekali banyak pulak tu ;p pastu ma ngan ayah pelik jekk apokomondo laa mende yang pendek dan berlubang2 ni, hik hik

yeay licin jugakk \(^^)/ sejuk hati noks~ ;p

kek lapis coklat untuk kuku.. tp x berapa nak jadik lapis sebab x berapa melekat antara layer ke layer lain ;p pastu nak tiru kek mak hanis zalikha yang ade coklat parut yang cantek... aku xtau camne kejadahnye nak dapatkan coklat parut itu, lalu aku parut coklat Vochelle kat pemarut kelapa, sob sob (T_T) tuh yang cam buruk jek parutan atas coklat tu

kali ni x licin, tapi kuku bawak kek balik umah laa =)
hee

nanti aku sambung update lg k ;)
dadada (' '.)/

oh p/s ku --> to shai n ciare .. wishing you both a very happy birthday.. may life bring u all the joy n happiness.. sayang kamu ;)