Showing posts with label kawan matrik. Show all posts
Showing posts with label kawan matrik. Show all posts

Tuesday, February 23, 2010

perkahwinan norfairuz aina dan afandi


note : sengaje buat tajuk begini sebab semalam keywords org jumpe blog aku adalah "perkahwinan norfairuz aina dan afandi", "perkahwinan pemenang gerbang cinta utusan", "gambar perkahwinan pemenang gerbang cinta" bla blaaaa blaaa...
ooh kepada pembuat keywords tersebut~ hampa tak, tak jumpa apa2 di blog ku semalam? ;p ihikkk


8:00 malam : ketibaan tetamu

tetapi aku dan mak sampai pukul 8:10 malam.. sebab solat Maghrib dulu, mekap2 siket siap2 siket hehe jadiklaa lambat siket... bila sampai dan masuk Kampung Pengantin tu, mak aihhh dah ramai dahh... dapatlaaa kau duduk nunnn meja kat belakang... aku dan mak conquer 1 meja 8 org jadik 2 orang hehe.. dah kate xde gang ;p oh yaa, aku pergi dengan mak, tak pergi dengan kuku di atas sebab2 yang tak dapat dielakkan hehe... pangg diri sendiri~ yang last minute tengok kad kawen baru tau majlis start pukul 8 malam ;p mati2 aku ingat pukul 12 tengahari cam kenduri2 yang selalu pergi tu ;P uhuk uhuk.. alaaa takpelaa, lagipun mak memang kenal Aina.. kata se'roommate hehe



sementara tunggu majlis start, buat semua kerusi dan meja macam sendiri2 punya. main tukar2 tempat duduk untuk tangkap gambar sendiri haha, gedik dan kesiannye main sorang2 (T_T)


penaja-penaja


mak saya




tengah2 snap sana snap sini, tiba2 ada one girl ni tegur

"awak matrikulasi melaka kan?"
"ha'ah"
"haa patutlaa cam kenal.. awak roommate aina kan?"
"ha'ah ha'ah hihihi awak matrik melaka gak ke?"
"ha'ah satu praktikum dengan Aina.. alaa saya selalu borak2 dengan aina tepi tangga blok tu, awak tak perasan ek?"
"eheeeee ;P datang dengan siapa?"
"dengan adik.. tu haaa"


hah lepas tu sampai ke habes majlis laa aku gang dengan dorang 2 beradik ni... walaupun tak kenal tapi cepat je mesra ;D meja 8 0rg tadi kini milik 4 orang, boleh habes ke lauk2 ni kitorang makan? ;n


nama kawan baru saya, zaf
pssst, sebenarnye aku mekap, tapi tak nampak cam mekap ek? uhuk dd, cuba lagi!


8:20 malam : Ketibaan Tetamu Kehormat.. alaaa Yusof Haslam jek ;n

8:25 malam : nampak Aina muncul kat stage belakang


Ainaaa ainaaa~~~~~~

waah ni untung ni duduk belakang :D

tuan puteri turun tangga


menuju ke tuan putera ^^


kasi close up siket.. cun ah baju aina~ rugi kamera aku tak lawa.. dah laa minah ni memang lawa


8:30 malam : ketibaan pengantin lelaki


huhu lepas tu, apa2 yang jadi kat depan tu, haram aku tak nampak apa2 dah.. sob sob... dorang duduk atas pelamin pun aku tak nampak, sob sob lagi...

8:40 malam : Bacaan doa

8:50 malam : Persembahan Tarian dari Rin Dancers.... tak nampak tak nampak~~ lalalala~~~

09:00 : upacara merenjis.. tak nampak tak nampak~~ lalalala~~

09:15 malam :makan time :D sambil2 tu tengok tayangan slide, gambar2 masa Aina dan fandi diijabkabulkan kat Batu Pahat ;)

lepas tu Rin Dancers menari lagi~ tak nampak tak nampak~ lalala~

ucapan dari adik pengantin lelaki...

09:40 malam : Upacara memotong wajik.. tak nampak tak nampak (-_-") padan muka datang lambat lagik ~(''_)~

09:50 malam : ucapan dari pengantin

10:00 malam (lebih kurang laaa) : majlis bersuraiii...

ramai bertolak balik.. tapi sebab dah janji dengan Aina aku akan tunggu untuk ambil gambar, aku pun tunggu laaa.. walaupun dok tengok penaja2 nak ambil gambar dengan pengantin, wartawan2 nak temuramah pengantin, aku tetapp setia menunggu jugakkk~~~ demi kawan oohhh demi kawann~~~


at last! phewww~ (zaf, fandi, aina dan si muka gemuk)

kamera tak cantek (T_T)



kepada sahabatku Aina, Selamat menempuh chapter hidup yang baru =) hepi 4 u dear, and congrats on your beautiful wedding :) grand sangat~ .. Afandi jaga Aina leklok k..daaa~


note 1 : aku suka dewan yang berbumbung tetapi tak ada dinding kiri kanan, macam Kampung Pengantin.. takdelaa terperap, and angin boleh masuk, suka sangat dewan yang berbumbung tapi takde dinding kiri kanan, eh pangg~ kenapa aku ulang balik ayat ni, puksi puksi

note 2 : Kampung Pengantin lawa di waktu malam dan bahagian dalam jek.. kalu tengok dari luar, macam kilang laa hehehe lariikkk~~ kene kejar dengan penaja~ larikk~

note 3 : aku rasa, perkahwinan aina menggunakan konsep ala2 jawa laaa, kalau tengok rekabentuk backdrop dan pelamin (sori tak ada gambar penuh pelamin hehe)

eh haaa ada, sumber dari utusan

dadada (^^_)/

Sunday, February 21, 2010

pagi ahad yang tenang


pagi ni bangun tidur, ma ayah tengah sebok2 bersiap nak turun ada meeting persatuan, wakil rakyat datang.. tapi ayah bersiap macam anak dara, keringkan rambut laa apa laaa,ma dah bebel2 dahhh sebab dah pukul 9:30 pagi
meeting pukul 9:30 ;p ... masa diorang tengah kelam kabut tu kuku sampai rumah sebab kitorang nak sarapan bersama2 hari ni hehe...

ma to kuku : "jauh datang nak sarapan?"

haha!

ooh kenapa tajuk ni "pagi ahad yang tenang" tapi suasana sebenar adalah kelam kelibut? sebab.. kelam kabut ma ayah ku adalah ketenangan bagi ku^^ hew hew hew~ apa2 je lahh yang berkaitan dengan ma ayah, adalah ketenangan bagiku hehehe pangg~~~ maksudnyaa dimana2 aku berada samada di rumah atau kat mana2 lahh, kalau kite di samping orang tersayang, memang tak ada apa yang nak dirisaukan.. tenang jek.. walaupun ribut taufan melanda pun, rasa selamat jek... faham x faham x? aku pun tak reti nak sampaikan apa yang aku rasa, faham2 kan ajelahh eh ;p hehe


sarapan dengan kuku dekat kedai nasik lemak sebelah masjid taman melati... ciare tau kan kan kan kat mana kan kan ;p haha

dah sarapan2 semua, aku pun masuk rumah laaa, bersiap sedia nak bertolak ke bentong kejap lagi... kuku lak dah janji dengan aya nak pergi celebrate besday Abdullah Hasan.. sori laaaa aya, aku memang tak dapat join, aku kena pergi bentong laaa... ada hal penting siket hoho..

okielaaaa, nak bersiap2 ni, kejap lagi mesti ma ayah abes meeting..
oh ya, kelmarin aku buat entry tak kan boleh online weekend kan? haiyaaa cakap talak selupa bikin lorr... yok yok ooooo cakap "jumpa hari isnin di internet", last2 hari ni aku online pulak, haha... kaf lam ya nga tul.... nanti lepas balik dari bentong, baru aku buat entry "kenapa saya boleh online" ek? ;p

dadada (^^)/


kunci mobil dd dan kunci moto kuku..

hehe teringat kat bandung, aku nak kasik keychain ni kat kuku tapi tak nak kuku tau... last2 aku mintak tulun ezan ;p

time ni orang keychain tu tengah nak tulis "ini kunci motor" atas keychain tu..

kuku : ezan nak bagi siapa tu?
ezan : ezan nak bagi keychain ni kat ayah ezan


haha! lepas tu surprise tu sangat menjadi sebab kuku mati2 ingat keychain tu untuk ayah ezzan. hew hew.. saya sangat rindukan moments di bandung^^

Tuesday, December 1, 2009

tahniah my friend :)


erm aku masih di ofis ni, busy membuat test scripts yang aku paling nyampah ni *berani ko merungut wahai dd dudu..
ye arrr, aku prefer buat programming dari mende alah test scripts ni, nyampah nyampahhhhhhhh ('O') *menjerit sekuat hati


puk, aku bukan nak cakap pasal kenyampahan ku pada test scripts sebenarnye.. nak cerita pasal lain.. tadi kan mase tengah buat test script yang aku x suke ni kan... nyampahnyeee buat test script ('O') *menjerit sekuat hati
PANGGGGGGGGGG~~ ko ni tadi kate nak cite bende lain, tapi cite nyampah kat test script jugak!!

uhuk uhuk berterabur gigi aku kene pangg..


ok ok serius, tadi kann.. mase tengah buat test script yang aku nyampah ni kan ;p

hihi, my friend aina call... (aina mana? klik link ni)

"yaanaa~~ result dah keluar.. cubeee tekaaaaa~

"ainaa menang keeee??!!!"

"ha ahhh aina menang, orang tu call tadi hehe"

"omg! aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~~~~" menjerit kecil2an sebab dalam ofis lagi

"hehehe"

"tahniah ainaaa tahniah tahniah!!"
"thanx yanaaaa"

"tapi hari tu undian, kite tengok aina nombor dua!"

"juri campurkan markah interview dengan yang lain2, hihi"
"laaa yekeeee, tahniah aina tahniahhh!! besnyeee kahwen sponsor"

"hehe.. nanti yana tengok laaa keluar paper utusan nanti"

"huwaaa glemer dah kawan aku ni"

"alaaa yanaa ni"


hihi, tahniah ye to my friend, aina yang memenangi Peraduan Gerbang Cinta Mega Utusan :) muahhxx~

pheww sambung balik buat test scripts yang aku nyampah ni ;n arghhh~


oh p/s ku --> yana? macam pelik kan nama ku dipanggil sebegitu rupa ;p dalam dunia ni, ade 4 orang jek yang panggil aku yana.. mak saya dan room mate dekat matrik melaka (aina, naz dan nana).. hari pertama aku kenalkan nama ku diana, tapi diorang tetap nak panggil aku yana kui kui kui

Friday, November 13, 2009

Peraduan Gerbang Cinta Mega Utusan


asyik cerita pasal Bandung jek, meh selingan dengan iklan kejap ;p

entry ini akan melekat sehingga hari jumaat ni tauu ;)

ok mule2... korang klik laa link ini :)

selepas itu korang vote laa kawan saya ni :D

vote for Afandi Isa & Nurfairuz Aina Kohar

kenapa saya suruh vote mereka?

sebab Aina ni roommate, soulmate dan kawan baik saya kat matrik melaka, dan masih bercontact2 sehingga sekarang :D

Aina dan fandi ni dah bercinta 7 tahun dah.. sejak dari matrik lagi..
saya paling ingat percintaan mereka ni, sebab Aina ni keras hati siket.. fandi ni lakk minat kat Aina... macam2 cara laaaa die buat untuk pikat si Aina ni sampai tahap Aina menyampah dah kat fandi.. bile Aina cerita menyampah2, sampai dengan aku2 sekali ikut menyampah hahaha, sorii fandi ;p

tup tup dengan keromantikan yang di miliki oleh fandi ni, aku perasan Aina slow2 menerima cinta fandi.. so suwiitt~~ macam dalam cerita hindustan dah ni ;p hek hek

untuk cerita selebihnyaa biarlah tuan punyaa badan bercerita kan... korang klik kat link diari peserta.. lepas tu dekat website tu jugak korang boleh tengok video camne Aina di terjah untuk diberitahu die adalah finalis Peraduan Gerbang Cinta ni hehe..

setelah 7 tahun bercinta, diorang nak mengakhiri hubungan dengan ikatan sah perkahwinan.. jadiii, jom kite vote mereka beramai2, untung2 perkahwinan mereka di taja :D oh oh kalau mereka menang, habuan berupa tajaan perkahwinan bernilai RM150,000 bagi pemenang tempat pertama.. hebat!! apa salahnyaa kalau kite beramai2 support kawan saya ni kan? saya mustilahh support my Aina^^

hehehe nahh, gambar lama saya dan Aina kat matrik ;p

jangann lupaa vote for Afandi Isa & Nurfairuz Aina Kohar (^_^) (^_^)