Wednesday, March 31, 2010

errkk?


Anonymous said...

i ada blogspot tapi i tak tau macam mana nak tarik followers masuk dlm blogspot i. can nee ekk?boleh ajar tak. Step by step tau...coz i ni kuren pandai bab2 ni.chaiyaooo!!


erkkk? adik ni
eh adik ke? sukati aku jek cam salah orang jek untuk dituju soalan ;P blog My Secret Garden ni berapa ketul jekk follower nyee dikk~~ xsampai 100 orang pun, hew hew hew~

lagipun kite x pernah pulak berkempen mempromosikan blog untuk menaikkan follower.. mereka yg follow blog ni sume ikhlas2 belaka, eheheheeeee

tapii~ kalau adik nak jugak jawapan, saya bagi rujukan je laa boleh? klik sini, tips dari hanis zalikha. harap membantu =)

dadada (^^.)/


note : ke aku salah faham dengan soalan ek?


wedding theme - white and peach


saya kan puteri buah peach? jadii, mestilahh nak pertimbangkan ada color peach dalam perkahwinan saya nanti :D
heeewheeew gewdixnye ~(^-^)~

;P

suwitnyee kasut kawen inii~~
nakk~~
*pitam kejap




putih + peach.. suwit nyeee~~
*pengsan
berkali-kali







simple door gift box - white, peach



huhu semua tema pun cantek2 =)
masih tak tau nak jawab apa kat ma :P

**tapi hati macam dah sangat tertawan dengan color putih + peach ;P tapi tak jumpela contoh baju lace putih + peach, ada sesiapa yang pernah nampak tak?
pleasee pleaseee bagi saya url nyee pleaseee ~(^,^)~



note : ehem ehem, kuku lak suka baju kawen color putih + gold.. hehe tetiba :P



Tuesday, March 30, 2010

wedding theme - white and silver


calon kedua tema feveret ku adalah, tema putih + silver :D


salah seorang kawan baik ku iaitu
miss R, akan menggunakan tema ni untuk perkahwinan dia bulan 6 ni, di belah laki.. hehe takpe ke miss R tiba-tiba aku reveal tema color wedding korang ni? walaupun x letak nama penuh ;p.. kalau tak boleh, aku delete laah kejap lagi ek
padahal orang dah baca dah haha

tapi saya tak sure pulak, diorang akan guna putih+silver ke atau silver sahaja ek? lupa pulak nak tanya hari tu, hoho..


yang pastinyaaa, putih + silver, bagi saya kombinasi 2 color itu sangat cantek dan nampak mewah dan jugak berseri2 =)
kek putih + silver


hari tu, masa kawan puteri 7 saya kahwin, iaitu ja, dia juga menggunakan tema color yang ada sentuhan silver..

pengantin putih, pelamin warna silver. berseri2 =)


simple jek :)

motip loceng? hehe





trend ke door gift bagi bentuk kerusi?

*eh jangan ingat aku berminat nak bagi doorgift cam kat atas ni lak, haha saje je tepek..


hantaran silver, wahh~~


kembar ekin ;p
tengok pada bajunya dan veil nya, nice :)



apakah lagi 1 tema color yang saya sedang pertimbangkan untuk perkahwinan saya nanti?? teka teka, lagi satu peluang :D siapa dapat teka, memang kawan saya lah :D haha


wedding theme - white and soft purple/lavender/lilac


Blogger mun-e said...

aku teka :
1- pink putih
2- pink purple
3- pink biru

haha motif sume ade pink?? :P

oh ya aku nak bagitau tema pilihan ku ialah pink coklat okay~ sila pilih tema lain, harap maklum ;P

March 29, 2010 8:46 PM



muni :'D


ko ni langsung tak amik jawapan selamat :'D
habes kalau jawapan pink salah, habes rosak semuaaa jawapan ko, hik hik
salah salah salah
tiga-tiga adalah salah ;p
dan jangan risau, pink coklat ko selamat, ngeeeeeeee


tiqah, kaklong,lina dan kak marina, jawapan purple korang di comment saya menghampiri jawapan sebenar~ cuma errrrrrr kurang color putih jek ;p


jawapan yang sebenar adalah adalah tema putih + purple lembut atau lilac atau lavender.. mana2 laah yang nampak macam purple lembut ;)


color putih tetap ada yo ;P hik2

hik2
di alam nyata, saya memang sangat suka color purple selain pink dan putih.. banyak juga barang saya berwarna purple.. baju dan tudung pun banyak purple.. saya terfikir, mesti cantekkan kalau masa kawen nanti saya mainkan color putih dengan sedikit sentuhan purple? ^_^

hik hik...

jom tengok apa yang saya dah gugel..

nice~



baju putih + sedikit purple, dari Rumah Kebaya



lawanyaa..
*pengsan




simple white-purple doorgift



white + lilac

baju pengantin tu boleh tahan gak ek, tp macam color lavender gelap kot
dari Ahmad Fairuz Photography

sori laa bro, bro x allow save image, tp saya print screen, tapi saya dah kredit kat bro


entry seterusnyaaa wedding theme gabungan putih dengan apa pulak ya yang saya sedang pertimbangkan (^_^) tunggu~~


Monday, March 29, 2010

wedding theme - all white


tiqah teka color purple or pink

kaklong lak teke color soft pink atau cream

ermm ermmm

tapi jawapannya adalahhhh~~~~

jeng jengg~~~ lihat pada tajuk, ngeeeeeee :D


untuk wedding theme color, memang saya tak pernah berbelah bahagi dari dahulu kala... saya memang nak putih... nikah warna putih, kenduri belah saya warna putih, kenduri belah pengantin laki pun warna putih eh suke hati jek kan? larii~ .. haaa amik ko, sume putih aku nak ;p hew hew hew...

ermm tak ade sebab yang spesifik.. cuma saya memang sangat suke putih untuk perkahwinan, itu sahaja =) kredit to kaklong sebab dapat teke saya akan amik color2 lembut hehe...



tapi kann, bila tengok kawan-kawan saya yang dah kawen, yang tak guna tema color putih, semua lawa-lawa jek saya tengok.. hik hik suka sangat tengok diorang bermain dengan color... love it!! cuma diri saya sendiri je lahh, nak jugak putih, hehe....

dalam banyak kawan2 saya, saya perasan sorang kawan saya yang buat tema putih untuk semua belah... kawanku itu ialah sheereen... shee, taste kite sama laa ~(^_^)~

omg! sungguh stunning bukannn~~
oh whiteee~~


kat bawah ni hasil gugel.. sori x buat kredit, sebab main gugel jek


kad kahwin putih~ amboi gedabak giler riben~
tapi aku suka kad kawen warna putih yang simpel jek sebenarnya~ =)



pelamin serba putih~



simple white door gift



kaya tak kalau aku bagi door gift sebesar ni, hahaa gilakk


eh dato' ct? hehe


tetapi sebenarnyaa, ada 3 theme color yang saya masih pertimbangkan... eh eh tadi kata tak berbelah bahagi memang nak putih :D haha tapi yang sebenarnya sampai sekarang ma tanya nak tema apa, saya tak dapat bagi jawapan muktamad lagi... saya memang dah jawab nak putih, tapi saya suruh ma hold kejap dengan jawapan saya tu... saya taknak reject terus color-color lain... masih nak berfikir dan survey, demi yang terbaik =)


cuba teka apakah lagi 3 theme color yang saya sedang pertimbangkan? :D cube teke sebelum next entry dipublishkan :D siapa dapat jawab, saya klik nuffnang dia banyak2 kali, hew hew hew


my dream wedding - alam semulajadi



dream wedding? ahaaaa, adakah terlalu awal untuk aku membicarakan topik ini? hrmm sedangkan saya akan kawen dalam masa 8 bulan lagi.. hihi but time flies so fast rite? tik tok tik tok tik tok~

sebenarnya kannn.. dream wedding saya sejak dahulu kala lagi, saya memang nak kahwin dalam keadaan alam semulajadi.. beberapa orang kawan saya tau yang saya tak akan kawen dalam dewan atau apa-apa tempat yang tertutup.. hehe saya suka outdoor.. even kawan2 baru kat ukm pun dah makin mengenali saya, yang kalau makan, saya tak suka duduk bahagian dalam ;p saya akan carik jugak meja yang dekat luar, panas pun panas lahh~~ sebab saya lebih suka matahari, berbanding terperap di dalam satu tempat tertutup dan segala jenis bau mak nenek lauk atau bau2an lain akan di hasilkan dalam keadaan tertutup itu, hehe... padahal kat luar ada orang smoking, lagi teruk kan? tapi saya selalu terfikir, kalau ada orang ter'merokok kat dalam tempat tertutup, mau lemas sayaa asap tak keluar2, hok hok... saya rimas, saya lemas...

tapi bergantung pada keadaan jugaklaah, kalau tempat makan outdoor tu sebelah pembinaan bangunan atau sebelah jalan raya yang asap kereta berkepul2 atau sebelah longkang busuk, agak2laahh, saya pun tak nakkkk, lari dulu, har har har... kalau tempat makan yang ber'aircond yang melarang orang hisap rokok dalam tu pun ok bagi saya, tak de masalah pun sebenarnya =)

even kalau datang pagi2 ke ofis kannn, instead ambil jalan utama ke UKM, saya lebih suka lalu jalan Bangi lama yang dekat2 Teras Jernang, lalu pusing2 kat sebelah hutan, jauh pun jauh lah, tapi sangat mendamaikan tiap-tiap pagi2 lalu kawasan semulajadi yang hijau-hijau (^_^)


ok berbalik pada kisah dream wedding.. erm tapi terpulang lah pada individu masing2... saya pergi kenduri orang lain yang kat dewan pun ok jek,tak ada masalah.. saya suka, saya adore... tapi saya ni je haa yang pelik, tak mau buat dalam dewan padahal lebih senang dalam dewan... kan? =)


1) ok pernah berangan nak kawen di tepian pantai, seperti begini..

oh sungguh nyaman~
lepas tu angin kuat, habis terbang veil ;p hik2



alaaa letak gambar contoh pantai je, jangan risau saya tau laah ini bukan kenduri orang kita:)



tapi kan, mana pulak aku nak cekauu pantai kat KL ni oiitt~~ haha..


2) pernah juga rasa ingin berkahwin di taman..



dan saya pernah berurusan dengan seorang kakak tu, dia wedding planner untuk Taman Botani.. saya sangat berminat, sebab boleh dapat pakej garden-wedding yang tak sampai 20,000... murah bukan untuk garden wedding? lalu saya mengadakan perbincangan super serius dengan keluargaku dan juga dengan kheri... diorang ok je, tapi melalui perbincangan itu juga, setelah bincang betul2 dan fikir logik itu ini, hrmm saya tak meneruskan niat saya itu.. sebab pakej 19,000 tu itu tak termasuk photographer, kad kawen, door gift dan benda2 kecik yang lain... dan dalam pakej 19,000 itu jugak ada benda2 yang saya tak perlukan.. boleh je nak berunding dan buang2 apa yang saya taknak dalam pakej tu, tapi tak apalah.. kena fikir kerugian kita, dan juga kene fikir kesenangan orang ramai, jiran tetangga yang nak datang majlis kita jugak kan =) lagi pun selagi ada cara untuk cut costs, kite stay pada cara itu, untuk lebih jimat kan kan?... huhu serius, dalam bab2 ni, saya memang kena gunakan akal, tak boleh gunakan hati sangat, winkkk^^



3) pernah jugak teringin nak kawen dekat FRIM, macam maya karin kawen.. waah wahh memang semulajadi sungguh~~~

waahh kehijauan nya ~(^_^)~
mau aku takmo balik kalau kawen kat sini, hihi..


tapi dah korek2 dah tanya sewa tapak FRIM berapa, oh agak mahal~ sampai saya lupa berapa harganya, hik hik saya ingat 'mahal' jek sampai tak mau save harganya dalam minda ku ;p siu siu siu~~

sudahnya? saya kahwin di rumah aja karang.. pasang beberapa buah kanopi, haaaaa outdoor dah laa tu ;P jimat pun jimat, hik hik..


next entry, saya mau cerita pasal color feveret ku untuk wedding theme.. stay tune yo ;)


Friday, March 26, 2010

someone's watching over me


semalam kan episod akhir cerita Siong. memang aku nak sangat balik awal. nak tau siapa lagi sorang pembunuh aka siong yang bunuh 2 orang selain si Tajul Zamani tu.


pukul 6:20 petang dah kemas2 nak balik dah. tapi biasalah, bila aku nak cepat ada je perkara malang berlaku (T_T) malas nak cerita.. akhirnya dalam pukul 7 malam baru aku dapat gerak bersama kelisaku (T_T) ni nak kejar pukul 8:30 malam ni, TV9...

sekali, dang!!! jem gilerr... kaki ku sakit menekan2 brek kereta yang jalan siput2 macam siput sakit perut.. jem yang amat sangat dari sungai besi sampai ke atas siket dari muzeum negara.. tak tau lah pahal tah.. selalu ok jek, 50 minit aku dah sampai rumah.. tapi semalam 2 jam aku stuck dalam jalan raya, uwaaa... siong dah separuh tinggalkan aku, uwaaaa...

mak aih, panjangnya mukadimah.. sebenarnya nak cakap, masa tengah duduk melayan jem tu kan, dalam otak aku terngiang2 satu lagu.. tiba-tiba aja... mulut aku humming ikut suara yang terngiang2 tu.. "hm hm hmmm hmm hmmm ~ hm hm hmm hmm hmmm~~"

apalah lagu yang aku duk humming tu.. aku sangat lupa lirik dia.. tapi lama2 tu aku teringat oh yaa! lagu video klip yang aku sangat suka tengok masa zaman belajar dulu.. cerita Raise Your Voice yang Hillary Duff nyanyi.. yeyyy dah ingatt!!! ni video klip feveret ni dulu2 , asyik duk play je kat hostel zaman belajar dolu2.. huhu

so tadi sampai terus youtube.. rindu sangat dah dengan lagu tu dengan rindu nak tengok video klip tu.. huh ada jek video tu dalam Komputer kat rumah, tapi Komputer tu dah selamat aku sorokkan di bawah katil.. sekian terima kasih..


so ini dia, taraaa~~~






Hillary Duff sangat kiut dalam klip ni kan.lagu ni dia nyanyi untuk adik dia yang kemalangan dalam cerita tu. cerita ni pasal dia tipu ayah dia, konon2 dia duduk rumah makcik kat satu tempat tu, sedangkan dia pergi masuk sekolah art ke nyanyi ke apentah.. dia suke menyanyi... hoho..


oklah, kesimpulannya, ending cerita Siong entah hape2, apaaaraaaa.. cerita punyalah best, sekali ending macam haprak.. puk.. sia-sia je..


-si penulis-

So I won't give up
No I won't break down
Sooner than it seems life turns around
And I will be strong
Even if it all goes wrong
When I'm standing in the dark I'll still believe
Someone's watching over me
~

hm hm hmm hmm hmmm~
hm hm hmm hmm hmmmm~
hm hm hm hm hm hm hm hm hm hm hmmm~
hm hm hm hm hmmm~~
hm hm hm hm hm hmm~
hm hm hm hm hm hm hm hm hm hmm~
hm hm hm hm hm hmm hmm hmmm~



Thursday, March 25, 2010

google translate, huhu kelakar


selalu saya perasan keywords kat nuffnang "littleflowerfarm" paling banyak... siapa lah yang gugel littleflowerfarm ek? jadik, saya pun cuba-cuba lah gugel littleflowerfarm sendiri nak tengok apa jadi.


dan tiba-tiba saya gatal pergi klik "Translate this page".

selepas itu, saya pun berkerut2 membaca, blog saya dah ditranslate jadik omputih celup, huhu.



siap ko translate ---> ready ko

loyar buruk translate ---> evil loyar

huhu kelakar.



asal jumpa translate ----> original jumpa

lepas ni leh la cakap dengan kawan.

"original ko tak tunggu aku hah?"




kesiannya kuku dah jadik ---> nails. eh memangla, pang~

huhu





nails ada rambut? huhu kelakar. nails korang ada rambut tak? huhu





ni kalau jawab karangan bahasa inggeris macam ni, mesti dapat D dah ni.
huhu





ketam mengajar anaknya berjalan translate ---->
crabs who teaches his children to run~

huhu.



huhu sorrylah, cerita dengan tanpa perasaan. tak ada mood ni. hhuuhu. nak kelakar pun terus tak ada perasaan. huhu

oklah back to work.. bye.. selamat tinggal..
huhu lagi...



Tuesday, March 23, 2010

workstation korang yang mana satu?


tadi godek2 thumb drive terjumpa 1 folder workstation yang aku duk gugel2 dulu. hehe hobi saya adalah menggoogle gambar ye. lepas itu kumpul, lepas itu save, lepas tu tak buat apa2 ;P saje je hehe..


so di waktu petang begini, teringin pulak aku nak menge'share folder workstation ku.

ahahahaaa sungguh kera sumbang kalau meja kerja begini di ofis ;P


aku suka buat kerja mengadap tingkap macam ni. atau tepi tingkap, xkesah lah. tapi yang realitinya, aku tak sebertuah begitu. uhuk


best gak workstation begini. leh curik2 tidur ;p oh pleasee~~ lebih2 lagi untuk aku yang selalu mengantuk pukul 10 pagi sampai 12 tengahari kat ofis ;P hik hik teringat kat oas dulu, aku selalu tidur waktu2 macam ni. kat ukm x berani lah, haha.


eh, tidur macam ni better kot ;P buat2 macam tengah nak baca dokumen. hek hek


biasa aja.


nak jadik doktor gigi tak kesampaian. so jadik lah programmer berkerusikan ala-ala doktor gigi ;P



comel gak.


serba putih. saya suka putih.


boleh buat kerja sambil jongkang jongkit kah?


ni kalau ofis tengah buat renovation, ok gak lah workstation ni eeheee


kalau mende alah ni boleh berjalan, ok gak kan? senang nak tanye soalan programming kat ofismet lain ;p


wohh hebattt.. kagum ah!


apasal laa banyak sangat design yang macam ni. penat mak~

kesiannya hihi.

sakit pinggang aku, adeh adeh.

membuat kerja sambil berjalan mengeluarkan peluh pun boleh :'D


ada kebarangkalian ni pekerja mati dihimpap buku2. hik


ok tu je, bye bye. terima kasih kerana sudi membazirkan masa bersama saya. haha

note : aku lapar. tengah kunyah keropok keping2 bawak dari rumah. tapi ofis sunyi sangat. rasa malu sangat mengunyah keropok, rasa macam 1 ofis dengar jek wuwu. tapi lapar~~ makan satu je lah dulu~ uhuk