Wednesday, April 28, 2010

mereka sudah pakai pin dd dudu :D


mereka + saya sudah pakai pin dd dudu. anda bila lagi?


;P


terima kasih kawan2 :D



makasih kat yuyu jugak sebab buat entry pasal pin dd dudu walaupun entry tu share dengan kisah ko main squash ;p kui kui


pembaca nak beli pin dd dudu tak? boleh lah klik sini. emel je saya korang nak kod item yang mana satu, balik dari bandung nanti saya reply k ;)

maaf pilihan dah tak banyak sangat, nanti balik dari bandung saya restock ye :)

okie bye bye

note : apalah aku tengah buat sekarang kat bandung ye? ni entry yang auto publish tau


Tuesday, April 27, 2010

breakfast hari khamis paling di tunggu


aku selalu tak sabar menunggu ketibaan pagi khamis, sebab dapat makan mee rebus yang sangat sedap dekat fakulti kejuruteraan, ukm.. dekat jek dengan PTM.. salwa lah ni yang perkenalkan..


kenapa hari khamis? tak tau.. lain hari lain menu dia.. hari jumaat = mee bandung, hari khamis = mee rebus.. hari isnin = mee jawa.. hari selasa dan rabu aku lupa lah



inilah dia mee rebus yang mampu membuatkan aku membuat muka ketat kalau tak dapat pergi fakulti kejut hari khamis hik tipu, xdelah ketat sangat


dahulu kala, aku selalu pelik tengok orang makan mee berkuah untuk sarapan pagi2 ;p sangat tak boleh di terima oleh akalku, tekakku dan perutku ;p

tapi kini berbeza, aku dah jadi golongan itu, wahhh~~

dan dahulu kala juga, aku tak pernah pun suka makan mee rebus. tak sedap pun, pekat semacam jek.. tapi keadaan berbeza bila aku mengenali mee rebus kejut wahh suke2 ati jek bagi nama mee rebus kejut.. kuah nya rasa lengkap segala rasa bila masuk ke dalam segenap mulut ku.. wahhh~~

:]"


Sunday, April 25, 2010

bye bye saya pergi bandung jap ye


saya pergi Bandung kejap ye kawan2.. wahh kejap laa sangat, padahal seminggu ;p


jadinya saya x tengok blog selama seminggu.. korang nak ngumpat saya kat ruangan comment pun saya takkan tahu selama seminggu, hik hik adeke yang nak ngumpat aku? enable kan comment moderation karang ;p

walaupun saya tiada, tapi ada lah entry siket2 yang dah auto publish, he he he

bukaklah blog saya pukul 7:55 AM.. hari apa, entah tak sure sebab tak buat lagi masa tengah menaip entry ni ;P


-gambar bandung 2009-

dari kiri, idzuan tunang rosa, lina mukagarang tapi makan mamee, rosa tunang idzuan motip ulang?, dd dudu , ezan yang pegang bahu dd saje nak cakap, nanti org ingat kuku yg pegang bahuku, dan kuku yang botak sekali lagi

klik sini kalau nak baca trip 2009


untuk kali kedua pergi ni, masih orang yang sama, bezanya watak lina dah tak ada. digantikan dengan watak haida. linaaa, gonna miss u :( siapa yang nak tolong aku pilihkan barang2 untuk makcik2 kalau ko xde :( wahhh statement yang perlu membuatkan aku lari sekarang~

tapi serius, tak best pergi trip tanpa lina :(


ok lah bye bye korang, Selamat maju jaya di dalam semua bidang, wahh gitu~~

Saturday, April 24, 2010

hu hu hu


9:29 am, ptm


huhu apa kejadahnya aku berada di ofis pagi2 sabtu ni?
erm ada lagi siket nak siap koding ni, InsyaAllah, dan nak pastikan sistem aku betul2 berjalan dengan baik, sebelum aku terbang esokk ke negara seberang.

naseb baik sampai2 pukul 8:55 pagi tadi ada kak hani kat ofis, kalau takk, kalau takk, kalau tak ape ek? ermm entah tak takut pun ;p


huhuhu sepatutnye hari ni aku keluar dengan kuku yang dah botak perlu ke sebut? untuk tukar duit indonesia dan beli barang2 keperluan, tapi disebabkan keadaan aku sekarang, last2 kuku cakap "xpelaa camtu biar kite tukarkan duit untuk awak je lah ek".. aduh sayu hatiku, punyalah dah plan lama nak keluar sama2, uhuk uhuk


hari ni aku membawa bekal dari rumah dengan sangat banyak. belum lagi campur dengan cekedis2 yang aku beli dari Shell sungai besi tadi, hik2.. harap2 aku x mengalami masalah kebulur kat sini sampai malam hehe..

oh hari ni aku terpaksa parking dekat kotak parking ketua jabatan sebab parking penuh gilerrr, bebudak ukm exam dekat dewan kuliah depan ptm ni.. hoh ok lah tu, dari aku parking kat kotak pengarah terus ;p

hik hik, ok lah, nak fokus dahhh.. bye bye

:)


-gambar hiasan-












Friday, April 23, 2010

10 jam lagi botak


kuku nak botakkan kepalanya lagi petang ini, wuwuwu nanges tersedu-sedu
..

dan lebih kijam, beliau buat countdown dari semalam :n mula2 hantar mms gambar dia "countdown 23 jam sebelum botak"... lepas tu pagi tadi kuku mms lagi.. "10 jam sebelum botak" ;n

sungguh menderitakan jiwa ini kamu tahuuu :n


lepas ni kuku akann botakkk uwaaaaaa, macam iniiii

macam orang pecahkan penjara ;p translate prison break secara grammar salah


takpelaaaa, fikir positif.. kuku botak, nanti kat bandung mesti orang2 jahat tak berani kacau aku eh silap tak berani kacau kitorang ;p motip dan kaitan? larikkk~ matilah aku telefon berdering kejap lagi~


nah, letak gambar kuku kantoi tertidur dalam team building ;p saje dengki, hok hok puas hatikuu~~ ;p

bye bye rambut kuku


note : xpe kuku, dudu paham kenapa kuku perlu botak (T_T)

Thursday, April 22, 2010

dah petang, susahnya


dah petang2 ni, makin susah lak koding yang aku buat ni.. otak pun dah makin tertarik2.. bukan stress, bukan tertekan
eh bukan sama ke kalau translate tu? tapi otak dah berat sangat huwaaaa

tapi banyak lagi kerja tak siap ni, wuwuwuwuwu nak nanges tersedu-sedu boleh x?


pelik jugak, biasanya waktu aktif otak ku adalah bermula dari pukul 4 petang hingga 8 malam.. yang masa tak elok tu laa otak aku nak aktif kan, haishh babab karang..
tapi petang ini berbeza.. otak ku dah ditarik-tarik~~ tak aktif macam selalu
..

lapar laaa.. kenapa dekat ptm ni tak ada cafe yang bukak sampai malam? wuwuwu nangis tersedu-sedu.. eh hari ni tak ada baki kuih lebihan meeting ke? selalu ada sampai tak terhabis, aku jugak yang makan bila tengok lepas maghrib ada baki2 hehe, petang ni tak ada ke eh? kenapa mesti petang ni takde lebihan kuih? kenapaaaaaaa?

untuk mengurangkan jisim tekanan dalam otak aku ni, aku pergi cari ketenangan.. wahh ketenangan gitu~~ aku search Kitaro dekat youtube pastu layan~




fuhh meresappp di kalbu~~~~~~~~~~~~~

hmm memang menenangkan melihat gambar2 yang indah diiringi muzik kitaro :)

tapi walaubagaimanapun, koding ni aku dah rasa malas nak buat sebab banyak sangat, cane ni huk2...

kesah ayah saya dan hari pertama sekolah rendah saya


aduhh entry sekolah rendah sebelum ni betul2 lah buat aku teringat AYAHKU-DI-ZAMAN-MUDA2.... muda tu means aku masik kecik laa, zaman sekolah rendah ku lagi :)

ayah ku sangat garang dulu.. aku pun xtau lah kenapa dia sangat garang dulu.. wa pun takut ooooo... abg wa je tak takut, ahakss.. abg aku tu takde perasaan siket ;p dia tu cam ada dunia die sendiri ;p keh keh sempat kutuk abg sendiri.. tp abg sangat sayang aku, selalu membela/menjaga aku masa kecik2 (^_^)

oh ye berbalik kepada ayah ku garang.. betul ah, aku xtau kenapa dia garang sangat.. mungkin sebab darah ca ya nun alif masih sebati dalam diri walaupun sudah memeluk Islam kot ;p sekarang dah ok dah, x garang pun.. aku balik lewat malam pun, mata ayah cuma terkebil2 jek memandang aku.. tak marah pun ;p wahhh seronok aku~ dunia ini aku yang punyaaaaa \(^o^)/

;P tapi yang aku tak paham, kenapa mak-aku-yang-dulunya-selalu-jadik-orang-tengah-bila-aku-kena-marah-dengan-ayah pulak yang garang sekarang ;n tak boleh balik lewat siket tauu ;n


okehhhh okehhhh berbalik kepada ayah ku garang tadii.. *berapa banyak kali iklan daaaa, pang pang~


ada satu kesah.. dalam banyak2 kisah, kisah ni yang paaaaaaalinggggg aku ingat....

kesahnya begini..


semuanya berlaku pada hari pertama persekolahan darjah 1.. pagi tu ma ayah hantar laa aku kejap kan ke sekolah, sebab hari pertama.. tapi lepas tu diorang baliklah, tak adanya nak tunggu aku sampai habis kelas macam parents lain kan.. sebelum balik tu, ma bagi sehelai kertas yang dah ditulis, kasi kat aku

"balik
ni yana naik bas sekolah tau.. nombor plat bas ada dalam kertas ni.. lepas habis sekolah, terus cari bas sekolah yang nombor dia sama macam dalam kertas ni.. ma tunggu kat rumah.. ingat tau yana, habes sekolah terus cari nombor bas ni"


aku tau, ma seboleh2nya nak tunggu aku sampai habis sekolah.. ma sangat
risaukan aku, tapi apakan daya, ayah kena kerja bawak bos2 pergi sana sini.. ma pun takut nak cakap dengan ayah kot.. hihi


ok bermulalah persekolahan di hari pertama..

kertas ma bagi tu masih selamat
dalam poket baju sekolah ku.. tangan aku sikit2 seluk poket, sikit2 seluk poket nak pastikan kertas tu masih ada.. sangat takut okeh, balik sendiri la katakan ;p


kringggggg!!!!!!!! habes waktu sekolahhh

aku pun ikut lah ramai budak2 yang keluar dari sekolah.. aku tak tau nak kemana.. aku tak tau bas sekolah tu tunggu kat mana.. aku ikut jeee orangg.. tup tup laaaaa diorang naik kereta ayah diorang ambil rupenye.. mana bas ni??? aku tak nampak punnnnnn...

ooohhh nampakk dahhhhh banyak-banyak bas... aaaaaa seberang padang sana? aduhhhhh.. melintas padang laaah akuu... time tu kaki kecik, melintasi padang macam rasa jauhhhh sangatttttt.. iyahhh iyahhhhhh si kecil berlari sambil menggalas beg di belakang... si kecil berlari menuju ke arah kumpulan bas sekolah..


eh banyaknye bas.. mana satu bas yang nak naik ni? cari punya cari tak jumpe punnnn yang sama nombor dengan dalam kertas ni...

"maaaaaaaaa!!
:'O " *dalam hati je la

tiba-tiba.. satu persatu bas beredar meninggalkan tempat aku berdiri tu.. satu satu pergi.. last-last tinggal aku seorang2 berdiri dekat jalan tu sambil memerhatikan satu satu bas yang berlalu pergi :(

maaaaaaaaaa :'O


selepas tu, aku pun berjalan lah slow-slow merentasi padang tadi balik, tak tau nak pergi mana.. tak rasa sedih pun, cuma rasa takut ayah nanti marah sebab aku tak berjaya naik bas.. apa je lah si kecik ni boleh buat.. dan akhirnya aku terduduk di tepi sebatang pokok... duduk.. duduk.. hrmm tak tau nak buat apa.. rasa takut sangat..

dan tiba-tiba.. terdengar satu suara..

"adik tunggu siapa"

aku toleh ke atas, erm ada seorang pakcik tegur.. dan tak semena-mena aku menangis dengan mulut herot2.. aku bagitau dia pasal ma bagi kertas nombor bas, tapi aku tak jumpa bas itu... cerita sambil mulut herot2 akibat menangis..

"tak pe dik, jangan risau ye.. pakcik ni polis.. pakcik nak ambil anak pakcik balik rumah, adik ikut pakcik ye"

aku pun tengok budak perempuan yang berdiri sebelah dia..sampai sekarang aku ingat nama budak perempuan tu, noraini binti abdul malek..

curlassttt uolssss polis jumpe i ;p

hrm aku ni pun bila dengar nama 'polis' terus percaya lah kan, walaupun sejuta kali kot ma pesan jangan ikut lelaki yang tak kenal.. jangan ikut lelaki yang tak kenal.. jangan ikut lelaki yang tak kenal..

tapi naluri kecil ku berkata "ikut pakcik polis ni".. aku pun ikutlah..

hihi

pakcik polis tu bawak aku balik rumah dia.. kenalkan dengan mak noraini tu dengan adik beradik dia yang lain.. dia suruh aku makan tengahari dulu.. "diana jangan risau ye, nanti pakcik hantar diana balik.. makan dulu"

hihi aku risau tauu, makan pun tak tenteram, aku dah terbayangkan kerisauan mak aku, kemarahan ayah aku..

dah makan semua2, pakcik tu pun dah solat sume2... baru lah "mari, pakcik hantar diana balik"

phewww, naseb baiklah aku ingat jalan ke rumah aku.. cuba kalu aku x ingat? satu kerja pakcik polis tu kene cari rekod pasal aku pulak, hihi

apakah yang berlaku bila aku sampai rumah? jeng jeng jeng....




..


..


..

sampai je bawah rumah.. *kawasan rumahku rumah flat ye.. aku nampak dari jauh, jiran2 tengah berkumpul depan rumah ku ;p dan tengah2 orang ramai tu nampak mak aku tengah menangis semahu2nyaa.. *menurut cerita mak aku, dia tunggu aku sampai bas sekolah sampai.. turun punya turun sorang2 budak sekolah, tapi batang hidung aku langsung tak nampak yang turun dari bas sekolah tu.. tak ke mehoyan ibuku, hoho ;p

bila aku keluar je dari kereta pakcik polis tu, mak aku nampak terus berlari menuju ke arah ku.. tapi bukan nak peluk aku macam dalam drama2 swasta.. tapi pergi marahnyaa aku sebab tak naik bas sekolah dan sebab aku hilang ;p adeke patut ;p lepas tu pakcik polis tu perkenalkan diri dia pada ma, dia pun cerita lah dari A sampai Z.. tapi tak sempat sampai Z, tiba2 terdengar bunyi deruan kereta dari jauh, streeettttttttttt ada satu kereta perdana memecut masuk ke kawasan rumah ku.. dan nampaklah ayah aku keluar dari kereta macam shamsul yusof keluar dari kereta dalam cerita evolusi kl drift, ewahhh padahal tak penah tengok lagi cite tu ;p

nampak je ayah aku, aku dan mak dua2 takut... ayah aku naik atas dan terus..... berlakulah drama anak kena marah dengan ayah.. polis tu pun dah selamat balik dah.. kesiannya aku, dah laa kene tinggal bas, kene kutip polis, lepas tu kene marah pulak ;p salah aku ke? salah aku ke? kui kui

drama itu tak habis setakat itu sahaja.. ayah aku menarik tangan aku dan masuk ke dalam kereta perdana (kereta projek).. dan terus menderuuummmmmm.. ke sekolah aku balik... terkebil2 aku.. motip ayah bawak aku balik ke sekolah yang takde orang tu?

sampai je kawasan sekolah.. "turun!" lepas tu ayah tuding2 jari dekat kawasan tanah situ.. "lain kalii haaaaaa lu balik sekolah, tunggu bas kat sini!! pahammm??!! jangan pergi tempat lainnnnn, tunggu bas dekat sinii!! pahammmm??!!!!!!"

aku pun tunduk sambil mengangguk2.. takutttt..

lepas tu, ayah suruh aku naik kereta balik.. menderummmmmmm ke satu kawasan perumahan di Setapak.. aku tak tau ayah aku nak bawak aku kemana... tapi ayah masih muke merah kemarahan.. aku hanya menikus ketakutan..

sampai lah satu rumah 2 tingkat tu.. depan rumah tu ada bas sekolah.. aku bermonolog "eh ni rumah driver bas sekolah ke?" .. motip ayah bawak aku pegi rumah driver bas?

lepas tu, dari tepi sambil menunduk, aku melihat saja auntie cina bas
tu kene hamun dengan ayah.. hee tak pasal2 die kene marah hok hok.. satu patah pun aku tak paham apa ayah cakap sebab ayah marah auntie cina tu dalam bahasa cina, hihi..

tiba-tiba aku ternampak ayah keluarkan sekeping gambar paspot aku.. hah sudahhh!!!!!

"cing congg cengg cing cong cengggg cing congg cennggg" ayah aku berloghat cina dengan auntie cina tu sambil menghulurkan gambar aku kat driver bas tu.. kenapa gambar aku diberi kat orang cina ni (T_T)

dan.. selepas itu.. barulah ku tahu, rupa2nyaa ayah bagi gambar aku suruh driver bas tu lain kaliii, periksa muka aku dah wujud belum dalam bas tu sebelum dia nak memulakan perjalanan.. anak orang lain tak sempat naik bas takpe, tapi anak pakcik Rasul kene wajib selamat naik bas! kalau takk, lu kena aaaa! wuwu

aku malu sangatt setiap kali naik bas nampak auntie cina tu pegang gambar aku dan check setiap muka yang naik bas tu (T_T) aku maluuuuuuuuuuuuuu (T_T) belum lagi part kalau auntie tu terlepas nak check kat pintu, die pegi check kat setiap seat, waaaa *maluuuuuuuu

tapi lama2 dia kenal sangat dah muka aku, takdenyee nak rujuk pada gambar lagi ;p sampai ke darjah 6 aku naik bas dia.. hoh berani dia nak tayang gambar aku lagi depan ramai2 orang, aku terjun bas karang, hak hak..

begitulah kisah saya,ayah saya, mak saya dan pakcik polis di hari pertama persekolahan :)

anda bagaimana? ewahh
korang semua cerita laa, anggap ini tag :D

tapi yang dipaksa oleh aku untuk menjawab tag "kesah hari pertama saya di sekolah rendah" adalah

lisa surihani, eh silap2, lisa pestisid, muni, rosa, ezzan, hasni, linda red, zida, kak suri, yuyu

kalau lina masih wujud dalam arena blogging, sila jawab ye ;n

ciare aku paham ko tgh mengalami simptom2 ehem2, tapi kalau rajin buat laah :D

kepada kaklong yang macam dah hilang dalam blog, kalau anda masih wujud jawab ye ;p

wahh suke2 ati je kan paksa orang jawab tag, padahal aku masih berhutang tag dengan ezzan dan muni ;p keh keh keh



note : dulu jek ayah aku garang, sekarang ayah aku comel. hew hew



Wednesday, April 21, 2010

zaman sekolah rendah ku



erm beberapa hari yang lepas, tengah2 buat kerja, tetibe.... dapat emel dari FB mengatakan ada group invite dari SRK Jln Temerloh....

oh myyyyyyyy~~~~~~ ohhh sekolah rendahhh kuuu laaaaaa oooohhhhhhhhh .... ~~
yee memang begini aksi ku di depan pc sambil menggenggam jari dan bergoyang sedikit dan buat muka tak sangka..
dapat gambaran x? ;P xdapat? xpe xpe its okay ;n


sangat seronok melihat gambar2 lama sekolah ku, uwaaaaa *nangessss
dan juga melihat mereka2 sudah dewasa dan ending masing2 lain2 belaka.. ohok hok

ye ye kini aku tau apa kepentingan FB, boleh menemukan kembali kawan2 lama walaupun dah berkurun2 ;p

oh ya, aku dahulu dari darjah 1 hingga darjah 6 sekolah dekat SRK Jalan Temerloh.. bebetol lah sebelah Taman Tasik Titiwangsa.. tapi aku x de boipren, so xde lah nak dating2 kat tasik mase sekolah tu kan.. motip kene bagitau ni? pang~

oh ye, aku duduk di gombak, tapi kenapa aku sekolah dekat Jalan Temerloh? jauhnyaa, hihi.. padahal.. berhampiran rumah ku ada je Sekolah Gombak Setia, sekangkang kera jek dari rumah ku, jalan kaki pun tak sempat penat ;n

sebabnye..sekolah tu untuk orang Selangor je masa mak aku nak register tu..
oh, aku duduk Gombak tapi kenapa aku bukan orang Selangor?
Sebab.... start sempadan selangor adalah batu 6 termasuklah sekolah itu.. wilayah pula batu 5 ke bawah.. tetapi, aku duduk di Batu 5 1/2... sengal tak? betul2 tengah2 antara wilayah dan selangor.. jadiii diorang consider aku masih dalam sempadan wilayah, x boleh masuk gang selangor walaupun perbezaaannya 1/2 batu jekkk, dan tak boleh masuk sekolah gombak setia tu walaupun sekolah tu sekangkang kera jekkk belakang rumahku.. uh ade rasa nak hempuk pendaftar sekolah tu tak kalau korang jadik mak aku yang tengah nak registerkan aku masa tu? ;p


tak pasal2 aku dah kene hantar sekolah jauh yang konon2nya dekat wilayah.. kesian ayah aku tak pasal2 kena bayar yuran bas sekolah ;n hihi


ok sambung kesah sekolah rendah ku..

rindu sangat dengan zaman sekolah rendahku.. besss, banyak main getah, main batu seremban, main kejar2.. eh main aje ke aku ni? tak belajar ke? hik2..

tapi...
sekarang sekolahku dah bukan sekolah.. sekolah ku dah jadik pusat kurikulum.. wuwuuwuwuwu..


semuanya pun dah tinggal kenangan :')

seee.. dahulunya sekolah ku dikekelingi pokok-pokok dan rumah-rumah lama.. tetapi sekarang gedebukk hambikk sebesar-besar Istana Budaya kat sebelah sekolah.. tenggelam terus sekolah ku, uhuk

dinding ni dulu ada mural yang cantek, ada bendera, tapi sekarang dah jadik tempat panjat2 untuk wall climbing pulak.. haishh... sungguh memadam memori betul lah!




dulu selalu kene mencabut rumput kat sini.. pastu terjerit2 ternampak biawak atau cacing





ahahahaha tempat aku dan kawan2 main tiang

rebut tiang, rebuuuttt ('o')




kelas 4 kenanga
batch 1991 - 1996

cube teke mana satu aku? keh2 dah pernah letak gambar ni kat entry sebelum-sebelum ni.

apa khabar lah cikgu azmi ni yek?
dulu zaman sekolah rendah selalu di undi rakan sekelas jadik penolong ketua darjah.. sebab aku tak pandai marah orang, pastu tak suka tulis nama orang.. kalau tulis pun saje je nak buat ugut, tapi bile cikgu datang padam balik, hihi... lepas tu kalau kelas bising, aku yang kene rotan dengan cikgu ;p memori dipukul dengan pembaris panjang di betis sebab kelas bising masih terpahat sehingga kini (^_^) lepas tu bila masuk darjah 6, jadik pengawas hampeh ;p

kih kih kih


Oh SRKJTKL
Tempat kami bernaung
Akan kami kenang selalu
Segala jasa baktimu
~

note : gambar di ambil dari FB group srk jln temerloh :)

note 2 : teringat cikgu bahasa melayu, cikgu Julfekar Ahmad Shah.. beliau sangat best.. datang sekolah naik motor besar broom broommm.. suke menyanyi waktu mengajar dan menjaga exam ;p ..
suke ngejek aku Diana Ross.. hik, tapi sekarang beliau dah jadik komposer terkenal malaysia :) alaa nape cikgu dah x jadik cikgu ek, uhuk



Monday, April 19, 2010

mari beli pin dd dudu


hot chat pagi tadi sangat kelakar dengan AG dan kiran.. pasal 'sekelip mata'


caller : semalam saya dan kawan-kawan makan dekat satu restoran tu.. sebelah meja kitorang awek-awek.. kawan saya ni duk ushar jek awek2 tu.. lepas tu kawan saya ni tengah makan tulang, duk cari je daging dalam tulang tu.. entah cammane tengah korek2 isi tu, sekelip mata je tulang tu boleh terpelanting ke meja awek2 sebelah tu. landing baikk punyaaaaaa atas mee goreng sorang awek tu. *malu giler


awek tu bole pulak cakap..

awek : saya tak makan tulang bang... kot ye pun nak kasi, kasi laa daging


:'D

okeh aku cerita memang x lawak. tapi masa dengar dalam kereta tadi mampula buat aku gelak gegar2 kereta. hak hak hak


kami memakai pin dd dudu

kof kof suke2 hati jek kan bagi nama kat brooch itu :'D


pegi joging pun bole pakai, so x la berat sangat tudung muni ;p leh pakai ke ayat aku ni, keh2



eh kalau ada sesiapa yang dah beli dari saya n pakai brooch ni meh laaa kasik uols nye gambar, hew hew


gedik giler bila nak pos, buat packaging ala2 gift shop ;p hew hew handmade yang buruk sedikit


OK SESIAPA NAK MEMILIH DAN MEMBELI PIN DD DUDU, SILA LAH KE SINI

yang dah sold out, boleh request nak jugak, tapi lambat siket okeh :)


nak buat kerja daa, bye bye :)

Sunday, April 18, 2010

melawat baby pada waktu rehat jumaat


minggu lepas masa rehat lama hari jumaat, kitorang 4 buah kereta pergi melawat elis dan baby nye dekat... eh dekat mana ek? aku pun tak tau ;p aku tumpang kereta orang jek ;p err ikut jalan bangi lama, lepas tu tiba-tiba dah sampai ;p err hi hi hi


Congrats ptm-mate ku, elis sebab selamat melahirkan baby comel :)

baby tak cukup bulan, jadi sangat lah kecill... first time aku tengok baby sekecil itu, sangat jakun okeh.. tak percaye ada baby boleh dilahirkan kecil sebegitu rupa, nak upload ni pun x sampai hati.. nak pegang pun terus aku tak berani ;p sedangkan baby tak kecil pun aku takut2 nak pegang, apatah lagi nak pegang yang lebih kecil... oh berapa banyak word 'kecil' daa dalam paragraph ni :P



hai hazif :)

ada je gambar baby dalam simpanan ku ini, tapi kaki nye sangat kecill~~~
uhuk


terperangkap di tengah2 kereta yang parking untuk ke masjid depan rumah elis, hok hok

-kak rihan, dd dudu, nurul-


hazif baby elis sayang, jadik anak yang soleh tau :) congrats elis lahirkan baby yang comel dan sihat, Alhamdulillah :)

okie lah nak buat kerja ni.. hari ni hari ahad, kat ofis pagi2 nasib baik ada kak hani,uya dan su, bole buat teman :) tataaaaa

note : psst pstt nampak x aku dan nurul pakai brooch bunga? ;p

Saturday, April 17, 2010

harga yang perlu dibayar kalau nak bercuti


apakah? jawapannye adalah masa weekend.. kui kui


pagi tadi pukul 10 lebih pergi library.. muni pun ada, hehe muni tu nak study sempena exam dia bulan 5..tapi saya perlu siapakan kerja di ofis, jadi saya terpaksa tinggalkan dia.. hai muni, apa kabar kamu di sana? hehe


sekarang saya di ofis.. seorang2 di bahagian aplikasi. wuwu.. so far ok lah, tak delah takut sangat sebab tau ada orang lain di bahagian lain, dan nampak ramai student2 keluar masuk dewan kuliah kat depan ni.. uikk student ukm, korang ada kuliah hari sabtu kah?
uhuk ni yang rasa nak kawen cepat ni gatai nooo.. kalau dah kawen, bolehlaa kuku temankan buat kerja ni.. saya buat kerja, dia duk sebelah main game atau layan anime, heehee.. takdelah takut buat kerja sorang2, kui kui..



26hb ni nak cuti, selama seminggu... dah disokong dan diluluskan pun.. tapi, 1 Mei, pendaftar nak pakai sistem saya dah, sempat je untuk siapkan yang tak siap lagi ni dalam masa seminggu.. tapi sebab saya nak bercuti, waktu-seminggu-yang-sempat-siapkan-kerja-itu terpaksa di compact2kan dalam masa 2 hari weekend ni, sebab selasa depan nak demo dah.. wuwuuwuwu tidur pun tak lena semalam teringat2 kat kerja yang tak siap lagi :( bila bangun tidur pagi tadi muka macam hantu jek.. hehhhehee..

takpe2 siapkan kerja ok.. nanti boleh laa bercuti dengan senang hati kalau kite tak bebankan orang lain dengan kerja yang tak siap ;)

chaiyuk2 dd p('o')q

eh apa kejadah nye aku update blog kalau tengah nak siapkan kerja ;p huk huk walau bagaimanapun duit nuffnang nak kumpul juga untuk kawen ;p hew hew hew

ok dadada (^^.)/

Friday, April 16, 2010

siapa yang cari ek?


huhu...



siapa yang gugel nama penuh aku ek?

adakah Dr. supervisor ku? maafkan saya Dr. kerana menghilang buat sementara waktu :( erk perasan

atau adakah kawan2 ku? macam aku dulu selalu buat gak takde keje, gugel nama penuh kawan-kawan, keh keh keh... lepas tu bile tengok result gugel, gelak terkekek2 dan menyengih... lagi kelakar kalau gugel image, tih tih tih...


Thursday, April 15, 2010

Wedding Theme ::Ivory::


sebenarnya kan, yang saya dok biseng2 saya kata suka perkahwinan putih tu kann, saya suka sangat warna putih tu dia calit2 dengan bunga color ivory... atau dalam bahasa melayunya putih gading..

pelamin putih + bunga warna ivory
baju putih + bunga warna ivory

wohohoooo sungguhhhhh~~~~~~~~ damai.. hehe

gambar2 kat bawah ni dari google yuk


huhuuuuu damainyaaa tema color putih gading dimataku








nana af kawen pun guna color putih gading, tengoklah pelamin dia ;)



ivory + peach2 siket



hehe bilik pengantin yang menggunakan color putih + ivory


pelamin ni ezzan yg bagi link kat sini



aku suke!!!! baju putih + bunga tangan color ivory
*pengsan serta merta


last but not least..

plain ivory.. tak ada bunga2 pun, tetap damai di mata ku:)


Wednesday, April 14, 2010

diari laju-laju



note : cerita bosan je ni tau.. dah laa busan, panjang lak tu ;p

taip laju-laju..


7:50 am : sampai ptm.. parking laju2

7:55 am : login dan pergi ke tempat duduk laju-laju. tak boleh slow-slow dah, hari ni aku tau aku sangat busy. esok ada audit, dan perlu siapkan fail dan segala mak nenek punya rajah. lepas siapkan semua tu, aku kene siapkan sistem sebelum serah. tak siap sistem, aku x boleh bercuti pada 26hb, ngerti?

8:00 am : busy-busy pun sempat tgk blog korang laju-laju ;p tgk gambar je buat cukup syarat haha.. FB memang dah lama tak login melainkan dapat emel ade friend request atau apa2 emel fb lah yg kene buka

8 lebih : zyra ym request nak sarapan lewat sedikit sebab bosnye ada meeting pukul 9, die nak standby. aku jawab laju2 "ok"

8 lebih : salwa ym tanya brekfes x. aku jawab brekfes tp lambat siket sebab zyra tunggu pn. S pergi meeting. die jawab "oooo"

8 lebih : rina pulak ym tanya brekfes x. aku ulang balik kata-kata aku ke salwa td. die reply "xpelaa.. kite pegi makan dulu dengan nurul".. aku jawab "okie"

830 am : zyra ym kate "puan. S macam senyap je. jom la dd". aku jawab "k" je. takde "okie dokie" macam selalu haha.. ym awa laju2 ajak brekfes.

835 am : sarapan. ambil sebijik kuih color coklat yang ada kelapa2 tu, nasi goreng siket, bihun goreng putih siket, sosej sebatang. alamak kantoi makan banyak kalau kuku baca ni sebab td die tanye aku cume reply mkn bihun goreng dengan kuih jek.. shortform hehehe. tengah jujur la ni wak ;p aduh lari laju-laju~~


adik/kakak cafe tanye "suke air bandung ek?".. sebab lately ni aku asyik order air bandung jek. aku pun xtau kenapa, sebab aku nak pergi bandung ke? motip? ;n


9:00 am : sedang memprint macam2. pembaziran telah berlaku ade jek yang tak kene dengan rajah-rajah yang aku buat.


tak ingat masa dah : buat kerje buat kerje, menulis siket, menaip siket, stapler, punch, ketak ketuk ketak ketuk bunyik file.

- rina datang tempat dudukku, sok sek sok sek siket

- lepas tu aku berbisik pada rina "rinaa, kite ada jual brooch bunga.. nak tgk x"

malu weh. walaupun aku nak berbisnes tapi aku x reti dan tahap ke'segan'an aku sangat tinggi. aku tak reti nak bagitau org aku ada jual brooch. blog adalah medium yang paling bagus, sebab aku tak malu sangat haha. cakap dengan rina pun bisik2, haha. lepas tu si rina ni terus pergi sebarkan.. awwwww. nurul pula datang tempatku. rina, beli, nurul beli. waah malunye saya (#_#) .. jual beli secare bisek2, haha not gud not gud tengah bekerja main jual2. lepas tu, nurul bagitau uya. uya datang tempat. lepas tu rina bagitau kak rihan. kak rihan dtg. dan semua membeli. ermm segan dah kurang siket, tp masih ada. hihi.. thanx rina, nurul sebab promot kan =)


- lepas sesi jual beli dah selesai, baru aku tersentak. aaaaa Rajah Fungsi Bersilang belum siap!! buat draf, conteng2... alaa xmuat pulak rajah ni kat hujung2. terus stapler lagi satu kertas A4 sambung tepi die. lepas tu tunjuk kat kak zura, nak tanye pendapat pasal rajah. lepas tu kene bantai gelak dengan kak zura dan rina. sebab kertas berstapler panjang ketepi bagai. rina kate lebih kurang macam "abessss kalau rajah ko kene tambah2 lagi, ko nak tambah kertas stapler2 lagi ke :'D" wuuuuu... aku akan pakai A3 okaaaayyyy.... puk puk.. kak zura kate rajah ku details sangat, kurangkan siket, nanti A4 muatlah. xperlu A3.


- ok dah buat draf, nak taip. oh dapat ym lisa. dia ada blog baru rupenye. hew hew.


- sedang membuat kerja sambil duk ulang2 lagu lama, Tercipta Untukku, Ungu feat. Rossa. motip ulang2 lagu ni? hehe suke.. dengar sambil teringat2 kuku tengah watpe laa tu ek. motip teringat tp x mesej? haha xpe2, jap lg msj la =) lagipun kalu tanye skg musti kuku jawab main terbalik-terbalik sebab sah2 la die tengah keje skg ;n


- aduh baru ni rina datang tunjuk sehelai kertas yang tertinggal di printer belah sana. ada orang print harga pakej canopy ;p upss kantoi ade print bukan hal kerja. camne rina tau tu kite punye kertas ek? uhuuu nampak sangat aku yang paling gatal sekarang ;p


ok dah dah dah.. nak buat rajah pakai visio ni. cepat siap, cepatlaa boleh sambung buat sistem ku yang tertinggal kejap :)

dadada

eh kesian korang baca aku merapu panjang2.. sowiiiiiii...
lepas tu tak sempat nak betul2kan font sangat.. aku baca pun pening.. ;P

eh berapa minit jek ek aku taip entry ni, 3 minit kot ;p taip non-stop dan tanpa berfikir haha hebat tak hebat tak ;p
-gambar hiasan je-

Tuesday, April 13, 2010

bukan ku pinta jadi begini


pestisid: ko ade x
greenrose_dd: adeeeeeeeeeeeeeeeeee
pestisid: hokhok
pestisid: ko sombong ye
pestisid: x mau visible
pestisid: dd saya pregnant
greenrose_dd: lisaa pregnanttttttt?????????????????????????????????????????????????
greenrose_dd: omg!!
pestisid: pastu ko kene tipu
greenrose_dd: kuang ajaaaa ko lisa
pestisid: omg dudu ko jgn mudah percaya kata2 org
pestisid: hakhakkk
pestisid: kahkah
greenrose_dd: benciii koooooooooooooooooooo


bukan ku pinta untuk menjadi seorang yang mudah ditipu

lisa, padan muka ko aku publish ym ko hahahahaha gelak jahat eh kenapa aku kata padan muka die pulak?



Monday, April 12, 2010

Wedding Theme ::Sweet Champagne::


cantek pulak saya tengok wedding yang menggunakan tema color sweet champagne ni..


dulu perasan kecantekan color ni masa ikut ezzan pegi kenduri kawan dia, masa tu mulut ni asyik duk biseng "canteknyee canteknyee" tapi masa tu saya panggil color teh susu je, tak tau nama omputih die ape heeee.. tapi nama omputih die ni semacam jek kan, kenapa panggil "champagne" ek.. aku nak sebut ni pun macam serba salah.. takpe2, profesional aje lah..hee



erm semalam tengok gambar2 izzwan canopy, suaminye shee..

terpikat pulak dengan salah satu color sarung riben kerusi die hihi

suwitnye color sarung kerusi tu dimataku~



lepas tu semalam tengok kak vispera update tudung color champagne.

hrmm nice~ :)


dan hari ni sewaktu rehat kejap, aku menggugel color sweet champagne ;P alah sebut color teh susu aje lah


kasut


sweet =)


tengok color gaun je tauuu ;)

teh susu + coklat gelap


*hrmm lihat sambil menggaru dagu dan mengangguk-anggukan kepala



uhuuu semua pun omputih, saya tak berusaha dan tak ada masa menggugel lagi ni.. ada sesiapa yang ada contoh perkahwinan org melayu yang guna tema color sweet teh susu x? :) sharing2 ek, hehehehe




note : adoiiii cantek pulak aku tengok color sweet teh susu ni.. peach tah kemane, putih tahh kemana tah skangg heeeheeee takpe2, dah namanya wedding thoughts kan ;P walau bagaimanapun, pelamin atau background ku nanti maintainn aku nak putih ^^ oh ya~ color sweet teh susu ni kan, kene pandai pilih la.. silap2 kalau salah pilih, boleh nampak dull pulak nanti, kan~ :)


saya jual - brooch bunga kain



Assalammualaikum semua :)

erm camne ye nak mulakan.. hehe.. takpelah, straight to the point lah ;P

saya kini ada jual pin/brooch bunga kain tau (^_^)


jadi sesiapa yang berminat boleh lah emel saya di greenrose_dd@yahoo.com dan beritahu

Nama :
Kod item dan Kuantiti :
Alamat :


MAKLUMAN SEMUA~ 2 orang pelanggan online pertama tidak akan dikenakan cas postage ye ^^


harga setiap satu cuma RM 2.50 sahaja :)


bj1 : sold
by1 : available
bg1 : available
bo1: available
bw1 : sold
bj2: available



bj3 : sold
bj4 : sold
bg2 : sold
bb1 : sold
bb2 : sold
bc1 : sold




bj5 : sold
bo2: available
bw2: sold
by2 : available
bg3 : sold
bj6 : sold




br1 : available
bh1 : sold
br2: available
bh2 : sold
br3 : sold
bb3 : sold



bw4 : available
bk1 : sold
bj7 : sold
by3: available
bj8 : available
by4: available



br4 : sold
bp1 : available
br5 : available
bL1 : available
br6 : available
bL2 : available



bg1 : sold
bk2 : sold
bp2 : sold

bL3 : available
bw3 : available
by5 : sold



br7 : available
bo3: available
bh3: sold
bo4 : available
be1 : sold
br8: available



note : maaflah, kod tu saya letak untuk pemahaman saya, maaf kalau nampak pelik, hik2..

oh ya, kalau pin yang anda nak tapi dah sold atau fully booked, boleh jugak request pada saya, nanti saya cuba restock, tapi dapatnya lambat siket la kot hehe...



gambar pin dari belakang




saiz brooch sebesar duit syiling 50 sen ye

sangat sesuai untuk dipakai dengan tudung bawal. sebab nak selempang kan. tapi boleh juga nak pakai dengan tudung berawning, untuk kasi lebih terletak di bahagian bahu :D



saya ingin menjadi penjual/peniaga yang jujur.. saya dah check satu2, semua stok saya sekarang dalam berkeadaan baik-baik belaka.. pin pun saya dah check satu2 dan pastikan tidak ada jarum yang boleh buat sangkut kat benang tudung ye ;)
tetapi sekiranya barang ini sampai pada anda dalam keadaan tak elok seperti pin tercabut atau kelopak bunga tercabut akibat postage, sila beritahu saya beserta dengan bukti ya.. nanti saya akan ganti yang baru :)

akhir kata, ini adalah permulaan saya dalam bisnes persendirian.. doakan kejayaan saya yaa ^_^

note : hati berbunga-bunga riang kerana menjual brooch bunga favourite ku, ~(^_^)~ hew hew hew