Wednesday, April 21, 2010

zaman sekolah rendah ku



erm beberapa hari yang lepas, tengah2 buat kerja, tetibe.... dapat emel dari FB mengatakan ada group invite dari SRK Jln Temerloh....

oh myyyyyyyy~~~~~~ ohhh sekolah rendahhh kuuu laaaaaa oooohhhhhhhhh .... ~~
yee memang begini aksi ku di depan pc sambil menggenggam jari dan bergoyang sedikit dan buat muka tak sangka..
dapat gambaran x? ;P xdapat? xpe xpe its okay ;n


sangat seronok melihat gambar2 lama sekolah ku, uwaaaaa *nangessss
dan juga melihat mereka2 sudah dewasa dan ending masing2 lain2 belaka.. ohok hok

ye ye kini aku tau apa kepentingan FB, boleh menemukan kembali kawan2 lama walaupun dah berkurun2 ;p

oh ya, aku dahulu dari darjah 1 hingga darjah 6 sekolah dekat SRK Jalan Temerloh.. bebetol lah sebelah Taman Tasik Titiwangsa.. tapi aku x de boipren, so xde lah nak dating2 kat tasik mase sekolah tu kan.. motip kene bagitau ni? pang~

oh ye, aku duduk di gombak, tapi kenapa aku sekolah dekat Jalan Temerloh? jauhnyaa, hihi.. padahal.. berhampiran rumah ku ada je Sekolah Gombak Setia, sekangkang kera jek dari rumah ku, jalan kaki pun tak sempat penat ;n

sebabnye..sekolah tu untuk orang Selangor je masa mak aku nak register tu..
oh, aku duduk Gombak tapi kenapa aku bukan orang Selangor?
Sebab.... start sempadan selangor adalah batu 6 termasuklah sekolah itu.. wilayah pula batu 5 ke bawah.. tetapi, aku duduk di Batu 5 1/2... sengal tak? betul2 tengah2 antara wilayah dan selangor.. jadiii diorang consider aku masih dalam sempadan wilayah, x boleh masuk gang selangor walaupun perbezaaannya 1/2 batu jekkk, dan tak boleh masuk sekolah gombak setia tu walaupun sekolah tu sekangkang kera jekkk belakang rumahku.. uh ade rasa nak hempuk pendaftar sekolah tu tak kalau korang jadik mak aku yang tengah nak registerkan aku masa tu? ;p


tak pasal2 aku dah kene hantar sekolah jauh yang konon2nya dekat wilayah.. kesian ayah aku tak pasal2 kena bayar yuran bas sekolah ;n hihi


ok sambung kesah sekolah rendah ku..

rindu sangat dengan zaman sekolah rendahku.. besss, banyak main getah, main batu seremban, main kejar2.. eh main aje ke aku ni? tak belajar ke? hik2..

tapi...
sekarang sekolahku dah bukan sekolah.. sekolah ku dah jadik pusat kurikulum.. wuwuuwuwuwu..


semuanya pun dah tinggal kenangan :')

seee.. dahulunya sekolah ku dikekelingi pokok-pokok dan rumah-rumah lama.. tetapi sekarang gedebukk hambikk sebesar-besar Istana Budaya kat sebelah sekolah.. tenggelam terus sekolah ku, uhuk

dinding ni dulu ada mural yang cantek, ada bendera, tapi sekarang dah jadik tempat panjat2 untuk wall climbing pulak.. haishh... sungguh memadam memori betul lah!




dulu selalu kene mencabut rumput kat sini.. pastu terjerit2 ternampak biawak atau cacing





ahahahaha tempat aku dan kawan2 main tiang

rebut tiang, rebuuuttt ('o')




kelas 4 kenanga
batch 1991 - 1996

cube teke mana satu aku? keh2 dah pernah letak gambar ni kat entry sebelum-sebelum ni.

apa khabar lah cikgu azmi ni yek?
dulu zaman sekolah rendah selalu di undi rakan sekelas jadik penolong ketua darjah.. sebab aku tak pandai marah orang, pastu tak suka tulis nama orang.. kalau tulis pun saje je nak buat ugut, tapi bile cikgu datang padam balik, hihi... lepas tu kalau kelas bising, aku yang kene rotan dengan cikgu ;p memori dipukul dengan pembaris panjang di betis sebab kelas bising masih terpahat sehingga kini (^_^) lepas tu bila masuk darjah 6, jadik pengawas hampeh ;p

kih kih kih


Oh SRKJTKL
Tempat kami bernaung
Akan kami kenang selalu
Segala jasa baktimu
~

note : gambar di ambil dari FB group srk jln temerloh :)

note 2 : teringat cikgu bahasa melayu, cikgu Julfekar Ahmad Shah.. beliau sangat best.. datang sekolah naik motor besar broom broommm.. suke menyanyi waktu mengajar dan menjaga exam ;p ..
suke ngejek aku Diana Ross.. hik, tapi sekarang beliau dah jadik komposer terkenal malaysia :) alaa nape cikgu dah x jadik cikgu ek, uhuk



11 comments:

rosealley said...

penolong ketua darjah kan???sebelah cikgu tu la, heee;p

ciare (^_^)v said...

dd mesti yg tersengih sbelah cikgu tu kan???

anyway, trus rasa xjadi nak delete/deactivate account FB.huhu.FB mmg penting tp kdg2..rimas! haha.okay x logik ;p

widda_me said...

duu saya ada cgu nama azmi gak..tapi ustaz azmi

marinahunny said...

hehhee mngimbau kenangan ek..

dd dudu said...

{rosealley}
heee betoll tere rosa ;p

motip aku ckp org tere padahal dah bg clue? ;p

{ciare}
eheeee ;p

hehehee jadik cam aku laaa, bukak fb bile dpt emel jek, eehehehee

{widda_me}
hai widda :)

{marinahunny}
begitulahh ;)

hihi

JIVEBUMZ said...

uiks cikgu diana ross glamerrr ar julfekar tu ek?

dd dudu said...

{jivebums}
ha'ah cikgu julfekar tu cikgu BM kitorang dulu, masa tu die berjinak2 sedikit laa dalam buat2 lagu ni.. tak lama kemudian, tengok2 dah jadik komposer dah :)

heheee tapi die jadik cikgu Bm sangat bes, so kelakar dan menghiburkan ;) lepas tu suke menyanyi masa mengajar ;p

mun-e said...

ohhh julfekar itu cikgu ko ke?? yang bcinta dgn farawahida itu?? nasib bukan bercinta dgn ko. hahataklawak :P

eh dd, aritu mase aku tsesat cari PN, aku sampai ke sekolah ko ni. haha.

eh ingt kan sekolah ko ni kat pahang :P

dd dudu said...

{mune}
muni ;n nape mesti selitkan gosip itu ;n

hew hew

muni ;n lagi sekali senyum n ;n kenapa ko ingat aku sekolah kat pahang ;n rumah aku sri langkawi 1, ko ingat aku duk Langkawi ke?

kah kah kah tak-lawak-jugak

lisa said...

hihih dudu..saya memang cam kedudukan kaki ko..kalau x de clue pon leh jwb kot. kui2.

dd dudu said...

{lisa}
how dare dare dare dare uuu lisaaa ;n

eh tp kedudukan sy dlm gambar tu //

bukan \/

hik2 ;p