Showing posts with label kawan upm. Show all posts
Showing posts with label kawan upm. Show all posts

Monday, October 11, 2010

09.10.10. masih jalan raya lagi



raya dah habes ye?? tapi tidak bagi kami, hehe sabtu hari tu masih jalan2 raya lagi :D

antaranya adalah beraya di rumah kak fae di Saujana Utama. kak fae ni kawan upm dan ex-housemet.. dulu duduk serumah masa duduk di equine park.. :D

banyak sangat makanan kat rumah kak fae, ada lontong, rendang, spageti, dannnnn jeng jeng jeng.. laksa!!!!! yeyyyyy

muahahaha

motip adam posing begini bile kuku amik gambar dari tepi?
motip ibu dia pandang sinis? ;n
hehe



baju hijau tu, tuan rumah..
hoo kak fae dah keluarkan harimau, eh silapp.. kucing.. huhu xkelaka nye




adam, seekor kucing, dudu dan rosa.
adam rilek giler nak pegang kucing.. nak cucuk2 mata kucing hihi, tp bila ibu die agah2 dengan kucing, terus adam takut, ekekeke.




lepas tuuu, kitorang pergi ke Putrajaya pulak, biku puteri ke berapantahh buat makan2 jugak.. ngee :D


cantek gak aparment kuartes si biku ni. suke sebab banyak tingkap, lepas tu ada tingkap yang panjang macam pintu. nikmatnyee angin masuk~~~

biku hidangkan kitorang nasi tomato, mee kari dan lain2. alamak kenapa biku yang sebaya aku ni dah pandai masak untuk tetamu yg ramai?? wahhh tibe-tibe resah ;P




kelaka okayy time ni... adam lari2 pastu gedebukkk jatuhhh.. lepas tu, adam nak cover malu, die terus posing depan kuku.. ala2 posing maskulin mengiring tepi kolam gitu.. wahahaha comel comel comellll... kecik2 dah pandai cover yeeeeee.. tiru ibu die ke? ;p larikkk dari ja~~~

note : cube saksikan latar belakang gambar ni :'D
perut siapa tu, hihi




perut ciare la.... 8 bulan dah, dekat sangat da :)

-potret keluarga puteri, percume bunge dahlia-
hik2


ok bye

Thursday, October 7, 2010

err xde pape pun entry ni :B



xde benda pun nak cerita hari ni sebenarnye.. nak borak2 random je.. heee cerita campur2



Dialog 1

tanpa diduga aku telah dilantik masuk dalam AJK Biro Komersil PTM.. presiden biro tu bida untuk dapatkan aku dengan harga rm200.. pangg~~!! hehe tipu jek.

hari tu meeting, banyak laa perancangan aktiviti biro ni kan.. tapi yang paling menarik minat aku adalah idea wewe, nak buat jualan Hari Istimewa. contoh : Friendship Day. masa hari istimewa ni kita akan buat jualan yang ambil2 request si polan ni nak kasi bunga/candy/gift kat si polan tu. kire kitorang yang akan uruskan laa.. alaa macam zaman sekolah dulu.. tapi bezanyaaa, kalau dulu kite yang beri gift atau dapat gift misteri tu kan, tapi kali ni aku bersama ajk biro yang akan jadi orang tengah tu heeheee

so tadi borak2 laa dengan si R dan si C

si D : "si R, bessss nanti biro kitorang akan buat request2 macam zaman sekolah dulu... nanti masa nak jadi posmen hantar bunga/gift, aku nak bawak bakul comel2 bunga2 riben2 ar, kuikui jadi gadis bakul" *lepas tu si D gelak gile, siriyes lawak, poyo gile si D tu..

si R dan si C : *gelak2 ngutuk si D

si D : "beslaaaaa.. sebab apa tau?? nanti biro kitorang boleh tau sume rahsia.. siapa yang bagi gift kat siapa.. siapa yang minat siapa.. hahahaa"

si C : " ko tengoklaa R, si D ni die ingat ni macam zaman2 sekolah dulu... oii tu zaman sekolah dulu ada laaa minat2 macam tu.. sekarang kat sini mana ada... dah tua2 laa semua.. nanti mesti kak N bagi ke suami dia.. En. S bagi ke wife die.."

si R : "haa ahh betulll"

si D : *gelak nak keluar air mata. motip korang perlu bagi contoh suami bagi isteri kat ptm ni? :'D tua sangat tauuu korang ni.. nyampahhh


kui kui... tapi entah2 kene reject idea ni dengan presiden kelab masa miting besar esok. hihi



Dialog 2

*si D tengah berjalan dari partition menuju ke partition kak H.. tetibe kak H bersuara tanpa di duga..

kak H : "dd leklok berjalan tu.. tinggal lagi sebulan je lagi ni haa nak kawen. hati-hati siket"'
si D : ('__') *terkejut saya


Dialog 3

si C : "si D, nanti blog chapter 2 ko mesti boring kan.. macam makcik2...eei busannye"
si D : "kuang ajoooo koo"



ok habess.... hehe sume pun dialog xde motif.. ;P




oh semalam korek2 gambar kat laptop, terjumpa gambar masa zaman buat research dulu..
tetibe rindu pulak kat diorang, hehe. rindu zaman tu.. zaman pegi conference, boleh jalan2 dengan kawan2. *tapi x rindu research

@ The Mines Beach Resort & Spa



The
3rd Malaysian Software Engineering Conference



rindu korang!!!! :D





Monday, June 14, 2010

perkahwinan ros dan idzuan yang sangat meriah


entry ni banyak gambar tau.. bersedia yaaaaa, hik2

tarikh : 12 jun 2010


mak andam sedang betul2kan bulu mata rosa :D



ok, bersedia nak tgk muke ros?


taraaa~~

tema adalah purple!!!
rosa cantekkkk


wawa, dd dudu, rosa, lina, no'a si pengapit, ezzan, hana dan lilo.
kami semua hadir untuk mu rossa ~(^,^)~



di sebalik cermin :B




masa rosa kat dalam rumah di touch-up touch-up, kat luar adalah sangat meriah dengan.. apa ek nak panggil, orang main muzik lepas tu ada aksi silat, tomoi junior, tomoi senior.. macam2 :D


tomoi junior


tomoi umur sekolah menengah kot



gambar meja makan beradab
color kuning pulak hehe meriah kan guna banyak2 warna. tak adalah fokus kat satu color je :D



bersedia untuk berarak... jeng jeng jengg

pengantin perempuan menaiki beca untuk menjemput pengantin lelaki (^,^)

suke sebab first time tengok pengantin atas beca, hehehee klasik sungguh


kepak kepuk kepak kepak


rombongan pengantin lelaki :D


ahahahaha idzuan. ahahaha gelakkan idzuan ;p

so suwit laa idea beca ni, hihihihi





duduk untuk melihat persembahan.
idzuan senyum dan berseri2 je kann, nampak sangat dia happy berkahwin dengan rossa kan kan kan (^o^)



tak tau nak panggil apa dah ni ;p



lace ini dibeli dari bandung!!



lepas itu masa untuk mereka bersanding di atas pelamin pulak. tapi tak ambil gambar laa, x jumpa sudut yang sesuai, hehe..


nak tunjuk gambar hantaran..


kebetulan dua-dua pihak guna jenis kotak putih yang cantek. eheeee
belah ros : hantaran putih pink
belah idzuan : hantaran putih merah



ingat tak saya pernah cerita kat Tanah Abang, Jakarta ada kedai yang jual set sepatu dan clutch. entry ini
hantaran ni diorang beli kat sana lah. cantekkk bukan? ;)




jam ni saya saksi mereka beli di Bandung. hee



lepas tu kan.. motip diorang suruh kuku dan dudu merenjis pengantin kat pelamin?

pasangan pengantin menjadi ceria gelak2 bila nampak kuku datang untuk merenjis. hehehe



sekepal kuku bagiiii manisan, ahahah naseb ko lah izuan



dudu baik siket, bagi sikett jee kat ros, kesian dia dah banyak kene mengunyah manisan ;p
ros : "siket je tauu dd... siket jee tauu"
dd : "yee yee.."
idzuan : "alaa x adil"

;p



yang pasti dudu sangat x reti nak buat apa... last2 pengantin dan pengapit yang kene ajar ;p kelaka sebab pengantin yang kena ajar... kui kui
dah laaa segan gilerrrrrrrrrrr kene pegi depann... uuuuuuuuu :'p


tibalah acara pengantin membaling gula-gula untuk disambut kanak2 :D




hahahaaa rebuttt rebuttt
naseb baik xde muke aku terlibat dalam ni ;p




lepas baling gula-gula, pengantin pun makan beradab.. kul 3 lebih tu.. mesti lapar kannn :B klu aku dah hilang pertimbangan daaa kot ;P


semasa diorang makan, mata diorang dihidangkan dengan persembahan kompang sambil menari. hahaha comel giler. main kompang sambil menari :'D





sungguh terhibur okay!!

note : color scallop kanopi color oren. hehe cantek dan meriah kan. lepas tu ini first time aku tengok scallop macam ni. ropol2 macam langsir



oklahh, dalam pukul 4 lebih tu kitorang kene gerak balik dah la. nak balik KL kan.

sangat gembira di hari perkahwinan kawan baik kami =)

rossa dan idzuan, selamat pengantin baru dd ucapkan. Semoga kekal, bahagia sampai ke anak cucu. dd selalu doakan korang bahagia2 selalu ya ^_^


note 1 : gambar adalah dari kamera sendiri, dan juga ezan
note 2 : untuk fotografi, ros menggunakan khidmat anaroza photography





Sunday, June 13, 2010

pernikahan ros dan idzuan



tak tau nak cakap camne.. terharu sebenarnye.. kawan baik ku rossa dah berkahwin :') dengan idzuan, kawan kitorang2 jugak :)

percintaan universiti berakhir dengan pernikahan pada 11 Jun 2010 ;)

siu siu~


ros rosss rossss sayang kat ko sesangat :']

sanggup ni amik cuti hari jumaat untuk pergi ke Machang Kelantan demi rossa tersayang ;p dan sekarang adalah hari ahad, aku berada di ofis sebab kene siapkan kerja yang tertangguh xdtg hari jumaat hari tu ;p har har har demi kawan baik, demi demiii~~~~~~

rossa~~ ko dah kawen daaa...... uhuk uhuk



di atas sebab2 yang tak dapat di elakkan, saya terlepas momen2 penting di waktu idzuan lafaz nikah.. oh sedih sangat :'(

masa sampai rumah ros, ros dah sah menjadi isteri idzuan.. x sempat nak tgk muke ros berdebar2 dup dap dup dap tunggu lafaz itu, blushing2, sebak2... wuwuwu


lebih menyedihkan bile dah selesai semua tu, masa salam2 peluk2 ros cakap "dd, aku cari ko.. ko xde"
uwaaaa :'(


ahh x kire, nak suruh jugak idzuan ulang tayang balikk momen itu :p



ayu nye kawan saya ni :) rosa x pakai veil pun, pakai tudung siti yang nice :)



kitorang in pink! tengah nak tangkap gambar, ezan call pulak.. cubit ezan ;p
*cian ezan xdpt tengok ros nikah




depan : dd dudu muka lebar, rossa, wawa
belakang : hana dan lina

waah hana puteri 7 pun datang, suke sangattttt sebab dah lama tak jumpe kawan aku yang sorang ni =D

yang kelakanye suami hana, peja dah jadik macam 2nd photographer pernikahan ni.. di mana2 akan muncul peja dan kamera muncungnya, dan sangat cekap :D hahaha sangat sporting.. kitorang terhibur




saya kawan ros. kuku pun kawan ros. ^_^
banyak sungguh memori kitorang, kann ros~~ kan kuku~~ pegi jalan mana2 pun sama2 :)

aduhh tiba-tiba dah rasa merindui ros yang bujang :'(
*hehe poyo, padahal selalu jek idzuan join sama, takde beza pun ;p





ros sangat cantik. artis kelantan katakann~~~
macam enggang dan pipit jadinye dah gambar ni, uhuk ;p




yangg pentinggg.... mereka sangat happy waktu bernikah, hahahaha
sengih memanjanggg :B




congratsss koraaangggggg =)

hehe mula kenal mereka di zaman upm. satu course, Software Engineering. kenal izuan dulu sebab die jadi cikgu kelas tambahan kitorang malam2. cikgu yang garang, ekekekeke... mula rapat dengan rossa sewaktu praktikal kat Kolej Islam, semester 4. bertambah rapat bila kitorang amik 'M' sama2 =) dan makin rapat.. makin rapat... =)


habesssss kisah pernikahan mereka.



di mana kitorang bermalam ek?



Kat siniiii..... Desa Permai Rest House, Machang Kelantan.


satu bilik Rm 70 :) seronok sangat bermalam dengan lina dan wawa ^_^


ok habess entry ini.. tunggu cerita perkahwinan mereka yang sangat meriah pula :)

dan last sekali..

hehe.. gelap.. :p



note : tudung pink kat atas ni menjadi tudung feveret sy skang, hihi dari Ratu, beli masa less 70% :B



Monday, March 1, 2010

pertunangan, perkahwinan dan majlis masuk rumah baru rakan


Salam Maulidur Rasul buat semuaaa =)

huhu lambat wish


3 tajuk kat atas tu menunjukkan apa yang aku buat wikend semalam... sabtu dan ahad.. disebabkan aku taip entry ni dah dekat2 masuk waktu kerja, so aku gabung jeekk cerita2 itu dan taip laju2 ok? hehe


hari Sabtu 27 Februari, pukul 10 pagi..

nak pergi majlis tunang kawan sekolah, nama die Raja Nadia Sabrina.. disebabkan tidak dibenarkan membawa partner (seat yang limited, dan raja sediakan 1 table untuk gang shackey buddies), jadii saya pun pergi dengan shee.. shee pun x bawak hubby hehe... tunggu shee sampai rumah, lepas tu kitorang pun bertolak kee jalan tun razak...

raja buat majlis pertunangan di R A Fine Arts Gallery... yee, tunang di galeri seni uolsssss... curlasttt kann??? hew hew.. galeri seni ni milik ayahnye.. cantek tempat tu, sebab rumah banglo yang diubahsuai menjadi galeri seni :)


"The theme for the engagement would be artsy fartsy since it is done at the gallery. ;) However, as for dress codes for my friends and family, I would appreciate it so much if you can either wear sweet lilac, baby blue OR peach pastels!"

oh~ disebabkan aku tak ada baju color sweet lilac, baby blue atau peach pastels, last2 aku pakai baju color purple ajekk ;p hew hew hew~

gang shackey buddies di zaman sekolah!
dari kiri atas, me dd dudu, shai, raja pengantin-tunang, sara, zarith, shee-ada-perut, shima my- pet-sister dan shamim-so-sweet-pakai-tudung ;)





dekat majlis tu nampak beberapa orang artis.. walaupun aku ada rasa jakun siket tapi aku tetap berlagak kool.. smile ajekkk~ hehe lepas tuu, kalau lah aku tak kool kan, nak je aku bergambar dengan setiap lukisan yang ada dalam galeri tu.. wahhh rasa artistik gituu~~

tapi gila lah segan nak buat macam tu, ego ego, siu siu siu~~


ok mase dalam majlis tu, kuku sms tanya "nak pergi kawen sara tak?"
then aku jawab "nakk"

hehe...
so lepas bergamba2 semua dengan geng2 sekolah ni, aku pun keluar laa awal, berjumpa dengan kuku, lepas tu brooommmmmm menuju ke arah kelang.. sampai umah sara pukul 4 petang okayy ;P sungguh lewat hehe.. sara dan arul ni couple dari zaman upm lagi tauu .. heppy sangat untuk kamu ber2^^

arul, sweet sara, dan entiti-yang-tak-boleh-terima-kenyataan-dia-sudah-sangat-gemuk-gemuk-gemuk paling ketara di muka (T_T)

wedding theme : pink^^


note : suka sangat tengok muka pengantin atau tuan rumah yang happy bila nampak kita datang.. aku faham perasaan itu, sebab itu aku seboleh2nyee nak pergi semua jemputan yang kawan2 jemput =) eheeeeee


tapi, masa aku tiba2 muncul dihadapan pengantin2 ni, sadis akuuuu arull cam xdapat mengenalpasti aku uwaaaaa... aku lambai sara, sara xnampak,sara nampak keri jek.. so aku lambai arul.. pastu nampak arul siku2 sara ala2 macam "kawan sayang ke?".. oit, aku dah membesar dengan jayanya sangat keee? kembang sangat keee? sampaii tak kenal coursemate sendiri dah uwaaaaaa.. hari tu kat majlis Aina pun sama, dia ambil masa yang lama untuk kenalpasti muka kawan dia ni hukhuk.. naseb baik sara ambil masa beberapa saat jek untuk kenalpasti aku, uhuk uhuk... *tetap nak nanges sambil berlari~~




ahad, 28 februari..


my friend, ja ada buat majlis masuk rumah baru dekat precinct 9 putrajaya.. ada baca2 Yassin siket.. tapi aku sampai lambat, so sempat baca2 doa ajelahh, hoho.. pergi bersama kuku dan lina... aku suruh lina bawak kereta baru dia, muahahaha dapat gak merasa kecomelan lina memandu ;P

comelnyee lina drive getz~ sungguh comel ;p walaupun terlebih masuk lane setiap kali nak corner, takpe takpe tetap comel ;p heeheee jangan mara kawanku lina~ ;P *larik larik anak


si-muke-besar dd, ja tuan-rumah, dan lina

untuk mu muniiii... nah dadam mu dengan cousinnyeee
hehe


sebenarnya, niat di hati nak ambil gambar sudut2 rumah ja, tapi macam tak sopan jek ;p so diam-diam je laa dalam hati~ hihi
niat di hati jugak nak tangkap gambar lauk2 nasik yang ada di rumah ja, tapi sungguh segan dengan family ja dan family mertua ja~ so diam diam je laa~ siu siu siu~~

okie tu jek, dadada (^^)/