Friday, January 15, 2010

the color of my love.. part 3


******************** PART 3 ********************


sepanjang hubungan dudu dan kuku di upm, banyak jugak yang kami lalui bersama2 :) tapi masa awal2 hubungan banyak suka jek ;p keh keh biasalaa kan awal2 hubungan tahun pertama, tau nak suka jek :)


tapi bila sayang dah bertambah2 tu, faham2laaa kan, makin banyak laa pulak complicatednyaa hati wanita dan hati lelaki ni, hoho~.. ke hati wanita je ek ;p

tibalah waktu untuk Latihan Industri (LI) atau Praktikal... semasa cuti semester 4.. aku dan kuku bersama kawan2 kami yang lain dapat LI dekat Kolej Teknologi Islam Melaka.. ramai jugak siriyes weh aku tak ingat berapa belas orang ntah sebab nak develop sistem untuk kolej sana..

dari kiri anas, iqbal, faris, shah dan kuku

bersama aya ;)
orang lain buat kerja, ko bace sincan ye dudu



kat sana bes sangat.. sangat kehidupan baru.. time tu kuku menjaga dudu jugaklaaa hehee ;p teringat naik bas KL bersama2, naik bas ke Masjid Tanah bersama2^^ semua itu kenangan yang tak dapat dilupakan^^ cuma dating jek tak pernah kat sana ;p maksudnyaa kalau dah masuk kolej Islam tu, tak berani dah laa nak keluar jalan berdua2an.. nanti kena "pandang" laa.. haha

girls kat depan asrama KTIM.
dari depan dan kiri, aya, dudu, zila, rosa dan kakyen.


dalam tempoh kitorang LI kat sana, abang demo (abang kitorang merangkap supervisor kitorang) ada jugak bawak kitorang menaiki Gunung Datuk... yuhuuu pengalaman yang tidak mungkin dilupakann (^^.)/

aku bukan lah seorang yang kuat sangat.. cepat je penat haha.. tapi masa panjat gunung Datuk tu, kuku sangat tangkas orangnya.. cergas giler.. macam tak penat je die..

time tu aku rasa aku taknak kalah, aku nak kejar dia, aku taknak kena tinggal dengan dia.. aku sedaya upaya catch up dia...penat camne pun aku tetap panjat dengan sekuat hati, asalkan tak kena tinggal dengan dia haha.. tiba2 aku dah sampai puncak, antara group yang pertama sampai.. aik? magik ;p tiba2 aku dah sampai atas ;p cam tak caya je ;p mana yang lain? aku dah tinggalkan diorang ke? wah kejinya saya~ maaf maaf..

time tu aku dah faham, aku dah tahu siapa pemangkin aku sampai bila2, winkk**

dudu dan mumu ngada2 nak duduk paling puncak, haha

kuku di belakang dudu =)

pernah dengar tak orang dulu2 ada cakap "tahun kedua hubungan adalah tempoh yang paling getir.. kalau kite berjaya atasi tahun kedua ini, InsyaAllah kita akan dapat atasi segala dugaan2 lain untuk tahun mendatang"..

hee macam tu jugaklaa yang berlaku kat kitorang.. tahun kedua kitorang adalah semasa di LI ni lah.. tak tau laahh kenapa banyak sangat dugaan hati, hadoiii laaa~ memang dalam banyak2 dugaan, zaman LI ni lah yang paaling2 hujung2 nyawa sekali, hee susah aku nak cite laa, perkara dah lepas kan ;p bila ingat balik sengih2 jadinyaa ;p

tahun kedua masih tempoh mengenali sesama sendiri kan, darah pun muda sangat lagi tu, soo asyik2 rasa nak panass ajeee (^.^) cemburu pulak tak ada dah buta je, tahap cemburu pekak bisu semua ada.. wakakaka.. hrmm time tu muka kuku pun banyak kelat dari senyum.. cuba lihat gambar bawah ni, hehe..

keh keh serius tak ;p
lariiiiikk~

aku lak asyik cengengg aje laa.. cengeng sampai pujuk2 hana dan ja (puteri2 tujuh) datang melawat keadaan aku kat melaka haha.. last2 diorang betol2 datang, terharuuu (T_T) time tu aku tau dah, 2 kawan aku tu memang sangat sayangkan aku =) hik perasan

2 orang yang berbaju kurung tu laa 2 kawan yang sanggup turun melaka dari KL, ja dan hana, syg korangg mmuahxx =)
-zoo melaka-

geng lelaki di zoo melaka.. kuku berbaju putih sambil menyandang beg dudu hehe


tapi kalau fikir2, semua dugaan yang berlaku pun berpunca sebab kite sayang orang tu.. cuba kalau kite tak sayang orang tu, mesti tak heran ape2 pun, betol takkk ;)
tapi Ya Allah ya tuhanku, Alhamdulillah, setelah pelbagai dugaan menimpa hubungan ni, kitorang harungi jugak dan berjaya melepasi semua peringkat.. tahun pertama, tahun kedua.. bersyukur sangat :)

semester 5 kitorang kembali pada rutin biasa di upm.. selepas tu, semester berapa ntah, yang course kitorang kena pergi camping kat lenggeng n9..

bersambung..

the color of my love.. part 2


note: ada memori yang aku samar2 ingat.. kalau kawan2 perasan aku ada salah info bagitau ya..




******************** PART 2 ********************

menjelang 2004.. segalanya bermula =) (bulan berapa tak ingat laa =p)

oh ye sebelum tu nak cerita dudu dan kuku ni satu course ye.. tapi awal2 tak pernah bertegur sapa pun.. dua2 sombong.. kuku dengan dunia dia.. dudu lak dengan dunia dudu hehe.. kalau lalu sebelah pun takde pulak nak jeling2.. sombong oh~ kuku lak budak kosas (kolej yang penghuninya PALAPES)... takut ahh dengan budak kosas, diorang kan muka askar ;p lariiii~~

ok, pada satu hari tu, aku masuk computer lab.. terus bukak friendster.. time tu zaman kegemilangan friendster.. sekali aku perasan maklumat2 diri aku kat profile berubah.. aikk? "SIAPA YANGGG UBAH NIIIIIIII??!!"... **marah marah***

..okay setelah siasat punye siasat memang salah aku, sebab sebelum tu aku keluar tak logout friendster ;p padan laa muke hangg ;p tapiii still aku maraahhh ( '.' ) haha poyoo.. uitt poyo tak poyo, mestilah marahhh orang tu pergi ubah profile aku macam aku ni gadis gatal yang desperate lakk... dekat About Me aku tu siap tulis lebih kurang macam ni "kalau sesiapa nak berkenalan dengan saya, sila hubungi saya di talian 012-230*****".... marah tak marah takkk ( >.< )

ok skip kisah aku marah2 mengamuk2 tu kan... last2 dah tau dah la siapa punye kerje... si ABC punye keje ... tapi peristiwa tu membuatkan aku berbalas2 message friendster laa dengan kuku sebab aku tau kuku tau siapa yang buat, haa lebih kurang macam tu laa... soo asyik asak2 dia dengan soalan cepumas je hoho..

mula2 message2 je, tapi tak lama kemudian, dapat testimonial friendster dari kuku.. ayat nye lebih kurang "stay smile.. bcoz ur smile can make others around you smile"... hee ;p lebih kurang macam tu laa, tak ingatlaaa, malas pulak nak login friendster dan korek testimonial lama2 haha... oh testimonial itu cukup membuatkan kawan2 ku bergosip, hew hew hew

tapi kitorang tak ade pape pun time tu.. relax jek.. kool jek... even kalau selisih tepi jalan pun tetap menyombong masing2 hehe...

ada sekali tu course kitorang ada kelas tambahan Discrete Structure anjuran komuniti Al-Ansar.. aku and the gang mestilah hadir.. sekali tengok2 kannn, laaaa yang pengajarnyee adalah si kuku itu.. owhh~~~ heyy siapa yang lantik khairi(kuku) jadi cikgu diskret niii ;p

disebabkan kuku yang mengajar kat depan
mestilah aku kene pandang dia kan kan.. dah la mengajar dengan muka satu nada, tiada graf perasaan kih kih, so itulah first time aku pandang kuku lama2 hehe..

tengah pandang2, fikiran kemana2 tiba-tiba muncul sebatang marker tepi kepala aku dihulur oleh si khairi (kuku) itu.. eh bila dia muncul kat sebelah?
khairi suruh aku pergi jawab soalan kat white board daaa... oh noooo!!


dudu : "taaak~ naakkk~ " (geleng kepala perlahan2 sambil buat muka tak puas hati)
kuku : masih muka tiada perasaan, tetap menghulurkan marker..
dudu : "taak retiii" (geleng kepala sambil buat muka kesian siket)
kuku : masih muka tiada perasaan, tetap menghulurkan marker..
dudu : (geleng kepala)
kuku : masih tak berganjak..
dudu : (geleng kepala)
kuku : masih.. ;n

uwaaaaaaaaaaaaaa :'o
lepas tu apa terjadi ek? kuku beralah kot.. aishh boleh pulak aku lupa ending dialog ni hahahaha


erm teringat dalam kelas 'English for the workplace".. aku dan hana duduk depan.. kuku dan kawan2 duduk belakang.. lepas tu handphone aku asyiklah berbunyi miskol.. bila aku angkat orang tu letak.. aku angkat orang tu letak.. haishh... banyak kali pulak tu... last2 aku tanya hana, nombor siapa ni.. akhirnya tau itu nombor kak hanim.. aku pun pusing belakang dan terus cubit-cubit kak hanim... lepas tu kak hanim terkedu.. muka tak tau apa2.. lepas tu kak anim pandang orang sebelah dia (kuku laa tu)... "khairi punye keje laa nii.. dari tadi pegang telefon akak!"
lepas tu baru aku nampak khairi tu dah tersengih2.. hik2.. nak marah pun tak jadi ;P bole?


hee banyak lagi laah kisah nye.. kang cerita kang menguap lak masing2 hehe... tapi tu semua detailsnye nanti aku cerita kat anak aku sendiri bole? ;p hahaha paksa anak aku dengar nanti ;p ..

tak lama kemudian aku jadi demonstrator untuk subjek struktur diskret untuk budak2 semester bawah aku (hahaaha teringat lisa pestisid jadik student aku) .. time ni tanpa aku sedari aku slow2 dah terkawan dengan kuku... sebab banyak kena mintak tolong dia ar..

tak lama kemudian..
berkawan.. jalan sama2.. belajar sama2... naik bas kolej sama2.. makan sama2.. tanpa sedari, timbul satu perasaan yang tak pernah aku rasai..

hmm perasaan apa? :) *speechless*

tapi dialog kuku pada aku yang menyebabkan aku tau dia **** aku tu, biarlah aku simpan untuk diri sendiri ya :) terlalu peribadi untuk dikongsi hee.. sampai bila2 pun aku ingat ;) aku pun suka dia jugak, tapi tak lafazkan.. biarlah hati masing2 yang berbicara sesama sendiri =)

note : perasaan tu satu perkara yang sangat pelik dan undefined kan.. hrmm sungguh, sampai sekarang kalau orang tanya kenapa aku **** kuku, tapi aku tak dapat jawab... perasaan 'itu' hadir sendiri tanpa kita minta ia datang.. Subhanallah..

note 2 : sorilaa banyak sangat simbol '*' dalam entry ni.. entah, pahal tah jari ni malu2 sangat ;p hehe

Thursday, January 14, 2010

ini pelangi atau hujan?

note: entry ni akan membuatkan pembaca pening sedikit



huk huk.. aku pun tak tau laa kenapa di saat2 yang aku perlu gembira ni, aku perlu mendapat berita itu..

berita itu dengar macam "pelangi" untuk masa depanku.... tetapi hatiku terasa "hujan"...

kerana aku sangat sayangkan apa yang aku dah ada.. aku sayangkan mereka..

dan lebih memeritkan hatiku lagi, untuk mencapai "pelangi" itu, aku terpaksa melakukan "sesuatu" yang aku tak suka :(
luluh hatiku :'(

bukan aku sebagai hamba nak pertikaikan ketentuanNya, tetapi ada sedikit hatiku berbisik "kenapa berita ini tidak sampai minggu hadapan.. sekarang aku perlu bergembira untuk sesuatu yang amat penting.. lihat, kini emosiku terganggu"

wu wu wu..
:(

note: malas nak tukar font color, font style, alignment dan check spelling.. bye

tensi

rasa tensi yang amat sangat...
so cerita entry sebelum ni akan disambung kemudian ya.. tergantung pulak ;p
erm kena berada dalam keadaan tenang dulu baru boleh menaip.. huhu

apa yang aku rasa sekarang adalah

i just hate myself :(

dadada..

the color of my love.. part 1


Assalammualaikum semuaa :)


korang perasan tak kat sidebar sebelah ni ada ruangan 'The Color Of My Love" tapi tak pernah ada link ke mane2? hak hak aku punya keje laa tu, konon2 nak buat entry pasal kisah dudu dan kuku tapi alahai tak ter'update2 jugak laa ;p ziffi busyyy sangat nyahh~

malam ini rasa macam rajin sikit nak menaip.. tapi part 1 je la kan dulu.. ermm kuku akan baca x ek entry ni? mestilaa baca, dah dia bukak blog aku ;n waakk~ kalau awak baca ni, buat2 tak scroll ke bawah bole? he he he ooo bila depan mata segan2 nak cakap love love cinta cinta semua2 tu, tapi bile dalam blog berani pulak cerita kisah cinta yeeeee ... erkk jangan mara waak ;p hew hew

okay aku nak bercerita ni.. siket2 je tau.. tak cerita semua.. sedut yang penting2 je, untuk tatapan anak cucu cicit ku jugak nanti :)

note : kalau bole, sila baca kisah ini sambil mendengar lagu The Color Of My Love nyanyian Siti Nurhaliza^^ panggg sedasss~






******************** PART 1 ********************

2003-2004, semester 1 dan semester 2.
kisahnya bermula begini..

tersebutlah kisahh.. di sebuah universiti yang cantek dengan alam kehijauan (upm), kelihatan seorang gadis biasa yang sangat syok sendiri dengan hidup dia.. kerja dia asyik nak main2, nak suka suka je,, gadis itu sentiasa bersama kawan2 baiknya seramai 7 orang (termasuk gadis tu).. mereka digelar Puteri tujuh atau 7 Serangkai.. mereka ber7 ini nak kemana2 asyik bersama2 aje... tahap tak boleh berenggang..


dari kiri, dudu main basikal, dudu bergayut, dan ciare tengah watpe tu? ;p

puteri 7 ni pun asyik buat hal sendiri je, tak masuk campur hal orang lain.. kalau dalam computer lab pun berebut2 tempat mesti sesama 7 orang ni jugak.. macam tak ada orang lain dah dalam dunia sekeliling mereka ;p (hehe xdelah, yang ni memain je).... kalau hujung minggu pun kalau tak jalan2 dengan roommate masing2, mesti jalan bersama2.. =)

Puteri 7 termasuk tukang tangkap gambar..

dudu, poyo buat2 menyanyi kat iklan Malaysian Idol ;p



begitulah kisah gadis tersebut bersama puteri 7 di awal2 semester...
sehinggalah menjelang tahun 2004....

bersambung..

penulis kene tidur, dah lewat malam sangat ;P

Wednesday, January 13, 2010

Bukan nak cakap apa la kan.


lately ni aku batuk-batuk dan selesema.. tapi entry ni tak adalah nak cerita pasal aku batuk dan selesema sebab aku kool jek ;p tapi tensi jugaklaa sebab 2 perkara itu tidak patut hadir waktu-waktu sekarang.. tidakkk tidakkkk tidakkk bolehhhh (T_T) oh kenapa ya tidak boleh? nanti dd dudu cerita dekat next next entry yaa untuk pembaca my secret garden, hehe...

ok sambung, jadii dalam masa yang sangat genting ni, aku akan buat apa sahaja untuk menghapuskan dua simptom ini.. makan apa-apa ubat yang boleh dimakann urgghhh very not me laaa..

ok nak cerita.. semalam lepas balik makan dari de'Templer tu, singgah 7 eleven beli soluble untuk selesema.. tak suka sangat soluble, pernah makan sekali je dulu kat upm.. tak sedap dan tak bole diterima langsung.. tapi sebab nak baik punya pasal kan, sampai je rumah malam tadi terus letak soluble tu dalam air.. dah cair semua, terus glup glup minum sambil tutup hidung... iyarrkk tak sedappp tak sedappppp :'o tapi berusaha jugak p('o')q... sekali untuk tegukan terakhir, masuk je tekak, aku dah rasa lain sangat.. dah berjaya masuk tekak pun air tu.. tapi entah macam mana tanpa aku sedari..


"buwekkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!""""
uwaaaaaaaaaa :'o keluar semua makanan yang aku makan tadi, dan paling ketara sekali adalah kangkung belacan yang tak sempat cerna, uwaaaaaaaaaaa :'o
ralatnyeeeeeeee penat2 aku berusaha makan soluble sekali keluar balik uwaaaaaaaaa :'o

5 minit terawal aku menangis tersedu-sedu.. tensi sangat kot ngee.. plus geli ;p (kali terakhir aku muntah adalah di waktu sekolah rendah dan itu adalah yang pertama dan terakhir)

10 minit kemudian... aku rasa...
"aikk, badan rasa ringan laa lepas muntah.. wahh seronoknyaaa semua makanan yang sedap2 tadi dah keluar balik, mesti tak dikira kalori dan tak sempat jadi lemak kan :D"

tiba-tiba.. tinggg~~~ aku teringatkann satu istilah itu..apa ya..

B
U
L
I
M
I
A

N
E
R
V
O
S
A

apakah? baru aku paham kenapa simptom bulimia nervosa ni boleh terjadi pada sesetengah orang.. oh ya, bulimia ni yang aku faham dia nak kurus sebab dia rasa dia gemuk, jadi setiap kali lepas dia makan, dia akan jolok2 tekak dia untuk muntahkan balik semua makanan2 tadi... bukan nak cakap apa laa kann.. tapi, patutlaa diorang buat macam tu, sebab lepas muntah tu, memang badan rasa ringan sangat.. rasa lega makanan2 tadi tak diproses untuk proses yang seterusnya.. rasa segar pun ada, tidak lagi kenyang ular sawa macam tadi ;p ngeee


(gambar hiasan)
taaakk, aku tak kata pae makin kurus macam bulimia.. taak aku tak kata ;p

oh p/s ku --> taak, aku tak kata aku nak jadi bulimia, taakk taaaak..

dadada (^^)/ ;p

nak makan kat mana ni? (anak yang pening)


entry lepas aku ada cakap pasal nak makan sempena besday ma kann kann ;)


ayah : lu mana mau makan, lu cakap sajaa saya belanja, lu pilih itu lestoran
ma : saya nak makan kat Restoran Ayam Kampung
ayah : haiyaaa Ayam Kampung ka? kita makan itu lestoran cina laaaa.. ambil yang mahal-mahal siket
ma : tak mau laaa.. asyik makan situ saja.. kata besday saya, saya pilih.. saya mau Restoran Ayam Kampung jugak..
ayah : haiyaaaa.. lu butut2 mau ayam kampung kaa.. mana ada kampung kat sini.. manyak tipu itu lestoran.. lu tarak tau kaaaa diolang kasi cucuk itu ayam 3 hari kasi dia kurus macam ayam kampung.. lu tarak tau ka? yeke? ayah tipu ek
ma : yelaaa yelaaa, restoran cina pun restoran cina laaa (T_T)


ngeee sian ibuku ;p xpe laa maaa, nanti kite bawak balik nasik lauk ayam kampung kasi ma ek ;)

oh ya nama restoran tu, de' Templer kat melati utama.. Restoran chinese muslim


oh p/s ku --> kesimpulannye, siapa punye besday ni ;p

dadada (^^)/

Monday, January 11, 2010

selamat hari jadi ibuku


Selamat hari jadi ibuku yang ke ...... tett ;p saje nak menjaga hati ma walaupun ma tak baca blog ini hew hew


11 januari, tarikh hari jadi ibuku sama dengan siti nurhaliza dan juga kaklong
Selamat Hari Jadi kaklong dah wish dah kat blog kaklong
Selamat Hari Jadi siti nurhaliza~ eh?

oh oh selalunya aku meraikan hari jadi ma bersama2 pada tarikh tersebut.maksudnya makan sama2.
tapi tahun ni gatal nak buat ma terkejut. hee
aku order cheese cake kat fun muffin.
lepas tu minta tulun kak fara (tuan punye fun muffin) deliver kat ma dekat rumah.
baik kak fara ni tau, dia tak pernah kenakan aku cod charge walaupun kami tidak ada apa2 ikatan, cuma aku suke order kek dengan dia je :)
kesian kak fara dengan nak pergi kerja lagi, nak hantar kek ke rumah lagi kene panjat tingkat 2 lak tu oh~.. huhu sayang lebih laa kak fara..
dah lah cantek, pandai buat kek pulak tu, oh adik mencemburuimu~~
oh oh ini bukan bodek ye namanya sebab kak fara tak baca pun blog aku ni ho ho..

kebetulan pagi tadi aku keluar memang awal, pukul 7 camtu.. lepas tu dalam pukul 8:05 pagi dapat sms dari kak fara

"SLM..MISSION DAH SETTLE..SIAN MAK AWAK TKJUT. HEHE."

yess berjaya buat ma terkejut! ;p

tadi balik kerja sampai2 rumah, cheese cake dah berlobang laa heee, snap je la apa yang ada kih kuh kih

esok nak balik kerja awal tau.. sebab nak balik makan2 raikan besday ma :)

dadada (^^)/


-insan yang paling ku sayang-
-insan yang paling sayangkan aku-
-insan yang tak mungkin ku hidup tanpanya-

Friday, January 8, 2010

kena tag gambar2 lama


ciare, ko tag aku gambar2 lama kan? hehe sila muntah sekarang ye dengan gambar2 ku yang macam terlebih ni, hik2..


oh ya, gambar2 ni sebelum tahun 2009 (dikira gambar lama la tu kan, hew hew)

AMARAN** siapa yang tak suka entry bergambar sila jangan scroll ye, hew hew


*****ZAMAN BELAJAR DI UPM, AWAL2 SEMESTER*****


dudu n ciare, gayuting..
ni zaman tangkap gambar handphone takde megapixel kot, tsk

puteri 7 ku sayang


dah namanya zaman belajar kan, mestilah asyik gelak ajek, tengah belajar pun gelak ;p
oh rindunyaaa~


*****ZAMAN DI UPM, MASA CAMPING*****

cuba cari mana kuku, mana dudu?



*****ZAMAN LI, PRAKTIKAL DI KOLEJ ISLAM MELAKA*****

rossa, kakyen, ummu, dd dudu, aya

sweet moments^^


*****ZAMAN SELEPAS HABIS BELAJAR, REUNION, GATHERING, JUMPA JUMPA..*****

jumpa balik kawan2 mrsmku~


separuh dari puteri 7.. wah muka muda2 lagi

dd bersama pae, muni dan cendawan


*****ZAMAN SAMBUNG MASTER, JADI RA, BUAT RESEARCH, ATTEND CONFERENCE*****



masa ni, kawan rapat dengan zila hehe

kawan rapat dengan hasni


*****ZAMAN DUDUK RUMAH SEWA, SEBAB DEKAT SIKET DENGAN UPM*****


masa ni housemate ku, anum tunang.
aishh gambar aufa pulak takde.

satu gambar ni je laa yang ade gambar aufa, huk2..


*****ZAMAN JALAN2 KE TERENGGANU SEBAB ZILA KAWEN*****


sayang mereka =)

bersama erme


kenangan indah,hihi :)


*****ZAMAN JALAN2 KE LANGKAWI SEBAB ADE CONFERENCE*****

yin yang =)

walau berada di mana ketinggian pun aku tetap bersama mu~ cewah ;p


*****ZAMAN BELAJAR DI OVERSEA*****

tapi dalam mimpi ajelaa..
siu siu siu~ angin berlalu pergi..

oh p/s ku --> rasanya rupa aku dulu dengan sekarang sama aja, bezanya kejap kempis kejap kembang.. tapi sekarang macam kembang tak kempis2 balik je uwaaaa

ok, aku nak tag rossa, lina, ezzan muni dan linda untuk buat entry "gambar2 lama" hew hew hew


okiee, dadada (^^.)/

Thursday, January 7, 2010

oh ayah~ ayah~


Salam satu Malaysia~ ;p


kawan-kawanku dan pembaca blog ni yang baca blog ni dari dahulu kala mesti ingat situasi ayah aku kann.. ayahku dah x berapa dengar sejak 2 tahun lepas.. mula2 aku,mak dan abang susah juga nak sesuaikan diri bila nak cakap dengan ayah.. sebab kalau cakap kuat pun ayah x dengar.. kena cakap kat tepi telinga ayah haaa baru ayah dengar..
kalau ayah kat luar rumah, aku lak kat dalam dapur tengah basuh pinggan, lepas tu ayah panggil, kenalaaa berlari2 dengan tangan berbuih untuk pastikan mulut aku sebelah telinga ayah bile nak menyahut... dapat x korang bayangkan situasi itu, hihi

paling comel mak laa yang kena, mak tengah jahit.. ma selalu terlupa kot ayah tak dengar..

"ni, ada berita tak kat tv sekarang?"
"ada, bukaklaa tv1"
"ni, ada berita tak kat tv sekarang?"
"ada, tv1"
"ni, ada berita tak kat tv sekarang?"

;P

tapi sekarang dah biasa dah.. tak jadi masalah sangat dah bagi ku.. hehe.. ayah ada alat pendengaran, tapi dia x suke pakai, bising katanya... teringat dialog ayah pernah cakap kat kuku masa kuku datang raya tahun lepas.. masa tu aku tengah lap2 pinggan, curik2 dengar perbualan diorang :p

"saya ada itu mesin pakai kat telinga. itu komputer woooo... manyakkk mahal.. satu libu lapan latus.. anak saya bayar.. tapi aaa saya talak suka pakai.. sebab apaa aaaaa.. dia punya bunyik kat telinga waa manyakkk bisengg ooo.. kalau saya kincing aaaaaa, dia punya bunyikk keluar maaacam air terjun.. haiyooo manyak kuat ooooo.."

kih kih comel.

malam tadi aku kemas bilik.. bukan kemas apa sangat lah kan.. cuma nak letak alas lantai jek.. sebab tikar getah yang lama tu koyak2 tahap apa dah... berkopak2 sehingga boleh melukakan kaki kalau tak berhati2 ;p alaa alas lantai tu bukan laa carpet ke apa, tak laa.. alas lantai laaa ;p x reti nak panggil apa ;p hari tu beli kat jusco dengan ayah... so semalam masa nak letak alas lantai tu, aku kena laaa angkut segala meja tulis, almari, kotak2, rak buku ahhh semua laaa... hoh hebat tak kudrat perempuankuu (T_T) dengan bantuan mak siket2 jek sebab mak tengah khusyuk tengok cerita Rahsia Hati kat Prima, tak berani ganggu sangat huk2...

time tu ayah tengah tengok Rahsia Hati gak sambil baring2 atas tikar buluh... okay, barang2 yang aku angkat tadi, aku mestilah letak kat luar bilek kan.. aku letak betul2 laaa dekat tepi ayah yang tengah baring2 tu.. angkut2, letak atas lantai sebelah ayah... angkut2 letak atas lantai sebelah ayah... tapi ayah statik jekk tengok Rahsia Hati, tanpa perasaan.. tak ade lirikkan ekor mata kat aku pun.. kira macam ayah tak de dengar apa2 pun.. aku angkut2 pang pungg pangggg gedegang gedegunggg gedegangggg bunyik kayu2, kotak2 yang aku kadang terhempas atas lantai sebab tak larat.. tapi ayah tetap statik ;n hiiii hiiii comelnyeeee ;n agaknyaa kalau gempa bumi pun ayah tetap statik jugak ;n

;p

bila dah siap semua hamparan alas lantai, aku nak masukkan balik laa semua jenis perabot kat luar bilek tu kan.. time tu entah camna baru ayah tertoleh kot tengok semua benda kotak2 ada di sebelah ayah..

"haiyoo..kenapa sume balang ada kat luar"
"ayah, orang dah lama dah bawak barang ni keluar ;n sekarang nak bawak masuk bilek balik dah ;n orang dah siap pasang dah alas lantai yang beli kat jusco tu ;n"
"waah yakaaaa, napa talak panggil saya "

=n

hee comel ;P

dadada (^^.)/

kisah teladan untuk orang nak kahwin



hrmm tadi bukak blog
Radiusite yang aku slalu beli shawl tu, lepas tu bace kesah die yang nii --> http://perjalanan30mei.blogspot.com/

aku bace dari A sampai Z.. waaaa

kepada yang nak kahwin tu, boleh laa ambik iktibar dari kesah ika itu yaaaa, speechless i bila baca.. macam2 jenis perangai orang laaa huhu.. to ika, banyakkan bersabar k tapi die tak baca pun blog aku hew hew

okie dadada (^^)/

oh p/s ku --> x allow comments sebab ini bukan ceritaku..

Wednesday, January 6, 2010

hmm tak suke =)


hai, saje je nak taip entry buat syarat update blog ;p keh keh


rasa nak taip antara 3 perkara yang boleh membuatkan aku arghhh nak marah, pastu membebel sorang2, bila berada di tempat awam.. 'antara' tau, bukan 'paling'.. 'antara' jee hihihi

1) kalau kat tandas awam kann, orang yang guna getah paip tu tak letak balik muncungnya kat tempat asalnya, aaa sangat marah~~ lebih2 lagi kalau getah paip tu landing baik punyaa kat atas lantai yang air terapung, &*%$##$ betol laaaa ;o geli tak nak guna sekarang? geli tak? geli takkkkk???

2) kalau kat surau awam kannn, bukak2 pintu biasanyaa mestilahh tempat wuduk kan dekat dekat tepi pintu tu kan kan.. tapiii~ geram betol laaa orang yang masuk surau atau keluar surauu tak reti2 nak tutup pintuuu??!! susah sangat ke haaaa dah bukak pintu tu pastikan pintu tu tutup balik dengan jayanyaa? haaaahh haaahhh

dah laaa orang-orang biasanya amik wuduk akan senteng siket seluar, pu~

diana atsukuru marah niii&*$@

3) kalau tengah drive, tengok orang awam melintas dengan tanpa perasaanya sambil taip sms kat henpon dan jalan dengan slow gilerr lenggang kangkungg.. hoh ingat kool sangat laa tu? langgar kangg langgar kangg langgar kangg!!


saja je lampiran ni, nak tunjuk kesengalan kawan2 ku yang chatting pakai nombor kereta ;p pangg~~

hik hik, dadada (^^.)./



Monday, January 4, 2010

hmm suke =)


Scene dari Sad Movie..

tak taulaa kenapa aku suke sangat scene gadis bisu yang pakai costume Snow White ni.. die ni suke kat sorang pelukis laki tu.. tapi approach die arghh sangat comel ;o sebelum tidur aku suke play balik cerita ni tapi forward2 ke scene Snow White ni je la hehe.. tapi yang aku jumpe kat Youtube 1 scene ni je, huhu layan laa eh ;p






translate
: Snow white ni asyik dok ikut jek mamat pelukis ni, pastu tangkap gambar tru henset die hihi.. masa Snow White ni tulun pelukis ni angkat barang2 yang dah jatuh, Snow White ni seronok menghayati muke pelukis tu yang perfect ar bagi die hehe.. pastu alang2 tu, die pulangkan lukisan laki tu yang terjatuh semalam..

die bayangkan laki tu akan terharu dan kata "wah terima kasih, lukisan ini sangat penting bagi saya.." ..
tapi last2 pelukis ni cakap "owhh~ awak patut buang je lukisan ni"..
tu yang Snow White nak pukul die tu hahaha.. tapi x jadi sebab die memang sangat suke kat laki ni ;) owh Snow White ni bisu tau huhu, suara2 tu dtg dari kata hati die ajek hew

tapi kiut mula2 je... tapi bile pelukis tau wajah sebenar Snow White ni, endingnya sangat memilukan, uwaaaaaa :'o

Sunday, January 3, 2010

owh cuma nota pendek tentang pakaian terpakai~


semalam hari sabtu, hari ini hari ahad
pangg~

semalam saya mengemas bilek, lepas tu terjumpa banyak sangat baju2 yang saya tau saya taknak pakai lagi, sebab rasa tak sesuai, rasa singkat, rasa ketat, rasa nampak gemuk, semua laa rasa~
nak turunkan dekat adik2, tak ada adik pulak..
dah turunkan kat cousin cousin ku, tapi diorang banyak amik baju kurung jek heee..

owh dan kebanyakan baju2 tu saya cume pakai beberapa kali sahaja..
ade gak yang baru pakai sekali terus rasa taknak pakai lagi, hoho.. contohnyaa~~ lihat gambar di bawah..

aku dah cut peha aku, sebab sangat menakutkan diri sendiri, sob sob..
owh baju merah ni cantek sangat, baru pakai sekali masa keluar dengan rossa dan kuku.. lepas tu tak pakai2 dah sebab masa try dalam fitting room rasa labuh, tapi bile dah beli dan pakai di alam realiti, jalan laju2, tunduk2 siket, owhh~~ lu fikir la sendiri~

**dulu tak bijak membeli, sekarang aku dah berhemah siket tau bile membeli ;p

sebelum2 ni kan, ade gak nak terfikir nak jual kat blog, harga kasi turun gilerrrrr, tapi kenape ntah last2 aku xbuat pun hehe malas kot

so??? apakah yang terjadi pada baju2 yang aku kemas tadi?

jawapannye..
aku kumpul2 letak dalam beg molek2 (beg yang elok lagi tapi taknak pakai dah, contohnya beg balik kampung gambar garfield zaman duduk asrama dulu).. siapppp!!! jumlahnyee ade 7 buah beg!! phewwwww!!

selepas ituu.... hari ini aku sumbat kann semuaaa nyeee kedalam bonet keretaa~~ oh x muatt xmuattt~~ letakkann di seat belakang.. ok done!!

brooomm brooommmm bawak keretaaaa brooooooom ke...

...
..
Rumah Bakti Ulu Kelang.

;P


kami (penulis, mak, ayah dan sepupuku kakngah) disambut mesra oleh penjaga-penjaga Rumah Bakti itu, dan mereka menerima pakaian ini dengan gembira =)

owh saya sangat harapkan kanak2 di situ sukakan pakaian saya ini, huhu banyak color pink dik~ ;)

statement artis : owh entry ini bukan untuk menunjuk2 kite bagi sumbangan ke apa ke yeee.. tapi untuk memberi info pada kawan-kawan kalau ada pakaian yang tak nak pakai dan masih elok, boleh laa menderma ke rumah2 kebajikan yang terdekat ataupun ke Persatuan Bulan Sabit Merah dekat jalan Ampang..

kalau hantar kat Bulan Sabit Merah, diorang akan bagi pakaian kite ni pada mangsa-mangsa bencana Alam.. tapi memandangkan dia bukak pada weekdays sahaja, jadi saya pun hantar lah ke rumah Bakti Ulu Kelang..

kalau dekat rumah Bakti Ulu Kelang tu kan, korang masuk je, cakap kat pak guard 'nak kasi barang", terus guard akan kasi korang masuk.. lepas tu terus parking depan pejabat.. dan korang akan disambut dengan penuh mesra oleh ibu-ibu di sana ;) kalau tak nak kasi pakaian, bole jugak nak kasi makanan2 macam beras ke, pulut kuning ke, ape2 laaa, cek bank ke hehe

ermm kalau fikir2, jangan lah bila time bulan puasa baru nak derma ke rumah kebajikan kan, sebab masa bulan puasa ramai sangat yang dah derma.. bulan-bulan lain, diorang camne?


Rumah Bakti,
km 11 Jln Ulu Kelang
68000 Ampang.
No.tel : 03-42568880
(kalau lalu mrr2 konfem nampak Rumah Bakti ni)


Ibu Pejabat Kebangsaan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia,
32 Jalan Nipah Off Jalan Ampang. 55000 KL.
No. tel: 03-42578122

okie dadada (^^)/

Friday, January 1, 2010

hatiku pilu :(


malam tahun baru ku di sambut dengan melayan cerita korea yang bertajuk "Sad Movie".. cerita ni ku ambil dari opismet ku, Aida.. selalu sangat layan cerita kelakar, tukar mood pulak layan cerita sedih... tapi tak sangka betul2 sedih :'(


cerita nii kiutt sangat, tapi meluluhkan perasaan ku wuwuwu, dan aku, terlalu menghayati pulak cerita ni... :(

kiut sehingga rasa nak play balik cerita ni tapi forward2 ke scene yang kiut sahaja... tak sanggup dah nak nanges kali ke2, uuuuuuu....

comel sangat snow white dalam cerita ni.
movie ni macam cerita Cinta atau Sepi, banyak kisah dalam 1 movie tapi berkaitan.

okie lah, dadada (--_)/

oh p/s ku --> ape kes malam tahun baru sedih2 ni, huhu