waaa besnyee korang yang balik kampung tu, mesti meriah kan ;) aku beraya di rumah ajaaa.. ma masak nasi tomato.. sedap, my favourite ;) jiran lak ada kasi ketupat palas dengan rendang ayam dan daging.. aku usik rendang ayam aje la, daging tak makan hehehe
hari ni kawasan rumah aku tak buat qurban lagi.. esok baru buat.. hoho, leh laa skodeng2 esok.. cam tahun lepas aku turun jugaklaaa ngan mak.. tapi tahun ni, skodeng dari jauh aje kot ;P
ma ade cerita.. semalam ma dengan ayah naik motor pergi beli2 barang dapur untuk masak nasi tomato.. mase balik rumah, serentak pula sampai dengan lori2 yang bawak lembu ke sini.... ayah boleh pulak terpegun kejap kat atas motor, tak terus parking moto, tapi ayah tengok dengan penuh asyik diorang bawak turun lembu2 tu.. sambil ayah menggeleng2 kepala...
"haiyaa manyak kesian itu lembu.. tak sampai hati saya"
ma jawab laaa
"tak boleh kesian kat lembu itu.. kalau kesian nanti tak bole makan"
pastu ayah jawab
"tak paa la.. saya tak nak makan.. saya kesian"
ma pun naik la rumah.. ma fikir nanti kat rumah ma terang2kan lagi kat ayah nape x bole kesian bla bla (setiap tahun memang akan ada adegan2 ini huk2)
dah lama tu, ma perasan ayah tak naik2 jugak.. ma jenguk laa keluar, laaaaa ayah nyee masih terpegun kat atas motor tu sambil masih menggeleng2 kepala... bila lembu tu terjatuh sebab diorang tarik kuat sangat, lagi laju gelengan ayah..
huhu..
"oh ayahku~ lembu-lembu itu rasa gembira tau kerana dipilih menjadi korban ibadah kepada ALLAh SWT~"
note : ayah ku saudara baru Islam.. dan kami sama2 masih dalam proses pendidikan, termasuk diriku juga walaupun aku bukan saudara baru :)
hoho tadi baca jurnal pasal Raya Haji.. nak share laa dekat blog ni ;)
Hari raya Aidul Adha juga dikenali dengan Hari Raya Haji kerana di dalam bulan itu juga diperintahkan umat Islam yang berkemampuan untuk menunaikan Haji ke Baitullahil Haram. Hari raya Aidul Adha juga disebut Hari Raya Qurban kerana ianya mengingatkan kita kepada peristiwa perintah qurban Nabi Ibrahim ke atas anaknya Nabi Ismail di dalam menunaikan perintah Allah s.w.t dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s menjalani perintah Allah s.w.t yang disebutkan di dalam surah As Saffat, ayat 102 - 103:
"Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata : "Hai anakku, Sesungguhnya aku melihat di dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu." Ia menjawab : Hai ayahku ! kerjakanlah apa yang perintahkan kepadamu, Insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar."
dipetik dari sini
3 comments:
hehehe..
comellah ayah u..
=P
{zack}
hehehe ;P
haha, comel ayah ko:D
Post a Comment