Wednesday, June 9, 2010

hehe ayah ;p



entry ni untuk peminat2 ayahku
*ayat tak boleh blah hahahaa.. haha

sedikit info mengenai ayah kesayangan saya


1) tak pandai baca bahasa melayu, pandai bahasa cina jek, tapi sewaktu bekerja sebagai driver dahulu, kalau pergi jauh2, tidak sesat untuk balik ke rumah walaupun signboard semua adalah tulisan melayu. sebab ayah akan cari huruf 'K' dan 'L' dalam tulisan signboard tu. kalau jumpe 'K' dan 'L' konfirmlah Kuala Lumpur ;p

kalau signboard Putrajaya tak de 'K' dan 'L', so takdenye ayah follow sign Putrajaya itu.
kalau Kota Bahru, no no no tak de 'L'

tapi kalau Kuala Lipis... habislaahhh ayah (T_T)
Kuala Langat (T_T)
Kuala Linggi.. uhuk



2) hari tu masa pergi johor. ayah cakap "haaa tu hotel".... ma tanya "camne tau tu hotel?"
ayah jawab.. "sebab ada huruf H"

:'D

*H ke L, aku xsure.. kuku ingat tak?





3) tak pandai sebut konvokesyen. sebut konvo pun tak pandai. ayah akan panggil konvo tu as 'pakai topi'. comel tak?
"diana lu pakai topi berapa haribulan?"


deii, pakai topi la deiii ;p



4) kenal beberapa artis malaysia. yang tak kenal tu tak glemer la tu maksudnya. ayah kenal

- siti nurhaliza. tp ayah panggil siti nurhaliza --> "penyanyi kuala lipis". kadang-kadang panggil "muka petak". agak kijam di situ

- mawi. ayah kenal mawi sebagai "botak nyanyi menang nombor 1"

- ning baizura. ayah panggil dia err *serba salah nak cakap... "penyanyi mulut besar"

wahahaaa matilah aku kalau ning baizura baca entry ni.




5) kenal kawan-kawan aku mengikut tempat tinggal mereka.

shai ---> budak jalan duta
muni ---> budak batu caves
lina ---> budak kuala lipis
pae ---> budak subang
ezzan ---> budak cheras


wahihihi naseblah korang nama sedap2 jadi nama tempat tinggal terus :'D





6) sampai sekarang tak reti sebut nama tunangku, khairi.

hari tu dalam kereta balik dari abang nikah. kuku tengah drive, dudu duduk sebelah. ma ayah kat belakang.
ayah nak pelawa kacang.

ayah : "ni, mau kacang ka"
ma : tak mau
ayah : "diana, mau kacang ka"
dd dudu: "tak mau"
ayah : "....... mau kacang ka"
dd dudu: "siapa yahhh siapaa siapaaaa.. sebut namaa"
ayah : "ituu... lu punya tunang"
dd dudu: "khairi lah nama dia.. sebut "khaiiiii..riiiii"
ayah : "ai... ri..... ai... li... macam nama perempuan"

ma, dudu, kuku : :'D

aku ingat nak suruh ayah panggil kuku tu 'kuku' je lah;p konfem lepas ;p




ape ek lagi... nanti lah sambung hehe..


comelnye ayah tidur sampai kene cekik dengan bantal :'P





18 comments:

mamyharraz said...

hehehe sgt comel ayah awk :)

Rohani Hashim said...

dd, ayah pon same laaa

ning= penyanyi mulut besar
siti= umm, xpe kan tulis nih, penyanyi dahi jendul (aduss kelab kipas siti jgn marah tau...)

hehehe, dd ayah dd chinese ker? owhhh sowi brtanya sbb ngak tahu kok...

lina said...

DD mmg gelak guling2 punye, baca n3 ni..comel tul...tak apa ayah DD ayah yg baik dan perihatin.

dd dudu said...

{mamyharraz}
hehe ;)

{hani}
hehe ilekk arr kite minat siti gak.. xpe2 ;p

ha'ahh ayah chinese muslim
hehe

{lina}
ha'ah ayah baik sangat :D

Ogy said...

akak peminat ayag dd juga...suka baca entry pasal ayah dd ni :)

Zai said...

ooo chinese muslim..

kay kamal said...

lol..comel sial ur dad! teringat uncle2 cina kat wards..

bini edy said...

hahha nenek saya panggil siti nurhaliza as siti nor..mcm dh kenal lama or anak beranak jek.hikhik

dd dudu said...

{kak ogy}
hehehe ;)

{lot rt152}
hai burung unta ;p

{kay kamal}
uncle cina kat wards? :'D

{pestisid}
ha'ahhhh macam dah kenal lama pulak, haha mesra benoo panggilan

Tukang cerita said...

akak lah kan, peminta ayah awak tu...
:)

Tukang cerita said...

*peminat*
:)

dd dudu said...

{kak nunu}
hehe ;)

Neko said...

hahaha jalan duta haah! in fact kalau dulu salam, dia mcm alo err err.....

i'd be like, 'budak jalan duta'

hahahahha

dd dudu said...

{neko}
hahahaha betol betolll kene ingatkan ayah dengan nama tempat baru ingat siapa ;p

nurul azida ahmad said...

heheheh. klaka la ayah dd ni. :)

Ezzan Yusop said...

tgh emo pasal gaji tapi boleh trgelak baca entry ni...

pakcik rasullll....you rawkkk!!!



*dari budak cheras*

dd dudu said...

{zida}
hehehe ;p

{ciare}
tiada ku sangka~ bola-bola api~ ;p

{ezzan cheras}
u rawckkkkkk budak cheras!!!!

kay kamal said...

i kan kje kat spital. hari2 ngadap org pelbagai ragam..so ur dad nye way of conversing reminds me of them.

*panjang pulak la kne explain*