Showing posts with label hari raya. Show all posts
Showing posts with label hari raya. Show all posts

Tuesday, September 21, 2010

raya keempat balik ke KL



perasan x aku skip cerita raya ketiga? hehe raya ketiga waktu siang aku berjumpe dengan keluarga seseorang. korang boleh agak kot siapa. tapi xtaulaaa, cam malas2 je nak cerita hehe. takut kalau watak2 terbabit terjumpe blog aku dan baca, heee tak selesa laa, hihi..


sebelum tu nak tayang muka abang sendiri dan isteri hehe.

botak lagi, adeh.

abang balik tengganu raya 3.



abang dan kak shira balik JB.
aku mak ayah lak balik KL la kan.


KL = Kuala Lipis
KL = Kuala Lumpur

uhuk uhuk memang xsempat sampai lipis. aku ni asyik ngantuk jek masa drive, pastu nak berenti hehe. bahaya tauu aku ngantuk, pernah ada history langgar bontot keta orang sebab aku tertidur dalam kereta. ingat x? haha siapa yang penah baca entry tu, ingat la kot ;p



kat RnR apa tah nama tempat tu, sebelum Kemaman, kitorang singgah makan2 kat pondok tepi pantai, makan kopok, sata dan akok yang beli kat Marang

ma, ayah


kopok lekor


kuih akok feveret ma



sata




wahh rilek je rase ;)


hihi



eh nak buat keje la.. cerita tamat setakat ini, bole? hehe







Monday, September 20, 2010

beraya di ulu bendul dan taman bunga raya



hari sabtu hari tuuu..

mau beraya di rumah cekde ku di Ulu Bendul. taman rumah cekde ku ni betul2 laaaaaaaaa sebelah air terjun ulu bendul. sejukkk jekkk :D


cekde ni adik kepada ibuku.
sebelum mai, cakap kat cekde "cekde, kite nak makan laksa". hehe xpe dengan ibu saudara sendiri, memang boleh main request2 ;p

hahaha aku paling suke makan laksa, tp sepanjang beraya kat pantai timur ni xjumpe langsung laksa, sampai kepingin sangat dah aku. hok hok

kebetulan, cekde ku ni memang dikenali kemahirannye membuat laksa yang sedap.

puas ati akuuuuuuuuuuu


2 pinggan aku belasah. huhu


xcukup dengan itu,

cekde bagi lagi ni tuk anak sedara kesayangannye ni. eh paling kesayangan adalah abang aku, aku jatuh nombor 2, huk2 ;p



memang puas dapat makan laksa yang diidam2kan.

:B

ada gak mee goreng


sambil bergosip sambil cicah2 mangga besar. kecurrrr





ok habesssss beraya di Ulu Bendul.




balik tu singgah umah nenek iza kat bunga raya sebelah kolej tar, iza wat cukur jambul (pagi) dan open house (petang).
xsempat nak pegi yg pagi nye,

last2 jadi orang last datang umah iza.
segannye sayaaa -___-



susah2kan famili iza je kitorang datang lewat -___-



puteri, say hai to kak auntie diana^^

iza, lawa baju ko. Bandung mari eh????




curik2 ambil gamba buaian berendoi :p



Saturday, September 18, 2010

raya ketiga berjumpa kak marinahunny



raya ketiga hari tu, saya kat terengganu. bermalam di rumah saudara yang saya panggil 'tok lah' sejak kecil.

malam tu, kak marina datang beraya kat rumah :D kak marina ni memang asal tengganu. untuk pengetahuan, kak marina adalah kawan/kakak alam maya di blog, tak pernah berjumpa, dan untuk makluman juga, kak marina orang pertamaaaaaa kawan blog yang saya berjumpa di luar ;p


sukee sangat bila dapat call dari kak marina kata nak datang umah, since petang tu tak sempat nak bercontact2 dan dah tiba malam, saya tak berani keluar dah sebab tak mahir jalan area situ, hihi.

yang kelakanya tok lah ku tu duk sakat2 aku sebab ini first time jumpe 'kawan maya', so agak berdebar2 sedikit. motip aku ni sumee mende nak berdebar2? ;p ye arrr, segan okeyy segann ;p

toklah pegi gelak2 dengan mak aku pulak tu..

"orang lain kalau kawan alam maya ni positif negatif *lelaki vs perempuan, si diana ni positif positif pulak kakakaka, dia ni salah cas laaa"

sabo je laa denn kene gelak dengan tok lah dan mak sendiri ;n alaa bior laaaa, bes peeee kumpul kawan2 perempuan di alam blog, kikiki.



disebabkan berada di rumah orang, so aku mengalami simptom x reti terangkan direction jalan sebab-aku-sendiri-tak-ingat-jalan-ke-rumah-tu. last2 aku cakap je "akak cari je laa rumah yang ada bendera malaysia kat pagar", kakakakaa naseb baik kak marina tere cari jalan, tup tup jumpe dah, padahal cam salah je kot direction yang aku bagi, hihihi


jumpe je kak marina dekat pagar, kak marina terus tunjuk muka ku "eeee muka sama dekat blog"

mestila sama kakkk, tak kan muka saya kat luar berubah cam siti nurhaliza kot ;p kakakakaka


kak marina datang bersama pakcik botak, hubby nye yang sporting gak. sporting duk melayan bual bicara tok lah ku ;p

kak marina+suami bersama ma ayah.
hehe


jemput makan kak~ hehe

time ni ade je lah tok lah aku buat lawak. haha layan je la eh kak ;p

oh kak marina, sampai ke sudah kann tok lah ngan pakcik botak tak ingat apa nama kem dekat2 morib tu? saba je laaahh


berbual, makan, minum.. dan tak lama lepas tu kak marina nak beransur pulang.. alaa kak, xpuas lagi tengok akak borak dengan family dd ;p

hehe..


sebelum kak marina pulang, sempat bergambar dulu dengan kawan/kakak maya yang pertama ku jumpa ni ;)

kak marina sangat sweet, patutla pakcik botak terpikat hehehehehhee sengih panjang ^_____^

tapi di alam realiti, kak marina cakap ganu rupenye, hehe ye laaa mestilaaaa dah orang ganu kan ;p




sweet+sporting couple, suke tengok diorang malam tu^^
kenapa kak marina panggil pakcik botak? x botak pun kak ;p



okehhh habesssss
malam tu aku sangat hepi jadinyaaaa, hihi



bes jugak kan jumpe kawan maya di luar^_^

makasih kak marina sudi beraya dengan dd, eceehhh ;p





Tuesday, September 14, 2010

raya kedua 2010



kite brekfes dulu... kalau kat sri malaysia kuantan ni aku paling mencarik bubur nasi, hehe suke giler bubur nasi.





lepas tu, sebelum pergi kampung semula, singgah kat hotel baru bukak, achik ku kerja receptionist di sana.

hehe achik ni ibu saudara ku. sayang dia.



oh oh tahun ni baju raya aku semua pun baju kurung. simple je kan ;p sebab aku pun x mencari, pakai je kain yang memang dah ada kat umah, mak jahit. ok gak, leh recycle buat baju kerja hehe.

tapi trend sekarang, jubah kan?? ke kaftan chiffon? entah.
xpe xpe, next year punya raya baru bergaya siket, hehe tahun ni simple berbaju kurung je la. hihi



tengahari tu terus drive ke terengganu. tapi singgah kemaman beraya, lepas tu yang paling penting, singgah Marang beraya di rumah my dearie friend hasni.


walaupun aku pernah datang rumah seni ni, aku tetap lupe jalan ;p

"hasni aku lupe laa rumah ko yang mana satu"
"ko jalan je terusssss, nanti ada gadis ayu menanti ko di tepi jalan"
"ohh~"



inilah gadis ayu itu. ;n



mak ayah seni + mak ayah dd.

mak ayah seni sangat baik^^



dah lama x bergosip ngan seni, so orang2 dewasa berborak di dalam, kitorang yang muda ni sok sek sok sek di luar sambil bergambar. hik2


cayangg seni, mmuahxx



kat terengganu ni, memang banyak gile berjalan ke rumah2. sebab mak menjemput sekali diorang datang ke kenduri ku nanti kan.

hihi





raya pertama 2010



Assalammualaikum korang~ selamat hari raya~ hehe lame pulak blog ni silent, hik2...


pagi raya pertama dah dekat2 tengahari tu baru laa bertolak balik kampung kat kuantan.. wah tetibe dah tengahari kan, xde cerita waktu pagi ke? ;p alaaaa biasalaaa bermaaf-maafan.. tahun ni mohon maaf syahdu dan penuh feeling siket sebab tahun terakhir beraya sebagai anak-dara-gedik-ngada2 ma dan ayah.. sob sob lepas tu over feeling siket sebab rasa macam banyak pulak buat salah kat ma, huhu.

kitorang raya bertiga je, sebab abangku beraya di rumah mertua kat tapah, raya ketiga karang baru berjumpe kat tengganu. busan jek kan, haha tak macam korang, keluarga ramai, bess ;)



eh meh la tengok baju raya ku. suke gilaaa, adore gile, sayang gile. rasa nak pakai selalu.


motif posing macam diana rikasari?
pangg~



ma ayah kesayangan.


time ni kat hotel sri malaysia kuantan. busan jek kan, orang lain balik kampung awal-awal sehari dua, berkumpul ramai2, kitorang lak first day dah check in hotel. nak buat camne ;p bla bla bla pok pek pok pek, haha malas nak cerita lebih lanjut.


motif cerita raya aku macam busan je?? haha memang pun. pagi dan tengah hari agak busan sedikit ;p


lepas check in tu, baru pergi kampung. haa dah sampai kampung baru dah tak busan. baru aku menjadi ceria. seronokkkk sangattttt jumpe sedara2.

gambar 1/8 family yang sempat di tangkap. yang lain entah ke mana ntah berjalan nye, yelaa kitorang pun dah sampai agak lewat kan :)

tahun ni, moksu ku tak balik, so agak kurang meriah. huhu



apalah yang ayahcik ku buat lawak ni.



cekde ku tertawa riang



dalam family aku, nak cari yang sebaya aku memang xde la, so aku akan berada di mana2 sahaja, termasukla sedang bergosip dengan ibu2 saudara, hik2

asyik ketawa jek, lebih2 lagi kalau borak dengan cekde. bes tau bergosip dengan ibu saudara sendiri hik2. ;p




paparazi abang long dan ayu. dan juga husin.
semenjak hasan husin dah besar, aku malas dah main dengan diorang.
aku suke gang masa diorang kecik2 dulu, hehe dah besar, x bes. korang dah jadi jejaka. x seronok aku nak ajak main baling bola ke dalam bakul.



petang raya adalah berjalan2 dari rumah ke rumah. pengsaannn sebab asyik kena paksa makan jek.


kalau kat pantai timur, hidangan raya adalah ketupat segi tiga tu, nasi impit kuah kacang, sate, rendang, nasi minyak, nasi dagang =)



bye, habes raya pertama.


cantek x baju raya ku? ke aku je rasa cantek? rasa nak tidur je ngan baju raya sendiri, bole?
hik2





Sunday, October 18, 2009

catatan syawal.. 17 okt 2009


ini last cerita pasal open house raya ;P


17/10/09

kawan sekolah rendah ku kahwin hari ni.. nama die Hamimah.. eh sebelum sambung cerita, nak suruh korang tengok gambar ni..



ape yang korang perasan dalam gambar ni ;P

ok sambung balik cerita.. hari ni kawan sekolah rendah ku kawen.. nama dia hamimah.. kitorang dulu sekolah dekat SRKJTKL, betul2 laa sebelah nye taman tasik titiwangsa tu haaa.. ermm mase darjah 1 sampai 4 aku geng budak2 pakai baju putih.. oh sungguh bebas waktu itu... naik darjah 5 sampai 6, aku masuk geng budak baju biru pulak... huk huk.. satu geng ar dengan hamimah dan mastura.. 3 sekawan.. 3 dara pingitan yang x bole berenggang... dalam 3 orang tu, dari sekolah rendah lagi, hamimah tu laa yang paling matang.. oh dah dewasa pun die tetap paling matang.. tengok~ tengok~ die dah kawen dulu ;P aku dan mas masih belum berumahtangga hik hik...

walaupun kuku kata tak, tapi aku tetap rase makanan yang aku amik ni comel, pu~


selalu keseorangan di dalam gambar, wu wu~
=P


inilah hamimah yang aku cerita tadi :D


lepas kenduri hamimah di dewan kepong ini, kitorang (dudu+kuku) pergi rumah iza pulak.. beraya di rumah iza... shai pun ade :D


aku tetap paling kurang gojes, haha..
tapi hari ni aku memang simple giler pakai baju kurung biasa2 dengan tudung biasa2 ;P macam pergi keje jek gaya nye hehehehe


lepas tu kitorang pergi rumah hafiz lak.. kawan upm.. geng gagak putih sama2 dengan kuku dulu.. dah janji ngan rossa nak sampai masa lebih kurang, sebab takut xde kawan pempuan ;P ngeeee
abg demo, kak mas dan irfan pun datang :D


saje nak letak gambar percubaan rossa menangkap gambar cik tunangnyee, blur di depan dan fokus pada cik tunang nye ;P

bergambar di luar rumah hafiz..
suke baju ko rosa, ade riben ;P

lastt sekaliii... pergi rumah baru anum di.. di mana ek? puncak jalil kot nama tempat tu ho ho...

nampak perut anum yeayy nampak perut anum \(^o^)/
nampak perut anum yeayy \(^o^)/


aksi sembunyikan lemak masing2 di belakang anum ;P
siu siu siu~

dah abesss cerita pasal makan2 raya :D tapi cam kekurangan pulak entry ni tanpa gambar makanan kan, haha... segan laa nyaaah nak snap~ ;P

okiee dadada (^^.)/

pu~

Wednesday, October 14, 2009

samb... catatan weekend bulan syawal (rumah ezzan)


Ya Allah dd dudu ni, tak abes2 lagi keee kesah open house nyee... kejadian nye sehari jek, tapi nak ber'update tu ya ampun, berhari2.... huhuhuhu nak buat cane, ziffi busy sangat sekarang.. siang sebok buat kerja kat opis, malam baru leh update n buat auto publish ke ape ke... bile malam tu, naik taip pulak bulu mata ni asyik di buai2 ajeee, so bile bercerita tu, mendatar aje nadanye, hehe ;P


dah dah... ini last kesah 11hb tau..


11/10/2009, dekat2 pukul 5 petang

kami ramai2 beraya di rumah rakan sekerjaku, ezzan pulak yeayy... ezzan n family ade buat open house start dari lepas Zohor.. tapi kitorang ni sampai lambat pulak.. kawan2 ofis yang lain pun dah selamat balik dah pun huk huk x sempat jumpe koranggg~~

tapi sebenarnye, bes jugak ek datang lambat ni.. ezzan/tuan rumah boleh fokus untuk layan kitorang ajekk muahahhhaa, agak tamak statement tersebut ;P

suke gambar ni sebab ade cahaya kat aku hehehe
suci x ;P pang~

kat rumah ezan kitorang makan nasik beriyani dengan laksa johor yang sedap giler... memang sedap.. sebab aku yang perut senak kenyang ni pun leh hirup2 kuah die lagi.. yummy!

terima kasey ezzan atas layanan tip top kamu :D mmuahxx

bye bye ezzan~

aishh, x perasan lagi minah ni orang duk babai die..


haaaa tengok pun.. bye bye ezan~

ok ok sudaaaa~~ tamat laa sudaa kisah open house 10hb dan 11hb.. akhirnye.. phewww~~

samb... catatan weekend bulan syawal (rumah ciare)


11/10/2009, pukul 2 lebih petang kot


pergi rumah ciare pulak.. sangat berdebar2 nak pergi ke rumah kawan kitorang ni yang dah kawen hehe... yelaa dulu rapat zaman masing2 single, hu ha hu haaa jek memanjang, sekarang wahhh x sangka aku akan pergi rumah ciare yang dah ade suami... believe it?

owh~

uwaaaa sampai lambattt.. time tu muni dah sampai umah ciare dulu.. kitorang yang lain lak konvoi 4 buah kereta (termasuk pae) ke rumah ciare... sampai2 rumah ciare, gi terkam adam dulu walaupun tadi di umah abang demo dah main ;P hehehehe... ciare lak asyik suruh kitorang makan jekk... hihihi kitorang ni macam nak makan adam pulak gayanya... hihihihihi...

ooooo kuku amik gambar ni dari tepi ek~~


ok laa... jom makan2....




ciare buat soto dan rendang perak + nasi himpit... huhu mana aci.. ciare dah pandai buat soto dengan rendang perak, aku tak pandai lagi sob sob sob

owhh yang pastinyaa aku bantai makan kek butter ciare.. hehe cedapp... tapi x amik gambar laa pulakk ;p gambar kat atas ni pun curik dari fesbuk ciare ;p


kitorang tumpang solat Zohor dulu.. thanx ciare sebab bagi layanan tip top kat kitorang heheheehehh... sayang ko seadanya huhu

bergambar yuukk..

adam tengok auntie dd ek? ;p

eh laaa, adam ni tengok pakcik idzuan ke makcik ciare?
bukan tadi tengok auntie dd ke?


kuku buat ape tu~
ciare buat pe tuu~
;n


walau bagaimanapun sehingga gambar keempat, ja dan shah tetap maintain senyum pandang camera bergambar ;n
korang sedar x ni adam kat mane ;p
hehehe


sebelum balik.. haruslah bergambar di depan teratak ciare

lina, tuan rumah ciare, ros dan dd dudu.

ciare, terima kasey taww ;) suke tengok ko lepas kawen, sayang kamu banget, mmmuaahhh