Monday, November 30, 2009

Pinky Lady Contest


my friend ciare buat contest :D dan saya sebagai seorang ahli puteri 7 mestilaahh men'support my frienddd betooll taakkk :D

oh ciare~ (^_^)

berikut adalah syarat2 yang saya sudah patuhi
1) dah buat sticky entry pasal Pinky Lady Contest
2) dah upload 1 gambar serba pink.. ade ade kat bawah ni, jap ey~
3) dah copy contest banner kat atas entry ni :D
4) dah letak contest banner kat sidebar, nampak x wahai ciare ku ;)

gambar mana ye yang nak dihantar ke ciare ni.. erm erm..

erm.. ermm yangg niii ;D

kredit to ezzan yang mem'photoshoot kan sayaa^^

tema : penungguan seorang gadis pink di garden terbiar

kui kui


owhhh apa yang best sangat tentang pink ya? bagiku, jawapannya ringkas ajaaaa tetapi cukup bermakna~

P - pink
I - itu
N- natural
K - kecantikan (beauty)

hihi bole diterima enggak? :p

okiee itu saja yukkkk

ciareeeeee, aku nakkk shawls free \(^o^)/

oh p/s ku -->
jom kawan-kawan masuk contest ni ramai2, kite kasii ciare feninggg fikir siapa yang die nak kasi hadiah, ngeeeee ;P

oh p/s lagi --> rossa, muni, lina, lisa, biku, kaklonggg, kuku**eh yang ni taak takk jangannn, memain jekk ;p korangg jom laa join contest niii, kasi ciare pening hahaha

Sunday, November 29, 2009

Happy Birthday to my friend, Rossa


Hari Raya Haji juga adalah tarikh hari jadi my friend, si Rossa.. hoh nama die ros, tapi aku memang suke2 hati siket bagi name orang hehe ;P ramai dah menjadi mangsa ku, jangan mara jangan mara ;p


apakah yang berlaku pada hari jumaat khamis, sehari sebelum besday beliau? hoho, kitorang (ezzan, dd, wawa, haida, luqman) berjaya men'sepraiskan rossa di sebuah taman rahsia saje dengki nak panggil taman rahsia heeeeee ;p

ceritanya.. dalam pukul 10 lebih camtu, ros lapar, cam biase ajaklaa aku makan.. selalunye aku on je, haha tapi hari tu aku cakap

"ermm tengahari kang nak makan ngan kuku.. ingat nak ajak ko sekali ar, tak pe tak.. ezan ngan haida lak nak keluar lunch ngan coursemate diorang.. kite 2 je la eh makan ngan kuku"


ros pun cam "oo okay"..

"ko lapar ekk.. ko makan laaa kacang aku dulu"
"xpee, aku bole tahan lagi"
tapi last2 ros alas gak perut ngan kacang, heee heeee sian rossa ;P

dalam pukul 12 lebih camtu, ezan dan haida percuma luqman ;p pun keluar laaa.. tanpa pengetahuan ros, sebenarnyee diorang nak pergi alamanda membeli KFC, mengikut plan.. hihi..

aku lak menjaga ros di dalam office sementara tunggu ezzan call.. sampai lah pukul 1.. aduhh kesiannyee kat ros, aku tau die lapar wuwuwwuuuuu.. rase sangat kijam di situ.. aku lak konon2 tunggu si kuku call bagitau nak makan kat mana, padahal tengah tunggu ezzan call hehe..

pukul 1 lebih camtu, ezzan pun call bagitau die on the way ke taman dah..

aku pun terus "ross~~ jomm~~ keri dah call"

hehe

terus lah kami turun, ajak wawa sekali konon2 ajak nak gi makan ni hehehee.. dah turun tangga ni, aduss ezzan pulak call suruh lambat2 kan siket pergerakan sementara diorang nak cari port yang sesuai kat taman.. aku pun mula laah kate kat ros nak pergi toilet laaa... lepas tu pakai stokin lambat2 laa sambil borak2 dengan ros dan wawa.... nak lambat2 punya pasal

mase on the way turun tangga tu, ros dah tanya macam2 dahh

"dd, keri ajak makan kat mana"
"die bukan masuk kerja balik pukul 2 ke? sempat ke?"

adusss! masak aku nak jawab semua2 soalan ni.. aku pun dah x hingat aku jawap pe.. ngarut2 dah jawapan akuuu ;P

sampai bawah..
ros tanya lagi..

"aik keri mana?"
"bukan selalu keri datang ofis dulu kee amik kite?"

masakkkk masakkkkkk, ape aku nak jawab ni :'o
kenapalaaa aku tak terfikir tanggg ituuu, hok hok

and again, aku tak hingat jawapan ngarut apentah aku reply kat si rossa itu

aku pun drive laa ke taman..

"keri tunggu kat taman ke?"
"keri masak sendiri ke? die masak ape"

pangg~~~dalam hati jek la tapi ;p ngehheheeeee

dari jauh aku nampak kereta ezzan parking kat satu tempat tu.. aku xsure ros nampak x kereta ezan tu.. aku harap die x nampak laa huhu...
aku pun park laa dekat satu tepi jalan tu..

"jom!"

berjalan laa kitorang kat taman tu.. aku, ros dan wawa..
time ni pun ros tanye macam2 lagi.. hehe aku xingat dah ape yang die tanya dan jawapan mengarut apentah yang aku bagi ;P

dari jauh nampak laaaa ezan yang melambai2 dan seorang lelaki time ni haida macam tersorok sedikit

ros bertanya lagiii
"ituu macam ezan jekkk... ezan dengan kuku ke?"
"ko tau takkk niii ezan bersama kuku???"
danggg!!!
"
ehhh ituu kuku kee? macam bukan jeeeekk"
"eh, kenapa kuku macam ade rambut?"

ngeheee aku speechless ;p

sampai2 aje kat port yang ezzan luqman dan haida duduk tu,
ezzan pun terus menyanyikan lagu "hepi besday to youuu~~~ hepi besday to youu rossa~~" disambut oleh kitorangg..

rossa sangat blur dan terkezut, hiihiiii die kate "aku ingatttkannn seprais ni untuk kejutkan dd!!"
hahahahahaha kejutan ape wahai rossa? kejutan ezzan lunch bersama kuku tanpa pengetahuan ku kah? hahahahahaha gelakk tanpa ekspresi muka hahahaha

kuku tak dapat hadir laa dear~~ die jadik belakang tabir jek, huk huk


inilah mangsa blur dan terkezut
rossa, kamu gumbira tak ;)
perasan x luqman tengah berusaha bukak air oren kat belakang dengan aksi sebegitu rupa, kuikui


persediaan sebelum makan2
si luqman masih berusaha membuka air oren ;n


masih berusaha :n

makan time :D
budak jahat kene duduk meja asing2 ;p


kitorang makan KFC :D

dan juga 3 slices kek secret recipe, tapi kek ni tak makan kat taman, makan kat opis kemudian, hee


kami makan di tengah2 kehijauan dan ketenangan..
kadang2 redup, kadang2 panas, hihi

taman rahsia ini tiada orang, ibarat masa itu, taman ni kami yang punya ;P
sekaliiii, bilee bunyi tapak kaki atau benda jatuh dari rimbunan pokok2, dan dan time tu semua tergamam kahkah ;P

dah makan2 semua, kemas2, bersih2kan, kenalaaa pulang ke kantor semula untuk bekerjaa yuk ;)

ayuh jalann

hei rossa nak gi mana tu ;o

ezzan buat pe tu ;P

ciare, aku nak hantar gambar ni ke Pinky Lady Contest sekali lagi, aci tak ;p

bergambar dengan besday girl! sayannngg sangat kat rossaaaa~~ :D

gambar dari kamera ezzan.. nampak x perbezaan ke'warm'an dua gambar diatas, ngee

dari kiri,
dd, rossa yang dipeluk oleh dd, haida dan wawa
^^

okiee habesss cite pasal kat taman...
nak tauu takk, lepas kitorang balik ke ofis.. rossa di kejutkan lagi dengan lagi satu seprais..

seprais dari idzuan, encik tunangnyee!! :D
eh orang kat atas ni, orang yang tukang hantar delivery tersebut tauu

gambar ni di ambil dari fesbuk ezan



ros di samping sepraisnyee~ awww soo suwitttt^^
tahniah idzuan kerana telah membuat ros terharu tidak terkata sehingga mengalirkan air mata heee ampun ros sebab bagitau ni ;p

habess dahhh..
to rossa, hepi birthday to you, and may our friendship will never come to an end :)
mmuahx

oh ps ku --> orang lain punye besday, tapi aku yang gemuk sebab kene makan banyak kek dalam 1 hari sob sob sob (T_T)



Friday, November 27, 2009

Hari Raya Qurban


waaa besnyee korang yang balik kampung tu, mesti meriah kan ;) aku beraya di rumah ajaaa.. ma masak nasi tomato.. sedap, my favourite ;) jiran lak ada kasi ketupat palas dengan rendang ayam dan daging.. aku usik rendang ayam aje la, daging tak makan hehehe


hari ni kawasan rumah aku tak buat qurban lagi.. esok baru buat.. hoho, leh laa skodeng2 esok.. cam tahun lepas aku turun jugaklaaa ngan mak.. tapi tahun ni, skodeng dari jauh aje kot ;P

ma ade cerita.. semalam ma dengan ayah naik motor pergi beli2 barang dapur untuk masak nasi tomato.. mase balik rumah, serentak pula sampai dengan lori2 yang bawak lembu ke sini.... ayah boleh pulak terpegun kejap kat atas motor, tak terus parking moto, tapi ayah tengok dengan penuh asyik diorang bawak turun lembu2 tu.. sambil ayah menggeleng2 kepala...

"haiyaa manyak kesian itu lembu.. tak sampai hati saya"

ma jawab laaa
"tak boleh kesian kat lembu itu.. kalau kesian nanti tak bole makan"

pastu ayah jawab
"tak paa la.. saya tak nak makan.. saya kesian"

ma pun naik la rumah.. ma fikir nanti kat rumah ma terang2kan lagi kat ayah nape x bole kesian bla bla (setiap tahun memang akan ada adegan2 ini huk2)

dah lama tu, ma perasan ayah tak naik2 jugak.. ma jenguk laa keluar, laaaaa ayah nyee masih terpegun kat atas motor tu sambil masih menggeleng2 kepala... bila lembu tu terjatuh sebab diorang tarik kuat sangat, lagi laju gelengan ayah..

huhu..

"oh ayahku~ lembu-lembu itu rasa gembira tau kerana dipilih menjadi korban ibadah kepada ALLAh SWT~"


note : ayah ku saudara baru Islam.. dan kami sama2 masih dalam proses pendidikan, termasuk diriku juga walaupun aku bukan saudara baru :)


hoho tadi baca jurnal pasal Raya Haji.. nak share laa dekat blog ni ;)

Hari raya Aidul Adha juga dikenali dengan Hari Raya Haji kerana di dalam bulan itu juga diperintahkan umat Islam yang berkemampuan untuk menunaikan Haji ke Baitullahil Haram. Hari raya Aidul Adha juga disebut Hari Raya Qurban kerana ianya mengingatkan kita kepada peristiwa perintah qurban Nabi Ibrahim ke atas anaknya Nabi Ismail di dalam menunaikan perintah Allah s.w.t dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s menjalani perintah Allah s.w.t yang disebutkan di dalam surah As Saffat, ayat 102 - 103:


"Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata : "Hai anakku, Sesungguhnya aku melihat di dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu." Ia menjawab : Hai ayahku ! kerjakanlah apa yang perintahkan kepadamu, Insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar."

dipetik dari sini

Thursday, November 26, 2009

Eid-Al-Adha Mubarak


hari ni tak kire! nak balik awal nak balik awal jugak~~ dah janji dengan ma ayah nak balik awal hari ni nak turun surau~

em korang balik kampung ek? berhati-hati di jalan raya tau :) kite tak balik laaa raya ni huk huk.. duduk di rumah aje, busy siket lor... lepas tu ada jalan siket kot ke rumah sedara, hehe ;)


Selamat Hari Raya Korban untuk semua :)

oh p/s ku --> girl bertudung kat atas ni aku gugel pastu edit2, kredit pada siapa2 yg berkaitan ya :)

Wednesday, November 25, 2009

nak tengok gambar lain tak? ;)


gambar kat bawah ni adalah gambar yang di snap sama2 dengan gambar yang saya hantar untuk Pinky Lady Contest, hehe


gambar kat bawah ni ditangkap oleh kawanku yang sangat berbakat dalam fotografi, namanya ezzan, hok hok
oh ezzan~ i adore youu~

gambar kat bawah ni di tangkap di sebuah tempat yang banyak bangku2 terbiar.. aku suke panggil tempat ni "garden terbiar" .... alaaaa kat hujung bangunan opis jekk ;p kat Precinct Diplomatik, hihi

nice!!!!!

L.O.V.E

watak2 yang terlibat, hoho
diriku di apit oleh haida dan rossa
n u know what, saya sangat sayang mereka! =)


ok 3 gambar cukup ;)

owh ada lagi~

inilah bangku/garden terbiar tu!
gambar ini di tangkap oleh saya sendiri ;) ngeeee


okie dadada (' '.)/

-Puteri Buah Peach-


Sunday, November 22, 2009

cepat cepat tulung kawan saya :D


merujuk kepada
entry ini

yang belum undi tu, cepat2 tulun kawan saya nii, sekarang aina dah nombor 2, cepat2 undi die sampai jadi nombor 1 :D

klik here

esok tarikh tutup daaaa~~

makasihhhhh ye kawan-kawan (^^)v

makan dekat Studio Cafe


hari nii hariii sabtuuuu **itu pun nak bagitau ke ;n


siang tadii lunch sama ma ayah kuuu dekat Studio Cafe, cafe kepunyaan zahid AF.. hehe saje2 nak tryy..
cafe ni terletak kat bangunan seberang Carefour Wangsa Maju.. ermmm cafe ni die sederet dengan restoran Cheng Ho, milik Amy Search.. tapi bezanyaa masa aku makan kat Cheng Ho dulu, amy search ade, ma siap tangkap gambar lagi dengan amy search pastu mms kat semua adik badiknyee, kui kui kui ibuku~.. kat Studio Cafe tadi pulak, zahid xde, xberpeluang laa ma nak mms kat adik badiknyee hihihi..

"yanaa, kalau jap lagi zahid datang, tangkap kan gambar ma dengan zahid ek"
"yelaaa"

hok hok..

menu


inilaa deko deko deko dalam studio cafe~ tapi kitorang duk luar ajek, hehe saje nak menikmati angin original... erm kool laahh deko deko nyee~~ cube korang klik gambar atas ni untuk nampak besar siket... yang frame2 besar tu kan, die letak gambar artis yang pernah buat performance kat Studio Cafe ni... cam yuna, zahid sendiri, nita**ehem ehem mustilaa kann, band Hujan, Jatt dan siapa ek lagi sorang, xperasan... lepas tu frame2 kecik kat belakang tu gambar2 zahid, gambar dengan peminat bla bla...

lepas tu, nampak x frame baju tu? zahid letak gak barang2 pemberian artis ke studio cafe ni.. cam dalam gambar atas tu, ade baju stacy yang lip lap lip lap.. ade shawl pemberian yuna.. lepas tu adalah yang xde dalam gambar ni, macam seluar jeans nita**kelakanyee frame kan seluar jeans :p, ade topi fara fauzana dan lain-lain laah..


aku selalu rasa ayah ku comel.. comelnyee ayah~


air bandung cincau ku & air kedondong ma

mee bandung yang dah diusik hehe, kuahnye sangat pekat

hee heee buang tebiat ke aku ni,balik dari bandung asyik nak order mee bandung dan air bandung jee, padahal katt bandung x wujud pun mee bandung ni dan air bandung, kui kui

erm ayah order char kue teow.. ma lak order nasi goreng za8...
aku nak cakap nasi goreng za8 mavelessssss, sedappp gilerr... nasi goreng yang ada 2 ketul ayam goreng yang rangup garing2 dan ada papadom.. ma pun duk puji2 sedap sedap sedap... hoh nex time kalau datang cni aku nak order nasi goreng za8 :D

tapi x sempat laa nak amik gambar nasi goreng za8, dah kene ngapppp ;P em try gugel tadi, hoho rupe2nyee memang ramai yang memuji nasi goreng za8 ;) bace2 komen,akhirnyee lupe nak cari image nasi goreng za8, haha so korang gi laa sendiri nanti ek dan order nasi goreng za8 ;P

ooh harga nasi goreng za8, aku x ingat rm 8.90 ke rm 10.90, hik hik...
air bandung ku rm4.50... yang lain2 x ingatt laaa.. sowiiiiiiii :D


Friday, November 20, 2009

take care, my OAS friends


ermm malam ni rakan-rakan sekerjaku akan bertolak ke Sik, Kedah.. untuk membuat amal kebajikan di sana, aktiviti tahunan OAS, ho ho~ aku x pergi.. kenapa aku x pergi? aku pun xtauu, ngeeee ;P em takdelahh, terasa seperti ada sesuatu yang lebih penting untuk ku setelkan wikend ini.. huk huk



to my beloved friends..

- Selamat ber'painting kat Masjid Kg. Telui Tua, Sik (ezan mesti over kat sini kui kui, jangan lukis gambar dd sudah laa yekk akibat terlalu rindu ;p)

- Selamat ber'planting kat masjid itu juga (ni aida suke sangat laa ni dapat ber'farmville hok hok)

- Selamat membersihkan Tadika Islam :D (oitt jangan ngelat2 tauuu, ngee)

- Selamat memberi derma pada yang memerlukann (mesti macam Bersamamu tu kan bawak bungkusan rumah ke rumahh, uuuuu teringinnn jugakkk~~)

- Selamat ber'overnight di Gurun hehe

- Selamat merehatkan minda masing2 setelah stress dengan kerja dan koding ;P

- Haida jangan gelak banyak sangat, waaaa lariiiiiiiii ;P

- Kedah banjir kan.. hati2 tauuu, tapi rasanya tempat korang nak g tak banjir kot.. i hope soo~~ kamu take care ok :)



erm tu je laa buat masa ni.. take care n have fun koranggg :D

Thursday, November 19, 2009

pemenang contest 20 000 adalah~


salam...
saya megat mortaza. dari putrajaya. saya dapat visitor yg ke 20000..huhuhu




kui kui semalam dalam pukul 11:59 pm dapat emel atas ni....

kui kui opismet ku sendiri rupenye..


TAHNIAH MEGAT MORTAZA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

bagi emel skema indaaa~~ ;n
megat, bagi hadiah kawen terus bole? ;P

untuk yang tidak berjaya jangan kecewa yaaa kawan2 :D kite tungguuuuuuu contest 30,000 pulaaaaa :D

tora balikk dulu yaaa~~ taaaa (' '.)/


contest 20,000


- sticky entry yooo -


tora datang laagii~~ eh takk, contest datang lagiii~~~ :D


ingat x kamuuuu contest-visitor-yang-berjaya-printscreen-visits-ke-10,000 dolu2 yang berjaya di menangi oleh my friend ezzan? :D

seperti yang dijanjikan pada masa itu, saya akan buat contest balik untuk visits yang ke 20,000.. dan sekarang, merujuk kepada statistik kat sidebar sebelah ni, x lama lagi dah nak 20,000 hohoho


jadiii, mari bersedia dengan button print screen anda dan Paint :D

siapa-siapa yang berjaya print screen Visits-ke-20,000, save la gambar tersebut dan email pada saya di greenrose_dd@yahoo.com.. ADA HADIAH MENANTI ANDA :D

All da best ;)

taaaa (^^.)/

oh ps ku --> cam siput jek blog aku ni amik mase 7 bulan nak naik 10,000 haha ;p

Wednesday, November 18, 2009

terjumpe sekeping gambar di dalam laptop


hik hik semalam mase busan2 kat mohe, godek2 laa laptop, kemas folder2 yang sepatutnyee **yeke kemas? haha sekaliiii... terperasannn gambarr bekasss rakan sekerja ku iniiii.. haha gelak duluuu



umuuuuuu~~~ umuuuu~~~ :o
hik2 rindu laa kat umuuu...

oh nak tau tak kenapa dalam gambar nii umu tengah gelak, dan berada kat tangga bawah??

ha ha ha kalau nak tauuuu.. time ni kitorang kat tangga ofis, on the way dari lunch nak naik ofis atas... kitorang main jus-jus... menang sekali, naik tangga sekali :D menang 2 kali, naik tangga 2 kali :D yang x menang2 tu, ko duduklaaaa kat tangga tu diam2 haha....

time ni aku tengah main dengan umu la... well~~ aku memang tere main jus jus kannnn ;p **tipu.. tipu.. time tuu jee tere hik last2 tinggal laaa umu kat bawah... kitorang tahap main jus-jus sorang kat nun tangga atas, dan sorang agi nunn kat tangga bawah.. time ni memang dah gelak guling2 dah laaa... kah kah kah... kelakaaa kalau ingattt.. tapi ending game ni, umu berjaya mengejar aku jugak cess..... tapi akhirnyaa aku menang jugakkkk, beza 1 tangga jekk :p phewww~~ sangat sipi2~~~

oh umu aku merinduimuuu~~~


oh ps ku --> lepas ni siapa mangsa main jus-jus kat tangga dengan aku ek? ;p ezan? ros? haida? :P

Tuesday, November 17, 2009

Melaram dengan tudung bandung

ehh hari tu kaateeeee last entry pasal bandung? *dialog rekaan untuk pembaca

hoh biar ar ;p


ermm mase pegi bandung hari tu, aku ade beli 4 tudung untuk diri sendiri, hehe punyelaa rambang mata, tp 4 helai ni yang berjaya jadik finalist ku hik hik...

lepas balik bandung, kitorang 3 (dd rosa ezan) duk melaram tudung bandung aje laa bile pegi keje hehehe... besss, unik, cantek dan selesa :D









ermm dua2 helai tudung ku yang dalam gambar ni dalam 10 ringgit camtulaa... ade lagi 2 helai kat umah versi pendek dalam 7 ringgit kot.. hoho...

hehe asyik puji tudung bandung je... x aci pulak kann ;P tudung Malaysia pun cantek2 jugakkk, betol x kawan2 (^_-)v

tudung Malaysia, pinjam mak punye ;p

ermm korang perasan kowwtt awning untuk tudung Indon tebal sikett, kat sini lak nipis siket.. hehe tapi ikut orang laa suke yang tebal ke nipis.. cam aku kadang2 awning tebal menembamkan muke siket.. awning nipis lak kadang2 muke buat aku nampak pelik.. jadiknyeee, aku layannn jekk dua2 versi tudung ni hehehhe ;P

okiieee taaaaa (' '.)/

oh p/s ku --> entry ni banyak gambar tudung, macam blog jual tudung pulak dah rupenyee ;p

oh p/s lagi --> ciare ciare, gambar atas yang aku pakai baju pink tudung pink tu kan, ok x ek kalau buat masuk PINKY LADY CONTEST? :D aku nii sukee pink tapi x banyak gamba pakai pink dan muat 1 badan dalam gambar laa, owhhh~ :P

Monday, November 16, 2009

weekend ku yang sekejap


sekejapnyaa weekend ku.. rasa macam x cukup/puas 48 jam itu.. ape je yang aku buat ek.. antaranyaaa~~


1) ngedate dengan hasni.. ajak die gi national library.. hasni stadi pasal cukai.. aku lak telek2 tesis lorrr~ hoh berjaya siapkan 1 perenggan ;P


2) pergi mohe, buat keje... rasa cam nak nangis jekk wikend kene datang keje... tp xpe2, kawan2 kan ada..


tapi sekejapan aje aku bekerja nyee huhuhu... lepas tu nak balik sebab rindu kat mak ayah, ngeee ;P panggg~~ xdelaaa, sedey sebab dpt msj ma bgtau ayah naik teksi sebab nak g jj :( huhu..
tapi kan memang sangat sekejap lah aku datang keje ;p jangan laa mara aku ye team2 lain :(

3) selepas balik dari mohe, terus menuju ke jj wangsa maju nak bersama2 dengan ma ayah.. so balik karang xde laa dorang naik teksi :'( membeli belah siket lepas tu ma dan ayah teman anaknye ni kelaparan nak makan jap kat fud court jj heee xmo makan sorang2 ;P ma ayah tengok je aku makan sebab diorang dah kenyang makan sebelum aku buat kemunculan tadi ;P

ermm apa lagi eh aku buat wikend ni?

4) a a aaa~~~~ mana bolee lupee (^,-)

hoho tengok muvi cerita 2012 bersamaaaaa my hot girls andddd~~ err cold guy ;p bole? ;p


mereka yang terlibat adalah : ezan, umu, adik umu, kuku dan sepupuku yang bernama kakngah, hee

2012!! x terkataaaaaaaaaaaaaa akuuu... sampai nak cerita pun dah x reti nak sampaikan.. jadii korang p lah tgk sendiri :D

hew hew hew

taaaa (' '.)/

***update update****

ermm ade org kata cite 2012 x bes.. ermm tapi tu laaa, aku tgk bes jek, siap menghayati giler2 lagii sampai x makan pop corn kuku ;p xpe, lain org lain pendapat die kan, lebih2 lagi piawaian aku memang rendah pownn ;p hik... oh nway, aku ade bace suratkabar.. yg pelakon perempuan yang jadik anak presiden dalam cite tu, die kata x semua gune teknik CGI... yang part die dalam bahtera besar tu kan, pastu ombak besar datang hempap kapal dorang tu, xgune CGI.. tapi gune bertan-tan air yang di buang dari atas heee... x taulaaa kann ;p



Friday, November 13, 2009

Peraduan Gerbang Cinta Mega Utusan


asyik cerita pasal Bandung jek, meh selingan dengan iklan kejap ;p

entry ini akan melekat sehingga hari jumaat ni tauu ;)

ok mule2... korang klik laa link ini :)

selepas itu korang vote laa kawan saya ni :D

vote for Afandi Isa & Nurfairuz Aina Kohar

kenapa saya suruh vote mereka?

sebab Aina ni roommate, soulmate dan kawan baik saya kat matrik melaka, dan masih bercontact2 sehingga sekarang :D

Aina dan fandi ni dah bercinta 7 tahun dah.. sejak dari matrik lagi..
saya paling ingat percintaan mereka ni, sebab Aina ni keras hati siket.. fandi ni lakk minat kat Aina... macam2 cara laaaa die buat untuk pikat si Aina ni sampai tahap Aina menyampah dah kat fandi.. bile Aina cerita menyampah2, sampai dengan aku2 sekali ikut menyampah hahaha, sorii fandi ;p

tup tup dengan keromantikan yang di miliki oleh fandi ni, aku perasan Aina slow2 menerima cinta fandi.. so suwiitt~~ macam dalam cerita hindustan dah ni ;p hek hek

untuk cerita selebihnyaa biarlah tuan punyaa badan bercerita kan... korang klik kat link diari peserta.. lepas tu dekat website tu jugak korang boleh tengok video camne Aina di terjah untuk diberitahu die adalah finalis Peraduan Gerbang Cinta ni hehe..

setelah 7 tahun bercinta, diorang nak mengakhiri hubungan dengan ikatan sah perkahwinan.. jadiii, jom kite vote mereka beramai2, untung2 perkahwinan mereka di taja :D oh oh kalau mereka menang, habuan berupa tajaan perkahwinan bernilai RM150,000 bagi pemenang tempat pertama.. hebat!! apa salahnyaa kalau kite beramai2 support kawan saya ni kan? saya mustilahh support my Aina^^

hehehe nahh, gambar lama saya dan Aina kat matrik ;p

jangann lupaa vote for Afandi Isa & Nurfairuz Aina Kohar (^_^) (^_^)

nak tahu enggak? (Bandung)

hik2 tadi kate entry last pasal Bandung, tapi masih nak sambung ;P

nak tahu tak kamu?


1) kat Bandung kitorang beli 2 simkad Indonesia, satu untuk girls satu untuk lelakis

2) tiket sehala yang beli kali ke2 sebab tertinggal flight lebih mahal dari tiket pergi balik ku, uhuk..

3) Di Bandung aku selalu menyebut nama Diana Rikasari.. sampai budak2 ni pun dah naik bosan ;p

"diana Rikasari tu duduk mana ek? bandung ke ek?

"patutlaa diana Rikasari tu pakai baju branded2 ek.. kat sini murah rupanya"

"jom makan desert nak.. Diana Rikasari selalu makan desert best2, tgk kat blog die"

"diana rikasari.. diana rikasari ;p"

hahahaha


4) surau di Indonesia besar.. x macam sesetengah surau kat Malaysia yang macam stor, huk2

5) Biasanya orang kata pergi Bandung better bawak RM 1000 seorang. sedap siket shopping. Tapi disebabkan gaji ku dan gaji kuku sangkut, kami membawa tepat2 RM 1300 = 3 juta 600 ribu rupiah ke Bandung,dan cukup semua untuk makan, penginapan, transport dan shopping. hik RM 1300 untuk 2 orang cukup tau ;P

6) masa dalam kereta kat trefik light, kitorang pernah di hiburkan oleh pelajar2 kolej (x pasti) yang ceria2 dengan menyanyikan lagu "MOBILNYAAA BAGUS~~ MOBILNYAA BAGUS~~" diiringi gitar sampai laaa jefrey kasi diorang duit, lepas tu diorang meloncat2 sebab hepi dapat duit.. haha terhibur kitorang noks :D

lepas tu group lain pulak dtg nyanyi lagu "ku rasakan pudar dalam hati kuu, rasa cinta yang ada untuk dirimu~~~".. tapi kereta kitorang nak jalan daaaa~~~ diorang x dapat duit pun diorang hepi2 jugak hik2...

7) kami pergi bandung x pakai tourist agent (jawab soalan murni hari tu hehe).. ermm cume mintak khidmat jefrey untuk hantar kami kemana2... tapi sebelum pergi Bandung, gugel habes2 an dulu pasal Bandung hehe.. soo bile kat Bandung tau dah laa nak pergi mana :D

8) bercita-cita nak pergi Tanah Abang, Jakarta pulak.. hehe.. lepas tu korea.. lepas tu tengoklaaa ;P

9) x ingat dah nak cakap apa lagi... nanti laaa update semula ;p hik hik


okay okay cukup pasal Bandung ;p taaaa~~~


Tempat yang x sempat dilawati di Bandung


erm okie.. di sebabkan adegan tertinggal flight untuk hari pertama tu, soo 1 hari jugak laa kitorang rugi kan.. huk2.. soo, ade laaa beberapa tempat yang dah plan nak pergi tapi sangat laa xsempat...


antaranya...

Kawah gunung tangkuban perahu.. tempat yang aku nak sangat pergi, huk2..

Tangkuban Perahu sebenarnya adalah gunung berapi. Dinamakan tangkuban perahu karena bentuknya yang menyerupai kapal yang terbalik... ermm, tangkuban perahu ni ada lagenda die tersendiri..tau...
masa dalam kereta kat Bandung hari tu, saya tanya laa jefrey, kenapa Tangkuban Perahu namanyaa Tangkuban Perahu? lepas itu, jefrey pun cerita laah dengan panjang lebar dengan slang Indonesia nye... tapi nak cerita balik dah x ingat dah ;P  soo copy paste dari gugel je laa eh :p hehe

Beribu-ribu tahun yang lalu, tanah Parahyangan dipimpin oleh seorang raja dan seorang ratu yang hanya mempunyai seorang putri. Putri itu bernama Dayang Sumbi. Dia sangat cantik dan cerdas, sayangnya dia sangat manja. Pada suatu hari saat sedang menenun di beranda istana, Dayang Sumbi merasa lemas dan pusing. Dia menjatuhkan pintalan benangnya ke lantai berkali-kali. Saat pintalannya jatuh untuk kesekian kalinya Dayang Sumbi menjadi marah lalu bersumpah, dia akan menikahi siapapun yang mau mengambilkan pintalannya itu. Tepat setelah kata-kata sumpah itu diucapkan, datang seekor anjing sakti yang bernama Tumang dan menyerahkan pintalan itu ke tangan Dayang Sumbi. Maka mau tak mau, sesuai dengan sumpahnya, Dayang Sumbi harus menikahi Anjing tersebut.

Dayang Sumbi dan Tumang hidup berbahagia hingga mereka dikaruniai seorang anak yang berupa anak manusia tapi memiliki kekuatan sakti seperti ayahnya. Anak ini diberi nama Sangkuriang. Dalam masa pertumbuhannya, Sangkuring se lalu ditemani bermain oleh seekor anjing yang bernama Tumang yang dia ketahui hanya sebagai anjing yang setia, bukan sebagai ayahnya. Sangkuriang tumbuh menjadi seorang pemuda yang tampan dan gagah perkasa. Pada suatu hari Dayang Sumbi menyuruh anaknya pergi bersama anjingnya untuk berburu rusa untuk keperluan suatu pesta. Setelah beberapa lama mencari tanpa hasil, Sangkuriang merasa putus asa, tapi dia tidak ingin mengecewakan ibunya. Maka dengan sangat terpaksa dia mengambil sebatang panah dan mengarahkannya pada Tumang. Setibanya di rumah dia menyerahkan daging Tumang pada ibunya. dayanng Sumbi yang mengira daging itu adalah daging rusa, merasa gembira atas keberhasilan anaknya.

Segera setelah pesta usai Dayang Sumbi teringat pada Tumang dan bertanya pada pada anaknya dimana Tumang berada. Pada mulanya Sangkuriang merasa takut, tapa akhirnya dia mengatakan apa yang telah terjadi pada ibunya. Dayang Sumbi menjadi sangat murka, dalam kemarahannya dia memukul Sangkuriang hingga pingsan tepat di keningnya. Atas perbuatannya itu Dayang Sumbi diusir keluar dari kerajaan oleh ayahnya. Untungnya Sangkuriang sadar kembali tapi pukulan ibunya meninggalkan bekas luka yang sangat lebar di keningnya.

Setelah dewasa, Sangkuriang pun pergi mengembara untuk mengetahui keadaan dunia luar. eberapa tahun kemudian, Sangkuriang bertemu dengan seorang wanita yang sangat cantik. Segera saja dia jatuh cinta pada wanita tersebut. Wanita itu adalah ibunya sendiri, tapi mereka tidak saling mengenali satu sama lainnya. Sangkuriang melamarnya, Dayang Sumbi pun menerima dengan senang hati.

Sehari sebelum hari pernikahan, saat sedang mengelus rambut tunangannya, Dayang Sumbi melihat bekas luka yang lebar di dahi Sangkuriang, akhirnya dia menyadari bahwa dia hampir menikahi putranya sendiri. Mengetahui hal tersebut Dayang Sumbi berusaha menggagalkan pernikahannya. Setelah berpikir keras dia akhirnya memutuskan untuk mengajukan syarat perkawinan yang tak mungkin dikabulkan oleh Sangkuriang. Syaratnya adalah: Sangkuriang harus membuat sebuah bendungan yang bisa menutupi seluruh bukit lalu membuat sebuah perahu untuk menyusuri bendungan tersebut. Semua itu harus sudah selesai sebelum fajar menyingsing.

Sangkuriang mulai bekerja. Cintanya yang begitu besar pada Sangkuriang memberinya suatu kekuatan aneh. Tak lupa dia juga menggunakan kekuatan yang dia dapat dari ayahnya untuk memanggil jin-jin dan membantunya. Dengan lumpur dan tanah mereka membendung air dari sungai dan mata air. Beberapa saat sebelum fajar, Sangkuriang menebang sebatang pohon besar untuk membuat sebuah perahu. Ketika Dayang Sumbi melihat bahwa Sangkuriang hampir menyelesaikan pekerjaannya, dia berdoa pada dewa-dewa untuk merintangi pekerjaan anaknya dan mempercepat datangnya pagi. Ayam jantan berkokok, matahari terbit lebih cepat dari biasanya dan Sangkuriang menyadari bahwa dia telah ditipu. Dengan sangat marah dia mengutuk Dayang Sumbi dan menendang perahu buatannya yang hampir jadi ke tengah hutan. Perahu itu berada disana dalam keadaan terbalik, dan membentuk Gunung Tangkuban Perahu(perahu yang menelungkub). Tidak jauh dari tempat itu terdapat tunggul pohon sisa dari tebangan Sangkuriang, sekarang kita mengenalnya sebagai Bukit Tunggul. Bendungan yang dibuat Sangkuriang menyebabkan seluruh bukit dipenuhi air dan membentuk sebuah danau dimana Sangkuriang dan Dayang Sumbi menenggelamkan diri dan tidak terdengar lagi kabarnya hingga kini.

(di copy dari sini)

harga untuk naik Tangkuban Perahu ni adalah dalam lebih kurang 100 ribu rupiah...


Strawberry farm asalnyee nak pergi jugak :D bole masuk dalam petik2 buah stroberi, hik2
harga dalam 75,000 rupiah ke 100,000 rupiah.. x ingat sangat

Cascade factory outlet.. x sempat nak window soping kat sini hari tu

Heritage.. outlet gak.. ini pun x sempat


dan lain-lain :D tak tersebut dan x boleh recall pulak hehe...
oh Bandung, kami pasti akan kembali lagi :)

Thursday, November 12, 2009

Trip to Bandung part 8, waktu2 terakhir


huwaarkk ade rasa nak muntah x bace entry bandung yang x habes2 ni? haha.. meh laa nak abeskan hehe.. cepat cepat siket taipp...


erm erm lepas makan kat SapuLidi tadi, kitorang request kat jefrey nak pergi Pasar Baru semula, sebab ade beberapa barang yang x setel beli lagi + dengan yg org pesan lagi... dekat2 pukul 4 sampai Pasar Baru.. shopping dengan cepat sebab Pasar Baru tutup pukul 5..

pukul 5 habes di Pasar Baru, pergi ke Amanda Brownies pulak, nak beli brownies yang famous ni nak bawak balik Malaysia.. owh yang paling famous sebenarnye adalah brownies Kartika Sari... tapi jefrey dan gugel2 berkata Amanda brownies lagi sedap dan murah, jadikk kitorang pun pergi la ke Amanda Brownies..

owhhh ade Browffee kat situ untuk lepak2 minum coffee dan makan Amanda brownies.. so kitorang decide untuk try brownies tu dahulu di Browffee :p

brownies with ice cream.. sedapp
*tapi bile bawak balik malaysia letak dalam fridge, makan semula dah kurang umpphh pulak

buli adek ezan, buli adek ezan ;P

lepas makan2, kitorang pun memborong laa brownies yang ada kat situ, heee.... harga sekotak panjang original brownies 22,000 ribu rupiah bersamaan, Rm 8 aje..

nexttt~~~~ kitorang berjalan lagiii... ke Terminal Tas.. kat sini jual henbeg2. besar giler kedai henbeg ni.. dan tak laa se'branded Rumah Tas yang kitorang pergi semalam hehe, sesuai laa dengan orang2 macam kitorang 6 sekawan ni ;P hek hek

lepas tu, x ingat dah g mana huk2.. sebab sekitar tu banyak giler factory outlet... kitorang berjalan jekk ikut kaki... masuk situ masuk sini... sampai x alert dah nama kedai ke ape ke... ini memang shopping/jalan betol2 ni.. macam semua dah x kenal erti penat dah heheh...

hrmmm apa yang aku suke outlet2 kat situ xpandang remeh laaa interior design die.. semua ade style sendiri dan kreatif2.. tp tu laa, x snap gambar pulak hehehe

setelah berjalan cam hapeee jee kann... lapar laa pulak... kali ni kitorang makan dekat Italian Restaurant... sedap owhh pizza die~

restoran itali yang murah dan berbaloi..
pizza ni side order jek.. masing2 yang lain order setiap 1 makanan berat yg lain hew

dah dekat tengah malam tu baru balik hotel.. get ready untuk flight pagi besok... dah kene balik Malaysia wuwuwu... flight pukul 6:10 pagii... janji dengan jefrey pukul 3:30 pagi kat bawah hotel.. soo, sampai jek hotel tu, aku kemas2 bagasi, pastu pengsan tidur jap... pukul 2 pagi lebih camtu ezan kejut untuk mandi dan bersiap.. huhu

tibalah masa untuk fly...


diorang dua ni dah macam kembar Indonesia

kali ni kitorang dah x kene tinggal flight tau ;P awal2 dah tercongok kat waiting room hik2... experience is the best teacher ;p

pukul 9:10 am kitorang pun sampai laa Malaysia..



Bandung, satu kenangan indah yang paling tidak boleh di lupakan :) kami pasti datang lagi ^^v

oh p/s ku --> yeay habes jua akhirnyeee menaip entry bandung ;p asyik fokus update entry bandung ni, sampai x sempat nak bace blog orang lain.. lepas ni bole laaaa blog hopping blog korang :D