Showing posts with label rakan OAS. Show all posts
Showing posts with label rakan OAS. Show all posts

Monday, March 8, 2010

heyy girls, u made my day!! ^^


** ini scheduled entry


selepas majlis tunang rumah ummu, kitorang tak terus balik.. tapi membuat aktiviti girls... apelagii, gosip2 dann shopping loorr ;p hew hew

minum2 dekat starbucks JJ wangsa maju.. lepas tu borak2... sangat rindu okayyyy masa-masa ini^^ really, i miss uolsss^^

see, mereka adalah gang2 coffee addict.
saya? tak order pape pun, sebab saya adalah teh addict, hew hew hew~


entry tadi takde gambar ezan, nah sekeping gambar ezan-yang-tengah-feel-ala2-kaya tu buat sesiapa yang merindui ezan, hew hew


selepas habes bergosip, solat dulu kat surau, lepas tu jalan2 shoppingggg (^^)/ tapi yg sebenarnyeee rossa sorang jek kot yang paling bershopping larikkkk


selepas tu ini tu ini, mereka lepak kat rumah saya pulakk, yelaa kalu balik awal2 pun jem kan kan kan ;P sebenarnye dorang nak tumpang solat ;p uh uh aku dah goda diorang untuk tidur dirumahku tapi tak berjayaa pulak.. uhuk.. ;P

so dalam rumah pun sambung borak lagi... ooohh diorang ni campak je mana2, mesti takkan habes borak punyaaa, muahahaha eh bukan aku pun turut serta ke? hik , sambil2 mendengar aida mengomen finalis cover majalah dara ; p lepas tu tengok Galaxy kat TV9, lepas tu sambung pulak tengok cerekarama yang amani dan fahrin berlakon tu... habes cerita tu, pukul 11 malam, diorang pun bersiap2 nak balik... alaaa koranggg niiii, jomlaaa sambung tengokkk Fuhhhh pulakkk^^ sesi menggoda tidak berjaya lagi, uhuk..;P

dan bila mereka semua pulang, saya dan mak dah bye bye dari atas semua, saya pandang mak, mak pandang saya.. "hmm sunyi la pulak rumah ni :("

uhuuu nanti korang datang lagi yee :)
i'm soooo happy semalam \(^-^)/


Sunday, March 7, 2010

Selamat bertunang ummu athiah ;)


6 Mac 2010 - My friend Ummu Athiah bertunang dengan pilihan hatinya bernama Anas, tahniah ummu^^


majlis start lepas zohor. dalam pukul 1 lebih camtu Aida dan rosa sampai umah, amik saya hehe thanx aida ;) ohh kuku tak dapat hadir hari ni sebab die tengah syok mendaki Gunung Genting, puksi puksi kuku, sila rasa bersalah dengan umu sebab di jemput yee ;p hew hew

ok, gambar yukk


hee umu comell


Ummu & Anas


pengantin-tunang dan rakan2 uitm di hadapan ;)
di belakang pula dari kiri adalah awa, dd dudu, rosa dan aida ;)


3 gambar di atas kredit to ezzan ;)

3 gambar di bawah kredit to diri sendiri hehe


tema : pink, brown, gold
sweet =)


dah petang2, cepat jek umu cabut veil die haha
tak sempat aku nak bergambar berdua dengan ummu yang lengkap, sob sob


yeay umu dah tunang!


door gift umu sangat banyak okayy, bes betulll ;p tapi tertinggal dalam keta ezan pulak, huhu xsempat nak tangkap ^^


ok dadada (^^)/

note: aishhhn gambar si ezan takde pulak ;n


Wednesday, February 10, 2010

Rumah Idaman


haha sempat update 2 3 minit time lunch.. lately ni aku selalu taip entry laju2 kan ;n puk kat diri sendiri ;n


merujuk kepada entry semalam, bersamaan dengan 2 entry yang lepas, aku ada cakap jangan tegur biji tembikai bawah pipi aku kan, eh silap2, aku ada cakap yang aku nak pergi ofis lama amik barang2 kann... ok misi itu sudah pun berjaya, yeahh..

ok nak cerita ni, masa kemas2 semalam kan, sambil filter2 kertas mana yang guna yang tak guna, sekali terjumpa kertas ni!!


haha pada tahun yang lepas, ada orang suruh kitorang lukis rumah idaman masing2 ;p eh siapa orang tu eh? aku ke? aku pun tak ingat.. sungguh.. sighh~~

wahh rumah aida paling mewah dan kaya sekali.. kesian rumah aku dan ummu.. kecik jek.. tapi ummu lagi kesian kot, rumah die rumah kampung jek hik2 ;p kecik hati x umu ;p rumah luqman kesian gak, rumah atas air, hihihihi
rumah hakim amboi2 rumah cendawan gitu.. haha korang memang suwit laaa.. tengok ni, aku dah rindu dahh ngan korangg^^
oh ye.. kenapa rumah megat bentuk ikan ye? ;n suka bahulu ikan ke? zura~ take note ni, rumah idaman megat adalah rumah ikan, suu suu suu~~ (aku pun tak tau bunyi apa ni)..

rumah ezzan memang bentuk rumah laa hahahahaa, comel jekk.... tapi memang tak aci pun, sebab ezan memang pandai lukis.. puk

hahahaha begitulah kesah nyee rumah idaman masing2...
ingat lagi tak dengan kesah basikal masing2?? klik di sini

hahaha nak gelakk

Monday, January 25, 2010

reply entry rossa.. Untuk seseorang


merujuk kepada
entry ini

wahai rossa, aku pun rasa sangat sedih.. sebab.. aku tahu selama ni ko sangat faham diri aku..wuwuwu lebih2 lagi bila sekarang aku faham yang ko faham kenapa aku perlu pergi paham x ek ayat ni..uwaaaa!!! dan lebih2 lagi, ko mengharapkan aku tak pergi, huk2... luluh jiwa ragaku..

sayang kamu sangattttt banyak2!!!!! uwaaaaaaa

rossa, take care yuk.. nanti kite selalu jumpe k!!

reply entry ezzan. P.S. I Love You Too


merujuk kepada
entry ini

Well this is a story about a girl whom I know since December 2008. First time jumpa masa tu ofis kitorang ada solat berjemaah dan baca Yassin dekat floor 2.. masa tu aku tengok girl ni suke bebenor amik gambar muka sendiri pakai henset.. rasa macam tergugat lak, sebab aku pun selalu amik gambar muka sendiri jugak ;p tapi last2 aku pun join amik gambar dengan dia jugak, termasuk laa linda... tak pasal2 ada gambar muka aku dengan dia walaupun tak pernah kenal pun sebelum tu ;p

pada satu hari tu, 2 orang dari floor bawah naik atas sebab kena masuk team development untuk ESS (team yang aku tengah terlibat).. 2 orang itu adalah ummu dan si dia.. owhh~~ time tu kenal ummu je sebab sebelum tu ada ym2 dengan umu hehe.. si dia, tak kenal sangat la.. tapi lama2 jadik kenal pulak.. sebab dia suke panggil aku untuk ajar die buat MVC .. tapi panggil dengan nada mendayu2 "dianaaaaaaa~~" haihh~~ dengar cara die panggil tu terus aku cair, suka nak ajar, hahahaha... datang ke workplace die pun laju jek hew hew... aku kalau orang tu panggil baik2 penuh kesopanan memang aku suka siket nak ajar, hehe.. tapi kalau orang tu panggil cara kerek, uh kirim salam arrr ;p
tapi lama kelamaan, soalan yang si dia tu tanya makin susah pulak, haihhh~~ terus aku pass baton kat hakim, hehe... bila aku rasa tak boleh jawab soalan si dia, terus aku panggil hakim, hik2.. lama kelamaan si dia pun tak de dah panggil "dianaaaaaa~~~" .. tetapi bertukar menjadi "hakimmmmmmm~~~~~" ... kui kui...

lama kelamaan si dia dan hakim makin loving2 gitu main2-main je la tapi.. aku suka gelak tengok diorang gedik2 depan aku, hak hak.. terhibur2... lama kelamaan jugak, aku makin rapat dengan si dia.. sebab dia gedik cam aku jugak, muahahah... si dia suka datang tempat aku, pastu duduk menempel kat bawah tepi kerusiku sambil menyampaikan gosip itu ini, dan menceritakan itu ini dan mengadu kat aku kalau die merajuk dengan hakim.. hik!!!


But as time passes us by, we grew closer n closer n closer... aku suka cakap kat dia "i adore uuu~~".. sebab dia sangat berani menegakkan apa yang perlu ditegak! eh?
em dia berani melawan cakap kalau dia di pihak yang benar, dia berani untuk request kerja lain kalau kerja yang dia dapat dia tak suka
hik .. dia berani sound orang kedai kalau layanan tak puas hati atau mahal yang amattt waahh i wish i cud be like her.. semua2 pun die berani laa... sampai rasa sangat selamat kalau dapat jalan atau duduk sebelah dia ;P ki ki ki
tapi macammana pun, dia tak pernah marah atau tinggikan suara pada saya.. sebab belum sempat dia nak buat macam tu, saya dah cepat2 buat muka kesian kat dia, kalau agak2 saya rasa macam ada buat salah kat dia, hehe... thanx kamu, sebab sangat menjaga hubungan persahabatan baik kita :)


tapi saya tahu bila kamu marah saya.. bila saya bagitahu kamu saya dapat tawaran kerja UKM kan? walaupun kamu senyum2 cakap "tak nak ah kawan dd", tapi mata kamu tak pandang saya langsung.... mata kamu tepat pandang pc.. saya tau kamu marah, tapi saya still tergedik2 depan kamu.. air muka kamu memang sangat berubah waktu itu walaupun masih ada senyuman, huk2..
kamu ingat tak, masa saya balik dari mohe petang tu, dalam kereta saya telefon kamu.. tanya soalan tah pape, saje nak borak itu ini..buat lawak bodo siket2.. tanya soalan tah pape lagi.. padahal saje nak test ko ni marah saya tak, ko ni ok tak.. huk2.. time tu tengah hujan, ingat tak? ingat tak? saya tahap tak berani nak naik atas.. tah, tak tau camne nak berdepan dengan kamu sebenarnye... tu yang suruh haida jek naik atas.. wuuu


saya selalu lapar kat ofis.. tapi kamu dengan ros baik.. selalu keluar dialog "dd kalau lapar cakap tau"... korang akan teman saya makan kalau saya lapar... kadang2, ada waktu saya tak cakap pun saya lapar, padahal tengah kebulur gila sampai hilang pertimbangan tapi segan2 nak bagitau lapar... lepas tu mesti keluar dialog ini dari mulut kamu.. "kan dah cakap tadi, kalau lapar bagitau.. tumbuk kangg!"... hik2 matilaa dd kalau asyik kena tumbuk jek ;P kui kui...

ha'ah, kawan2 seUniversiti saya pun ramai yang dia dah kenal.. kawanku pun dah jadik kawan dia.. hee.. even tunangku yang dahulunye kekasihku pun dia pernah jumpa.. dah selamat jadik kawan pun sekarang haha... teringat masa kali pertama aku nak kenalkan dia dengan kekasihku.. hihi mula2 jumpa, diorang malu2 tapir lagi... time tu kat KFC juso balakong.. kali ke2 jumpa kat Taman Warisan kot, diorang dah tak malu2 sangat.. dah boleh berborak.. dan sekarang, toksah cakaplaa ;n dah memang tak malu sangat dah ;n hik hik


Ye, akhirnya saya akan meninggalkan dia di ofis, sebab saya perlu pergi ke tempat lain :(


to my dearie friend Ezzan ... thanx sangat sebab menjadi kawan baik dd yang memang baik baik baik... terima kasih sebab selalu gelak kat lawak2 bodo dd, padahal tak lawak pun ;v ... dan selalu buat dd gelak jugak.. terima kasih sebab selalu concern pada dd walaupun hal sekecil kuman.. terima kasih sebab selalu bertanya "apa dia dd?" bila orang lain tak kesah pun dengan monolog perlahan dd disebalik partition... orang lain malas nak layan kot uhuk uhuk... terima kasih sebab selalu melayan dd merengek2 lapar atau benda lain yang remeh temeh!!

ezzan!!! kite akan berkawan selamanya k....
u take care dear! kalau ada sapa2 buli ezzan, bagitau dd tau!!! eh macam terbalik jek ;p



P.S. I Love You To Death! saya punnn!!!!!!!

Saturday, January 23, 2010

entry untuk oas..


hari ni last day aku di ofis kesayanganku, OAS... nex week aku akan bekerja di ukm.. uu macam tak percaya je.. tapi kene percaya..


huk huk.. aku ingatkan aku kuat, cekal, tabah, amanah, jujur eh eh dah tersasar jauh..

hrmmm tadi masa kat opis, aku relax jek x de nanges2 pun... i'm cool beb~ gelak je banyak... yelaaa sebab time tu kawan2 ofis masih ada depan mata kan.. jadi tak rasa sedih sangat, selagi diorang masih ada depan mata ni haa, melayan lawak2 sengal2 diorang, memang sangat membahagiakan..

tapi tadi bila dalam kereta nak balik, sambil mengelamun dan terbayang muka sorang2 ofismetku, hatiku jadi sayu :( dan tak semena2 aku pun mengambil tisu dalam kotak tisu kat dashboard.. strettttt stroottttt stretttt streettttttt.. haida, buat2 tak nampak atau tak dengar je la eh.. uuuuu :'( percayalah, mereka sangat ceria dan asyik nak buat aku tergelak jek

betulke aku takkan dengar suara ezan nyanyi lagu omputih kuat2 "shut up and let me go!" masa bekerja lagi? betulke aku takkan dengar gelak ros yang terbahak2 tu lagi? betulke aku takkan dengar 'haaarrraammm!!!' dari haida lagi? betulke aku takkan dengar linda nyanyi lagu mendayu2 lagi lepas ni? betulke aku takkan dengar megat ngajuk2 setiap perkataan yang keluar dari mulut haida lagi lepas ni? betulkee aku takkan dengar bunyi2an dari luqman yang sengaja cari pasal? betulke aku takkan dengar menu meal dari aida lagi lepas ni? betulke aku takkan dengar nat.. eh nat kan pendiam, huk huk.. apa yang leh didengar dari nat ek? dengar nat gelak setiap kali diorang buat lawak la kot..


dalam kereta, aku mengelamun mengenangkan setiap muka mereka dan setiap memori bersama mereka, sampai aku tak sedar aku dah drive sampai gombak.. lepas tu boleh pulak hot fm pergi pasang lagu "Kian" dari Mawi.. cesss!!.. "Kian jauh~ kian hilang~" cess ko hot fm..

dan sekarang mata aku masih membengkak.. sampai tak nampak mata sudah :( camne nak pergi kenduri kawen esok ni tanpa mata? huk2..

oas.. aku terlalu menyayangi mu.. tak tergambar dengan kata2.. namun aku harus pergi.. maafkan aku :(


setiap kali perpisahan, setiap kali itulah aku sedih.. ma dan ayah dah biasa tengok aku balik rumah, tak makan tak apa, terus masuk dalam bilik sedu sedan setiap kali ade perpisahan.. tapi kali ini lain :( ma terkedu bila tengok aku menangis pegang frame yang ini :'(

frame pemberian mereka

Ya Allah, aku betul2 sayang kan mereka :'(

mana mungkin aku tak sedih.. terlalu banyak memori aku dengan diorang..
lebih2 lagi, pada satu masa dahulu, kitorang selalu bermalam di ofis. tidur di ofis bersama2.. bila lapar, keluar cari makanan walau selewat manapun huhu teringat mcMamak :( .. bagitau saya, macam mana saya tak boleh tak sedih?

bersama mereka laa, saya jadi diri saya sendiri.. dah kalau hampir 24 jam mengadap muka sesama sendiri, mana sempat nak hipokrit.. aku gembira, aku suka, aku duka, mereka semua tahu... kalau bab air mata aku jangan cakaplah, memang diorang dah selalu nampak..

ramai orang tak tahu bila aku marah dan macam mana rupa aku marah.. tapi bila di oas, diorang pernah nampak aku marah.. diorang pernah nampak aku merajuk.. sentap, semua ada.. hadoiii bagaimana aku tak boleh untuk tak sedih? terlalu banyak memori.. terlalu..

kepada encik shahir, encik sham, encik burhan, encik kamal dan semua bos2 di OAS... terima kasih sebab beri tunjuk ajar saya selama ni.. terima kasih sebab tidak pernah tinggikan suara pada saya perkara yang paling ditakuti .. terima kasih sebab tak pernah marah2 saya... terima kasih sebab beri peluang saya menikmati kehidupan yang betul2 warna warni di OAS... yang paling penting, terima kasih untuk ilmu yang saya perolehi dari oas.... OAS dah terlalu banyak mengajar saya dalam masa 1 tahun 1 bulan ni... bukan sahaja dari segi ilmu pengaturcaraan, tetapi juga ajar saya dalam ilmu kehidupan, akhirat dan macam2 lagi.. di OAS ni jugalaa banyak membuatkan saya mengenali lebih pe'el manusia.. dan akhirnya kadang2 saya akan musahabah diri sendiri setelah psikologi diri sendiri, melihat perangai dan adat manusia...

kepada geng2 floor 2.. zida, wawa, kak suri, seri n faliq, fazira, dewa... sorry dd harus pergi :( gud luck untuk semua.. jangan lupakan dd ya, walaupun dd selalu turun floor 2 untuk pergi surau atau jumpe en. burhan sahaja..


kepada gang2 heitech padu, especially nurul, anum and the gang, kite tak sempat kenal lebih lama, dan saya pun baru je start hai2 dengan korang... nurul lak, kite suke pinjam tv kat henpon die untuk tengok cerita nenek kebaya hari tu.. thanx ek nurul..ermm anum, keep in touch dalam blog k... sama2 lah kite baca kesah kehidupan sesama sendiri ya.. gud luck untuk kamu semua :) hadoi ralat pulak saya, tak sempat nak kenal lebih rapat, saya keluar pulak... to kak liza heitech, thanx for the present :)


kepada engineering/deployment team (fahmi, zainal) - terima kasih untuk semua semua perkara =) dah dah jangan kacau haidah selalu tau, heee.. lepas tu fahmi, sudah2 laa berzikir java java java java, hak hak


untuk makcik dan pakcik cleaner hari isnin, thanx sebab selalu lapkan meja saya dan vacum carpet bawah meja saya yang sentiasa penuh dengan habuk makanan...


kepada uswah dan kirul.. erm sorry nak cakap ni.. kite selalu harapkan korang berdua akan ada "apa-apa"... kite suka tengok korang 2... korang sangat sepadan tahu? maaf yaa, kalau statement ini tidak patut dipublish dalam public sebegini... huk2..


ezzan dan megat : suka gabungan korang bila menghasilkan isi2 kelakar dan sengal.. dd selalu gelak curi2 disebalik partition.. stay frens ok! :)

aida : suka tengok aida geleng2 kepala.. comel macam kartun.. aida sangat kelakar, aida sedar tak? dd selalu terhibur huhu.. aida comel suke duduk atas meja..
huhu tetibe dd teringat yang kitorang sume diam wat keje, dengar aida nyanyi lagu "jangan pisahkann~~ aku dan dia~~" sekalii part tinggi aida x sampai :'D terus aida "ehemmm!! ehemmm!!" ... dd sangat bantai gelak waktu tu.. walaupun dd jahat sebab gelakkan aida, tapi ia lucu benar :')
aida, chaiyuk2 ikut menu meal!


ros : ros yang baik hati yang aku kenal sebelum oas lagi =) seorang kawan yang susah untuk menjawab "tidak".. thanx ros... kawan yang saling bertukar masalah dengan aku.. aku dgr masalah die, die dgr masalah aku hee..

ezzan: eh, bukan ezan dah ke tadi? hak hak... erm ezzan dah selalu bantu dd, ezan sedar x? terlalu banyak.. hadoi... thanx ezan for being a gud fren, dan terima kasih kerana sudi melayan kerenah dd yang tah ape2 ni.. kadang2 poyo lak tu dd ni huhu... honestly, suka tngok ezan pakai tudung ekin macam yang beli kat kedai bawah tu.. sangat terletak di bahu ezan (' '.) jelesnyee.. oh ya, ezan, thanx jugak selalu menyahut atau mengeluarkan dialog "apa dia dd?" bila dd cakap slow2 di sebalik partition tapi orang lain tak dengar atau tak perasan atau malas nak layan =n ... huhu dd rasa dihargai, kamu tahu? (''.) thanx jugak sebab rajin dengar masalah dd atau dd merungut mende yg remeh temeh, tapi kamu setia melayan (T_T)

megat: huk huk selalu nampak megat picit jerawat pandang cermin bentuk love tu, tapi kadang2 dd buat2 tak nampak aje... hoho.. dd lepas ni dah tak sempat nak makan my feveret bihun goreng putih buatan isteri megat dah :(

linda : lately ni kite 2 selalu gelak bersama2 kan.. linda suke buat lawak atas jalan raya.. huk2.. uh tetibe teringat yang kite berhimpit2 4 orang kat seat belakang, lepas tu kite nak tutup pintu, pintu tu terpantul kat punggung kite.. x berjaya tutup.. linda bantai gelak tak hingat.. pastu kite pulak yang gelak.. kite suke saat itu =) sebab dd dan linda gelak dengan penuh perasaan =)

haida : haida, kau baik sangat, kau sedar tak? huhu... terima kasih sangat sebab jadik kawan yang baik.. terlalu2 baik... aku selalu rasa bersalah, kalau aku kena pergi mohe, ko akan teman.. tapi kalau ko g mohe, aku kadang2 tak teman pun :( aku selalu rasa bersalah di situ :( haida selalu nak tolong kite, walaupun haida sendiri dah banyak kerja perlu di buat... haida, kite memang nampak cahaya team leader dalam diri haida.. haida orang yang sangat sesuai.. trust me =) gud luck dear

luqman : suke ek buat hal dan buat dd marah marah.. puk puk...

natrah : i adore u nat~ hak hak... seorang yang ada dunianya tersendiri, tak masuk campur hal orang.. hanya berada dalam lingkungan dunianye sahaja... tapi still disenangi ramai :)


oklahh... mata pun dah nampak siket dah ni, kurang dah bengkak, tak laa malu sangat nak gi kenduri sok hew hew... sedar tak sedar dah 1 jam aku menaip untuk entry ni.. sekarang dah pukul 2 pagi dah huhu..

hrm entry awal2 tadi aku sedih.. tapi entry hujung2 ni aku senyum2 =) tapi tak tau lah esok lusa macam mana pulak..

hadoi, saya akan merindui kamu semua..

ku pergi yaa~ :(


Monday, December 7, 2009

congrats to megat and zura




5hb Disember 2009... tarikh yang memeningkan kepala aku sebab banyak sangat jemputan kenduri kawen, huk huk.. pening pening sebab kalau boleh semua kenduri kawan aku nak gi huhu.... tapi apakan daya.. kalau jauh jauh tempat nyaa,memang x dapat laaa nak gi semua huhuhuhuhuhu berlinangan air mata ku~~



"megat, kite rase kite x dapat pergi laa kenduri megat"

"huh (muncung).. tak nak kawan dd seumur hidup!"

ok fineee fineeee (T_T)

5hb Disember 2009.. akhirnyaa aku memilih untuk pergi ke kenduri ofismet ku yang sengalest, megat mortaza :D dekattt Bota nyee Perakk..

ermm konvoi dalam 6 buah kereta.. mesti megat terharu kan ramai sudi datang jauh2 ni hoho baik x kami, baik x :D

kereta kelisa kuu mengangkut aku, ros, ezan dan juga kuku.. (kuku tibe-tibe jadi opismet kejap hihi)

gerak pukul 9:30 pagi, sampai dalam pukul 1:30 tengahari.. lapar gilerrrr... elok elok kitorang sampai megat tengah berarak. wohohoho timing baik punyaaa~~ plan asalnyee nak kacau megat dengan aksi2 kitorang sampai die x bole fokus untuk makan beradab ke atas pelamin ke... tapi huwarkkk kebulur sangat dah perut akuu niii, x de nyee nak kelepet2 tudung jadi bulat semata2 nak buat pengantin terkeluar suara gelak garau nyeeee hihi..

lapaaar.... aku makan memang x de bunyi langsung dah... lapar sangat.. gambar pun xtangkap hihi... nasik+lauk memang sedap gilerrrr.. megat, sape yang masak ek? sedappp arrr ;]""""""

hoho layan laah gambar pengantin dengannn warga OAS yang ramai ni yekk... hihi

amboii ceria nyaaaa megat ;p

gambar ini diambil dari ezan

ramai tak kitorang :D
nanti kalau aku rajen, aku upload gambar kitorang memenuhkan pelamin tu, naseb baik tak roboh hehe

aku purple hari tu, tak ikut tema maroon, hehehe

nisa, linda, umu, haida, rosa, dd dan aida ;)

errr semua gambar ni dari ezan .. aku xtransfer lagi dari kamera sendiri, hihi..

err kepada kawan kelas ku di mrsm, Siti Irwani.. dd mintak maaf tak hadir kenduri kawen wani :( nanti bile2 jumpe dd bagi hadiah kawen ye.. tahniah to wani, hihi x sangka akhirnye berkahwin dengan budak kelas sebelah kite ;P jodoh jodoh =)

to Hisyam, congrats jugak.. mintak maaf x hadir ye hari tu huhu, nanti kite satu family datang rumah untuk melawat ye :) (hisyam x bace kot blog ni hehe)

to pae pupu!!!!!!!! aku rase bersalahhhhh x dating ngan ko :'o i'm soriiiiiiiiiiiiii~ nanti kite jumpee yee bile berpeluang lagi, ataupun aku datang umah ko k :)

to Megat & Zura, tahniah sekali lagi :) untuk ucapan lebih panjang ada dalam kad kawen kitorang kasi hehehehe

Tuesday, December 1, 2009

genap setahun di OAS


tak sangka semalam genap laah setahun aku di oas..

setahun tuu, hahaha cam x caya jee..
rasa macam baru je semalam aku taip entry "Puteri buah peach mencari kerja" malas nak link entry lame, malas nak cari kat archive hew hew
rasa macam baru je semalam lisa sajes kat aku apply OAS..
rasa macam baru je semalam aku hantar resume kat gra, tibe2 kene panggil untuk teview, tibe2 dapat.. hoh pencarian kerja paling singkat ;p
rasa macam baru je semalam aku masuk hari pertama OAS..

hrm teringat hari pertama aku~ masuk bilik mesyuarat berjumpa dengan lagi 3 orang budak baru.. mereka ialah linda, awa dan akim..

tapi diorang ber3 dah kenal, kawan kat uitm.. aku je laa yang sorang2 budak baru..
masuk senyum2 ngan diorang... masa tu, linda tengah rancak bercerita dengan diorang pasal coursemate diorang bercinta dengan si polan tu..
woii aku curi2 dengar perbualan korang tahuuu ;p hahahahah ingat sampai sekarang ape yang korang borakkan ;P

korang tanya nama aku, aku jawab, pastu korang ber3 sambung gosip lagi ;n
pastu korang tanye aku universiti mana, aku jawab, pastu korang ber3 sambung gosip lagi ;n
pastu korang tanye aku orang mana, aku jawab, pastu korang ber3 sambung gosip lagi ;n
kui kui, aku lak maintain senyum kontrol2 ;P

last2 hari ke2, hari ke3, hari ke4 dan seterusnyaa, aku masuk gang korang, wakaka..
sweet memory laaa kite ber4 asyik together2 jee^^

pastu hari pertama tu, bole pulak salwa sakit perut.... siap kene pergi hospital.. pastu dapat cuti seminggu, hoh spoil tul la ko awa hari pertama bekerja dah kena masuk spital ;P

dah beberapa bulan bekerja, ezan dan umu naik floor aku.. kawanku bertambah hehee... masing2 gila2 kann ;P

pastu kawanku bertambah lagi... especially team ESS hehe.. ayu.. aida.. haida.. oh ayuuu~~~~ rindu sama kamu, kamu rindu padaku enggak? ;p

pastu aku tarik ros dan wawa masuk oas gak, hihi menternak kawan laa aku kat sini ;p kih kih

pahit manis suka duka ku banyak tul kat OAS.. tapi kalau ikutkan mana ada pahit pun hehe.. takat tension2 keje x siap tu kire bukan pahit kan ;p hehehe

hoh dalam ramai2 ni, yang tinggal sekarang cume aku dan ezan je ;n


kesengalan awa akan ku kenang sampai bile2 ;P


umuuuuuni~


makin lama makin rapat dengan ezan.. makin lama makin terserlah keburukanku depan ezan, hahaha :p
aipp ezan! diam diam sudaaa kamu~ ;p


kami berdua yang juga masih setia di sini ;P
setia inda~ haha


gulp~ teringat training yang aku malas nak pegi dulu tu, asyik merungut je ;p hik hik apa kabar laa sir tu sekarang ye ;p


Friday, November 20, 2009

take care, my OAS friends


ermm malam ni rakan-rakan sekerjaku akan bertolak ke Sik, Kedah.. untuk membuat amal kebajikan di sana, aktiviti tahunan OAS, ho ho~ aku x pergi.. kenapa aku x pergi? aku pun xtauu, ngeeee ;P em takdelahh, terasa seperti ada sesuatu yang lebih penting untuk ku setelkan wikend ini.. huk huk



to my beloved friends..

- Selamat ber'painting kat Masjid Kg. Telui Tua, Sik (ezan mesti over kat sini kui kui, jangan lukis gambar dd sudah laa yekk akibat terlalu rindu ;p)

- Selamat ber'planting kat masjid itu juga (ni aida suke sangat laa ni dapat ber'farmville hok hok)

- Selamat membersihkan Tadika Islam :D (oitt jangan ngelat2 tauuu, ngee)

- Selamat memberi derma pada yang memerlukann (mesti macam Bersamamu tu kan bawak bungkusan rumah ke rumahh, uuuuu teringinnn jugakkk~~)

- Selamat ber'overnight di Gurun hehe

- Selamat merehatkan minda masing2 setelah stress dengan kerja dan koding ;P

- Haida jangan gelak banyak sangat, waaaa lariiiiiiiii ;P

- Kedah banjir kan.. hati2 tauuu, tapi rasanya tempat korang nak g tak banjir kot.. i hope soo~~ kamu take care ok :)



erm tu je laa buat masa ni.. take care n have fun koranggg :D

Wednesday, November 18, 2009

terjumpe sekeping gambar di dalam laptop


hik hik semalam mase busan2 kat mohe, godek2 laa laptop, kemas folder2 yang sepatutnyee **yeke kemas? haha sekaliiii... terperasannn gambarr bekasss rakan sekerja ku iniiii.. haha gelak duluuu



umuuuuuu~~~ umuuuu~~~ :o
hik2 rindu laa kat umuuu...

oh nak tau tak kenapa dalam gambar nii umu tengah gelak, dan berada kat tangga bawah??

ha ha ha kalau nak tauuuu.. time ni kitorang kat tangga ofis, on the way dari lunch nak naik ofis atas... kitorang main jus-jus... menang sekali, naik tangga sekali :D menang 2 kali, naik tangga 2 kali :D yang x menang2 tu, ko duduklaaaa kat tangga tu diam2 haha....

time ni aku tengah main dengan umu la... well~~ aku memang tere main jus jus kannnn ;p **tipu.. tipu.. time tuu jee tere hik last2 tinggal laaa umu kat bawah... kitorang tahap main jus-jus sorang kat nun tangga atas, dan sorang agi nunn kat tangga bawah.. time ni memang dah gelak guling2 dah laaa... kah kah kah... kelakaaa kalau ingattt.. tapi ending game ni, umu berjaya mengejar aku jugak cess..... tapi akhirnyaa aku menang jugakkkk, beza 1 tangga jekk :p phewww~~ sangat sipi2~~~

oh umu aku merinduimuuu~~~


oh ps ku --> lepas ni siapa mangsa main jus-jus kat tangga dengan aku ek? ;p ezan? ros? haida? :P

Friday, October 30, 2009

betul ke umu dah x de ni?


huhu..
hari ni datang keje macam biasa..

meje sebelah ku kosong..
xde rase ape2 sangat..

rasa macam umu datang lewat je.. hehe..
tetapi..

sampai ke petang sudahh umu x datang2 jugak ke ofis..
uwaaaaa, betul keee umu dah x kan datang opis lagi buat selama2nyee, uwaaaaaa cam x percaya jek waaa

buring laaa umu x ada.. umu sengal.. umu suke buat lawak.. umu suke gelak kuat2 (upss haha).. umu suke muncul secara tiba2 kat sebelah dd bile dd pandang PC atau dd tengah sengih2 pandang henset... umu suke tangka gambar sendiri pastu kantoi ngan dd.. huk huk..


lepas tu, kite, umu dengan ezan suke camwhoring.. lepas ni dd dengan ezan berdua je kee camwhoring? banyak laaa lebih space dalam kamera henfon nanti, uwaaaaa



tiba-tiba rasa nak letak gambar lama kite ber3 tengah belajar buat cupcakes... taraaaa~~~

hik2... rindu dd x? rindu dd x sekarang?

alaaa, lepas ni siapa nak betulkan tudung dd kalau tudung dd senget benget? kuh kuh...

umu.. rindu x nak gelak guling2 dalam surau dengan dd? huk2...

dd rindu dengan hiburan umu dalam surau yang suke gegarkan p**a umu yang gebu itu, waaaa.. lepas ni x kan nak suruh ezan hiburkan dd macam tu kot, nanti kene jegil mata dengan ezan macam die jegilkan mata masa dd kaco die tengok hindustan.. uwaaaaa...


huk huk marilah saksikan gambar2 terakhir umu di OAS...


tengoklaa... tinggal berapa ketul je ni haa developers..... boleh dibilang dengan jari.. sorang2 laaa meninggalkan daku.. huk huk, lepas tu asyik buat entry kene tinggal jek.. readers littleflowerfarm pun dah bosan bace kot... budak nii asyik kene tinggal dengan ofismet je.. apee daaaa..


last2 kangg tinggal aku sorang je kat opis ni... aku lah tukang sapu, aku lah programmer, aku lah tukang angkat air..


huk huk
umuu... rindulaa nak ade umu sebelah meja dd ni ha... macam ni..

ini gambar lame...gambar umu tengah buat kerja sebelah dd.. sebelum umu meninggalkan kami, tskk..
tetapiii...

--


--------


-------------

------------------------

kenapa sekarang kucing ni pulak yang menaip kat sebelah dd? umu dah kene sumpah jadik kucing ke? uwaaaaaa




oh p/s ku --> umu, gud luck di tempat kerja baru mu yaa :) keep in touch k ;)

Thursday, October 29, 2009

entry untuk warga OAS

*sticky entry yoo, entry baru di bawah, rajin2 laa scroll down yee ;)

sebelum apa2, kite tengok gambar dulu yaa :D


sandwich yang kaya dengan mayonaise nyee :]""


bihun goreng yang kaya jugak.. hik ;p

owh, anda ingin menikmati sarapan begini di pagi harii? apalagi warga OAS, berjumpalah dengan megatron di floor 3 untuk membeli sarapan pagi yang sedap, hasil tangan tunang nye si megatron :D

mee goreng pun ada :D
rm 2 ;)


ini menu semalam yuk.. makanan sangat laris macam pisang goreng... sampai kan ezan dan umu pun x sempat beli sandwich semalam, hok hok..

menu hari ini adalah nasi goreng kampung dan sandwich.. kalau nak, cepat2 naik atas jumpe megat yaaaaa ('o')

eh, xde laaa bulat2 untuk OASian jekk, warga heitech macam nisa & the gang nak beli pun bolee :D hi hi hi

oh p/s ku --> buat entry ini dengan harapan dapat sarapan free ;P (*blink *blink)

;P

***update hari ini (27/10/2009)

hari ni menu sarapan yang megat bawa adalah sandwich telur dan nasi goreng kampung ;)


siap ade bawak satu bekas sambal untuk siapa2 nak topup sambal, ha ha ha bagus x


***update hari ni (28/10/09)

menu hari ini adalah kue teow goreng kerang :D dan sandwich sardin ;)


gambar sandwich sardin x de, sbb dah kene ngapp satu ngn kuku, x sempat nak amik gamba ;p


***update hari ini (29/10/09)

menu hari ni adalah bihun goreng singapore... sedap.. i like ;)


Friday, October 16, 2009

dah pakai shawl ribbon yang beli hari tu


ciare (^_^)v said...

dudu bile nak pakai shawl riben?? nak tgk...uuuuu...sbbnye aku pon beli jgk tau tak??? hahahahaha. mmg ajaib!!

tapi i xtau nak pkai..plus nampak wierdo (-_-")


hahaha suke suki aku jek copy paste comment ciare ;p

owh ciare~~ aku dah pakai dah shawl ribbon itu semalam ;p betul2 sehari selepas ko bg comment itu hehehe...

nak tengok ek ciare?

okie2 ini dia..

ohh xtau kenapa aku harus buat aksi sakit gigi~

owhh sebelum terlupa untuk readers yang lain, shawl ni saya beli dari sini.. klik laa.. hoho aku ni dah macam promote radiusite ni pulak.. agak2 die kasi aku diskaun x ek kalau beli lagi, he he he


nak tengok pandangan dari tepi?

keh keh keh.. motip?

ada juga gambar bersama kawan2..




bersama umu dan ezan..

awning color krim yang aku pakai tu, mak aku nye... hasilnyee muke aku nampak lain sangat semalam.. aku rase macam alien.. sebab entah, pelik semacam aje bentuk muka aku pakai awning ni.. tetapi ofismet dan bos ku mengatakan muka ku semalam seperti mak cik.. uwaaaaa :'o

kuku pulak mengatakan aku seperti wanita umno mase aku mms gambar ke kuku ;p
kesimpulannye semalam aku adalah wanita umno dan jugak makcik.. ok ok..

tapi shawl ni, ok... cume aku xde laa excited sangat, sebab tak dapat beli warna kegemaran kan.. hehe

begitulaaah~~


Thursday, October 15, 2009

potluck raya office ku

semalam, 14/20/2009.. ofisku buat jamuan raya..potluck, masing2 sponsor laa masakan terhebat masing2.. ho ho aku tak laa ;P

aku dan umu berganding bahu untuk menghidangkan rojak buah dan jelly kelapa~~...

kamiii~~ kumpulannnn~ gadissss rojak buahhh daaann jelly kelapaaaa~~!! (aksi keluar seperti kumpulan scorpian merah dalam komik sincan)...


*oitt padahal aku potong buah aje, kuah rojak mak umu yang buat ;p

bukti aku x tipu, aku memang memotong buah ;P siu siu~

kitorang buat potluck kat bawah ofis.. ni haa die gambaran sebenar sebelum keadaan kucar kacir melanda..


huwaaarghh dah ngantuk .. nak tidur.. kesinambungan kisah potluck ni, korang bace laaa kat blog ezzan dan blog photo ezzan ni...

zzZZZ.... (-_-)

oh ps ku --> selalu cerita tergantung.. maaf..

Tuesday, October 13, 2009

catatan weekend bulan syawal


10/10/2009, tengahari


hari ini kuku, kawan-kawan ofisku dan bukan ofis datang beraya di rumah ku =) terima kasih kawan-kawan =) yang lain pun jemputlaa datang rumah yee, tahun ni saya x buat open house tapi siapa2 yang nak datang bagitau aje, pintu rumah sentiasa terbuka ;)


10/10/2009, petang


beraya di rumah ummu athiah.. makanan sangat sedap.. saya bantai makanan macam tak makan seminggu ;p makan nasik beriyani, lepas tu makan sate, laksa, rojak buah.. muni asyik buat jeling2 aku jek, awwwww~

dd, muni, ejan
haida, awa



10/10/2009 - lewat petang

ja & family datang umah ku.. hehe ceria betul petangku dengan kehadiran adam dan ibu bapanya..





ibuku yang dah lama x jaga baby teruja dengan kehadiran adam, asyik duk main dengan adam aje, dan dodoikan adam macam superman sampai adam tertidur dalam keadaan terbang.. hik hik

time ni adam tak terbang dah..
tapi adam tidur macam bos


hisshhhh geram hakuuu, comel butut
tarik bulu mata die kang, tarik tarik~~
;n


ade ape2 yang lebih comel dari tangan baby tak? huhuhu tak de kan kan


huhu nape aku cerita macam xde perasaan ni.. sebab dah ngantuk kot.. tidur dulu laa ek.. esok baru sambung catatan lagi.. taaaa (' '.)/







-kasut adam-