Monday, September 20, 2010

nak tanya siket pasal nikah



nak tanya untuk kawan2 yang dah berkahwin.

masa korang NIKAH dulu kan, berapa orang yang korang bajet datang ek masa nikah?

family + close members.

nak tempah makanan ni, tapi nak tau pengalaman korang hehe.

Ustaz masjid aku cakap biasanya yang datang masa nikah ada dalam 50-60 orang.
tetapi kenapa bila aku, kuku dan mak kira2, jemputan sampai 150 orang ;p kakakkaaa

terkejut orang masjid tu nanti nak sediakan makanan, hehehe


kongsii2 ehhh info

eh muni, along ko bape orang ehh?? eh salah bunyik soalan. along ko, jemputan bape orang eh masa nikah??


lisa berapa??

ros bape??

sapa lagi sapa lagi, espeseli yang nikah kat masjid tu, cerita korang di alu2kan heheeee


note : sila baca soalan aku ni dengan nada laju2 gitu.




*******update**********


soalan muni berbunyi begini

dd, mcm pelik soalan ko.

napa org masjid nak sediakan makanan utk org nikah? hoo kepelikan aku ni
ktorang buat kenduri malam lps nikah tu jemput jiran2 sbb ade doa selamat
sikit di rumah
mase kat masjid xde makan2 pon
just nikah je
and jumlah rombongannya tpulang pd family ktorg + family laki

heee

napa ko nak buat makan2 di masjid? ke mmg camtu kat rumah ko?




jawapan dd.



aku nikah pagi tu hari yang sama pukul 10, so xboleh kaco tempat makan kenduri ku pukul 12 tu. kat masjid memang ada tempat makan untuk selepas nikah. bukan dalam dewan, tapi open air gitu, hehe bes la masjid tu ;p

untuk memudahkan keluarga kuku dan ramai2 pihak, ye laaaa cam kelaka lak kan lepas nikah, drive ke umah aku untuk makan selepas nikah, pastu balik ke masjid bersiap2 untuk kenduri, lepas tu masa sanding datang balik ke rumah ku, sooooo kitorang amik keputusan wat kenduri nikah pagi tu kat masjid jek. x panggil catering mana pun, masjid memang ada sediakan tukang masak untuk itu. cume kitorang perlu bgtau berapa org n nak menu apa je hehe.


memudahkann semua pihak laaaa, lepas nikah terus bole makan kat luar masjid tu :D


mungkin kalau aku nikah hari yang x sama dengan kenduri, leh ar jemput jemputan mai makan kat umah, hehe :D




Sunday, September 19, 2010

bedroom oh bedroom



masa tengah menaip ni, di luar adalah hujan lebat. oh time ni pukul 12:54 am. hujan2 macam ni lah, rasa bes nak update pasal katil ;p hahaha

motip? ;n


tahu tak, suratkabar mak aku selalu berlubang 1 page, maksudnye selalu ada page yang hilang kalau mak tengah khusyuk nak baca. siasat punye siasat, lerrrr anak perempuan rupenyee yang koyakkan suratkabar ;p ekeke aku lah tu. aku suke sangat tengok ruangan perabot. bukan semenjak nak kawen ni la, lama dahhhh, dari bangku sekolah lagi. bila aku suke jek perabot2 tu, aku koyakkan page tu, simpanan sendiri laa kononnya kan. tapi last2 hilang juga buat lapik aku ketip kuku kaki bila dalam bilik, kakakakaka.

tapi lately ni, aku banyak koyakkan page FELLA DESIGN. aku paling sukaaaa bedroom set yang namanya siri beaufort, siri wakefield, lagi satu siri nottingham ke apentah, haa lebih kurang camtu lahh.

rasanya European style kot gitu. Kalau salah betulkan ye.

arghhh rasa nak sepak diri sendiri jekkk, kenapeee akuuu sukeeee European bedroom set?? kenapa???? kau ingat kau orang kaya??? uwaaaaaaaaaaaaaaaaa...minat yang biasa2 sudah laaa T_T mencik mencik *sambil pukul bahu orang sebelah


pernah gugel, harga2 european set ni mencecah puluhan ribu. gila. garu kepala kuku ni kalau baca ayat ni. bukan kuku je, aku pun tumpang menggaru.

tapi yang FELLA DESIGN tu aku xtau laa harga die, die x pernah tulis kat suratkabar kalau siri2 european cam aku cakap tadi. x tulis, tandanyaa~~~~~.. ahuk ahuk paham2 sendiri sudaa...


xjumpe la Siri Wakefield ngan Siri Beaufort milik Fella Design kat dalam tenet, tak boleh nak tepek gambar. so gugel European Bedroom je lah.

european set, tapi bukan yang macam ini daku suka~



color gelap, xla minat pun ;p


dah macam rupe barbie doll punye bedroom lak ;p xmo xmo



yang ni, seram sangat, x mo aku, haha macam cermin yang mak tiri snow white suke tanya siapa paling cantek tu je haha.



kesimpulannye, aku memang x jumpe gamba European bedroom set yang aku suke dalam tenet. suka yang macam Fella Design punye jugak, yang iklan dalam suratkabar metro selalu tu, simple jek tak too much sangat design dia.


tapi gugel punye gugel last2, aku terjumpe gambar French Style punye pulak. aduhh terpikatt


white luxury - french antiques.

*pengsan
sungguh sukaaa~~

xmampu rasanya, tapi kalau dapat yang ala-ala macam ni versi murah kan bess^^
beli yang murah2 dulu laaa, nanti dah ada simpanan banyak siket 20 tahun kemudian, leh la beli bedroom set yang molek siket, katil lama letak bilik sebelah ;p hehe

okie lahhh, x kesah pun la mana2, asalkan bole tido nanti ye x ;)
xkesah mana2, xkesah mana2
xkesah mana2, xkesah mana2
(^^,)/



kuarters kuku katanya dapat lepas raya, skang dah lepas raya dah ni hehe, bersedia2..
kalau dah bole masuk, mau hunting perabot penting dan barang lektrik penting.
oh besnyee hehe


eh last last, nak letak gak bedroom color putih. ketenangannya hehe.

tenang ar :)


white luxury classic metal frame bed and wooden nightstand


ok lah, betul2 habes. kalau nak letak sume jenis bedroom yang aku suke, sampai esok lusa pun x abes ;p

nak tido da la.. tido atas katil kayu dalam bilik bujangku yang masih utuh semenjak aku sampai KL 20 tahun yang dahulu^^ hee

Selamat malam dunia :)


note : juga sedang mencari rumah teres sekitar bangi dengan harga sewa rm 500+- sebulan. ada tak ek? option je ni, selain duk kuarters.





Saturday, September 18, 2010

raya ketiga berjumpa kak marinahunny



raya ketiga hari tu, saya kat terengganu. bermalam di rumah saudara yang saya panggil 'tok lah' sejak kecil.

malam tu, kak marina datang beraya kat rumah :D kak marina ni memang asal tengganu. untuk pengetahuan, kak marina adalah kawan/kakak alam maya di blog, tak pernah berjumpa, dan untuk makluman juga, kak marina orang pertamaaaaaa kawan blog yang saya berjumpa di luar ;p


sukee sangat bila dapat call dari kak marina kata nak datang umah, since petang tu tak sempat nak bercontact2 dan dah tiba malam, saya tak berani keluar dah sebab tak mahir jalan area situ, hihi.

yang kelakanya tok lah ku tu duk sakat2 aku sebab ini first time jumpe 'kawan maya', so agak berdebar2 sedikit. motip aku ni sumee mende nak berdebar2? ;p ye arrr, segan okeyy segann ;p

toklah pegi gelak2 dengan mak aku pulak tu..

"orang lain kalau kawan alam maya ni positif negatif *lelaki vs perempuan, si diana ni positif positif pulak kakakaka, dia ni salah cas laaa"

sabo je laa denn kene gelak dengan tok lah dan mak sendiri ;n alaa bior laaaa, bes peeee kumpul kawan2 perempuan di alam blog, kikiki.



disebabkan berada di rumah orang, so aku mengalami simptom x reti terangkan direction jalan sebab-aku-sendiri-tak-ingat-jalan-ke-rumah-tu. last2 aku cakap je "akak cari je laa rumah yang ada bendera malaysia kat pagar", kakakakaa naseb baik kak marina tere cari jalan, tup tup jumpe dah, padahal cam salah je kot direction yang aku bagi, hihihi


jumpe je kak marina dekat pagar, kak marina terus tunjuk muka ku "eeee muka sama dekat blog"

mestila sama kakkk, tak kan muka saya kat luar berubah cam siti nurhaliza kot ;p kakakakaka


kak marina datang bersama pakcik botak, hubby nye yang sporting gak. sporting duk melayan bual bicara tok lah ku ;p

kak marina+suami bersama ma ayah.
hehe


jemput makan kak~ hehe

time ni ade je lah tok lah aku buat lawak. haha layan je la eh kak ;p

oh kak marina, sampai ke sudah kann tok lah ngan pakcik botak tak ingat apa nama kem dekat2 morib tu? saba je laaahh


berbual, makan, minum.. dan tak lama lepas tu kak marina nak beransur pulang.. alaa kak, xpuas lagi tengok akak borak dengan family dd ;p

hehe..


sebelum kak marina pulang, sempat bergambar dulu dengan kawan/kakak maya yang pertama ku jumpa ni ;)

kak marina sangat sweet, patutla pakcik botak terpikat hehehehehhee sengih panjang ^_____^

tapi di alam realiti, kak marina cakap ganu rupenye, hehe ye laaa mestilaaaa dah orang ganu kan ;p




sweet+sporting couple, suke tengok diorang malam tu^^
kenapa kak marina panggil pakcik botak? x botak pun kak ;p



okehhh habesssss
malam tu aku sangat hepi jadinyaaaa, hihi



bes jugak kan jumpe kawan maya di luar^_^

makasih kak marina sudi beraya dengan dd, eceehhh ;p





Friday, September 17, 2010

lina sayang, selamat bertunang



apakah perkara yang bole membuat seorang sahabat bersedih?
jawapannye, apabila tidak dapat menghadiri pertunangan sahabat baik.
uwaaaaa nangesssss, sedih giler okaeyyyy :'(


kawanku lina bertunang pada hari raya keempat.. hari yang sama aku balik dari terengganu... ingatkan sempat sampai lipis tengahari walaupun lewat sedikit, tapi x sempat jugak, huk2... sebab aku drive, bile ngantuk je aku benti, ngantuk je aku benti, memang laa lambat sampai uwaaaaaaaa :'O

frust sangat ok.


demi nak tengok gambar lina bertunang, aku sanggup add makcik lina as a friend kat fb. hik2 sebab makcik lina private folder itu. puas hatiiii aku dapatttt tengok 90 keping gamba lina bertunangg


auntie zainab, tumpang upload kat sini ye :)


dup dap dup dap tak lina?



^_^



terpikat dengan kek comel ni, hihi






tafsir Quran color pink


lina, cantek laa hantaran2 ko ni =)




putih sucii^^




belah din tunangan lina adalah color hijau



lina dan family din.

lina comelnye, hihi


Selamat bertunang lina dan din. Maafkan aku kerana tak hadir sewaktu pertunanganmu :( aku sampai moody tau hari tu sebab x sempat. huk2.
nanti aku dan keri tebus balik masa wedding ko ye :) aku nak hadir awal dan bantu persiapan ko :)
sayang kawan aku ni selamanya^^



note : tak lama dah diorang ni, tak lama lagi, makan nasi minyak la kite, ekekeke ;p


kacang panjang masak kicap hasni



hari tu kann, mase 2 malam tido rumah kawanku hasni, hasni rajin masak tau... tapi dia x kasi aku masuk dapur, puk puk. "DD AKU SEGANNN LAAAAAAAAAAA!!!!!" bergegar rumah ;p

ye laa ye laaaaa aku pegi tengok tv :n


nway saya sangat suke masakan hasni yang bernama kacang panjang masak kicap. simple je kan? tapi simple2 pun, kalau cukup rasanya, memang aaaaa sedap gilerrrr

masin cukup, manis cukup. seni kate die main campur kicap. oh ok~~

alaaaa kenapa aku biarkan aje flash berlaku?? x cantek gambar



kacang panjang ni, aku ratah sampai licin, bawang2 pun aku sedut ;p nyum2



selain itu, hasni masak jugak lauk lain.

telur dadar


kubis masak air + lada hitam + suhun



udang gemuk goreng kunyit.



wahhh bole kawen sangat da ko ni seni, hek hek hek


nasi, air mangga.
hehe ni pun nak letak kat blog ke ;p




hasniii, thanxx layan aku macam puteri ;p nanti aku tido rumah ko lagi ek ;P
jangan lupe mai tido umah aku lak ;)


jaga diri tido sengsorang tauuuu

daaaa~~


nak kacang panjang kicap lagi ;p



Thursday, September 16, 2010

hari ini :)


Assalammualaikum..

hehe..

hari ni, saya cume diam.. senyum.. diam.. senyum..

x pe ke ;p
tak tau nape, mulut ni macam kena gam pulak ;p ahuk ahuk ;p

tapi mak kuku sangat baik laa ^^ *wink

lama jugak stay umah kuku tadi, makan kuih, makan nasi, tumpang solat. hihi

erm diam.. senyum.. diam.. senyum..
;P

erm esok, keluarga kuku pulak yang akan datang rumah saya :)

Bismillahirrahmanirrahim..
behave dd, behave~ tuang air leklok, jangan tumpah2. ahuk ahuk.


note : tadi masa datang, kuku yang hidang air dan tuang air, hik2 comelnye ;P larikk~


okie laa, nak cerita lebih2 pun tak tau nak cerita camne^^ nak tidur la. Selamat malam dunia^^





Wednesday, September 15, 2010

esok



berdebar2nye, hihi.

esok pergi beraya di rumah keluarga ehem ehem.

sungguh segan ni, tak tipu, malu2 ni hehe.

untuk makluman, ini pertama kali saya pergi rumah keluarga ehem ehem, sebelum ni mane penah. hehe percaya tak? tapi dah jadi tunangan, mana bole segan2 nak datang, tul x. ahuk ahuk


Bismillahirrahmanirrahim...

behave dd, behave..


;P



kuku niiiii


walaupun hubungan ku dan kuku sudah menjangkau 6 tahun, tetapi jawapan yang diberikan oleh beliau apabila ku bertanya soalan selalu di luar jangkaan ku. puk puk, lari terus instinct aku, nyampah kannn ha ha


kuku : "awaak kite apply cuti jumaat ni"
dudu : "oo kenapa awak cuti jumaat. hmm nak rehat2?"
kuku : "nak memenatkan diri"


motip terbalikkan soalan aku lagiii, uwaaaaaaaaaaaa :'O


rasanya, SELEPAS ini aku memang kena tanye soalan terbalik awal2 laa.

dudu : "oo kenapa awak cuti jumaat, hmm nak memenatkan diri ye?"

oh konfem kuku akan jawab
kuku : "nak rehat2"


yes yesss aku memang bijak. lepas ni kene buat strategi terbalikkan soalan awal2 ;p



note : eh pembaca faham ke apa yang aku merepek ni




sukenye


hari tu tengah jalan2 ternampak sincan vol. 50. suke gile, rasa nak melompat. sebab dah lama kot tak keluar sincan ni. setiap kali pegi kedai komik, cam tak ada je. last vol. yang aku ada vol. 49 la, seronok nyee dah ada vol. 50.. ceria hidup ku kini dapat baca kesah sincan, misae, nohara, himawari dan rakan2 sincan hik2.




eh ada tak siapa2 yang pinjam komik sincanku x pulangkan lagi?? pls pls pulangkan~~ nak harap aku ingat siapa, memang aku x ingat dah laaa, tp koleksi aku memang dah berlubang2 sekarang :(



Tuesday, September 14, 2010

raya kedua 2010



kite brekfes dulu... kalau kat sri malaysia kuantan ni aku paling mencarik bubur nasi, hehe suke giler bubur nasi.





lepas tu, sebelum pergi kampung semula, singgah kat hotel baru bukak, achik ku kerja receptionist di sana.

hehe achik ni ibu saudara ku. sayang dia.



oh oh tahun ni baju raya aku semua pun baju kurung. simple je kan ;p sebab aku pun x mencari, pakai je kain yang memang dah ada kat umah, mak jahit. ok gak, leh recycle buat baju kerja hehe.

tapi trend sekarang, jubah kan?? ke kaftan chiffon? entah.
xpe xpe, next year punya raya baru bergaya siket, hehe tahun ni simple berbaju kurung je la. hihi



tengahari tu terus drive ke terengganu. tapi singgah kemaman beraya, lepas tu yang paling penting, singgah Marang beraya di rumah my dearie friend hasni.


walaupun aku pernah datang rumah seni ni, aku tetap lupe jalan ;p

"hasni aku lupe laa rumah ko yang mana satu"
"ko jalan je terusssss, nanti ada gadis ayu menanti ko di tepi jalan"
"ohh~"



inilah gadis ayu itu. ;n



mak ayah seni + mak ayah dd.

mak ayah seni sangat baik^^



dah lama x bergosip ngan seni, so orang2 dewasa berborak di dalam, kitorang yang muda ni sok sek sok sek di luar sambil bergambar. hik2


cayangg seni, mmuahxx



kat terengganu ni, memang banyak gile berjalan ke rumah2. sebab mak menjemput sekali diorang datang ke kenduri ku nanti kan.

hihi





siaran langsung dari rumah hasni


Assalammualaikum,

saya kat umah hasni ni, kat sentul, tido sini hehe. esok pun tido sini.

angkut p1 wimax siap2 dari rumah, pasang kat rumah hasni, hik2.

uik, kenapa aku kat sini, lari dari rumah ke? keh keh keh


hehe xde laa, saje menyibuk, rumah seni x de orang langsung ni. housemates die balik ahad karang.
uhuk uhuk besnyee bau aroma seni masak. oh tak tahan~~ ok lahh byeeee


raya pertama 2010



Assalammualaikum korang~ selamat hari raya~ hehe lame pulak blog ni silent, hik2...


pagi raya pertama dah dekat2 tengahari tu baru laa bertolak balik kampung kat kuantan.. wah tetibe dah tengahari kan, xde cerita waktu pagi ke? ;p alaaaa biasalaaa bermaaf-maafan.. tahun ni mohon maaf syahdu dan penuh feeling siket sebab tahun terakhir beraya sebagai anak-dara-gedik-ngada2 ma dan ayah.. sob sob lepas tu over feeling siket sebab rasa macam banyak pulak buat salah kat ma, huhu.

kitorang raya bertiga je, sebab abangku beraya di rumah mertua kat tapah, raya ketiga karang baru berjumpe kat tengganu. busan jek kan, haha tak macam korang, keluarga ramai, bess ;)



eh meh la tengok baju raya ku. suke gilaaa, adore gile, sayang gile. rasa nak pakai selalu.


motif posing macam diana rikasari?
pangg~



ma ayah kesayangan.


time ni kat hotel sri malaysia kuantan. busan jek kan, orang lain balik kampung awal-awal sehari dua, berkumpul ramai2, kitorang lak first day dah check in hotel. nak buat camne ;p bla bla bla pok pek pok pek, haha malas nak cerita lebih lanjut.


motif cerita raya aku macam busan je?? haha memang pun. pagi dan tengah hari agak busan sedikit ;p


lepas check in tu, baru pergi kampung. haa dah sampai kampung baru dah tak busan. baru aku menjadi ceria. seronokkkk sangattttt jumpe sedara2.

gambar 1/8 family yang sempat di tangkap. yang lain entah ke mana ntah berjalan nye, yelaa kitorang pun dah sampai agak lewat kan :)

tahun ni, moksu ku tak balik, so agak kurang meriah. huhu



apalah yang ayahcik ku buat lawak ni.



cekde ku tertawa riang



dalam family aku, nak cari yang sebaya aku memang xde la, so aku akan berada di mana2 sahaja, termasukla sedang bergosip dengan ibu2 saudara, hik2

asyik ketawa jek, lebih2 lagi kalau borak dengan cekde. bes tau bergosip dengan ibu saudara sendiri hik2. ;p




paparazi abang long dan ayu. dan juga husin.
semenjak hasan husin dah besar, aku malas dah main dengan diorang.
aku suke gang masa diorang kecik2 dulu, hehe dah besar, x bes. korang dah jadi jejaka. x seronok aku nak ajak main baling bola ke dalam bakul.



petang raya adalah berjalan2 dari rumah ke rumah. pengsaannn sebab asyik kena paksa makan jek.


kalau kat pantai timur, hidangan raya adalah ketupat segi tiga tu, nasi impit kuah kacang, sate, rendang, nasi minyak, nasi dagang =)



bye, habes raya pertama.


cantek x baju raya ku? ke aku je rasa cantek? rasa nak tidur je ngan baju raya sendiri, bole?
hik2





Monday, September 13, 2010

Selamat Hari Raya



**ini sticky entry sampai raya keempat. Entry baru sila scroll ke bawah^^



haha tak pandai buat kad raya, so main tepek2 macam ni aci x?



Selamat Hari Raya kepada semua kawan2 dan pembaca My Secret Garden.
saya memohon maaf ye, kalau ada tersalah silap dalam tingkah laku dan berkata2.

Juga dalam coretan saya di blog ini, maaf sekiranya ada tulisan yang menyinggungkan perasaan siapa2 ya, kot2 gurau terlebih ke :)

Maaf Zahir Batin, xoxo ;)


-dd dudu-
My Secret Garden




Thursday, September 9, 2010

dah letak gugel search dalam blog



tengah busan2 ni, ini yang aku buat. letak gadget baru kat blog, google search.
senang siket kot2 ada nak search apa2 ke, sebab aku malas nak paparkan labels dekat sidebar, hehe xmuat dah.



nampak tak gadget ni dekat sidebar? scroll laa sampai bawah, sebelum My Archive.


ok daa~






teman wawa mencari tudung sekitar bangi



- 09/09/2010.. khamis.. sehari sebelum raya -


huhu hari ni ada lagi ke orang nak baca blog aku? semua pun da balik kampung kan kan. uhuk uhuk xpela, cakap sorang2 pun xpela, wuu..

selasa hari tu, 3 hari sebelum raya, wawa nak cari tudung untuk sesuaikan dengan baju raya dia color merah kuning.

aku pun teman lah, hehe leh cuci2 mata, kot2 ada berkenan jugak ke ;p


mula2 kitorang pergi Rumah Tudung, ala yang dekat2 Redwok tu.

kat sini banyak tudung saiz besar, patutlah kak nurul, kak ipah pergi sini.

tapi yang dipamerkan siket aja, mungkin rumah tudung ni banyak bekalkan kat penjual lain kot, xtau la.



tak jumpa yang sesuai dengan color baju awa, so kitorang pun naik kereta ke kedai tudung lain.


yihaaa ke Ratu pulak. Ratu ni seberang CIMB bangi.

hihi selalu aku pergi Ratu kat Wangsa Maju, first time pergi Ratu Bangi.




sama je konsep dengan Ratu Wangsa Maju, yang rm35 letak kat luar hehe.

banyak gak yang cantek2, tapi aku tahan laa godaan, huhu tak bole ikut kehendak sangat, nanti duit habes, wuu.



masih tak jumpe tudung wawa,

last2 kitorang pergi kedai tudung seberangnye pulak. betul2 laaa sebelah CIMB.


Fareeda.

ingatkan dia jual tudung2 yang harganya wujud lah rm50 kan, sekali masuk, gulp telan air liur.
Rm 100 lebih, ada jugak RM 80 lebih.

tudung yang dijual kebanyakannye adalah chiffon. sebab tu kot harga ehem ehem hehe.


kitorang pun keluar la balik.


frust wawa.

tapi dah dekat habes waktu lunch, nak dekat kul 2 dah. so pencarian bersambung esok.




keesokkan harinya..

cari tudung di Warta Bangi sahaja..


banyak giler booth jual tudung..
aku main try sarung2 je, lepas tu letak balik ;p
uhuk uhuk tahan dd tahan tahan.


dah la ada plan nak beli purse baru color pink, yang kecil siket dari purse sekarang yang gedabak sangat, menyukarkan pembawaan dan pembukaan. heh ;n

sebab tu bertabahlaa wahai dd menyimpan duit ;p



kesimpulannye, wawa x jumpe jugak tudung warna yang dicari.
kesian wawa


hari ni wawa cuti, kalau takk, mesti aku bole teman ko pergi Ariani, Hajaba dan mana2 kedai tudung la kat Bangi ni.

banyak betul kedai tudung di bangi, hee.
sukee




Wednesday, September 8, 2010

Paris Hilton My New BFF



motip aku layan cite ni skang? hehe entahh, termelekat pulak dengan rancangan ni. setiap selasa, tv8, pukul 1130 malam selepas desperate housewives. tapi desperate housewives dah abes skang, uhuk. rancangan realiti ni pasal siapa kah yang layak menjadi bff paris hilton, hehe.




paris hilton comel.. hehe

episod semalam pasal naik roller coaster. naik roller coaster kan muka dan rambut terumbang ambing siket kan. so paris nak tengok muke siapa yang tetap vogue sewaktu gambar di curi2 ambil walaupun tengah tunggang terbalik dengan roller coaster tu hik2. nak jadi cam paris hilton kene sentiasa cun walaupun candid dari paparazi. xde laa tetibe gamba murut terherot2 kan, hik2.