hari ni sampai jumaat ada kursus PHP.. memang apply kursus ni sebab dah lupa laaa berapa tahun tinggal entah.. pernah guna php zaman final year projek dulu.. lepas tu ada guna kejap kat Possimo, itupun pakai notepad.. ekekekeke
eh taip entry nak cakap apa eh.. bagi random facts je la eh
1) teringat masa mula2 masuk ptm dulu. awa kata toilet kitorang orang kata ada 'sesuatu'. terus aku x berani guna toilet tu, siap naik tingkat atas kalau nak gi bilek air. last-last malas laah! ..sampai sekarang aku x paham apa maksud awa, hahaaaa awaaa sila bertanggungjawab! ;p
2) saya ada penyakit lupa xbertempat, ishh ishhh.. pernah sekali tu, keluar lunch dengan kawan2 ptm. saya bawak kunci kereta, alih2 naik kereta orang lain pula. saya yang malas nak pegang kunci kereta tumpang kunci tu dalam henbeg kawan yang bernama zyra.
ok.
pukul 5 petang, zyra balik rumah.
ok.
ok.
pukul 7 saya pula nak balik. macam biasa nak keluarkan kunci kereta. ehh??
TIDAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!!!!!
apakah yang berlaku selepas itu? boleh bayangkan tak??? HA HA HAAA gelakkkk sambil menangis :'O
malasnyaa nak cerita ending cerita ni, bole? ;p i benci pada diri sendiri, benci benci~~:P
3) lately ni macam tengah nak kurangkan kegemukan diri sendiri sebab lagi 4 bulan nak kawen. xmo jadik pengantin bulat dan muka besar. tapi saya x mungkin berdiet atau menahan lapar. itu bukan kemahiran saya ya tuan puan. jadi, apa yang saya boleh buat cuma lah, sarapan pagi macam biasa. lepas tu sediakan air soya atas meja. setiap kali lapar, minum soya, burpp terus jadi lapar lite lite. kira bukan tahap kebulur lah. so bila lunch, makan comel2 jek, yang berkuah, macam laksa. (biasanya lunch aku akan makan nasi segunung dengan lauk gemuk)... rasanya laksa kurang siket kot gemuk dari makan nasi. rasanya lah kann, malas nak gugel lah.
petang lapar lagi, minum soya. balik rumah terus x terasa nak makan malam (kalau tak sebelum2 ni balik rumah macam harimau laparnya) ;p gud dd gud dd. tapi lama2 nanti mesti imun dengan soya kan. takpe, kite tukar air lain yang kenyang pula ;P hehe
4) dekat ptm ni, ada kawan nama rina. rina jangan marah, sebab kite nak cakap rina ni unik lah. hohoho first time ada kawan macam rina. hehehehe unik unik :p oh jangan salah faham, bukan kite kate rina pelik, kite kate rina unik. faham takkk???????? *tetibe emo nak suruh dia paham haha.
rina seorang gadis kool yang tidak pernah memiliki handbag seumur hidup. beg yang di bawa ke tempat kerja adalah beg laptop, tapi tak ada laptop pun dalam tu ;n dalam beg laptop tu die isi purse, henpon etc. dia takde perasaan dengan henbeg2 keee kasut2 kee n apa2 la stuff girly2 hehe
dikala kami2 gadis2 berpusu2 membelek2 tudung yang dibawa alice untuk jualan, rina hanya buat dono je. takde perasaan. dia kata dia hanya ada tudung bawal putih jek dan krim kot. huwaa, i adore u~~ hehe... satu dalam seribu ar~
dia juga ada sepasang brooch je yang dia gemar pakai hari-hari. kalau hilang, dia carik jugak. kena pakai brooch tu jugak. hihi
lepas tu dia jenis alert dengan semua benda. menyampah aku. bole x nak nyampah?? boleh jadi CSI ni beliau.
contohnya, dia tanya dd 10 soalan. seperti 1) hari ni kak hasnah pakai baju color apa? 2) apa num plat kereta kak zai? 3) hari ni si polan si polan tu pakai tudung color apa?? 4) apa num plat moto si fird? dan lain2 soalan...
ok seperti dijangkakan, aku menjawab 10 soalan tu dengan menggaru kepala. 1 pun x dapat jawab. means aku x alert dengan persekitaran, hehe. dush dush pada diri sendiri. ni kalau berlaku kes jenayah aku jadi saksi mahkamah ni, konfem kene jeling dengan peguam, sebab tak ingat apa2 ;P
tapi bila tanya rina balik kan, dia boleh jawab!!!!! oh tidakk!!!! kenapa ko boleh hafal sume plat kereta dan plat moto orang hah?? walaupun individu yang tak rapat, ish ish keliru lah aku dengan ko ni, hehe
kitorang panggil rina kamus bergerak. sebab tanya je apa2, dia mesti boleh jawab. hihi
5) aku tak update blog, tapi kenapa ada 6 online readers? ;p
6) kejap lagi 230 petang ada miting. nak sambung pergi kursus ke nak pergi miting? adoii laaaa..
7) dah perlu ke surau untuk solat Zohor.
bye bye pembaca (^,^)/
(gambar hiasan)
berdasarkan gambar di atas, nampak sangat tak pandai pakai shawl. senget benget macam apentah. memang takkan pakai shawl dahh ;P
berdasarkan gambar di atas, nampak sangat tak pandai pakai shawl. senget benget macam apentah. memang takkan pakai shawl dahh ;P
9 comments:
apapun, kim salam pada kawan dalam cerita no 4...
akak suka dia!
:)
dd - mmg payah nak cari org gitu boleh tudung ada dua tigahelai jer dan kalur putih dan cream..baik sungguh...
{tukang cerita}
saya pun suka dia!
wahh rina ada peminat skang~ ;P
{kak lina}
hehehe kannnn, leh jimat gak hi2
Motipp..baru akak paham ape kene mengena soklan ko ritu kat rina...rinaa...(bukan nama sebenar)..haha.
comelnye "rina" ni...
{kak rihan}
hahaha lepas ni kite bole tanye rina soalan pelik2 yeee kakk, hik2
{rinakawandudu}
erkk ;n
didi...
kemane kamu menghlang???
tidak kembali ke ofis same sekali...
huh pelik...
{rinakawandudu}
hoho td break kite ke upm jap, pastu masuk kelas lambat hehe seb baik cikgu x marah
rina, td kan aku insert 1 data tu, pakai nama 'rina'.. sekali error da... pastu cikgu kata error sebab guna rina.. hahahaahahaha
Boikot "Fird"
Post a Comment