Tuesday, July 27, 2010

mereka...



di keheningan malam~~ tafakur di kesyahduan~~

hik2 motip bukak entry dengan lagu nasyid? ;p


ok ok nak cerita..


di keheningan petang angin bertiup sepoi2 bahasa...
ibuku seorang surirumah yang sedang tekun membaca suratkhabar di rumah terdengar ketukan pintu perlahan2.. ibuku pun membuka pintu...

seorang budak kecil lelaki muke innocent dalam umur 8 atau 9 tahun macam tu sedang berdiri di depan pintu..


budak lelaki : ciik, derma ciikkk
ma : derma untuk apa ni?
budak lelaki : anak yatim ciikk
ma : yeke ni untuk anak yatim?
budak lelaki : *senyap
ma : dari mana ni?
budak lelaki : sekolah tahfiz.... seremban *xingat da ma cakap nama penuh sekolah
ma : jadi kenapa x pergi sekolah hari ni?
budak lelaki : cikgu suruh mintak derma
ma : habes tak payah belajar ke?
budak lelaki : *senyap
ma : jauh2 datang dari seremban sebab nak minta derma untuk anak yatim?
budak lelaki : ciik derma ciiiiik *muke kesian habis
ma : kee derma untuk sekolah awak?
budak lelaki : ciik derma ciik, ciiik derma ciikkk

note: mak aku memang susah siket nak bg derma huhu, compared to ayah, ayah pemurah siket senang je hulur duit hihi

ma :datang sini naik apa?
budak lelaki : naik van
ma : blok depan dah minta derma dah ke?
budak lelaki : *angguk
ma : dapat banyak x?
budak lelaki : 5 ringgit .... *mak aku sebenarnye kesian dah time ni blok depan yg sebesar besar blok tu, die cume dapat 5 rggt je, mesti pintu yg bukak tu kasi sen sen je kan huhu :(

ma : 5 ringgit je? ermm makcik pun xde duit laa, camnee
budak lelaki : *muke nak nanges. mulut herot2... ciik derma ciiik, ciikkk derma ciikkk, ciik derma ciikk, ciiikk derma ciikkkkk

ma : *xsampai hati dah.. ma pun masuk dalam kejap amik duit.. dan menghulurkan wang kertas padanya..
budak lelaki : *ambil.. terima kasih ciiiik.. dan berlalu pergi
ma : *memanjangkan leher untuk tengok budak tadi berjalan.. ma nampak budak tu tengah kesat2 air mata sambil berjalan...

betul2 menangis dah die :(





sedeynye...


ma : ma bukan apa... dulu ma memang x kesah kasi derma kat budak2 tahfiz yang datang minta derma ni... tapi selepas yang berita kemalangan budak2 tahfiz maut ramai2 tu, ishhhhh xnak lah ma bagi derma lagi.. geram tau.. orang ade sekolah pergilah sekolah, ini nak hantar pergi mintak2 derma pulak.. habes tak payah belajar???

ma geram tau tadi budak tu pergi dua2 blok, tapi berapa ringgit je dia dapat.. naik tangga turun tangga mintak derma.. penatt die tauuu.. cikgu dia x fikir ke?? kesian ma tengok budak tu tadi... tapi ma geram... geram sangatt.. klu ma nampak cikgu die tadi, ma memang nakkk pegi cekiiiikkkk2 jeeee cikgu die



huhu.. terfikir jugak, mak ayah diorang xkesah ke klu dpt tau anak2 diorang kene mintak derma... kesian laa... adoi... :( sekolah diorang tak ada dana ye.. sampai kene suruh pelajar minta derma.. camtu ye... :(





17 comments:

rinakawandudu said...

dd...mcm mn mak ayah die nak kisah..kan die cakap derma anak yatim...

dd dudu said...

{rinakawandudu}
tp die xmenjawab soalan masa mak tanya "yeke untuk anak yatim, ke untuk sekolah awak"

senyap tandanye setuju... ye dok?

rinakawandudu said...

ye tak ye jugak...aku pun kesian gak...tp kadang2 aku geram gak... kesian budak2 tu...ade ke ptt suh kutip derma...kadang2 tu sampai malam..bile agaknye time dieorg sekolah ek???

dd dudu said...

{rinakawandudu}

tu ar.. xtau

haishhhhhh

noname said...

wajarkah kita minta aduan rakyat/ wan kamaruddin terjah/ interview mereka2 ni.. tnye betul ke untuk rumah ank yatim, cmne leh smpi tahap cmtu, xkan kerajaan xde tindakan kot.. tp yg remaja2 je la, bdak kcik xyah kot, blum baligh lg xtau pape, kesian plak..

dd dudu said...

{noname}
hrmm xtau la waakk, sebab rasanya diorangnye mulut dah kene kunci kot, agaknye la kot

nieza rawi said...

ha a.. mulut mmg kasi kunci punya,,,
skrang cam tak pasti samada ori @ palsu.. sbb xkan ada cikgu sanggup wat anak murid camtu...

tp kes minta derma ni mmg terjadi... sebab nk cari dana sekolah...

bygkan ::
10 mlm kat ikea jual cd
9 mlm kat stesen minyak jln kuching

cian ooo..

nieza rawi said...

eh sama la sad cat kita.. meti gugel kan... hahahaaa

marinahunny said...

ye la dd, kdg2 geram knp budak2 tu disuruh mintak derma..xnak bagi kesian kat budak tu kan..

dd dudu said...

{nieza rawi}
ermmm itu ar yg nak tau tuu, dorang ni mmg xde dana ye... sampai trpaksa wat camtu sekali... huhuhu sian ar...

ha ahhh kucing gugel :D

akak jgn sedey2 ye :)

{marinahunny}
huhu sy kdg2 bagi kdg2 x bg, serbe salah sebenanye

faizah said...

tu la, kalau dekat stesen minyak pun selalu je ada budak pakai kopiah mintak derma.

budak yang sama lak tu. kesian gila.

bini edy said...

dd, tu scam la.edy ke hosmet die ek, lupe lak. penah ikut budak2 tu..nampak ada org pmpuan pakai gelang smpai sekerat lengan..pmpuan tu la bwk dorg..

penah sekali edy mintak alamat dan no tepon ustaz tu sbb nak tarbiah balik ustaz bodoh yg patut ngaja budak tu tahfiz, tapi suruh jadi pemintak sedekah lak..n budak2 tu fail utk bagi, dan pusat tahfiz tu x wujud pon..

bini edy said...

good link to share..saya dulu sejak baca yg ni la saya hati2 dengan scam ni..

http://ondscene.blogspot.com/2009/01/wajib-baca-jangan-bodohkan-diri-anda.html

bini edy said...

dan yang ni...

komen atas tadi tu salah link..link yg ni baru betul..yg menjadikan saya dpt detect dorg scam ke tak scam..

http://ondscene.blogspot.com/2009/01/taktik-dan-teknik-mengesan-dan.html

dd dudu said...

{pestisid}
tp lisa, ingat x yg eksiden budak tahfiz ramai2 maut kat kedah (kedah ke lupe la) sebab pergi mintak derma (ke jual barang, adehh x ingat)

kire dorang bukan sindiket ar kan, mmg dari sekolah tahfiz, time tu kecoh kejap mak ayah ramai xnak antar anak2 ke tahfiz takut kejadian yg sama berulang, tp hermmmmm senyap macam tu je laa xlama kemudian~

bini edy said...

dd,
owhhhhhhh saya x tau insiden ituuuuuuuuuuuuuu...

dd dudu said...

nah malas bg link, copy paste terus ;p


BERITA
Jumaat Disember 29, 2006
Lima pelajar tahfiz maut van rempuh lori

TAPAH: Lima pelajar lelaki sebuah sekolah tahfiz di Kuala Muda, Kedah terbunuh manakala tiga lagi termasuk pemandu cedera apabila van yang mereka naiki merempuh belakang sebuah lori kontena Pos Malaysia Berhad di Km 355.7 Lebuhraya UtaraSelatan arah utara di Sungkai dekat sini awal pagi ini.

Pemandu van dan seorang daripada pelajar itu hanya mengalami kecederaan ringan dan dimasukkan ke Hospital Slim River manakala seorang lagi pelajar yang cedera parah telah dikejarkan ke Hospital Ipoh.


Bahagian depan van, sebelah kiri, remuk teruk akibat rempuhan kuat di bahagian belakang lori. (foto Bernama)

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Roslan Bek Ahmad berkata kemalangan berlaku kira-kira 2.50 pagi semasa van yang membawa pelajar Pusat Tahfiz Amal di Km 17 Jalan Yan, Simpang Empat Kangkong, Kuala Kedah itu, sedang dalam perjalanan balik daripada lawatan dua hari di Kuala Lumpur.

"Kelima-lima mangsa tercampak keluar daripada van, seorang daripada mangsa terputus kepala... kesemua mereka mati di tempat kejadian," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini.

Mereka yang terbunuh ialah Mohd Miqdad Amir, 12; Mohd Fadhullah Yusuff, 12; Anas Syazwan Ani, 13; Muhammad Abu Dehya Chin Mohd Syukri Chin, 12, berasal dari Bandar Seri Damansara, Kuala Lumpur dan Muhammad Al Ghazi Zulkifli, 12, dari Paroi, Seremban, Negeri Sembilan.

Kesemua mangsa yang terkorban telah dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat.

Pelajar yang dihantar ke Hospital Ipoh akibat cedera parah dikenali sebagai Mohd Abdul Qayum Anis, 13, manakala rakannya yang dirawat di Hospital Slim River ialah Mohd Dinyak Nurdin, 13.

Roslan Bek berkata pemandu van Mohd Shafirin Ani, 19, adalah abang kepada Anas Syazwan dan kedua-dua beradik itu berasal dari Kota Kinabalu, Sabah tetapi dipercayai menetap di Perlis.

Beliau berkata kemalangan berlaku apabila pemandu lori berkenaan memberhentikan kenderaannya di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan brek.

"Pemandu lori berkenaan dan kelindannya belum sempat turun untuk meletak tanda amaran apabila tiba-tiba mereka terdengar bunyi kuat," katanya.

Roslan Bek berkata pemandu lori berusia 54 tahun dan berasal dari Shah Alam, Selangor itu telah ditahan untuk diambil keterangan.

"Hasil siasatan awal, polis syak pemandu van berkenaan berada dalam keadaan mengantuk... jalan lurus dan lori berada di lorong kecemasan dengan lampu terpasang sebab itu kita syak dia mengantuk," katanya.

Beliau berkata kenyataan daripada pemandu van bagaimanapun belum diperolehi.

Roslan Bek berkata keluarga mangsa telah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan kesemuanya meminta supaya jenazah dihantar ke pusat tahfiz berkenaan selepas selesai bedah siasat hari ini.

Sementara itu, beberapa orang guru pusat tahfiz berkenaan yang berada di Hospital Tapah bagi menguruskan jenazah mangsa enggan mengulas mengenai kejadian itu.

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Bidor dikejarkan ke tempat kejadian untuk membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit. BERNAMA








yang lawatan 2 hari di kuala lumpur tu sebenanye diorang kene jualan amal yg ala2 jual kalendar tu(mintak derma) untuk kumpul dana. time tu memang sume mata orang baru nak buka la tentang isu tu.



haa ini berita lanjutan berita tadi. mase dok kecoh2 tu


http://nuriman.wordpress.com/2007/11/21/murid-tahfiz-disuruh-kumpul-dana/


motip dah malas copy paste? ;p