Wednesday, July 28, 2010
lebih baik anda telefon kalau nak tahu pasal HIV test dan prosedur kahwin
tahukah anda yang saya sudah pening kepala dan tangan sejuk2? hahaha
rilek dd rilek~~ kite kene kool~~~
tahukah anda untuk mendapatkan kepastian tentang prosedur kahwin, kite tidak digalakkan terlalu pasti dengan apa yang kite dengar dan apa yg kite baca di gugel.. tak salah untuk percaya apa yg kite dengar dan baca, tapi bila sampai tempat kejadian, bila apa yang berlaku x sama dengan apa yang kite bayangkan jangan marah melenting2 yaa, uhuk huk
sebab kita perlu ingat, lain orang, lain tempat nikah nya, dan lain kes2 tertentunya.
sebenarnye tentang prosedur kawen, jiran aku cakap macam ni.
1) kursus kawen *dah buat dah
2) buat hiv test
3) pergi pejabat agama ambil borang, isi.
4) pergi masjid tempat kita nikah nanti, jumpe imam buking date nikah dan tunjuk borang yang telah diisi.
5) pergi pejabat agama lagi sekali serahkan borang.
ok tu versi yang aku dengar.
bila aku gugel pulak, banyak versi. especially tang klinik untuk hiv test.
ada yang kata klinik tak sediakan borang, kene beli borang 10ringgit kat pejabat agama, ada yang kata tak payah beli, klinik sediakan semua. wahhhhh mana satu aku nak follow niii~~~~
lagi satu contoh, aku dah bulat2 suara nak buat HIV Test kat klinik kesihatan bandar baru bangi sebab dekat dengan tempat kerja, so tak payahla apply cuti, tambahan pula aku gugel2, ramai yg dok buat kat situ kata ok. bila aku telefon klinik situ aku cakap aku kawen kat KL, leh ke buat kat situ, kakak klinik tu kata boleh, xde masalah.
tup tup mase menggugel aku terbaca satu entry girl ni marah2 sebab...... mase die buat kat klinik kesihatan bandar baru bangi hari tu, memang ramai sangat couple yang datang nak buat HIV test.... tup tupppp disebabkan terlalu ramai yang hadir, nurse sana buat pengumuman yang kit ada 20 jek, so terpaksa pilih pasangan yang bernikah di bangi sahaja. girl tadi pun marah arrr sebab dia yang sampai dulu kan.
bila aku baca tu, pheww~~~ tak nak lah amik risiko. better aku pegi klinik yang ade appoinment, bukan main walk-in. dan better juga aku pegi klinik yang dekat dengan rumah.
last2 aku pun call lah klinik kesihatan setapak. minggu ni dah full appoinment, so aku book laa tarikh sekian sekian.
"saya nak confirmkan dahulu, yang saya duduk di taman melati dan akan berkahwin di taman melati lah, pasangan saya pula orang selangor, boleh ke kami buat hiv test kat setapak? apa yang perlu kami bawa?"
"boleh, tak ada masalah untuk buat hiv test kat sini. beri nama cik dan pasangan cik sekarang. bla bla bla, nanti cik dan pasangan kena bawa salinan IC dan pen, itu sahaja"
"borang2 xperlu bawa?"
"xperlu xperlu, kami sediakan disini"
fuhh~~ kan senangg~~ tepon teruss dan buat appoinment terus. x berani la nak walk in.
lepas dah setel booking HIV test tu, aku pun terfikir pasal prosedur kahwin yang jiran aku duk cakap dan apa yang aku baca.
"huh lebih baik aku call pejabat agama terus, malas laa nak pening2"
aku pun masuk laaa website jais dulu.
lorrrr~~~ boleh donlod je borang kawen ni, huhu xperlu laa nak ulang alik gi pejabat agama kan.
dail no. yang tertera, dan terus rujuk kat sana.
selepas berbual dengan pegawai sana, terus faham 100%.
memang sangat bercanggah dengan apa yang aku duk dengar2. hihi. ye laaa kes aku kan berlainan. kes tiada wali ;P
1) perlu ada salinan IC
2) salinan sijil kursus kawen
3) HIV Test
4) CARI WALIII DAHULUUUUUU KALAUUUUU MASIH HIDUPPPPP, baru boleh proceed dengan borang2. kalau tak jumpeeee, kene bawak mak dan abang dan 2 saksi untuk prosedur wali hakim.
5) dah jumpe wali, bawa wali ke masjid tempat kite akan nikah nanti, dan lengkapkanlah semua borang yang dah download tadi.
6) pasangan kite kene dapatkan surat kebenaran dari pejabat agama tempat dia. surat kebenaran untuk bernikah di luar kawasan.
7) lepas selesai 6 di atas, kepilkan semua borang, dan hantar ke pejabat agama. siapppp
JELAS BUKAN? huhuhuhu naseb baik lah aku telefon, kalau tak, mesti aku terbuat keje banyak kali. in terms of ulang alik ulang alik, haishhh...
sekarang sakit kepala aku, bila pula aku nak pegi tengganu cari ayah kandung ni ;p
hihi
harap2 semua berjalan lancar. Amin :)
Labels:
cari abah,
wedding preparation
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
{ciare}
hah sume point yang ko cakap adalah betullll!!!!!
mmg aku kecikkan mata dah masa duk menggugel tadiii tau, banyaknyeee versiiiii
ciare sungguh berpengggalamannnn
wahhhh
abang tu tak dikira wali ke?
hehe.. lain tempat lain prosedur..
pape pun, bw bertenang.. anggap proses nk kawen itu menyeronotkan.. hehe..bukan bebanan...
{kak suri}
xdapat arrr abang sebab ayah kandung masih hidup cume xtau di mana ho ho
tp klu ayah kandung dah meninggal baru abang kandung bole jadi wali :)
{kak nieza}
yehhh dd tgh sonokk laa ni hihihi yeh yeh sonoknyeeee ;p
Alhamdulillah wat masa ni dd xde lagi masalah n rasa tensi2 :) cume skg tgh seram sejuk arrrr bile fikir pasal nak jejak kasih ni hihi, segann ^_^
amiinnnn.. semoga berjumpa dgn ayah kandung nanti..
{marinahunny}
aminn :)
ooohhh didi kalau lah kau tahu...HIV test tuh... ko duduk...nurse inject kat ibu jari...tunggu kejap x sampai 10 saat...dah... anda negative or positive... tuh jerkkk.... :PP
{along}
alaa tp klu ramai org, still kene tunggu turn kann hihihi (baca pengalaman org len)
beratur lg lama dari cucuk jari, ekekekee
tu yg buat appoinment tu, harap2 x perlu menunggu lama la ;P
akak buat kak mana dulu ek?
akak buat kat klinik kesihatan bkt kuda klang, tapi memang cam tuh. kalau ramai yg dtg dia bagi keutamaan pada siapa yg nikah dlm masa terdekat ... hampeh!
{along batu caves}
lorr yekeee
ishh ishhh ade klinik yg bg keutamaan pada yg nikah kat area situ~
ade yg bg keutamaan pada siapa yg nikah dlm masa terdekat~
hrmmmm sungguh merisaukan pasangan2 hehe
Post a Comment