Thursday, July 8, 2010

meh sambung borak



1) hari ahad tu isi minyak dekat Shell Danau Kota. lepas tu perasan minyak sangat lambat turun. hari ni dah hari khamis dah, tapi minyak masih belum melebihi separuh. hebatttt

tiba-tiba teringat perbualan dengan rina-si-serba-tahu hari tu..

rina : "kite suke isi minyak dekat Shell Seksyen 1.. sebab kite perasan minyak dia lambat turun"
dd : "ooo yekee"
rina : "dd cube la isi minyak dan tengok mileage yang boleh digunakan untuk minyak tu"
dd : "dd selalu isi minyak dekat highway jek.. sebab on the way.. eh kalau dah namanya minyak Shell, bukan sama ke setiap tempat? ;p minyak yang sama jugak kan ;P"
rina : "sesetengah tempat kan dd, minyak tu diorang tipu2 tau"
dd : "uikk tipu macammane?"
rina : "ade sesetengah stesen minyak tu dia campurkan minyak dengan air tau"
dd : "huishhh ada ke???"
rina : "ada laa dd.. bila minyak tu campur dengan air, kesannye tak elok untuk kereta"
dd : "ishh ishh"
rina : "lepas tu ada gak stesen minyak yang bagi banyak angin"
dd : *blur tapi paham sebenarnya
dd : "rina... nape rina tau semua ni ekk?"
rina : "sebab... *adalah ceritanya, x tau rina luluskan x aku cite kat blog haha



2) hari ni saya kursus php lagiiiii..... tapi curik2 taip tesis dalam kelas *tapi koding cikgu kat depan saya buat jugak okayyyy... ingatkan cekap dah taip curik2... sekali tiba2 cikgu nombor 2 muncul kat belakang tanpa disedari.. oh tidak!! kantoii!! dan tiba2 cikgu nombor 1 pula muncul dari depan.. dan tiba2 kertas2 ku time time tu jugak jatuh ke lantaii.. dd kantoi berganda2 (T_T)

tapi naseb baik cikgu nombor 2 x marah n suruh je saya teruskan, asalkan paham cikgu nombor 1 ajar di depan.. ngeee


3) waktu break, lepas makan free laju2, saya ke UPM pula, nak hantar latest chapters ke Dr. ingatkan sempat laa sampai balik ke kelas sebelum pukul 230 start kelas... sekaliii sampai fakultiii, x de maknanyaaaaa....

tiba2 jumpe kakak A kann..

dd: pok pek pok pek
akak M : pok pek pok pek
dd : "akak dah kawen kan saya dengar?"
akak M : "dah ada anak sorang dahh"
dd : "haahhh?"


pastu jumpe kakak lain lak.. pok pek pok pek

;p

dan tiba-tiba dalam surau.. macam ku kenal minah ni

dd : "ummu!!"
ummu : "ehh dd buatpee kat sini?"
perbualan berterus terusannn........


tengok2 jam, nak pukul 230 daa (T_T)

pecut keretaaa.... sampai ukm balik dekat2 pukul 3.. padan muka kau masuk kelas lambat


4) apa ek ending cerita orang minyak malam ni?? episod last ni


5) weekend ni saya sangat fully booked.. sabtu je pun ada 2 kenduri kawen kawan.. tapi sabtu malam tu bakal menjadi kenduri paling grand saya pernah pegi.. ke aina fendi yang kawen sponsor hari tu lebih grand ehh?? entahh, yang sabtu ni kot hehe


6) 14hb ni ISO datang, audit.. berdebar2nya.. saya dan uya jadik penjaga fail bahagian.. kena pakai kebaya x? pangg~~~~~~~ langsung xde kene mengena!!!!!! mintak2 xde apa2 masalah yang timbul masa tu, fuhh fuhh~

7) sekarang musim orang tukar layout/template blog ke? hihi. sampai sekarang saya tak pernah tukar lagi background blog ni. hihi suka putih jekk.. header atas ni pun xkan tukar2 sampai bila2, suka sangat dah lisa buatkan. hihi.. tak kan tukar, cumaaa... akan ada blog baru untuk kehidupan lepas kawen karang ;p kire ini blog bujang laaa kirenye ;p sedang mencari2 url yang sesuai lagi ni.

tajuk blog kedua tu akan menjadi "Our Secret Garden" dah.. he he kate berduaaa.. tak pun "My Secret Garden.. chapter 2"... ewahh
url nye mungkin ermm thechapter2.blogspot.com.. boleh? wahiihihihi

duduchapter2.blogspot
chapter2dudu.blogspot
thesecondchapterofduduslife.blogspot.. PANGGGGGG!!!!!!!! yang ni memang nak kna bakar ni hahaaa panjang giler


7) buat masa ni saya suka kerja saya di sini sebab satu hari 2 kali makcik cleaner clearkan tong sampah saya.. bole x gitu ;p oh siapa yang tak suka ruang kerja bersih kan? *winkk




8) sedang feningg pasal duit arghhh.. dengan yurannye lagi.. lepas tu 18hb bulan ni roadtax mati... insurans kene bayar, aaa mana nak cekau duit niiii


korek duit dd, korekk korekk huwarghhhh



Wednesday, July 7, 2010

borak-borak random



hari ni sampai jumaat ada kursus PHP.. memang apply kursus ni sebab dah lupa laaa berapa tahun tinggal entah.. pernah guna php zaman final year projek dulu.. lepas tu ada guna kejap kat Possimo, itupun pakai notepad.. ekekekeke

eh taip entry nak cakap apa eh.. bagi random facts je la eh


1) teringat masa mula2 masuk ptm dulu. awa kata toilet kitorang orang kata ada 'sesuatu'. terus aku x berani guna toilet tu, siap naik tingkat atas kalau nak gi bilek air. last-last malas laah! ..sampai sekarang aku x paham apa maksud awa, hahaaaa awaaa sila bertanggungjawab! ;p


2) saya ada penyakit lupa xbertempat, ishh ishhh.. pernah sekali tu, keluar lunch dengan kawan2 ptm. saya bawak kunci kereta, alih2 naik kereta orang lain pula. saya yang malas nak pegang kunci kereta tumpang kunci tu dalam henbeg kawan yang bernama zyra.

ok.

pukul 5 petang, zyra balik rumah.

ok.

ok.

pukul 7 saya pula nak balik. macam biasa nak keluarkan kunci kereta. ehh??

TIDAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!!!!!


apakah yang berlaku selepas itu? boleh bayangkan tak??? HA HA HAAA gelakkkk sambil menangis :'O


malasnyaa nak cerita ending cerita ni, bole? ;p i benci pada diri sendiri, benci benci~~:P



3) lately ni macam tengah nak kurangkan kegemukan diri sendiri sebab lagi 4 bulan nak kawen. xmo jadik pengantin bulat dan muka besar. tapi saya x mungkin berdiet atau menahan lapar. itu bukan kemahiran saya ya tuan puan. jadi, apa yang saya boleh buat cuma lah, sarapan pagi macam biasa. lepas tu sediakan air soya atas meja. setiap kali lapar, minum soya, burpp terus jadi lapar lite lite. kira bukan tahap kebulur lah. so bila lunch, makan comel2 jek, yang berkuah, macam laksa. (biasanya lunch aku akan makan nasi segunung dengan lauk gemuk)... rasanya laksa kurang siket kot gemuk dari makan nasi. rasanya lah kann, malas nak gugel lah.
petang lapar lagi, minum soya. balik rumah terus x terasa nak makan malam (kalau tak sebelum2 ni balik rumah macam harimau laparnya) ;p gud dd gud dd. tapi lama2 nanti mesti imun dengan soya kan. takpe, kite tukar air lain yang kenyang pula ;P hehe



4) dekat ptm ni, ada kawan nama rina. rina jangan marah, sebab kite nak cakap rina ni unik lah. hohoho first time ada kawan macam rina. hehehehe unik unik :p oh jangan salah faham, bukan kite kate rina pelik, kite kate rina unik. faham takkk???????? *tetibe emo nak suruh dia paham haha.

rina seorang gadis kool yang tidak pernah memiliki handbag seumur hidup. beg yang di bawa ke tempat kerja adalah beg laptop, tapi tak ada laptop pun dalam tu ;n dalam beg laptop tu die isi purse, henpon etc. dia takde perasaan dengan henbeg2 keee kasut2 kee n apa2 la stuff girly2 hehe

dikala kami2 gadis2 berpusu2 membelek2 tudung yang dibawa alice untuk jualan, rina hanya buat dono je. takde perasaan. dia kata dia hanya ada tudung bawal putih jek
dan krim kot. huwaa, i adore u~~ hehe... satu dalam seribu ar~

dia juga ada sepasang brooch je yang dia gemar pakai hari-hari. kalau hilang, dia carik jugak. kena pakai brooch tu jugak. hihi

lepas tu dia jenis alert dengan semua benda. menyampah aku. bole x nak nyampah?? boleh jadi CSI ni beliau.

contohnya, dia tanya dd 10 soalan. seperti 1) hari ni kak hasnah pakai baju color apa? 2) apa num plat kereta kak zai? 3) hari ni si polan si polan tu pakai tudung color apa?? 4) apa num plat moto si fird? dan lain2 soalan...


ok seperti dijangkakan, aku menjawab 10 soalan tu dengan menggaru kepala. 1 pun x dapat jawab. means aku x alert dengan persekitaran, hehe. dush dush pada diri sendiri. ni kalau berlaku kes jenayah aku jadi saksi mahkamah ni, konfem kene jeling dengan peguam, sebab tak ingat apa2 ;P

tapi bila tanya rina balik kan, dia boleh jawab!!!!! oh tidakk!!!! kenapa ko boleh hafal sume plat kereta dan plat moto orang hah?? walaupun individu yang tak rapat, ish ish keliru lah aku dengan ko ni, hehe


kitorang panggil rina kamus bergerak. sebab tanya je apa2, dia mesti boleh jawab. hihi


5) aku tak update blog, tapi kenapa ada 6 online readers? ;p

6) kejap lagi 230 petang ada miting. nak sambung pergi kursus ke nak pergi miting? adoii laaaa..

7) dah perlu ke surau untuk solat Zohor.

bye bye pembaca (^,^)/



(gambar hiasan)

berdasarkan gambar di atas, nampak sangat tak pandai pakai shawl. senget benget macam apentah. memang takkan pakai shawl dahh ;P











Tuesday, July 6, 2010

salwa x sihat



pagi ni datang kerja, hrmm kenapa rasa senyap sunyi jek ni. pergi kat tempat wawa.. minah tu skang ambil wp1, pukul 730 pagi die masuk keje...sepatutnye dah ada.. tapi dangg!! kosong.. kerusi x berusik, pc gelap... mana minah ni

sms wawa, dia reply kata nak pegi klinik, x sihat.

lorrr x sihat ke kawan aku ni. huk2, semalam jiran belakang aku x sehat, asyik kof kof sok sek sok sek jek.. musim tak sihat agaknya.

tak lama kemudian..
bunyik telefon..

wawa : duddddddddddddddd... *minah ni memang suke2 panggil aku dud, nyampah tau
dd : aweeeeeeeee
wawa : aku sakitttttt
dd : dah gi klinik belum
wawa : tak laraaatttt... tak de orang nak hantar.
dd : alaaaaa
wawa : dudddddd... tak dapat masakkan sambal sotong untuk ko
dd : wehhh x sehat x sehat pun ingat lagi ke? xpelaa!! rina ada hari ni, aku lunch ngan dia
wawa : aku dah janji nak masakkan ko sambal sotong
dd : pukkkk, xyah pk pasal aku okehhhhh


pangg~~~ dah sakit tu wat cara sakit arr ;p pegi risokan aku x makan sambal sotong pulak ;p semalam awa bawak bekal sambal sotong, kasi aku makan.. pastu die kate hari ni nak masakkan untuk aku sambal sotong.. wah terharu2.. hik2


oklah awee, aku tau ko baca blog aku ni. rehat okeh! jangan mengganas2 kan diri. dah larat siket karang pegi klinik tau.


get well soon!


Yang Ikhlas,
-Peminat sambal sotong-

hihi






tentang MMS


tadi buka photos dalam henset. lorr baru aku perasan lately ni aku selalu mms gambar objek ke kuku, instead of muka sendiri, haha.



mms ke kuku nak bgtau tengah lipat pamplet untuk pendaftaran pelajar baru.




ni bagi ke kuku gambar dinding partition ke atau gambar sudut peribadi ke atau gambar bumbung? hahaha xtaulah



dudu : kite makan laksa for lunch
kuku : kite nak tgk muka awak, bukan apa awak makan


ellehhhh.. kang bila org kasi gambar muka, nanti kate nak tengok gambar makanan, bukan nak tengok muka ;n




hahaha motip asik mms objek???
tapi sekarang memang dah kureng snap snap muka sendiri semenjak pakai henset baru. entah, sebab gambar yang dihasilkan tak secantek gambar henset L'Amour dulu kot ;p


(gambar hiasan)


teringat zaman dolu2 masa kat OAS. suka sangat bercamwhoring bertiga bersama ezzan dan ummu, tangkap gmbar gedik2 lepas tu mms ke kuku haha.

yang kelakarnye, ezzan dan ummu melayan jek aku, haha.. kuku pun apatah lagi, redha jek laa dok terima mms merepek2 dari aku n the gang, kuh kuh kuh.

lepas tu, aku akan cepat2 delete kalau aku rasa gambar tu muka ummu dan ezan lebih cantek dari muka aku. motip? ;p hihi aku nak muka aku jek yang lebih cantek diorang, dengan harapan kuku akan nampak aku soooorang jek cantek, hahaha sengal tak sengal??? sehingga satu tahap ummu dan ezan terpaksa buat muka senget2 mulut senget2 untuk menjadikan rupa mereka lebih huduh dari aku, hur hur hur... rasa nak gelak guling2 lah bila ingat :'D

lepas tu dup dap dup dap tunggu kuku me'reply cakap apa.. hihi motip kuku rela melayan? ;p



alamak dah tak jumpa lah gambar huduh korang tu, haha

rindu nyee~~~ zaman ni! zaman duduk2 atas lantai bawah meja lepas tu snap snap sampai pengsan. padahal keje menimbun tu ;P



tiba-tiba nak tergelak sebab teringat satu kejadian. masa tu kan semua orang tengah khusyuk buat kerja, aku slow2 snap gambar sendiri tengah minum air dari mug untuk mms ke kuku. ting!! tiba-tiba aku rasa sepasang mata tengah melihat ku dari tepi sambil sengih2 ibarat macam "dd-kantoi-mms-tgh-minum". erkkk malunye!!! ummu skodeng dd!! malu maluuuuu..


lepas tu aku pun wat la keje.. tetibe.. ting!!!! mata sebelah aku nampak sayup2 umu tengah minum air dari mug dan tangan kanannye tengah snap gambar sendiri!! ehhhhh??? hahahaha ummu kantoii................. nak mms boipren die jugak macam tu... hak hak........ berair mata ni sebab nak gelak bila ingat..


hik hik lari dari ummu lariii~~


rindunye korang!









Monday, July 5, 2010

need you now



meh layan lagu ni petang2 sebelum balik keje kejap lagi. hehe


feveret song ni, jadikan lagu ni alarm untuk bangun pagi2 hari2, ekekeke


hal katering, kanopi - setel


semalam 4 july 2010, hunting katering bersama ibuku dan lina

takdelah hunting pun, memang tuju satu tempat je pun kui kui


kitorang pergi ke katering ini.

tau pasal katering ni melalui cik hampir ke situ. hehe thanx sangat kamu sebab rajin melayan soalan saya di facebook ;p hik2


katering Sri Angsana ni ada food test setiap hujung minggu. so semalam kitorang ber3 pergilah food test dan bertemu dengan kak aisyah yang sangat peramah itu. ok makanan memang sedap, patutlah fully recommend by cik hampir ke situ. nak tambah nasi lagi maluu ;p dah kata test kan, xkan nak makan bertambah pulak ;p

ma dah approve, so proceed je lah dengan buking2 sume.

totalnye adalah sangat below budget yang kitorang anggarkan, hehe gud gud


yang penting dah ada 8 kanopi dengan harga yang x mahal (sebab 4 kanopi die beri FOC)
yang penting juga ada pelayan beruniform. yes, memang nak sangat pelayan sebab x mo nyusahkan jiran2 tetangga ;)

kek tak penting sangat, tapi dah include dalam FOC, so amik je la ;P *gile x de perasaan bakal pengantin ni hehe


oh ya, aku x amik kanopi arab pun tau. malas lah nak tambah2 duit, boleh gitu ;p pakai kanopi piramid biasee jekkkk ;p
underlayer pun aku x amik, walaupun terpesona dengan underlayer yg terbuai2 tu, korang xyah laa jenguk2 atas eh masa makan nanti haha memang xde amik pun, jimat jimat ;P

ok sume ok. kecualiii........

diorang takde scallop warna yang bersesuaian dengan tema ku, uwaaaa uwaaaaaaa

gudbye tema lovely lace!!
ataupun gudbye tema champagne!!

gudbye ivory~


gudbye champagne~


konfem wedding ku nanti main tema suka2 hati hahaha.. malaslah nak hentak2 kaki sebab takde scallop warna ku. aku redha je laa apa2 pun, hahahahaha

kalau ada anugerah blog b2b yang tidak berusaha memenuhi impian sendiri dan rela dengan apa jua, bagi je la kat i anugerah itu~~ i rela~~

hik2

dadada (^^.)/


note : kalau ada mana2 b2b tengah ushar katering, kliklah link katering ini. dalam tu ada dia nyatakan pakejnya. sharing is caring ;) hehe




Sunday, July 4, 2010

ateh dah kawen, selamat pengantin baru ateh


empat budak hitam~

satu dah berkahwin~~

eh eh perlu ke menyanyi lagi sekali? ;p


hik2..


3 Julai 2010

gambar nikah ateh dalam pukul 11++ pagi. time ni kitorang x sampai lagi ar.
*gambar curi dari fb hana ;p




kitorang sampai dalam pukul 12 lebih. hoh sampai2 jek terus gelak terumbang ambing. tak sempat nak berehat, dah kena gelak. pu~

kalau jumpe budak2 ni si ciare,biku,muni,lina,hana, aku memang tak boleh nak jadi kool, aku mesti gelak!!
diorang ni asyik buat kelakarrrrr jeeeee
see see aku gelak huduh gilerr walaupun dah cover2 mulut, heeeee



ateh tu pun satu, bujang ke dah kawen keeee sama jek, suke menjerit dan menendang orang, hahaha taulah kaki panjang ;p
asyik tergelak jek tengok aksi pengantin sedang di mekap tapi tak boleh duduk diam ;n



ateh di transform.. zasss!!

wahhh ayu nyee atehhh~~~ hik hik *terus kene pelangkung dengan tangannya yang panjang ;p



puteri jelita 1, puteri ke4, puteri jelita 2, puteri jelita 3, puteri ke3, dayang ekekeke, puteri ke2.

puteri 1 tiada, sob sob sob


'bik bik ko jadi pengapit aku bik"

"cepat cepat amik gamba"

"cepatla cepatla"

"ni bagi diorang door gift ni pok pek pok pek"

"pengantin lelaki dah sampai pok pek pok pek"


hahaha terus segala2nya menjadi sepantas kilat

bik menjadi bridesmaid terjun
ekekeke ;P

wawa, hari tu ko suruh aku tengok suami ateh lagi tinggi dari ateh ke tak kan? haaa ko tengoklah sendiri, tak reti aku nak menjawab ;p ekeke


semasa pengantin busy di dalam rumah, bersanding kot, kitorang makan2 dulu, lepas tu masuk rumah lepak depan pelamin. time ni pengantin tengah makan.

kitorang apalagi, keje nak merobohkan pelamin jek laa ;P

dd salam muni si mak mertua, wahihihi



raya 2 bulan lagi woii, hahaha motip asik posing salam raya?



dah dah, gambar dengan pengantin pulak ;P


kawan upm yang hadir ;)
kuku, apiz, lina, hana, muni, ciare, biku, pengantin laki nizam, pengantin pompuan ateh dan dd muka makin besar.



dah posing2 semua, salam2. jom balik.

bye bye ateh ;)

selamat menempuh alam rumah tangga yang baru ya ;)
en. nizam, jaga ateh kami baik2 yaaa =)


bye~~ bye~~


sempat bergambar di RnR Tanjung Malim Ulu Bernam. heeee

comel perut ciare. heh



Saturday, July 3, 2010

warna biru tua



hari ni gi kenduri pakai rona biru gelap.. wahaha serius ini adalah pertama kali, hehe... biru lembut adalah pakai sebelum2 ni, biru gelap x pernah ;p kecohhh aaaa lu sista!!! pakai warna biru gelap pun nak kecoh ;P ekekekeeke



hoh ok gak eh, leh pakai lagi ni, comel comel hihi.. ada ke orang gila mengaku dia gila, orang comel mengaku dia comel? heeee heeeeeeeee heeeeeeeee

gambar2 di kenduri ateh akan menyusul kemudian, tunggu gambar dari ciare dan nek muni yaaaaa ^^


dadada (^^.)/






color yang tak pernah di pakai


beberapa minit lagi akan berkumpul nak ke wedding ateh. tapi saya x gosok baju lagi, huwaaa... serba salah nak pakai baju ni, sebab x pernah2 seumur hidup pakai busana color ni ohh ohhh~~~~~ macam sangat pelik color ni dengan muka aku aaaaaaaa asyik sarung buka sarung buka, haaa... tapi baju ni comel... cume kain dan color tudungnya bukan color 'ku'.. hak2 sapa suruh ko beli, pangg~~~~


saje nak try color lain pulak, amik risiko.. hehe klu x asyik pink, purple, pink,purple..

aaa dapat teka tak color apa? hak hak hak weekend mana ada org baca blog ;p hehehe


aaaaa~ masih menjerit ;o

Friday, July 2, 2010

esok lagi sorang puteri 7 nak kawen



untuk yang belum tahu, puteri 7 adalah gang sepenuh jiwaku di UPM ye ;p
huhuhu umur dah meningkat, sorang sorangg dah bergerak ke kehidupan baru, ada family sendiri hihi


jom nyanyi 7 budak hitam. sila nyanyi dengan bernada ye

TUJUH budak hitam..

satu namanya ja~



die dah berkawen~




dan beranak 1~


tinggal laaaagii enam~~



ENAM budak hitam..

satu nama hana~




dia dah berkahwen~


tinggal laaaagii lima.


LIMA budak hitam~

satu nama ciare~

ciare percume lengan besar hana



dia dah berkahwin~



dan kini berbadan dua~


tinggal laagii empat~~~


EMPAT budak hitam..

satu nama ateh.


ESOKK DIA NAK KAWEN~

tinggal laagi tiga. uhuk uhuk *ada selingan tangisan


TIGA budak hitam.

satu nama dd~


dia dah bertunang

tapi belum kawen uwaaa uwaaa :'p

so wataknya belum disingkirkan ;p ekekekeekee


okey lagu HABES. kesimpulannye puteri-puteri yang masih belum disingkirkan watak dari 7 budak hitam adalah puteri-puteri yang masih cantik jelita ye. wahihiiii lariiii~~~




biku percuma muka ja xdpt nak crop, dd percuma muka hana yang tak dapat di crop dan lina.



esok kami akan bergerak ke Sungkai Perak untuk melihat puteri keempat kami berkahwin :)

tunggu update yaa nex week ;)


bye bye byeeeee


note: ciare, susah nyee kena print screen gambar dari blog ko. dushhh dushhhhhhh

note 2 : style senyuman ja tetap sama sewaktu bujang, sewaktu berkahwin dan sewaktu beranak 1, ekeekekekee





tutorial : nak letak lagu dalam blog


soalan feveret yang saya perasan orang tanya kat chatbox saya adalah camne nak letak lagu dalam blog? ok bak kata muni, kesian tengok aku reply jawapan dalam chatbox yang sempit tu lalu die suruh aku create account formspring untuk senang jawab2 soalan, haha motip dedahkan hal murni?? aku cakap kat murni aku fikir dulu, sebab tak reti jaga banyak account, twitter pun xde. hehe sengal x jawapan ;p last2 terfikir ah apakata kalau aku buat tutorial jek terus ;p


hihihi


perasan tak kalau bukak blog saya ada lagu Suara Ku Berharap dari Luna Maya. automatik dia play, xyah tekan play dulu. hehe itu cara kejam untuk memaksa pembaca mendengar lagu dendangan blog kite ye ;p kekekeke


banyak je web yang available untuk kite copy code lagu die, sebelum ni pun saya pakai yang lain, tapi entah leceh pulak, tiba-tiba kene bayar lah, kene register baru lah, lagu dah expired lah, xpaham i~


so, sekarang saya pakai http://www.mainmusik.com/. ini web indonesia rasanya, tapi banyak jek lagu dalam ni.


tutorial bermula sekarang.

1) bukak laman http://www.mainmusik.com/


klik gambar untuk paparan lebih besar



2) Taip dekat ruangan Music Search, korang nak lagu apa. sebagai contoh, saya nak lagu cerita Full House. hehe


dah taip nak lagu apa, klik button Music Search



3) okeh sekarang senarai lagu-lagu Full House pun keluar. pilihlah nak lagu apa.


I think I love you~~~ hmm hmm~~


klik lagu tu.


4) selepas klik tadi, dengar dulu, keluar x lagu tu. dah confirm memang nak pakai lagu tu, copy embedded code dalam kotak Embed tu.




5) dah copy? ok, sekarang paste dalam blog kite. dekat gadget Layout --> Html

tukar juga height dan width untuk selaraskan dengan size sidebar kite. macam saya, saya tukar width = 200, height = 50



6) Klik button SAVE, siap!!!! :D sekarang blog anda tidak kesunyian lagi, wahh gitu~~~ ^_^


hik hik nak tutorial apa lagi ek? ;P




cerita Ilusi



layan gak cerita ni bila balik kerja..

kenapa dalam ilusi liza semalam rizal paksa-paksa shahril masuk kereta?
rizal tu jahat laaaa, rasanyaaa
kenapa dia x mati tapi shahril mati dalam eksiden tu? mesti die sempat keluar sebab dah tau lori tu nak langgar

kenapa ayah rizal tu semacam?

;P

Thursday, July 1, 2010

nak tanya siket, berkenaan hal kahwin



saya malas nak menggugel sebab ada workload yang perlu disiapkan ini.. so aci tak nak tanya dalam blog je? hihi

oh yaa untuk soalan kedua tu, saya perlu rujuk dengan Pejabat Agama, tetapi saya sangat berdebar2 untuk tahu apa jawapan mereka, so sebelum pergi sana, lebih baik saya dapat hint-hint dari korang-korang yang tau info pasal ni, so taklah saya buat muke terkejut kucing lepas mendengar jawapan dari pegawai sana nanti, hehe



soalan 1

saya duduk di gombak dan bekerja di UKM. jadi, kat hospital/klinik mana eh sesuai untuk saya buat HIV test?

along muni buat HIV test kat mana ek? KL ke?
ikut pengalaman korang, kat mana best buat HIV test?
kena bayar berapa ek?
lama tak buat HIV test tu? kene amik half day ke cuti satu hari terus?
kena bawak apa-apa dokumen tak?



soalan 2

err.. yang ni berat siket nak cakap.. xpe stret to the poingg je laa

boleh tak kalau kite nak letak terus abang kandung sebagai wali? maksudnya, kita tidak berusaha untuk mencari ayah kandung, hehe..

tapi kalau macam banyak prosedur yang melecehkan, err saya gi je lah cari ayah kandung kot..



mintak tulun ye kawan-kawan kongsi apa yang anda tahu ^_^
makasih yaaaa ^_^


pelamin melengkung



kalau letak pelamin melengkung camni kan, saya perasan dalam gambar nampak sangat besar, grand dan wowww laaa, hohohohoho



kredit pada danialhaikal


hai zila, tak apa kan saya pinjam gambar cantik ni letak dalam blog? ^_^



eh taakk taak, tak kata nak pakai pelamin macam ni, saja je letak ni hehehe tak terfikir apa2 punnn ;D



kurus dah dia



hahaha baru 2 hari aku cuti kottttt, tetibe kurus kering dah kawan aku sorang ni jadinyaaaa, wahahaahaha salweee salweee~~~




tetibe tinggal tulang je kan ;p



Wednesday, June 30, 2010

simptom orang dah meningkat umur, wuuu



hari ni kannn, pergi UPM.. niatnyaa mau membayar yuran... aku extend sem lagi.. uhuk maluuu (T_T)


selalunyaa bayar yuran tru online cimbclicks clicks clicks jekk.. tapi kenapakah hari ni sampai tahap kena pergi upm ek saya ni???

sebab...
..
..
..
..

aku tak ada duit nak bayar yurannnnn uwaaaaa uwaaaaa uwaaaaa :'O *nangessssssss


ishhh dah laa nak kawen ni, memang tak ada baki peruntukan untuk yuran beribu tu laaa, uhuk *tapi masih giat membeli2 tudung, wakaka


so, setelah berbincang dan tanya-tanya, aku dibenarkan untuk bayar separuh dulu, nanti sebelum 31 ogos aku kene selesaikan baki yuran tu.. okeh okeh no problem nex month gaji + nex month punye gaji boleh laaa hehe


alkisah.. selalunyee kann, dari dahulu kala orang akan ingat umur aku lebih muda dari usia aku yang sebenar tauuu... kata aku budak SPM pun selalu dah, padahal aku ni 20an sudaaa.. erkkk matilaaaa i buat statement ala ala bongkak nampak muda ni.. hahaha


tapi tadi kat kaunter GSO.. cakaplah kan masalah aku, ada masalah kewangan siket, nak bayar separuh dulu bla bla bla *buat muka kesian habis


so mamat kaunter tu nak tunjuklah arah mana wakil bendahari yang aku perlu rujuk itu berada sekarang... sekali mamat tuuu boleh pulak sahut panggil kawan dia cakap camni "nini nini!! ni haaa bawak acik ni pergi kat bendahari"


ACIKKKKKKKK?????? ACIKK KO PANGGIL AKUUUU???

ACIK = MAKCIK kannn!!!!!!!!!!

OH TIDAKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!! pertama kaliiii orang panggil aku acik, tidakkkkkkkk


adakahhhh bila saya buat muka kesian mohon bayar yuran separuh, ko nampak muka saya macam makcik-makcik muka kedut seribu banyak masalah nak tanggung anak-anak ramai nak sekolahhh dan banyak tertangguh tak bayar bil bil perubatan??????


oh tidakkkk!!!! sumpah tak nak buat muka kesian lagiii, ohh nooooo

sob sob sob *menangis mengenangkan diri ini tak kawen lagi... tetibe



tetibe sentap kan ekekekeke... padahal baru naik setahun je umur ni kelmarin, ish ish ish masih tak bole terima hakikat lagiii niiii umur dah melebihi 25, ish ish ish



note : tapi bila kat kaunter bendahari, aku buat muka ceria nak bayar yuran, orang kaunter tu panggil aku 'adik' pulak ....phewww~ sejuk siket hati ini.. ekekekeke




hehe percaya ;p



di satu hari..



ayah : saya tengok ar lu punya bunga satu gerak gerak, lagi satu kenapa sudah mati?

dd : ooohh sebab kite tak siram dia *spontan anak hampeh ni menjawab

ayah : ooooo yakaaa *sambil angguk2 kan kepala


erk alamak, ayah percaya pulak (sambil menggigit jari telunjuk)
ayah, bunga tu guna solar la yahhh (cakap dalam hati)
hihihihi


tetibe blank tak tau nak explain camane


;P




start dahhh.. start daahhh..



hari tu kan lina tidur rumah saya tau.. sedang kitorang 2 dalam bilik melayan kerja masing2, tiba2 lina bersuara "dd.. start dah ayah ko"

dd: "em?" *sambil menjengukkan kepala keluar bilik



ahhhh sudohhhh

start dahhh ayah mengelap, start dahhhhhh *memang dah rupe Cinderella dah, tsk tsk



ni naseb baik kitorang dalam bilik ni. kalau kitorang kat luar, mesti ayah akan cakap "angkat angkat kaki.. saya mau lap" haihhh (--_")

nak volunteer lapkan? nak join mengelap? hoh nanti ayah akan cakap "tak boleh. lu lap tarak bersih"

ok :n


comel tu comel la, tapi... haishhhh



Tuesday, June 29, 2010

wedding ros dan idzuan yang kerlasss



ingat x hari tu kawan saya rossa kawen kat kelantan? haaaaa 26hb jun hari tu, ada majlis bertandang belah lelaki lak, kat Dewan *&^%&*@# Puchong, haha x ingat nama penuh Dewan


sesungguhnya saya sangat terpegun okehh tengok kawan saya niii, die dah berubah menjadi Siti NurRoslina :O

macam siti nurhaliza daa~~ hik2

cantek kan kan

baju, tudung dan veil yang kerlassss~~~~



uolsss~~ iols dilantik jadi pengapit~

masa ni kat rumah pengantin lagi, belum pegi dewan, dera ciare suruh die mekapkan aku haha



siapa pasangan pengapit perempuan?
gediknye soalan hihi


kuku lorrr~~~
seksa okehh nak samaratakan ketinggian payung dengan payung kuku ;n


kain pengapit adalah di sponsor oleh encik pengantin, hehe makasih2



geng senget hehe
kami adalah rakan se'course upm, hoho ;)



pengantin bersedia berarak, yehh



sangat menyukai pelamin diorang, lawaaaaaaaa
tak yah banyak2 bunga/barang pun, tp lawaa sangat dahh


suke sangat wedding diorang ni, cantek2 belakaaa
dewan x besar, tp ala2 open air dan meja banyak letak kat luar, suka suka

besnyee kalau ada dewan macam ni kat gombak *motip cakap2 tapi x tunjuk sampel gambar dewan?



ros, berfungsi ke kipas yg aku kipas2kan tu? hihihi



hai ezan, lawa kasut ;p



umu tak reti merenjis (macam aku hari tu gak ;p)
sakit perut nak gelak tapi tahan2 xmo terhambur gelak di atas pelamin, hihi
last2 kene angkatkan air mawar tu untuk umu sebab umu ingat air mawar tu melekat dekat bekas ;'D

sorii umuuu, dd ni asyik gelak je hahaa



sepatutnye duduk di meja pengantin banyak lauk sedap, aku akan makan banyak

tapi tidak tidakkk, tak seleranye macam aku lak pengantin, hihi
*macam tu rupenye jadi pengantin, nak makan jek ada jekk flash2 kamera yang muncul haha

kene berlatih mengunyah style lawa ni, supaya masa jadik pengantin karang tak kantoi gambar kunyah buruk senget2 ;P



OAS'ian
miss uolssss



UPM

ramai dtg =)
bessss, sbb dah ber'anak anak dah mereka, hihi



salwe datang lewat
xpe, maintain cun pakai baju bandung, wahihihi ;p



ezan pun baju bandung
ehh dd pun baju bandung laa, haha

*perlu ke beritahu semua ini? ;p keh keh



lepas dah abis majlis semuaaaa, kitorang dd, keri, ezan dan lina memfolo2 pengantin ke outdoor photoshoot di putrajaya


kat kawasan terlarang atas PICC, hehee


masa dekat2 Palace of Justice tu, dengan kitorang2 kawan pengantin ni kene baring2 atas rumput yang tajam

hahah tak sabar nak tengok.. aku harap gambar tu cantik, tak cantik siap photgrapher ;p tajam tauuuu rumput


hihihi


ok macam dah nak penghujung entry je nii



hari itu sangat penat dan menggembirakan. hoh tahniah untuk ros dan izuan atas wedding korang yang sangattttttt cantik dan kerlasss dimataku~~


selamat menempuh kehidupan berumahtangga yang manis, dan manis, haha x nak sebut opposite


nanti kalau ada apa2 berita gembira update kat dd dulu tau, yang pertama ;p *lariiii~~

erm lagi satu, terima kasih beri kepercayaan pada dudu n kuku untuk jadi pengapit korang :) maaf ye atas kekurangan huhu aku kan kalut siket, ekeke



nahhh sebagai penutup kasi gambar ni

cover album ros yang baru, tanpa gang bandung hihi



T.A.M.A.T


note: gamba2 di atas adalah dari ezzan dan jenal