Sehari selepas setelkan borang nikah kat JAWI, saya pergi memanjakan diri di Spa pulak. haha perlu ke? motip??
dah buat appoinment awal2 dengan Seputeh Kapas.
oh ya, Seputeh Kapas ni terletak kat Sungai Merab, Bangi. gila jauh tak aku datang dari Gombak ke Sg.Merab ni? haha
entahla, kat area rumah ada jek banyak spa, tapi tak tau ok ke tidak, dan harga mereka jauh lebih mahal dari harga di Seputeh Kapas huhu. so tak boleh salahkan saya yang sanggup drive jauh2 ni ;p haha
lagi satu, tau pasal Seputeh Kapas ni lepas baca blog B2B ni, cik saya dah kawen. so lepas baca entry dia, tu yang tau Seputeh Kapas ni ok. hee kredit to her.
nway, korang jangan ingat saya buat bridal package lak, hehe belum lagi ar, itu lepas raya karang bila dah dekat tarikh nye ;p semalam amik pajek RM 90. heheheee
klik ar link ini kalau nak tau pakej apa yang Rm 90 tu hee ;p
hahahaha.
dah tengok?? murah kan. servis dia pun ok :) kalau dekat2 rumah aku kan, harga dia mahu dekat rm200 camtu. huishhh.
ambil juga normal facial sebelum balik tu, oh~~ sungguh nyaman~~ betul la, die buang whitehead kite pakai vacum, hehe.
nex time datang nak try buat crystal peeling pulak ;)
slimming nye pakej pun ada, nakk nakk~~ *lempang. sume pun ko nak ye
datang pukul 12 tengahari. balik pukul 3. hehe lama gile berada dalam banglo ini ;p
Sebuah banglo di Sg. Merab yang diubahsuai menjadi sebuah spa di tingkat atas, butik ditingkat bawah.
oh model itu adalah ibuku, join buat facial gak. heee
hee keluar dari Spa, berjalan dengan penuh keyakinan dan feeling cun cun ;P *poyo la katakan
tapi sebenarnye kan, balik tu aku jadi haus gilerrrrr. semua akibat sauna, segala peluh dah dikeluarkan. sepatutnye selepas sauna, kite kene minum balik untuk ganti air yang dah dikeluarkan. tapi disebabkan sedang berpuasa, soooo~~~~~~~ dunia ini bagaikan berputar~ uhuk
lesson untuk diri sendiri : jangan buat sauna semasa berpuasa, hehe
waktu berbuka puasa di rumah, puas hati bole minum bergelas2 air tembikai.
gluk gluk gluk. puasssssssss
ok lah, kawan2, korang berminat tak nak ber'spa kat sini? untuk kawan2 rapatku, kalau berminat, nak ajak aku, aku on jek untuk pergi bersama2, ok ;)
untuk baca details pasal service spa ni, korang bolehlaa baca kat entry cik mau kawen ni. bulat2 die terangkan, hehe sebab tu aku tak terangkan dah, info yang die beri dah cukup dah, korang leh baca dan tengok gamba ;)
daaaa~~
note : balik rumah menjerit lepas timbang, berat tak sampai 50kg. apakah yang berlakuu?? takkan berat aku turun 3kg masa puasa kot?? huhu tak percayalah. takkan sebab sauna tadi kot? *lempang. agak2 lah weh
entah. 3kg air kot yang hilang, bukan lemak. sob sob. sebab tengok muke, masih kembung seperti sediakala. uhuk. takpe, raya nanti mesti naik balik . nyampah nyampah. wuwuuwuwu