Thursday, September 30, 2010

kad kawen purple dan tarikh cantek


huhu suke sangat kad kawen shai ni. my taste my taste. eh purple dia purpe lawa tau, masuk dalam gambar aku dah jadi purple lain pulak, hihi.


belah luar


belah dalam


x silap saya, shai kata hari tu dia tempah kad kawen ni kat jakarta. benar kot.



shai kawen 9.10.10.
rilek je shai tak amik 10.10.10. ekekeke

ramai sangat laa yang amik 10.10.10... cantek kata mereka.


(^,^) v <----- tiada perasaan dengan tarikh cantek hehe. main belasah aje bab2 tarikh ni.



hari tu pegi masjid jumpe tok kadi, nak bagi borang kelulusan nikah.
tok kadi pun bukak laa komputer nak letak nama saya konfirm dalam table excel yang bertarikh 20.11.10.

lepas tu tok kadi cakap "haa baguslaah, awak sorang je yang nikah masa ni"

"yeke ustaz? kire tak de kongsi2 eh? besnyee"

"iye... saya tengah pening ni ramai sangat nak nikah 10/10/10 kat masjid ni.. 7 pasangan nak nikah tarikh tu.. dan 4 pasangan dari 7 tu nak jugak pukul 10 pagi.. 10/10/10 pukul 10 pagi... terpaksa lahh diorang nikah serentak... tapi tak boleh laa nak lafaz serentak pukul 10 pagi"


kekeke comelnyeee pasangan yang nak 10/10/10 dan masa pukul 10 pagi jugak. hihihihihi (=^_^=)

10/10/10 pukul 10:10:10 am taknak? ;p hehe memain jek. dd berlari perlahan2~~ iyahhh iyahhh jangan kejar dd laju2 ye~~ iyaah iyahh




note : apasal laa terngiang2 lagu iklan - makan cream-O di waktu pagi~~ makan cream-O di waktu petang~~
sambil terbayang kakak baju putih tu menari2 dalam supermarket dan kat rumah dengan anak2 sambil pegang biskut cream-O tu.. aaaa tidakkkk hapuskan bayangan ituu




Wednesday, September 29, 2010

kebaikan perkahwinan, ho ho



Assalammualaikum sumeee ;) jom senyum sambil membuat kerja, hehe

hari ni saya nak cakap pasal perkahwinan. hehe nak tahu taakkk, saya sukeeee sangatt tengok orang kawen.. tengok orang buat persiapan kawen, tengok pasangan sweet selepas berkahwin.. sume2 laaa pasal kawen.. dan lebih2 laggiiii kalau perkahwinan ituu membawa perubahan kepada kehidupan, winkk^^


dekat sekeliling aku ni, aku ada perasan 2 orang yang berubah habesssss selepas berkahwin. dan ia sangat menyejukkan hati aku, hihi.



contoh yang pertama

jiran aku. nama dirahsiakan. gadis ni lagi muda dari aku tauu, tapi dari zaman sekolah dia sukaaaa buat halll, taknak pergi sekolah, suka lepak2, jadi awek motor, pastu mak ayah dia risau kemain mengenangkan perangai liar gadis ini. yelahh, malam2 selalu tak balik. buat apa haa kat luar? selalu dengar dia kena marah dengan parents dia. lebih2 lagi bila balik pukul 3 4 pagi sedang membonceng motor laki2, pakai skirt pendek, rambut perang, pakai seksi2.

tup tup dapat tau dia bercinta dengan geng motor dia, nak kahwin. oh my~~ mak ayah dia bagi la kan nak kawen.

selepas kawen tu, MasyaAllah, aku sukee sangattttttt perubahan mendadak gadis itu. tak ada keluar2 malam lah (yelahh dah suami dia ada kat rumah).. diorang pasangan suami isteri tolong parents dia berniaga.. oh suwit sangat~~ tengok cara gadis tu bercakap dengan mertua pun, lembut jek, sejukk hatii sangatt... sebab sebelum kahwin tu, dia kalau cakap dengan orang cam nak gaduh jek.. dengan aku pun pernah masa kecik2 dulu, suke cari gadoh ngan aku tau, uhuk uhuk ;p


tak lama kemudian, dia mengandung, sekarang dia dah ada anak laaa, anak perempuan yang sangat comel... kehidupan dia dah sempurna, ada suami yang baik, ada anak yang comel, ada bisnes mak ayah die yang dia tolong2... selalu petang2 nampak dia tengah jalan2 dengan anak comel die tu, uh sukeeee... kadang2 singgah depan rumah aku, borak2 dengan ibuku.. kehidupan yang sangat berbeda dengan dahulu kala..


see, sekelip mataa seseorang boleh berubah. bukan seorang je, dengan suami dia pun sekali berubah. betapa tanggungjawab dalam perkahwinan itu boleh merubah seseorang^^


***********************************************


contoh yang kedua

abang aku!!!!!!!!! diulangi, abang kandungku!!!!!!

hahahaha

excited sangat ni nak cerita.

kalau nak tahu, dahulu kan abang aku ni jenis cold person. aku pernah tulis kat blog rasanya ayah aku suke panggil abang aku "ada emas dalam mulut"... sebab nak dengar abang aku bercakap bukan main susahhh.... memang macam dalam ada emas dalam mulut.. kalau bercakap pun, cold je laa.. cakap dengan tiada nada dan tiada perasaan -____- bole bayangkan tak??

kalau dia nak bagi aku barang ke hadiah ke, pun tanpa perasaan.

"nah..." dan beransur pergi dengan muka tanpa nada.
motip? xpaham aku, ni bagi ke suruh pegangkan ni? kekeke


kalau bercakap pun, kadang2 bunyi macam marah. konfius aku, ni marah ke bercakap ni? hik2.


tapi sekali abang aku senyum, semua pun boleh cair, sweet sangat orang yang jarang senyum tiba-tiba senyum.


kesimpulannye abang jenis yang berada dalam dunianye sendiri je lah. dia tak minat hari raya, tak minat nak jumpa orang, tak minat nak jumpa saudara mara. dia lebih berminat duduk dalam bilek baca novel pembunuhan. kui kui, tak pun baca komik, tak pun tengok bola. sebut "goll..." pun tanpa perasaan -____-



tetapi itu semua dahulu..

selepas hadirnya seorang gadis bernama kak syira, dan tak menyempat2 bercinta abang aku terus pergi nikah dengan dia.. oh totally berubah.. abang berubahhh habesssss


sampai aku dengan ma macam "abang ke ni? -____-"


- abang kini seorang yang sangat periang

- bila balik rumah, keje dia bercakap jeee cerita itu ini itu iniii.. aku pulak yang letak jawatan mulut becok, jadi pendiam... kuh kuh kuh

- emas dah keluar dari mulut abang kot. sangat rajin telefon ma. sebelum kahwin selalu call ma jugak, tapi waktu tunggu order makanan sampai je. tapi sekarang makin kerap la.. kadang2 kak syira yang call.

- sangat suke jumpe orang. masa hari raya hari tu, dia bawak kak syira merata pergi jumpe mak2 sedara kesayangan untuk kenalkan kak syira kat diorang. masa kat tengganu pun, abang pergi jumpe semua saudara mara, hihi. kecualii tuuuutttt ;p

- ketawa beriya2 bila tengok tv, hehe.

- dah tidak cold lagi. depan kitorang (mak ayah aku), abang selamba jek loving2 dengan kak syira. aku x kesah pun, cume macam "abang aku ke ni? gosok2 mata" kui kui.... comel nyee abang... main suap2 kak syira depan kitorang, peluk2 sayang depan kitorang, belai2 kepala kak syira depan kitorang. hihihi xpe abangku, teruskan teruskan ;p


untung kak syira dapat abang.. u know, seseorang yang peribadinya macam abang yang selama ni hidup dalam dunianye sendiri bile dia dah jumpa partner, dia akan terlalu sayang dan caring sampai bile2 :)


so sweet^^
yang penting ma sangat gembira tengok abang gembira dan riang :)



ok habessssss


-tengok orang lain tunang aku pun mood tunang, hehe-
sila abaikan background belakang yang buruk ;p




alolololooo ^_____^



comel sangat kucing ni. die peluk bear yang sama dari dia kecik sampai laaa ke besarr... alo loo looo looo ^__________^

sumber fird dan sini





Tuesday, September 28, 2010

alamak, adik kelisa



rina rina... ingat tak kelmarin selepas kite kuar lunch dari kedai, lepas tu kite masuk kereta... tak lama kemudian adik kelisa ku berbunyi macam memekik... masa tu aku tengah reverse kereta dari parking.... lepas tu aku dan ko terpinga-pinga "bunyi apa tu bunyi apa tuu?"

aku lah kan yang paling panik... ko pun ikut panik jugakk... lepas tu aku tenangkan hati cakap "mungkin bunyi signal ni kot".. motip signal? langsung x logik... belasah jek cakap masa tu.. tapi konfem bukan bunyi sensor tau, bunyi sensor lain... ini yang memekik macam bunyi tikus kene siram dengan air panas.. haaa macam tu..

petang tu, waktu balik kerja... ter'stuck dalam jem 2 jam perjalanan.. sambil pegang stereng, aku belai2 siket stereng tu.. sambil tanya2 kenapaaaa die keluarkann bunyii tengahari tadi ek.... bunyi yang memekik pulak tu, memang adik kelisa x pernah buat bunyi begitu... aku sangat pelik..


tetibeeeeeee, tingg!!!!!

baruuu aku teringatttt perbualan aku dengan rina masa aku reverse kereta tu!!!
masa tu kan kitorang baru keluar dari kedai makan, si rina ni dia ambil satu flyer pasal jual kereta dekat kaunter kedai makan tu.

so masuk2 kereta tu, rina tengah baca kertas pasal kereta tu la. then aku bukak enjin, sambil tu kitorang berbual

rina : "ko nak beli kereta kecil apa dud" *dud dud, pangg karangg
dd : "xde laaa, x kott"
rina : "belilah viva"
dd : "oh kite suke sangat viva color putih"

*perbualan bersambung pasal beli2 kereta kecil,pasal harga kereta, tapi aku xingat apa dah isi perbualan..

selepas tu laaaaa yang tiba-tiba kitorang dengar adik kelisa ku memekik kuattt... tapi time tu aku tak perasan pulak yang aku tengah berbual pasal sesuatu yang melukakan hatinya.. aku x perasan, rina pun xperasan kan?... haishhhhh

aku dah agak dahhhhhh adik kelisa aku memang ada perasaan... semua kereta ada perasaan, tapi adik ni lain siket... jenis yang tak cover2 perasaan dia..


adoiiiii aku dah agak dahh, agakk dahhhh


tak sukeee



1) tak sukeee bile gatal2 kat bawah TAPAK KAKI..... GELI nak garuuuu, uwaaa.. paling nahas kalau semut yang gigit kat tapak kaki, memang nak kene patah dua betulla semut itu.. ko nak gigit aku boleh, tapi bukan di TAPAK KAKI.


2) tak sukee bila tengah drive, nak menengok kanan kiri, lepas tu tercekik/tersekat dengan tali seat belt. uh


3) tak sukeee dengar teke teki tah pape.

contoh


teke teki 1

Ada sebuah laut besar, dekat laut ada kapal besar, dalam kapal besar ada rumah besar, dalam rumah besar ada orang besar, antara bebanyak ni apa paling besar?


jawapan : penipu besar

iewww x besnyee jawapan



teke teki 2

kenapa di tepi rel keretapi ditaruknye batu kerikil?


jawapan : sebab kalau letak pisang orang akan berebut2.


ada rasa nak hempuk tak teke teki macam ni??


puk puk



so motip entry ni? ;p


adehhh gatal nye tapak kaki... garu.. garu...





melukis cookies di rumah shai



shai nak kawen lagi 2 minggu, waaaaaaa cam x caye jekkk.. ok ok dah kesuntukan masa, mariii kite tulun shai deco cookies die untuk door gift nanti. ini kisah hari ahad tu ye.


yang bake cookies ini adalah auntie shai -->
seenfullysedap
kitorang (kawan kawan shai) tulun deco deco je, hehe mula2 macam takut2 jugak, ye laaa rosak cookies orang nanti. dah laa tangan aku memang tak pernah berseni hik hik.



tapi bile dah start tu, dah makin ralit laaaa, melekat bont** kat kerusi.. diorang ni makin lama makin pandai laa buat, tapi tidak aku hehee, makin buruk jekkk hasilnyee wuuu wuuu


kengkadang kene mintak tulun kuku touch up untuk selamatkan cookies itu.


eh kuku??

ho ho kuku pun pakej gakk datang menolong, hik2.
awalnye bila dia tengok nak kene buat apa kat cookies tu, kuku surrender, hands up tak nak buat.

tapi last2 kene buat gak haha.
lepas tu senyap2 je die buat kat hujung.


alih alih cookies yang di deco oleh kuku paling cantek T_T

motip??



yang jauh2 tu, yang tak de anak panah merah tu, haaaa itu kuku punye.
design spider laa, bunga kerawang2 la, macam2 idea dia.
design spider tu yang xboleh blah camne die boleh ade idea buat macam tuuu, hanya menggunakan jarum peniti sahaja (--_)

cookies kuku dah di iktiraf lulus oleh auntie shai, tak aci tak aci.

aku rasa macam aku ada tangkap gambar dari dekat, tapi bile check henfon takde pulak. sori kukuu hasil karyamuu tiada gambar dari dekat.



oh ehem ehem yang ada anak panah tu pula aku yang buat. ni kalau tunjuk kat budak tadika ni, mau nanges diorang tengok asal aku punye buruk sangat.

siapa yang akan dapat paper bag mengandungi cookies ku eh?? malangnya orang tu, hehe mintak2 laa aku xdapat aku punye sendiri ;p




aku memang tiada bakat T_T



haaaa yang kat bawah ni, cookies untuk VIP. so deco nye adalah di lukis oleh auntie shai. hehe sebab tu cantek dan kemas

paper bag menggunekan recycle paper. ni kalau selak belah dalam ni nampak laa report audit laa ape laa, haha.

comel gilerrr, lain bag lain corak nye, rajin tu diorang menggunting hihi.


last sekali..

ok ok nex time datang, pakai baju selekeh2 ye, ahuk ahuk


****update

shai baru upload kat facebook gambar ni, dengan caption nye "By demand, one of Khairy's work"

sarang lebah ke?


Monday, September 27, 2010

sambungan ezyra bertunang


dapat gambar lagi ;)

terus rasa nak buat sambungan entry pasal zyra+ata bertunang. hehe motip siap ada sambungan? pu~

eh korang pernah baca tak dulu aku pernah cakap aku memang suke cover pasal pertunangan kawan ;p hehe suke2, lagi seronok bile tengok keywords kat nuffnang bingo dengan entry pertunangan2 yang ada. rasa macam membantu pembaca2 lain pulak siket2 hehe.

tapi cover siket2 je laa, nak cover sume macam wartawan x reti sangat menulis, ihik ihik


ok sambung ek.. mule2 nak tunjuk hantaran belah perempuan



pink theme. xtau nak panggil pink apa.

lepas tu hantaran belah lelaki.


merah putih. menawan ;)



kek fondant merah putih. lawa gak hehe


seterusnya gambar waktu sarung cincin :)

:)



dan lastt sekalii... gambar yangg palingg aku sukeee

huwaaa lawanyaaa, macam di alam kayangan bunga2 yang ada dayang2 kecil jeeee


oh nway siapa ezyra ni ek? pakai duk cerita je tapi tak ada pengenalan untuk pembaca yang tak faham. ezyra ni, dulu die keje kat ptm, sempat la kawan dengan dia, jadi gang gosip, x lama kemudian dia pindah tempat kerja, dia kerja kat balai polis PD. eh eh perlu ke cerita sume ni kedidi?

oklah cerita berhenti setakat ini. haha nak cerita lagi tapi takut kena marah XD



selamat bertunang ezyra



yelaa yelaa aku upload skg ;p

menjawab permintaan kawan2 yang nak tengok gamba
ezyra dan cik ata *sila pronouns macam pakcik ata bertunang.


semangat aku pergi ke Pord Dickson jauh2 ni nak tgk zyra bertunang hehe. pagi2 dah bertolak dahhh.

sebenarnye, datang awal sebab perlu balik awal, nak pergi tulun my dearie fren deco cookies die, kesuntukan masa dahh, wedding date die dah dekat.

sampai2, zyra tgh makeup. aku tengok2 jap, pastu nak keluar laa teman kuku kat luar, tetibe keluarga pihak laki dah sampai, alamak aku terperangkap x bole keluar. sian kuku kat luar sorang2 T_T

aku pun menyaksikan laahhh perbincangan keluarga 2 pihak. sampailahhh waktu sarung cincin dan sampailaa ke tahlil, aku masih x berjaya nak keluarkan diri juga, hok hok.

masa ni sarung cincin dari mak ata, tapi xnampak la, hehe sori, kene tunggu gamba dari official photog dorang la ;)


las2 masa tahlil tu, aku melepak dengan zyra dalam bilik hehe. *senonoh

amik gambar sampai lebam.

tapi lighting adalah gelap, terpaksa edit ni gune fireworks. jadi terlebih light pulak, ahuk2




sweet x? sweet sweet

hehe

time ni kakak andam zyra tengah duk amik2 gamba makeup di muka zyra.
aku pun sempat laa berkenalan dengan kakak andam dan tukar2 kad.
tapi aku xde kad la, heehehe



bile dah abes tahlil, aku pun keluar laa terus mencari kelibat kuku *risonye die busan sengsorang,
tapi alih2 tengok die tengah selamat dengan cik ata. laaaa cik ata dah jumpe kuku rupenye.
lepas tu tengok balang kerepek dah tinggal bape ketul jek, kuku abeskannn, wahihihi busan yek ;p


pastu jumpe gak rakan ptm yang lain, si wre, shuk n wife, fahmi photog ermmm tu je.


tapi lepas makan2 tu, kitorang 2 terpaksa beransur dulu, sebab dah ada janji dengan kawan kan, so xsempat laa bergambar ramai2 dengan diorang :)

dengan alice pun xsempat jumpe. huhu

alice mana?? alaaaa alice yang menang contest duit raya ceeramoon tu, kah kah kah
terkezut akuu bile tengok muke pemenang tu. cam ku kenallll jekk~~ alice rupenye~ ha ha




then aku pun curik laaa gambar ni dari fb alice hehe



selamat bertunang ezyra dan cik ata ^^

to ezyra --> selamat sambung stady di hujung minggu. gigihnyee study sabtu ahad, kalau aku mesti xterdaya terpaksa tolak open house, tengok wayang, jalan2, heheee


to cik ata --> stress tak tengok aku update blog ni? hak hakk!


note : suke theme color pertunangan zyra ni hehe pandai pileh :)


Sunday, September 26, 2010

nak sandal baruuu



alamak ni cerita jumaat hari tu... sebenarnye buat entry ni sebab nak upload gambar je kasi rina save.

alang2 cerita je lah diary ku hari jumaat tu ;p

alaaa xde pape pun, pergi keje macam biasa jek.. tapi sewaktu sarapan, aku ambil menu bihun sup utara... hok hok first time... pagi2 makan bihun sup utara, ishh ishh ishh ;p



lunch tu, kan rehat lamaa... aina dan rina ajak gi alamanda.. dan kebetulan aku memang tengah teringin nak cari sandal baru sebab sandal lama sangat lusuh sampaikan ofismet ku tegur sandal ku macam bunyik ada air, ahuk ahuk sedih di situ.. itu yang berniat mau cari sandal baru.. oh sandal tauu, bukan skandal ;p kof kof kof motip?


yang besnye, aina bawak pegi alamanda, ikut jalan kampung dari UKM - sungai merab.. baru aku tau pasal jalan kampung tu... so xrempuh trefik lite, kereta pun xde (jalan yang sunyi, hutan kiri kanan+rumah jarak2), jadi cepat gile sampaii.. wahhhhhhh teruja terujaaa


kat alamanda, jumpe nurul, hehehe elok2 nurul jalan dengan ofismet die, terus die jalan2 dengan kitorang pulak ;p


rina, nurul, aina



so perlu ke berlakon dengan nurul konon2 sedang mencuba sandal wahai dd?



kof kof kof


kesimpulannye, last2 aku x de beli pun sandal baruu... entahhhh xtauu kenapaaa, tiada cinta pandang pertama punn terhadap sandal2 yang di jual... alaaa xpelaaa, pakai je laa sandal klepek klepek bunyik air ni je dulu.. ahuk ahuk




note : aku sebagai seorang penulis, rasa entry ni sangat membosankan.. hehe nak beli sandal pun nak cerita ;p pu pu pu~






hari ini dengan esok



sabtu 25 September 2010, 16 Syawal 1431 H


- hari raya ke 16. hoho hari dimulakan dengan sarapan nasi lemak, ma masak pepagi buta. bangun2 tido, dah ada nasi lemak kat dapur, tapi ma dan ayah nye dah hilang pergi ke pasar tani ;p



- mandi dan bersiap2, sebab my friend iza nak datang rumah ;)

- ma ayah balik dari pasar tani. x lama kemudian iza pulak datang. die nak tempah baju, sambil tu sembang2, pakej beraya laa ;p

- lepas iza balik, bersiap2 nak keluar dengan kuku pulak. kuku sampai, aku x siap2 lagi pakai tudung ;p sebab sambil bersiap sambil layan drama kat tv, kakakaka.

- kitorang pergi collect kad kawen, dah siap dah, kat kadkahwinku.com, kajang. patut nye schedule siap 2hb 10, tapi lepas raya hari tu, kuku dah dapat call dah. gud gud

- lepas tu, pergi open house ofismet kuku dekat nilai. canteknyee rumah kat situ, berminat laa berminat berminat, kof kof kof. kat open house, makan rendang, sate, nasi impit kuah kacang, pastu bihun sup 2 mangkuk ;p

- lepas tu hujan lebat, terperangkap dalam rumah tadi, uwaa.

- kemudian ke rumah anum pula. alang2 mau beraya, mau lawat bb anum yang dah 7 bulan besarnya, lewatnye aku melawat hehe. tapi bb tido laa, so tiada gambar ye. bb comellll, putihhhh cam anum.
ipah pun ada, pregnant 7 bulan dah, anak yang kedua. hoho.

oh anum sekarang dah duduk putrajaya tau, besnyee anum dah dapat kuarters rumah teres 2 tingkat. besar pulak tu dapur dengan bilik utama dia, puas hati. besnyeeee.. kuku, chaiyuk2 nanti dapat apartment, kite tunggu queue rumah teres pulak ekk ;p hehe angan2 seorang dd ;p

tapi tadi last2 lupe ambil gambar dengan anum dan ipah, sabo je lah.

- dah malam, tapi gigih nak makan mee kari mak muni gak. so muni kate xpe, datang jek, aku pun dengan segan2 datang laa jugak umah muni di Batu Caves tu hehe. makasih muni sekeluarga, maaf lewat mengganggu^^ alaaa ciare, xjumpe ko~

- dekat umah muni, puas ati dapat makan mee kari mak muni yang sedap. adik muni, intan pun ada, hehe. nak ambil gambar mee kari tp segan dengan mak muni dan adik muni. kof kof


ok dahhh


sekarang sangat mengantuk laa pulakkk


huk2


cite pasal esok pulak,


17 Syawal 1431 H



- pagi2 mahu pergi Port Dickson, kawan ptm ku bertunang. x sabar nyee nak tingukkkk.. hehhee aku suke sangat pergi tengok kawan bertunang, xtau nape ;p oh esok kalau empunya tunang tu kasi aku upload, aku upload laa gambar ek, kalau dia xkasi, x dapat laa upload.hok hok... yang jemput aku adalah gadis yang nak bertunang, tapi pasangan dia beriya2 x kasi aku datang, dia kata nanti dia stress kalau nampak aku, kakakaka, pangg karang.


- lepas itu, brooom brooom pulang ke KL untuk pergi ke rumah shai pulak, ada nak tulun2 dia deco cookies/cake. shai kawen Oktober tau, dekat sangat dah tu, meh meh kite tulun apa yang kite boleh tulun k.

ni gambar hari tu, masa tulun shai check satu persatu porcelain.
motip aku nampak gemuk dalam gambar ni? *memang bukan ke?



eh ngantuk sangat ni, Selamat malam dunia.
zzzzzZZ


note : busan kan baca entry aku ni? tapi sebenarnye entry ni lebih ditujukan pada kawan2 upm, kot2 nak tau upate kawan2 kite yang terkini ke :)



Friday, September 24, 2010

friday blues


"dd x pergi jamuan raya kat dectar?"

"dd x pergi jamuan raya kat dectar?"


hoho dialog yang berbunyi bile orang lalu depan partition ku ini.

hari ini ukm ada buat jamuan raya, kosong je rasa ptm ni, hampir kesemua pergi sana. tp aku xpegi pun, huhu.

orang lain monday blues, aku friday blues.

ahuk ahuk, dari semalam mood adalah kureng siket. angin kus kus dah lalu laaa kot, uwaa... x sukeeeee x ada mood..


tido pun awal semalam pukul 10 lebih, lepas tu bole pulak mimpi x bes.. mimpi photographer tak datang masa aku nikah.. motif??

nway muni, aku dah tengok dah video kawen fairy tales yang ko suruh aku tengok tu.. huhu pengsan, suwit giler... besnyeeeee :)


ermm comments dan chatbox nanti saya reply ye, nak siapkan kerja yang x siap2 lagi ni.. plannye nak siapkan minggu ni, dah tak siap ni, nampaknye hari ni balik lewat laa :)


dd.. semangat...







Thursday, September 23, 2010

bersama teammates



semalam hari bersama team mates sedunia, kekeke sebab rasa macam hampir sepanjang hari duk mengadap muke teammates ;p sampai lisa kata aku sumbung sebab x balas ym. motip?? aku xde depan pc la puk2.

pagi tu pukul 9 sampai laa tengahari, ada sesi percambahan ilmu. kak zura sampaikan ilmu pasal buku perkhidmatan dekat ahli2 teammates yang disayanginye ni, ekekeke.

banyak yang aku baru faham pasal perkhidmatan di ukm ni. pasal cuti, pasal anugerah, pasal pegi haji, pasal pinjaman peribadi, perumahan, kenderaan, pasal tatatertib.


- dapat tahu buat pnjaman kenderaan dengan ukm jauh murah gilerrr interest rate nye dari bank/government rate. kuku kate alang2 rate murah, die suruh aku beli kereta kecik yang baru je sebab kelisa nak letak kat umah gombak. nak picanto putih bole? haha mau merajuk kelisa ku nanti kalau dengar ni ;p xbole xbole ;p


- kalau dapat anugerah perkhidmatan cemerlang, akan dapat ganjaran rm1000. bes nyee korangg yang pernahh dapattt, besnyeee safura ko penah dapat rm1000. aku jauh panggang dari api la kot, huhu, cam x berapa cemerlang je aku ni, kof kof kof.


- disebabkan aku rasa aku ni x cemerlang dalam kerja, aku nak bolot anugerah lain boleh? haha nak dapat anugerah x pernah cuti sakit sepanjang tahun. bole? ;p hehe mintak2 bole dapat, Amin. dari zaman sekolah aku suke bertanding untuk dapat sijil x pernah cuti sakit sepanjang tahun. sampai ke masa bekerja ni pun nak bertanding menang sijil gak, bole? haha motip?? ;p

chaiyuk dd chaiyuk2. kawan2 sila bagi galakan haha.


- x ingat info apa lagi... bla bla..



lepas sesi pencambahan ilmu tu, kitorang pergi Redwok makannnn...

ini kali kedua makan kat redwok, team aku ni memang suke makan kat redwok, sebab sedap. espeseli nasi goreng die, terbaik wok.


apa nama nasi goreng ni ye?



xtau apa nama menu ni, ikan kerbau mangga kot. sedap gak, masam2 gitu.



udang butter. standard ar rasa die



tomyam x sedap. huhu xsuke tomyam dia. x menepati citarasa lidah aku




air matshuk paling x eksklusif ;p



pinggan redwok kecik haha style chinese betul ni. bile aku makan banyak udang, terus kulit udang lebih menggunung dari nasi goreng ku ;p



sedapp.

aku memang suke apa2 desert yang letak nangka. kat johnnys pun ada desert letak nangka. sukeee sangaattt




oh nak tengok teammates ku??

hehe ramai bunga la tapi, kumbang nye siket, hik2



kerusi ketua kosong.



kerusi ketua dah ada ketua ;p




aku tau ada kamera, tapi saje berlakon candid. kof kof kof

*nak tau mana satu rina-serba-tahu bole tgk kat org lidi yg aku lukis kat entry sebelum ni dan comparekan dengan gamba di atas, hihi




motip fird gelak sipu2?
"oitt aku gatal hidung la" *tetibe terdengar suara fird pertahankan diri



makasih kakak-kakak yang belanja makan^^



Wednesday, September 22, 2010

makcu ke?



tarik pipi sendiri kuat2.. benarkahh apa yang dikabarkan oleh abang ku sebentar tadi??

aku nak jadi makcu daaa??? aaaa???

xpercayaaaaaaanyeeeee hihihihi

sori ar korang, aku jakun siket, rumah aku ni memang xde baby2 kecik.. hehe sebab aku lah 'baby' terakhir itu ;p *lempang so jakunnye adalah terlebih.

wahh jakunnyee.. bb oh bb~~ ikut muke makcu yeeee, ekekeke tetibe ;p




note : penat ma pujuk abang suruh naik pelamin sama ngan aku. tak pun kalau x nak naik pelamin, makan beradab sama2 dengan aku. tapi macam x berjaya je, ho ho abang enggan, die suruh biar je la diana yang diraikan. huhu.

kenduri abang x buat lagi ni, sekali ngan aku je la ek. kof kof *motif gamba nikah abang xsiap2 lagi??



note 2 : seronok tengok ma riang dan teruja nak jadi Onni :)


banting



kalau dulu, dialog macam ni..

si penanya : "tunang orang mana?"
dudu : "orang banting"
si penanya : "ooo banting~" *sambil mengangguk2an kepala



tapi sekarang..

si penanya : "tunang orang mana?"
dudu : "orang banting"
si penanya : "bantinggg????" *sambil terbesarkan mata, dan reaksi terkejut



motip?? ahuk ahuk



Tuesday, September 21, 2010

perbualan biasa2



perbualan biasa2 3 sahabat pejabat. hehe x yah baca pun x pe k ;p saje rasa nak bercerita dengan diari ni malam2 ni, sementara tunggu pukul 11:30 malam, nak tengok Paris Hilton's My new BFF.


perbualan sewaktu jalan lenggang kangkung balik dari cafe.



dudu : "tau tak, kite dah x berani dah nak parking kat tepi jalan situ. semalam kak shikin kata dulu pernah je ade kes kereta staf kene clamp sebab parking kat situ"

wawa : "ha ah semalam kak shikin ada cakap"

rina-serba-tau : "laaa memang laa. tapi kalau hari biasa ko parking kat situ x kena clamp kot. melainkan ko parking masa ada event dan jalan tengah jem gile. haa memanglaa guard tu clamp keta kot.

dudu : "oooooo"

rina-serba-tau : "tapi ok pe kalau kena clamp. confirm punyalah kereta ko xkan kena curik"

dudu : "haha banyakk laaa ko!" motipp??

wawa : "hahaha dengan dd dd pun xbole nak bukak kereta tu hahaha"

dudu, rina dan wewe : *giggling kekekekeke








cerita siket je.. ;p


tangan ni ada rasa gatal siket la nak cerita pasal jumpa seseorang hari tu ;p

seseorang itu ialah abah dan keluarganya huhu.

siket jek tau, x bole tanya lagi dah tau ;p



1) rumah abah rumah teres, lagi besarr dari rumah saya. yela, saya rumah flat je. eh tak baik kan cakap macam tu :) pukul lah saya. xpe, yang penting selama saya hidup ni, saya ada keluarga yang sangat comel dan penyayang kan :) ^^


2) abah ada 2 kereta. ooooo.

3) masa sampai hari tu, isteri abah (mak tiri saya) merangkul ku dengan sangat erat dan mencium pipi ku bertubi2. tapi saya hanya berdiri kaku. speechless.

4) saya xtau nak panggil beliau apa. beliau suruh saya panggil dia "ma"... tapi "ma" saya ada sorang jek. huk.

5) erm saya jugak di ajak ke negara asalnya di Thailand. err xpelaa, terima kasih :)

6) anak2nya macam baik. mereka ni adik2 saya la la kan? tapi saya diam je, tak biasa kan. diorang peramah "kak yana, meh laa duduk sini". saya hanya senyum. dan ada la jugak jawab soalan siket2. hehe

7) banyak sangat makanan yang dihidangkan. untuk menghormati keluarga abah, saya makan la juga. saya ambil semangkuk tomyam.

8) banyak lagi ceritanyaa... tapi biarlah saya berhenti setakat ini dulu k... huhu


mungkin ini satu permulaan untuk hubungan kekeluargaan? dan mungkin juga yang terakhir saya balik terengganu, i have no comments.


xbole comment tau, maaf eh, hehe. apa yang saya rasa di hati sekarang sangat la orang lain x bole rasa. *padahal sebelum ni saya ok je kan, ekekeke. harap memahami^^



raya keempat balik ke KL



perasan x aku skip cerita raya ketiga? hehe raya ketiga waktu siang aku berjumpe dengan keluarga seseorang. korang boleh agak kot siapa. tapi xtaulaaa, cam malas2 je nak cerita hehe. takut kalau watak2 terbabit terjumpe blog aku dan baca, heee tak selesa laa, hihi..


sebelum tu nak tayang muka abang sendiri dan isteri hehe.

botak lagi, adeh.

abang balik tengganu raya 3.



abang dan kak shira balik JB.
aku mak ayah lak balik KL la kan.


KL = Kuala Lipis
KL = Kuala Lumpur

uhuk uhuk memang xsempat sampai lipis. aku ni asyik ngantuk jek masa drive, pastu nak berenti hehe. bahaya tauu aku ngantuk, pernah ada history langgar bontot keta orang sebab aku tertidur dalam kereta. ingat x? haha siapa yang penah baca entry tu, ingat la kot ;p



kat RnR apa tah nama tempat tu, sebelum Kemaman, kitorang singgah makan2 kat pondok tepi pantai, makan kopok, sata dan akok yang beli kat Marang

ma, ayah


kopok lekor


kuih akok feveret ma



sata




wahh rilek je rase ;)


hihi



eh nak buat keje la.. cerita tamat setakat ini, bole? hehe







pernah x korang malu sendiri2?



korang pernah tak terbuat sesuatu dan tersipu2 malu sendiri2, hihihihi padahal orang lain xtau pun.. sendiri rasa maluu ;p

hihi

macam aku, pernah jugak ;P


1) bila nak gosok gigi, baru perasan yang aku picit pencuci muka safi tadi ke atas berus gigi ku.. dush dush.. malu betul haha *padahal nak malu dengan siapa punnnn dalam bilek air tu


2) tercari2 anak tudung sebab nak pakai. dah lewat sangat nii nak pegi kerja tapi xjumpe jugak anak tudung ni. sampai tahap bengang marah2 dah. "tadi aku letak anak tuduung kat atas meja ni, mana diaaa niii.. bengong betul laa... eeeeiihh time aku nak cepat laaaa dieee buat hal hilang, time aku ada masa tak nak pulak dia buat hal, pok pek pok pek pok pek"

sekali bile terpandang cermin

....

anak tudung itu tersegam indah atas kepalaku, cume tak ikat je lagi. DANGG DANGG DANGG!!!

ha ha haaa bengang betul. aku dah pakai rupenya. malu nyee~~~ tersipu2 sebab tadi bengang sangat kan dengan anak tudung yang x bersalah tu kan. hihi


3) tengah drive, brooommm masuk ke dalam ruangan parking Carefour. "aikkk, Carefour blackout ke? gelapppp jekkkk.. xpenah2 macam ni.. uh camnee nak cari parking ni"

beberapa saat kemudian.. lerrrr..

aku masih pakai spek hitam rupenye, ekekeke. rase nak sepak diri sendiri laju2 jek ;p

disaat aku tanggal jek spek itam dari mata ku, terus terang benderang jek parking Carefour tu. oh blackout konon. kakakakaka. malunye malunyeeee



4) baru berlaku hari ini haha. kat ofis tadi. database aku ada masalah so nak call lah seseorang yang boleh selesaikan masalah aku ni.

"hello, bole saya cakap dengan zaidi?"
"ye saya"
"diana ni dari bahagian aplikasi"
"ok"
"ni haaa table saya yang hari tu macam dah kena locked lagi laa"
"hahhh??"
"table saya hari tu, kk10fkhidmat tuuuu"
"hahhh??"
"ingat tak hari tu saya ada buat aduan pasal table smk kene locked? hari ni jadi lagi sekali" *stress nyee die niii x ingat pulak. tau takkkk table aku kena lockedd????
"saya tak faham laah, ape table2 ni?"
"yang bercakap ni zaidi kann??" *bengang tapi suara masih berhemah
"ye saya"
"database saya keluar error record is locked, macam error hari tu.. alaa hari tuuu"
"errrrr tak fahamlaahhh"
"ni zaidi kann?" *ko nak main2 ke ni? T_T bengangnyee akuuu T_T
"ye zaidi dari unit latihan"

*gulp. Unit latihann??????? ehhhh?
"oh ok.. saya salah extension ni, maaf ye, terima kasih"

terus letak.


diam seketika. berhibernasi seketika.. hentikan masa dunia ini sementara waktu.. aku besarkan telinga aku, ada tak dengar bunyi orang gelak2 sebab terdengar perbualan aku tadi?

siu~

siu~

siu~

angin berlalu pergi.. tapi tiada dengar suara gelak atau bisikan2 pun..

ok konfem tiada orang dengar.. aku selamat.. aku selamat...


masih berhibernasi.. pause kejap dunia ni..

dan beberapa saat lepas tu..

berbisik2 di dalam hati "aaaa malunyeee akuu!!!!! aku nak cakap dengan zaidi database, kenapa aku pegi call zaidi unit latihan pulak, aaaaaaaaaaa malunyeeee!!" *padahal zaidi unit latihan tu xkenal pun aku siapa hok2


huhuuuuu setelah menghentikan dunia ni beberapa minit, ambil nafas baru call zaidi yang betul..hehe... itulahh kesannye bila main tulis jek extension dan nama tanpa letak die unit/jabatan mana kat sticky note.. hik2





Monday, September 20, 2010

bila raya, rindu nak makan lauk biasa2



merujuk pada tajuk diatas, aku tingin sangat makan lauk biasa2, haha asyik makan makanan raya jekkk.


dan akhirnye mood rajinku semalam membawa kepada aktiviti memasak lauk2 biasa. ;P

lauk biasa je ;p xmenarik pun haha

motif ayam buat 2 versi? ;p

satu ayam kicap, nak ikut style kedai ada kuah2 byk, hehe *selalunye rumahku ayam kicap kering
lagi satu ayam kunyit butter. tetibe rasa nak gantikan minyak dengan butter. dan hasilnyee sedap ohhh rasa creamy2, nex time buat ayam kunyit memang nak gune butter jek ;p oh lepas tu biseng badan naik mendadak ;p kekkee

sup kentang biasa je kan, hehe tapi ayah sangat suke pulak semalam, licin.


sambal tempoyak tu mak buat. aku try siket dah meraung pedas, haha.



oh biasa-biasanya entry ini. hehe


betul ar. rindu lauk2 biasa bila raya.



beraya di ulu bendul dan taman bunga raya



hari sabtu hari tuuu..

mau beraya di rumah cekde ku di Ulu Bendul. taman rumah cekde ku ni betul2 laaaaaaaaa sebelah air terjun ulu bendul. sejukkk jekkk :D


cekde ni adik kepada ibuku.
sebelum mai, cakap kat cekde "cekde, kite nak makan laksa". hehe xpe dengan ibu saudara sendiri, memang boleh main request2 ;p

hahaha aku paling suke makan laksa, tp sepanjang beraya kat pantai timur ni xjumpe langsung laksa, sampai kepingin sangat dah aku. hok hok

kebetulan, cekde ku ni memang dikenali kemahirannye membuat laksa yang sedap.

puas ati akuuuuuuuuuuu


2 pinggan aku belasah. huhu


xcukup dengan itu,

cekde bagi lagi ni tuk anak sedara kesayangannye ni. eh paling kesayangan adalah abang aku, aku jatuh nombor 2, huk2 ;p



memang puas dapat makan laksa yang diidam2kan.

:B

ada gak mee goreng


sambil bergosip sambil cicah2 mangga besar. kecurrrr





ok habesssss beraya di Ulu Bendul.




balik tu singgah umah nenek iza kat bunga raya sebelah kolej tar, iza wat cukur jambul (pagi) dan open house (petang).
xsempat nak pegi yg pagi nye,

last2 jadi orang last datang umah iza.
segannye sayaaa -___-



susah2kan famili iza je kitorang datang lewat -___-



puteri, say hai to kak auntie diana^^

iza, lawa baju ko. Bandung mari eh????




curik2 ambil gamba buaian berendoi :p